Anda di halaman 1dari 76

BAB 14 : SINTAKSIS

14.1 Definisi sintaksis

* Bidang ilmu linguistik yg mengkaji pembinaan ayat. * Mengkaji hukum @ rumus yg digunakan utk membentuk ayat.

14.2 Ayat

A) definisi ayat: unit pengucapan yg paling tinggi dlm susunan tatabahasa & mempunyai makna yg lengkap. -Terbentuk drpd satu patah kata @ beberapa patah kata. - Ayat terbina drpd unsur-unsur klausa, frasa & kata.

- Ayat dpt digolongkan kpd ayat dasar (ayat inti) & ayat terbitan (ayat transformasi)

b) Binaan Ayat

Mengandung 2 konstituen iaitu subjek & predikat Subjek : unsur yg diterangkan (judul) Predikat : unsur yg menerangkan Unsur yg menjadi konstituen subjek: frasa nama Unsur predikat pula terdiri drpd frasa nama, frasa kerja & frasa adjektif

Pola-pola ayat dasar


4 pola ayat dasar i) Frasa nama + frasa nama: Bapa saya (FN) jutawan (FN) ii) Frasa nama + frasa kerja : Kakak(FN) menari(FK) iii)Frasa nama + frasa adjektif: Rumahnya(FN) cantik(FA) IV)Frasa nama + frasa sendi nama: Emak(FN) ke pasar (FS)

14.3 Frasa
Frasa: satu patah kata @ rentetan beberapa patah kata yg berfungsi sbg konstituen dlm ayat sama ada sbg subjek, predikat, objek @ keterangan. 4 jenis frasa: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif & frasa sendi nama Frasa endosentrik: mengandung satu unsur inti ( dpt menjadi kata nama) frasa nama, frasa kerja & frasa adjektif Frasa eksosentrik:tidak mempunyai satu unsur inti - frasa sendi nama

Jenis-jenis Frasa
Frasa Nama (FN) Unsur intinya ialah kata nama. 2 jenis hubungan antara kata iaitu inti + penerang, inti + inti Binaan inti + penerang: 1) inti + penerang nama 2) inti + penerang bukan nama

Inti + Penerang Nama


A) inti + penerang nama keturunan : bhs Melayu, bangsa Cina, kaum Iban, masyarakat Patani B) inti + penerang nama jenis : cawan plastik, kasut kulit, pokok ciku, rumah kayu C) inti + penerang nama penyambut : penunggang motosikal, pam air, penerbit buku, pemandu teksi D) inti + penerang nama kegunaan : bahan peluntur, cecair pengilat, jentera penuai, pemandu teksi E) inti + penerang kelamin : ayam jantan, budak lelaki, kambing betina, pakaian wanita

Sambungan
F) inti + penerang nama tempat : puncak gunung, dasar laut, pinggir pantai, warga desa G) inti + penerang nama arah : kerusi belakang, pantai barat, sudut kiri, tingkat atas H) inti + penerang nama anggota badan : bulu dada, sarung tangan, tali leher, tali pinggang I) inti + penerang tenaga penggerak : dapur minyak, kincir angin, enjin diesel, periiuk elektrik J) inti + penerang nama perihal atau perkara: borang kemasukan, istiadat persandingan, kad jemputan, surat kebenaran

Sambungan K)Inti + penerang nama milik : bumbung rumah, keluaran Malaysia, lantai perahu, rakyat tempatan L) inti + penerang nama khas : bandar Shah Alam, kerajaan Brunei Darussalam, litar Sepang, rakyat tempatan M) inti + penerang nama panggilan @ gelaran: Hajah Ruqiah, Lebai Mahat, Sang Kelembai (penerang di hadapan), Si Luncai

Binaan Inti + Penerang Bukan Nama


A) inti+ penerang penentu i) inti + penerang penentu hadapan : dua kaki, enam jam, ketigatiga ekor kucing, lima ringgit Ii) inti + penerang penentu belakang : rumah itu, gadis ini B) inti + penerang kata kerja : alat tulis, buku ulang kaji, kamar mandi, ruang legar C) inti + penerang kata adjektif : bandar baru, bangunan tinggi, istana lama, tanah besar D) inti + penerang frasa sendi nama: anugerah kepada rakyat, kedamaian di desa, kesetiaan kepada raja, kesilapan masa lalu E) inti + penerang bilangan ordinal: adik keempat, isteri kedua, tempat keenam, tingkat ketiga.

Binaan inti + inti

A) inti + inti dengan maksud sama erti: ampun maaf, hamba abdi, sampah sarap, tubuh badan B) inti + inti dengan maksud lawan erti : hujung pangkal, ibu bapa, siang malam, teruna dara

Hukum D-M
Hukum D-M : unsur yg diterangkan (Diterangkan) mesti mendahului unsur yg. Menerangkan (Penerang) @ dlm kaedah yg plg mudah dirumuskan sbg Diterangkan (inti) Menerangkan (penerang).

Sambungan
Diterangkan tenaga budak Menerangkan pengajar kecil

- Binaan frasa nama yg dikecualikan dlm Hukum D-M : Perdana Menteri, naib presiden, ibu negeri, kedua-dua orang menantu, Puan Zaleha & Datuk Menteri. -Frasa nama dpt berfungsi sbg subjek, objek @ pelengkap. Cth: -1) Tasik itu lebar. ( frasa nama Tasik itu berfungsi sbg subjek) -2) Lelaki itu datuk kami. (frasa nama datuk kami berfungsi sbg predikat) -3) Dia memandu kereta kecil.(frada nama kereta kecil berfungsi sbg objek) -4) Pengemis itu berselimutkan kain buruk. (frasa nama kain buruk berfungsi sbg
pelengkap)

Frasa Kerja
-Binaan yg boleh terdiri drpd satu patah kata @ lebih dgn kata kerja sbg unsur intinya. Frasa kerja terbahagi kpd 2 iaitu: -A) Binaan frasa kerja tanpa objek -B) Binaan frasa kerja dgn objek -A) Binaan frasa kerja tanpa objek -- terdiri drpd kata kerja tak transitif yg mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif @ pelengkap frasa sendi nama. Contoh: -1) Perompak itu bersenjatakan pisau. ( pelengkap kata nama) -2) Orang itu sentiasa berbuat baik. (pelengkap kata adjektif)

-3) Anaknya bermastautin di ibu kota. (pelengkapnya frasa sendi nama)

B) Binaan Frasa Kerja Dengan Objek -juga terdiri drpd kata kerja tak transitif tanpa pelengkap @ kata kerja tak transitif dgn kata nama sbg penerang. Cth: 1) Abang tertawa. ( tanpa pelengkap) 2) Kami bermain dam. (kata nama dam sbg penerang) -Binaan frasa kerja dgn objek terbahagi kpd 2 bentuk: a) FK transitif dgn satu objek, misalnya : Bapa membeli motosikal. ( satu objek motosikal) b) FK transitif dgn dua objek, misalnya: Bapa membelikan abang motosikal. (dua objek : abang objek tepat & motosikal objek sipi)

-Frasa kerja boleh mengandung kata bantu (kata bantu aspek @ kata bantu ragam) -Cth: Ridhwan pernah menulis cerpen. (mengandung kata bantu aspek pernah) Hasnidar hendak meminjam pen. (mengandung kata bantu ragam hendak) - frasa kerja sama ada jenis transitif @ tak transitif boleh menerima ayat komplemen.Cth: -Dia mengakui bahawa dia cinta akan gadis itu. (FK transitif dengan ayat komplemen) -Beliau berkata bahawa masalah itu harus didedahkan segera. (FK tak transitif dgn ayat komplemen) -FK juga boleh menerima unsur keterangan yg hadir selepas FK. Unsur keterangan terbahagi kpd berikut: a) Keterangan tempat atau arah, contohnya: Abang saya belajar di seberang laut. Adik melompat ke atas tilam. b) Keterangan waktu: Perlawanan itu tamat pada jam sepuluh setengah malam. Dia menyudahkan jawapannya dalam tempoh satu jam. Keterangan cara Air sungai mengalir deras. (keterangan adjektif) Air sungai mengalir dengan derasnya. (keterangan frasa sendi nama)

c)

d) Keterangan tujuan atau harapan - Mereka bekerja demi sesuap nasi. - Dia belajar untuk masa depannya. e) Keterangan alat - Mereka pergi dengan kapal terbang. - Azhar menebang pokok dengan kapak. f) Keterangan penyertaan - Anuar menguasahakan sawah itu dengan adik beradiknya. - Puan Julia pergi melancong ke Itali dengan suaminya. g) Keterangan hal - Sasterawan itu sedang berbicara tentang teknik penulisan novel. - Kabinet akan mengeluarkan laporan mengenai kenaikan harga minyak. h) Keterangan bagai -Dia menjerit-jerit bagai orang kerasukan hantu. - Nisha Erwan bergaya seperti peragawati.

Frasa kerja juga dapat berfungsi sbg predikat dlm ayat dasar. -Emak sedang mengemas rumah.

- Frasa Adjektif -Susunan kata yg. terdiri drpd satu @ beberapa patah kata yg mempunyai kata adjektif sbg intinya.
-2 bentuk binaan frasa adjektif -A) binaan satu kata -B) binaan dua kata -Cth. Frasa adjektif binaan satu kata -Majlis itu meriah. -Anjing itu garang. -Frasa adjektif binaan dua kata terbahagi kpd 2 btk iaitu: -A) kata adjektif + kata adjektif -B) kata adjektif + kata nama

-frasa adjektif dlm bentuk kata adjektif + kata adjektif terdiri drpd bbp jenis iaitu a) Dua kata adjektif yg menekankan keserasian makna: gagah-berani, kering kontang, kurus kering, lemah longlai,penat lelah, susah payah.
b) Dua kata adjektif yg berlianan makna: baik buruk, kecil besar, maju mundur, tua muda, pahit manis, tinggi rendah c) Dua kata adjektif yg mempunyai keindahan bunyi rima, - Gemuk gedempol, kaya raya, letih lesu, papa kedana

-frasa adjektif dlm bentuk kata adjektif + kata nama terdiri drpd dua jenis: a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan: biru laut, jinak merpati, muda remaja, pening lalat
b) Frasa adjektif membawa maksud kiasan -banyak mulut, berat kepala, kuat makan, panjang tangan, ringan tulang, sempit akal

Frasa adjektif juga boleh terdiri drpd kata adjektif yg disertai kata penguat. Kata penguat itu boleh hadir di hadapan @ di belakang kata adjektif @ hadir secara Bebas ( sama ada di hadapan @ di belakang kata adjektif) Contoh kata penguat: paling tabah ( kata penguat hadapan), tabah sekali (kata penguat belakang) , Sungguh lunak (kata penguat hadir secara bebas) Lunak sungguh Frasa adjektif boleh juga disertai oleh kata bantu dlm binaannya. Selain itu terdapat kata bantu yang hadir sebelum atau sesudah kata penguat. Contoh: sudah cerah, masih gelap, sudah sangat cerah, sungguh masih gelap

Binaan frasa adjektif juga boleh disertai oleh keterangan. Unsur keterangan yang hadir selepas kata adjektif terdiri drpd pelbagai jenis: a) Keterangan cara, misalnya: Tubuhnya lesu dengan tiba-tiba. b) Keterangan bandingan, contohnya: Wajahnya masam macam cuka. c) Keterangan hal atau keadaan, contohnya: Mustafa sentiasa sibuk dengan kerja sekolah. d) Keterangan tujuan, misalnya: Kita perlu rajin demi kejayaan kita. e) Keterangan kekerapan, misalnya: Dia resah sentiasa. f) Keterangan terhadap, misalnya: Mereka benci akan peperangan. g) Keterangan musabab, contohnya: Kain itu lembap kerana dibasahi embun. h) Keterangan waktu, contohnya: Empangan itu kering dalam masa setahun. i) Keterangan tempat, contohnya: Air sungai itu payau di bahagian hilirnya. Binaan frasa adjektif juga boleh menerima ayat komplemen, misalnya: Orang tua itu sedar bahawa penyakitnya tidak dapat diubati.

Dalam binaan ayat, frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat, keterangan selepas frasa kerja & penerang frasa nama. Contoh: Kucing itu manja sungguh. (sebagai predikat) Adik berlari sangat laju. (sebagai keterangan frasa kerja) Skim cepat kaya telah diharamkan. (sebagai penerang frasa nama)

Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama terdiri drpd satu kata sendi nama & satu frasa nama yg menjadi Pelengkap kepada kata sendi nama itu. Binaan frasa sendi nama boleh terdiri drpd: a) Kata sendi nama + frasa nama, misalnya: di tempat letak kereta, ke menara gading b) Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama, cth: di sisinya bangunan itu, ke dalam bakul sampah c) Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + frasa keterangan, misalnya: hingga hujung Tanjung Harapan di Afrika Selatan, ke selatan Thailand pada cuti persekolahan nanti. Dalam binaan ayat, frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai predikat, penerang frasa nama & keterangan frasa kerja. Contohnya: Duit itu di dalam laci. (sbg predikat) Duit di dalam laci itu sudah hilang.(sbg penerang frasa nama) Mereka bersembang di bawah pokok. (sbg keterangan frasa kerja)

14.4 KLAUSA Definisi: satu unit rangkaian kata yg mengandung subjek & predikat yg menjadi konstituen kpd ayat. Dlm. binaan ayat, klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Jenis-Jenis Klausa: klausa bebas & klausa tak bebas Klausa bebas: klausa yg dpt berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan intonasi yg sempurna, klausa bebas akan menjadi ayat yang lengkap. Klausa tak bebas: klausa yg tidak dapat berdiri sendiri & dalam ayat majmuk , klausa tak bebas dipancangkan ke dalam klausa utama. Contoh: Khusairi berjaya kerana dia belajar dengan bersungguh-sungguh. Jenis klausa tersebut adalah seperti berikut: Khusairi berjaya ( klausa bebas (klausa utama) ) Kerana dia belajar dengan bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

14.5 SUSUNAN AYAT


Ayat: terbina daripada subjek & predikat. 2 bentuk susunan ayat : ayat susunan biasa & ayat susunan songsang. Ayat susunan biasa : konstituen subjeknya terletak di hadapan konstituen predikat. Cth: Semua pelajar(S)/ tidak dibenarkan berbuat bising(P). Ayat susunan songsang: terbentuk melalui proses pendepanan atau penjudulan, iaitu unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek.. Proses pendepanan dpt dibahagikan kepada a) Pendepanan seluruh predikat b) Pendepanan sebahagian drpd predikat

Cth: Pendepanan seluruh predikat : Amat kukuh binaan itu. Beliaulah ketua saya. Sudah pulang tetamu kami. Untuk dia buku ini.

Ayat susunan songsang pendepanan sebahagian predikay terbahagi kepada: a) Pendepanan frasa kerja, misalnya: Menangislah dia tadi. (pendepanan kata kerja sahaja) Membasuh pinggan kakak saya di dapur. (pendepanan KK dgn objek) Masih tidur ibu saya di atas sofa. (pendepanan Kata bantu dgn kata kerja)

b) Pendepanan frasa adjektif, misalnya Tegas bapa saya dalam hal pelajaran. (pendepanan kata adjektif ganda)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama, misalnya Di sungai itu mereka memancing.

14.6 Ragam Ayat a) Ayat Aktif -ayat yang mengandung kata kerja yang mengutamakan subjek asal sbg judul @ unsur yang diterangkan. Cth: Lai Kwan menyiram bunga. ( mengutamakan subjek asal Lai Kwan) -ayat aktif terbahagi kepada : ayat aktif transitif & ayat aktif tak transitif Ayat Aktif transitif : mengandung kata kerja transitif yg diikuti oleh frasa nama @ ayat komplemen yg berfungsi sbg objek @ unsur penyambut. Cth: Perdana Menteri merasmikan pameran batik tempatan. (pameran batik tempatan sbg objek) Polis mengesahkan bahawa pembunuh itu sudah diberkas. (klausa komplemen sbg objek @ penyambut)

Ayat Aktif tak Transitif -ayat yg mengandung kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yg tidak boleh dipasifkan. -2 jenis ayat aktif tak transitif: a) Keterangan yang boleh digugurkan, misalnya: - Kerbau-kerbau itu berendam di dalam kkubangan. Ayat itu tetap gramatis jika keterangannya , di dalam kubangan, digugurkan menjadi: - Kerbau-kerbau itu berendam. b) Keterangan yang tidak boleh digugurkan, contohnya: Encik Harjan menetap di Johor Bahru. Ayat itu tidak gramatis jika keterangannya di Johor Bahru, digugurkan menjadi: Encik Harjan menetap.

Ayat Pasif -terbit drpd ayat aktif transitif & mengandung kata kerja yang mengutamakan objek asal @ subjek terbitan sbg judul @ unsur yang diterangkan. Bunga disiram oleh Lai Kwan. ( Mengutamakan objek asal @ subjek terbitan bunga) -Ayat pasif terbahagi kepada beberapa jeis spt beikut: -A) Ayat pasif dgn imbuhan kata kerja pasif, cthnya; - Ikan-ikan itu disiang olh Fadli dan kakaknya. -Ahli gusti yang sasa itu terangkat oleh lawannya. -Neela sudah beberapa kali ketinggalan bas. -Semua pakaian saya belum berbilas

-B) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, misalnya: - Pemalsuan logo halal itu telah saya laporkan kepada pihak Jakim. -Para jemputan kami iring ke tempat duduk masing-masing. -Filem Sepet sesuai awak tonton.

c) Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena -Kesemua adik saya kena marah. -Saya kena tampar oleh orang kurang siuman.

14.7 Jenis-Jenis Ayat - ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan Ayat Penyata ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau bertujuan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga dikenal sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Cth: Beliau tokoh sasterawan negara. Nabila gemar melukis dan membaca. Bencana tsunami mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kuih-muih itu untuk tetamu ayah.

Ayat Tanya -Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. - 2 jenis ayat tanya: ayat tanya tanpa kata tanya & ayta tanya dengan kata tanya. - ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kensenyapan. Dalam tulisan , nada tanya dilambangkan dengan tanda soal (?). Cth: Bilik kamu sudah berkemas? -Ayat tanya tanpa kata tanya boleh disertai partikel-kah pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Dlm bahasa lisan partikel-kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Cth: Bilik kamu sudah berkemaskah? -Dalam bahasa tulisan (baku) unsur yg menjadi fokus dlm ayat harus mengalami pendepanan. Cth: Sudah berkemaskah bilik kamu? -Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mengapa dll.

2 jenis ayat tanya dengan kata tanya a) Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya , misalnya Judul lagu itu apa? (susunan biasa) Apa judul lagu itu? (susunan songsang dalam bahasa lisan) Apakah judul lagu itu? (susunan songsang dalam bahasa tulisan) b) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya, misalnya Kamu belajar di mana? (susunan biasa) Di mana kamu belajar? ( susunan songsang dalam bahasa lisan) Di manakah kamu belajar ? (susunan songsang dalam bahasa tulisan) Ayat tanya dapat dibahagikan kepada ayat tanya terbuka & ayat tanya tertutup. Ayat tanya terbuka: ayat yang memerlukan jawapan dalam bentuk penjelasan. Cth: Bapa kamu ke mana? Bapa saya ke kedai. (jawapan dalam bentuk penjelasan) Ayat tanya tertutup: ayat yg memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan. cth: Lelaki yang kacak itu suami awakkah? Bukan, dia abang saya.

Ayat perintah diucapkan dgn tujuan utk menimbulkan sesuatu tindakan. Orang yang bertindak ialah orang yg kedua @ orang yg dilawan bercakap.

Peraturan utk membina ayat perintah : kata kerja transitif yg berawalan meN, awalan ini digugurkan tetapi bagi ayat perintah yg mengandung kata kerja tak transitif yg menerima awalan meN- atau beR-, awalan tersebut tidak digugurkan. Cth: Susun buku-buku itu. (Awalan meN- pada kata susun digugurkan) Menyanyilah dengan perlahan.( Awalan meN- ddikekalkan) Berdoalah ke hadrat Allah. (Awalan beR- dikekalkan)
Berdasarkan kata yang digunakan , ayat perintah dapat dibahagikan kepada: A) ayat suruhan B) ayat larangan C) ayat silaan D) ayat permintaan

a)

Ayat suruhan Diucapkan untuk menyuruh orang yg dilawan bercakap melakukan sesuatu. Cth: Kutip sampah itu. Kutiplah sampah itu elok-elok. (dilembutkan dengan partikel-lah) Kutip sampah itu sekarang juga. (dengan penegasan)

b) Ayat Larangan Ayat yang menggunakan kata larangan spt. Jangan, usah @ tak usah sebelum kata kerja dgn tujuan utk melarang seseorang melakukan sesuatu. Cth: Jangan duduk di situ. Usahlah berduka lagi. (dilembutkan dengan partikel lah) Awak tak usah bercakap lagi. (dengan penegasan) Dilarang berkahak di sini. (bersifat umum dan tidak boleh menerima partikel lah)

c) Ayat Silaan ayat yg menggunakan kata silaan seperti sila @ jemput dgn tujuan utk mempersilakan atau menjemput seseorang melakukan sesuatu. Cth: Sila masuk ke dalam. Jemputlah makan nasi minyak ini. ( dilembutkan dengan partikel lah) bentuk bentuk ayat silaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yg terdapat dalam ayat larangan. Cth: Sila jangan merokok. (tidak gramatis) Harap jangan merokok. (Gramatis)

D) Ayat Permintaan menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong utk memohon pertolongan atau kerjasama seseorang. Cth: Minta semua pelajar bersabar. Tolong perlahankan suara anda.

Ayat permintaan juga biasanya tidak membawa pengertian yg negatif spt yg tdpt. dlm jenis ayat larangan. Minta jangan panik. ( tidak gramatis) Harap jangan panik.( gramatis) Tolong jangan lalu di situ. (tidak gramatis) Harap jangan lalu di situ.( gramatis)

AYAT SERU diucapkan dengan nada @ intonasi utk melahirkan sesuatu perasaan, spt takut, marah, takjub, geram & sakit. Ayat seru boleh disertai kata seru @ tidak dan biasanya diakhiri dengan tanda seru (!). CTh: Wah, besarnya rumah awak! Ya Allah, ampunilah dosaku! Cantiknya lukisan kamu!

14.8 BENTUK-BENTUK AYAT - Berdasarkan bilangan klausa dalam sesuatu ayat, ayat dapat dibahagikan kepada ayat tunggal dan ayat majmuk. -Ayat tunggal : terbina drpd satu klausa -Ayat majmuk: mengandung lebih daripada satu klausa -A) Ayat tunggal - ayat yg. terbit drpd ayat dasar. -Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar sekiranya ayat tunggal itu ayat penyata. -Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu konstituen subjek & satu konstituen predikat. -Konstituen subjek ayat tunggal boleh terdiri drpd: -A) subjek kata nama, cthnya: Kuih itu manis. (kata nama am) Putrajaya pusat pentadbiran negara. (Kata nama khas) Kegemukannya menjadi usikan orang. (Kata nama terbitan)

b) Subjek kata ganti nama, misalnya Ini anak kucing jiran saya. (Kata ganti nama tunjuk) Beliau pemain badminton negara. (kata ganti nama orang)

c) Subjek kata kerja, contohnya: Bersenam menyihatkan badan. Menabung amalan mulia.
d) Subjek kata adjektif Merah melambangkan keberanian. Langsing impian semua wanita. Konstituen predikat ayat tunggal boleh terdiri drpd: a) predikat frasa nama (sama ada terbina daripada kata nama am ,kata nama khas, @ kata nama terbitan) - Jin makhluk halus. (terbina daripada kata nama am) - Itu Istana Negara. (terbina daripada kata nama khas) - Bersolat satu kewajiban. (terbina daripada kata nama terbitan)

b) Predikat frasa kerja (sama ada terbina daripada kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu + kata kerja +unsur keterangan).Contohnya: Mereka makan di kantin. (Kata kerja asal tanpa imbuhan) Adik sedang mengira wang. (KK asal berimbuhan) Puan Sim menasihati anaknya. (KK terbitan) Usaha kita membuahkan hasil. (KK terbitan) Dila sudah balik dari pekan. ( Kata bantu aspek + kata kerja + keterangan) Saya hendak makan cendol. ( Kata bantu ragam + kata kerja + keterangan) c) Predikat frasa adjektif, misalnya : Masakan ibu pedas. Masakan ibu terlalu pedas. ( dengan kata penguat hadapan) Masakan ibu pedas betul. (dengan kata penguat belakang) Masakan ibu lebih pedas. (dengan kata bandingan) Masakan ibu pedas-pedas. ( dengan kata adjektif ganda)

d)

Predikat frasa sendi nama Bubur itu untuk datuk. Pengantin itu seperti pinang dibelah dua. Sumbangan itu daripada Baitulmal. Kasut kamu di bawah tangga.

SEKIAN. TERIMA KASIH ADA SOALAN?

AYAT MAJMUK mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih iaitu mengandung dua atau lebih daripada dua klausa ayat majmuk terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: A) ayat majmuk gabungan B) ayat majmuk pancangan C) ayat majmuk campuran A) Ayat majmuk gabungan ayat yang terdiri drpd 2 atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yg digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan dan, atau tetapi dsb. terbahagi kepada: susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil, misalnya; Penduduk Taman Jasmine rajin dan bersatu padu. Lebai Bakri berehat sambil berzikir.

ii) Susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan, contohnya: Sungai itu cetek tetapi arusnya deras. Majalah itu mahal padahal kualitinya rendah.

Ayat Majmuk Pancangan gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk ayat baru. terbentuk daripada satu ayat utama @ induk (klausa utama) dan satu @ beberapa ayat kecil lain yg boleh dipancangkan dlm ayat induk itu. 3 jenis ayat majmuk pancangan: A) ayat majmuk pancangan relatif B) ayat majmuk pancangan komplemen C) ayat majmuk pancangan keterangan A) Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata relatif yang dlm binaanya.

Cth: Kucing Parsi yang berwarna kelabu itu bunting lagi. Mereka tersesat di dalam hutan yang didiami binatang buas.

B) Ayat Majmuk Komplemen ayat yang dihubungkan dengan kata komplemen untuk & bahaawa 4 jenis ayat komplemen 1) ayat komplemen frasa nama subjek, misalnya Sungguh sukar untuk saya melelapkan mata pada malam ini. Bahawa pengurus itu telah menyalahgunakan kuasa adalah benar. 2) ayat komplemen frasa nama objek tepat, misalnya Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal. Suspek pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu. 3) ayat komplemen frasa kerja, misalnya: Mereka berfahaman bahawa keuntungan syarikat semakin meningkat. Kenyataan itu bermaksud bahawa beliau akan berhijrah ke sektor swasta. 4) Ayat komplemen frasa adjektif, contohnya: Jurulatih Malaysia begitu yakin bahawa Kejohanan All England tahun ini akan dikuasai oleh pemain Asia. Jurulatih bola sepak Malaysia sedar bahawa para pemainnya banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.

C) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk & satu ayat kecil @ lebih yang berfungsi sbg keterangan kpd predikat induk. 8 jenis ayat majmuk pancangan keterangan:

1) keterangan musabab: Aceh musnah kerana ditimpa bencana tsunami. Oleh sebab salah faham, Indonesia hendak menyerang Malaysia.
2) Keterangan akibat: Budak-budak asyik bermain hingga lupa hendak bersolat. Angin terlalu kencang sehingga banyak pokok yang tumbang. 3) Keterangan syarat: Dia akan membotakkan kepalanya kalau mendapat anak perempuan. Seandainya dakwaan itu benar, dia akan menceraikan isterinya.

(d) Keterangan waktu Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. Ketika remaja lagi bakat kepemimpinannya sudah terserlah.

(e) Keterangan pertentangan Dia masih belum berkahwin walaupun sudah berumur 40 tahun. Sekalipun gagal ke perlawanan akhir, dia tetap puas hati akan prestasinya.
(f) Keterangan harapan Dia bekerja dengan gigih supaya dapat membaiki taraf hidup keluarganya. Agar alam tidak tercemar amalan kitar semula diperkenalkan. (g) Keterangan cara Mereka mengira dengan menggunakan mesin kira. Saya pulang ke rumah dengan menaiki bas sekolah.

(h) Keterangan tujuan Sayembara itu diadakan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan. Bagi menggalakkan hubungan antara kaum, kerajaan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. (i) Keterangan perbandingan Irene asyik termenung seolah-olah ada masalah mengganggu fikirannya. Keretanya tersengguk-sengguk seperti telah kehabisan minyak. AYAT MAJMUK CAMPURAN ayat yg mengandung lebih daripada satu jenis ayat ( campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk)

Wira-wira yang perkasa itu terus berjalan menjejaki musuh sambil sekali-sekala berhenti untuk meneguk minuman dan pada perhentian tertentu mereka berbincang tentang strategi yang perlu diambil.

Latihan Arahan: Kenal pasti jenis-jenis kata yang bercetak tebal di bawah. 1) Kuih itu manis. 2) Beliau pemain badminton negara. 3) Bersenam menyihatkan tubuh badan. 4) Merah melambangkan keberanian. 5) Jin makhluk halus. 6) Dila sudah balik dari pekan. 7) Masakan ibu pedas betul 8) Masakan ibu pedas-pedas. 9) Pengantin itu seperti pinang dibelah dua. 10) Kasut kamu di bawah tangga.

Latihan Kenal pasti jenis-jenis ayat majmuk di bawah.


1) Penduduk Taman Jasmin rajin dan bersatu padu. 2) Sungai itu cetek tetapi arusnya deras. 3) Kucing Parsi yang berwarna kelabu itu bunting lagi. 4) Sungguh sukar untuk saya melelapkan mata pada malam ini. 5) Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal. 6) Aceh musnah kerana ditimpa bencana tsunami. 7) Angin terlalu kencang sehingga banyak pokok yang tumbang. 8) Seandainya dakwaan itu benar, dia akan menceraikan isteriya. 9) Ketika remaja lagi bakat kepemimpinannya sudah terserlah. 10) Agar alam tidak tercemar amalan kitar semula diperkenalkan. 11) Saya pulang ke rumah dengan menaiki bas sekolah. 12) Sayembara itu diadakan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan. 13) Keretanya tersengguk-sengguk seperti telah kehabisan minyak.

14.9 PROSES PENERBITAN AYAT berdasarkan Teori Transformasi Generatif ayat dalam sesuatu bahasa dibahagikan kepada ayat dasar & ayat terbitan Teori Transformasi Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky : pengetahuan & penguasaan bahasa dibahagikan kepada dua tahap: A) struktur dalaman B) struktur permukaan Struktur dalaman : struktur yg menggandung bentuk ayat dasar 2 ayat inti yg menjadi sumber utk menghasilkan ayat-ayat pada tahap permukaan. Ayat terbitan : ayat dasar @ ayat struktur dalaman yang telah mengalami perubahan struktur perubahan daripada ayat dasar kepada ayat terbitan dikenal sebagai proses transformasi @ penerbitan ayat. Proses transformasi; mengubah susunan @ struktur ayat, menggugurkan unsur tertentu & memperluas sesuatu unsur dlm ayat.

3 proses transformasi : pengguguran, penyusunan semula & peluasan

Proses Pengguguran mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu drpd binaan ayat


4 jenis pengguguran: A) frasa nama sebagai subjek B) frasa predikat C) frasa nama yang mendahului frasa relatif D) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek A) subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah: misalnya: Awak keluar dari sini. Keluar dari sini. B) subjek yang serupa dalam ayat majmuk, misalnya: Dia pergi ke hospital. Dia kurang sihat. Dia pergi ke hosital kerana dia kurang sihat. Dia pergi ke hospital kerana kurang sihat.

Pekerja itu jujur. Pekerja itu tekun. Pekerja itu berdisiplin. Pekerja itu jujur da n pekerja itu tekun dan pekerja itu berdisiplin. Pekerja itu jujur, rajin dan berdisiplin.
Pengguguran Frasa Predikat A) seluruh predikat B) bahagian-bahagian frasa predikat A) pengguguran seluruh frasa predikat i) frasa nama yang serupa Perancis negara maju. Jerman negara maju. Perancis negara maju dan Jerman negara maju. Perancis dan Jerman negara maju. Ii) frasa kerja yang serupa Ekonomi Malaysia sudah pulih. Ekonomi Thailand sudah pulih. Ekonomi Malaysia sudah pulih dan ekonomi Thailand sudah pulih. Ekonomi Malaysia dan Thailand sudah pulih

iii) Frasa adjektif yang serupa Pulau Redang sangat cantik. Pulau Perhentian sangat cantik. Pulau Redang sangat cantik dan Pulau Perhentian sangat cantik. Pulau Redang dan Pulau Perhentian sangat cantik. iv) Frasa sendi nama yang serupa Baju ini untuk bapa. Seluar ini untuk bapa. Baju ini untuk bapa dan seluar ini untuk bapa. Baju dan seluar ini untuk bapa. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat terbahagi kepada 4 jenis: A) oleh + frasa nama dalam ayat pasif Anak-anak mestilah dikasihi oleh ibu bapa. Anak-anak mestilah dikasihi. B) kata bantu yang serupa Datuk sudah tua. Datuk sudah uzur. Datuk sudah tua dan datuk sudah uzur. Datuk sudah tua dan uzur.

c) Frasa nama sebagai objek yang serupa Mereka mengejar peragut itu. Mereka memberkas peragut itu. Mereka mengejar peragut itu dan mereka memberkas peragut itu. Mereka mengejar dan memberkas peragut itu. D) frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif Kisah yang diceritakan oleh datuk sangat menyedihkan kami. Kisah yang diceritakan datuk sangat menyedihkan. Pengguguran Frasa Nama Yang Mendahului Frasa Relatif pengguguran apa-apa frasa nama di hadapan kata relatif yang

Anda mungkin juga menyukai