Anda di halaman 1dari 20

Karangan

Ekspositori
Menengah 3
Bersama Cikgu Fairuz
Apa itu karangan
ekspositori?

Faktor-
Ciri-ciri
faktor

Sebab-
sebab

Kesan-
Cara- kesan
cara
Mengapa tulis karangan
jenis ekspositori?
• Tidak mahir menggunakan
bahasa berbunga

• Lebih selesa menggunakan laras


bahasa formal

• Sukar untuk memikirkan plot yang


menarik dalam masa yang singkat

• Lebih mudah mendapat markah


daripada karangan naratif
Soalan-soalan karangan
ekspositori kertas
peperiksaan lalu
• Cara-cara menyemai minat membaca
dalam kalangan pelajar.

• Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh


seorang pelajar contoh?

• Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan


Singapura untuk menetap di negara lain.
STRUKTUR
KARANGAN
EKSPOSITORI
Pendahuluan
4 isi
Isi-Huraian-Contoh
Penutup
Jenis-jenis permulaan

• Fakta
• Pertanyaan
• Peribahasa
• Suasana
• Kata-kata pujangga
• Statistik
Pertanyaan & Fakta
Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan
meninggalkan Singapura untuk menetap negara
lain.

Singapura negara yang sangat terkenal


dalam aspek kebersihan, taraf kehidupan yang
tinggi, pendidikan yang bermutu dan
sebagainya. Pemerintah yang tegas
menyumbang kepada pembangunan Singapura
yang positif. Dengan manfaat-manfaat yang
dapat saya peroleh sebagai rakyat negara ini,
tidak terlintas di fikiran saya untuk menetap di
negara lain selain tanah air saya. Jika saya diberi
pilihan untuk menetap negara lain, mahukah
saya pergi? Apa yang membuat saya begitu
setia dan sayang pada tanah air saya?
Fakta
Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai

kumpulan Samseng.

Kumpulan Samseng adalah

kumpulan yang melakukan perbuatan yang

tidak berfaedah seperti merusuh dan

melibatkan diri dalam aktiviti haram. Setiap

remaja mempunyai pilihan untuk tidak

menyertai kumpulan Samseng. Namun,

adakalanya pengaruh yang kuat daripada

rakan mengakibatkan remaja membuat

pilhan yang kurang bijak.

Oleh Rini Shazwani 3M3


Kata pujangga
Soalan : Sebab-sebab mengapa
kesihatan lebih penting daripada
kemewahan.

‘Harga atau nilai kesihatan, tidak


diketahui kecuali orang-orang yang
sakit.’ Ini kerana kesihatan yang hilang
belum tentu boleh direbut kembali
dengan ubat-ubatan yang mampu
dibeli dengan wang ringgit yang
banyak. Dalam mengejar impian
kehidupan gaya moden yang penuh
kemewahan, ramai yang terlupa
bahawa kesihatan yang sempurna
merupakan suatu kekayaan.
Suasana
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan
lebih penting daripada kemewahan.

Di pintu masuk pejabat, jelas tertera


waktu pejabat telah lama berakhir. Namun,
masih ramai lagi pekerja yang sibuk bekerja
lebih waktu. Ramai orang yang mengabaikan
kesihatan sendiri dan terus bekerja tanpa
mempedulikan waktu dan rehat. Anehnya,
kadang-kala wang yang dikumpulkan itu
terpaksa dihabiskan di klinik rawatan kerana
mereka jatuh sakit. Begitulah gambaran
kehidupan hari ini. Dalam kesibukan mencari
kesenangan material, ramai orang terlupa peri
pentingnya kesihatan.
Peribahasa
Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai
kumpulan Samseng.
Sifat ingin tahu yang ada pada
remaja sering mempengaruhi mereka
melakukan perkara-perkara yang salah.
Antara perkara ini adalah penglibatan
dalam kumpulan samseng. Pepatah Melayu
ada mengatakan ‘sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Pepatah ini mengingatkan kepada remaja
zaman kini untuk sentiasa berwaspada dan
jangan terjerumus dalam gejala samseng.
Ini kerana pada akhirnya, mereka akan
menerima kerugian apabila ditangkap oleh
pihak berkuasa.
Bagai mana hendak
menul i s i si
kar angan?

2 langkah

1) Buat rangka untuk isi dalam


bentuk butiran

2) Gabungkan semuanya
menjadi satu perenggan
Soalan :
Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan
Singapura untuk menetap di negara lain.

KEBERSIHAN

Huraian :
Persekitaran yang bersih penting untuk kesihatan.
Pemerintah menitikberatkan hal kebersihan. Terdapat
pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memastikan
kebersihan negara

Contoh :
Denda saman kepada mereka yang membuang sampah
sebarangan. Juga, terdapat banyak pokok di persekitaran
negara yang dapat menyerikan suasana serta memberi udara
yang lebih segar.

Pengukuhan :
Lantas, ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura
dan bukan negara lain.
Isi + Huraian Isi + Contoh+
Pengukuhan

Pertama, kebersihan Singapura


membuat saya ingin kekal menetap di
sini. Singapura dinobatkan sebagai
salah satu kota yang paling bersih
dalam dunia. Persekitaran yang bersih
penting untuk kesihatan dan
kesejahteraan rakyat. Pemerintah amat
tegas tentang perihal kebersihan.
Misalnya, sesiapa yang ditangkap
membuang sampah sebarangan akan
disaman sehingga beratus dolar. Taktik
ini telah berjaya mengekalkan
kebersihan persekitaran di Singapura
sehingga kini. Lantas, ini membuat saya
ingin terus menetap di Singapura dan
bukan negara lain.
Soalan :
Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan
Singapura untuk menetap di negara lain.

IKLIM STABIL
Huraian :
-Iklim yang stabil dan tidak berubah-ubah
- Penempatan geografik yang strategik iatu dengan
khatulistiwa (equator)
- suhu yang sederhana, tidak terlalu sejuk ataupun panas

Contoh :
-Tidak ada ribut taufan, hujan berpanjangan dan kemarau
-Tidak mempunyai perbezaan musim

Pengukuhan :
Kondisi iklim yang stabil ini membuat saya ingin terus menetap
di Singapura

Oleh Taufik, Sufi, Fahmi & Nazirah 3S1


Isi + Huraian Isi + Contoh+
Pengukuhan

- Seterusnya, iklim di Singapura yang


stabil membuat saya ingin terus kekal di sini.
Penempatan geografik yang strategik iatu
berdekatan dengan khatulistiwa, menyumbang
kepada suhu umum Singapura yang sederhana.
Ini menyebabkan suhu negara ini menjadi lebih
stabil kerana tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Iklim yang stabil juga bermaksud yang keadaan
cuaca itu tidak mudah berubah-ubah. Ini berbeza
dengan negara lain. Contohnya, kebanyakan
negara yang berjauhan dengan khatulistiwa
mempunyai perbezaan musim dan suhu yang
boleh berubah dengan drastik. Ini menyebabkan
tercetusnya ribut taufan, hujan berpanjangan
dan kemarau. Justeru, dengan kondisi iklim di
Singapura yang stabil, saya ingin terus menetap
di Singapura dan bukan negara lain.
Oleh Taufik, Sufi, Fahmi & Nazirah 3S1
Penanda Wacana
Penanda Penanda Penanda Penanda
Akibat Contoh tambahan masa & urutan

dengan umpamanya, selain itu, pertama


demikian sekali,

oleh itu khususnya, tambahan lazimnya,


pula,
akibatnya terutamanya, apatah lagi, selanjutnya

jadi yakni, malahan, berikutnya,

lantas misalnya, bahkan, seterusnya,

justeru contohnya malah, natijahnya,


Perkara yang perlu
dielakkan
Jangan kemukakan pendapat anda dalam
karangan

Contoh :
Saya berpendapat bahawa …..
Pada pandangan saya, …..

Jangan menulis dialog

Jangan lupa untuk kaitkan setiap isi dengan


soalan
Contoh :
Justeru, ini adalah salah satu faktor mengapa saya
tidak akan meninggalkan Singapura untuk
menetap ke negara lain.

Lantas, ini merupakan antara sebab saya akan


terus menetap di Singapura.
Penutup
• Kesimpulan/Rumusan
• Pendirian/Penegasan

Contoh :
Natijahnya, sebab-sebab
yang telah saya bentangkan
di atas meyakinkan saya
untuk terus menetap di
Singapura. Tiada negara yang
dapat menandingi apa yang
Singapura tawarkan.

Anda mungkin juga menyukai