Anda di halaman 1dari 27

Konsep dan Istilah Komponen

Sastera
Gaya bahasa:
Asoli anapi sile lara
Teknik plot:
Loglog basbas pekesas
Ciri sajak/puisi tradisional:
Raba Pasuri

ASOLI ANAPI SILE LARA


ASO - Asonansi
LI - Aliterasi
ANA - Anafora
PI - Epifora
SI - Diksi /Personafikasi
LE - Simile
LA - Hiperbola
RA - Metafora

Personafikasi:
Personafikasi bermaksud memberi
unsur manusia atau benda hidup
kepada bukan benda hidup.
Contoh:
i.Anginsepoi
bahasa
di
pinggiran
pantai
itumenamparpipiku. (menampar ialah perbuatan
manusia)

ii.Dedaun
kelapadi
pantaimelambaikuriang.
(melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)

iii.Dingin malam menggigittulangku. (menggigit ialah


perbuatan manusia)


Metafora:
Metafora bermaksud perbandingan sesuatu
dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa
menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak,
umpama dan sebagainya.

Contoh:
i. Rambut puteri itumayang
menguraidan cantik sekali.
ii. Suaranyalantang guruhsambut
menyambut.
iii.Merah darahmengalir di tubuhku.

Simile:
Simile bermaksud perbandingan
sesuatu dengan sesuatu yang lain
dengan menggunakan kata
bandingan iaitu seperti, umpama,
bak, bagai, se dan sebagainya.

Contoh:
i. Hatinya hampabagaikaca jatuh ke
batu.
ii. Suaranya merdusepertibuluh
perindu.
iii. Dia diambaktahu apa yang tersirat
di fikiranku.

Inversi:
Inversi ialah pembinaan struktur
frasa ayat atau ayat yang terbalik.
Contoh:
i.Semalam petangdia datang
menjengukku. (sepatutnya petang
semalam)
ii.Panas cuacapetang itu melelahkan
tubuhnya. (sepatutnya cuaca panas)
iii.Kopi secawanditeguknya puaspuas. (sepatutnya secawan kopi)

Sinkope:
Sinkope bermaksud singkatan
perkataan.

Contoh:
i. Diadahdatang semalam, Pak Abu
kata Ariff perlahan.
ii. Biarlahkubawa diri yang terluka
ini, balas Wan Kamariah.
iii. Ceritatumungkin benar, jelas
Inspektor Zamri ringkas.

Hybrid:
Hibrid bermaksud penggabungan beberapa
perkataan menjadi satu perkataan sahaja.

Contoh:
i. Hatinyabisupilumendengar
penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan
ikutrentaktaripengikutnya yang
marah itu.
iii. Begitulahadattarikehidupan

Anafora:
Anafora bermaksud pengulangan perkataan
pada awal baris atau ayat

Contoh:
i.Diamasih berdiri di
situ.Diamengingati saat manisnya di
kota Paris.
ii.Masihkah lagikau
mengingatiku.Masihkah lagidetik itu
kau ingati.
iii.Belum tiba masanya

Epifora:
Epifora bermaksud pengulangan
perkataan pada akhir baris atau ayat.
Contoh:
i. Hatinya mengimbasluka lama.
Perasaannya masih terpilu olehluka lama.
ii. Biarlah Dilamenangis. Atau Shafik juga
akanmenangis.
iii. Abang membesardengan lampu minyak
tanah. Aku berjaya juga dengan lampu
minyak tanah.

Diksi:
Diksi bermaksud pemilihan perkataan yang
sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis
i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalasrifeldan melakukanserangan hendapdi garisan
hadapanplatunitu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)


Malam itu dia mendengarusrahdaripada ustazah. Bibitbibitnurmenjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)


Hatinya terlalurindu.Belaian kemesraanitu sering kudambakan.

Asonansi:
Asonansi selalunya digunakan
bagi mengulas sesuatu hasil puisi
(sajak/ pantun/syair dan
sebagainya). Asonansi
bermaksud pengulangan
vokaldalam sesuatu baris ayat.

Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan
kakak lagi.
Pengulangan vokal a sebanyak 13
kali.
ii. Di sini kita masih tercari-cari erti
harga diri sendiri.
Pengulangan vokal i sebanyak 12
kali.
iii. Untung juga usahaku rupanya.

Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan
konsonandalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7
kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita
kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8
kali

Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah
"perbandingan atau pemilihan kata
yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i.Suaranyabom atom meledakbumi.
ii.Badannya ringan seringan atom
yang beterbangandi udara.

Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak
atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesanHang TuahMelayu tak
kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sangMaharajalela

Rima akhir:
Rima akhir bermaksud
bunyi perkataan yang
ditandakan dengan huruf
akhir pada sesuatu ayat.
Hanya digunakan untuk
mengulas bahan puisi
sahaja seperti sajak/
pantun/ syair dan
sebagainya.

i. Contoh: (pantun)
Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan a)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai
dengan huruf b)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan a
kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan
b kerana huruf akhir sama dengan baris 2)
Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah abab.

ii. Contoh: (sajak)


Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah
abcadd.

Perlambangan/ imejan:
Imejan bermaksud penggunaan
perkataan lain yang mempunyai
maksud berlainan.
Contoh:
i. Dia masihhijauketika tanah airnya
diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah
menghampirisenja. (tua)
iii. Adakahmerpatiakan menjenguk daerahku
yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/
kemerdekaan)

Teknik plot
Loglog basbas pekesas

LOG LOG BAS BAS PE KE SAS -

DIALOG
MONOLOG (DALAMAN DAN LUARAN)
IMBAS MUKA
IMBAS KEMBALI
PEMERIAN
KEJUTAN
SASPENS

Dialog:
Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.

Contoh:
Bila kau datang, Hilmi? Datuk Johari
bertanya. Petang tadi. Ibu kirim
salam, balas Hilmi.

Monolog:
penceritaan melalui kaedah watak
bercakap seorang diri.

Contoh:
Oh, aku harap kau akan subur terus,
cantik dan wangi!, kata Hilmi pada
bunga di hadapannya.

Monolog dalaman:
Watak berkata di dalam hati atau dalam
fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.

Contoh:
Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!
getus hati Datin Salmah.


Imbas muka:
Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.

Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk
Johari. Fikirannya melayang memikirkan
nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia
juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan
berkereta mewah. Memandu laju sambil di
kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan
mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala
Lumpur pasti dia akan ke .)

Imbas kembali/ flashback:


Pengulangan semula cerita lama.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah
Datuk Johari. Fikirannya melayang
mengingati kisah lama. (Saban hari
menorah getah. Hasil getah dijualnya
kepada Taukeh Lim. Duit itulah
digunakan menyara ibunya yang sudah
tua. Ibunya sakit tenat)

Pemerian/ penceritaan:
Biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.

Contoh:
Hilmi datang dari kampung di Kedah.
Dia hanya lulus darjah empat sekolah.
Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari
pekerjaan..

Anda mungkin juga menyukai