Anda di halaman 1dari 38

Nilai besar 'kehalusan' Melayu

Oleh MOHD RAMAN DAUD ADAB Melayu turut mencorakkan Asia Tenggara. Kenyataan ini bukan baru. Namun, apabila diujarkan Duta Kelana, Profesor Tommy Koh, 75 tahun, pada Forum Jangkauan Global anjuran akhbar The Straits Times pada Jumaat lalu, ia seolah-olah menggemakan pengamatan jauhari sejak zaman silam. Para penjajah Barat, terutama yang kemudian menjadi semacam sarjana - daripada Thomas Stamford Raffles (pendiri loji British di Singapura) sehingga perisik dan sarjana Belanda, Snouck Hurgronje, telah lama mengungkapkan hal ini. "Tidak dapat tidak, saya berasa bahawa bangsa Melayu sebagai satu kaum, bertutur satu bahasa dan bertebaran dalam kawasan luas, memelihara watak dan resam, di hampir semua negeri pesisir antara Laut Sulu dan Samudera Selatan." Demikian terjemahan tukilan makalah Sir Thomas Stamford Raffles, On the Malay Nation (Asiatic Researchers, Jilid 12 (1816), muka 103). Menurut Prof Koh, seorang sarjana perundangan yang tersohor dan sudah dianugerahi gelar doktor kehormat daripada banyak universiti ternama, sentuhan Melayu merubah kehadiran kaum-kaum lain. Katanya, dalam konteks Singapura yang majoriti merupakan kaum Cina dan campur kehadiran India, budaya Melayulah yang "melicinkan" tepian yang bergerigis (rough edges). Maka kaum-kaum ini menjadi kurang angkuh dan menolak sikap menantang (confrontational). Katanya lagi, budaya Melayu "lebih lunak, halus" dan inilah yang membuat orang Singapura kurang garang atau bermegahmegah. Pandangan beliau disampaikan sebagai respons kepada soalan seorang peserta: bagaimana penggabungan (integrasi) Asean terlaksana sedangkan negara-negara Asia Tenggara didapati berbeza budayanya. Hujah Prof Koh, budaya-budaya negara Asean tidak bertentangan. "Ada semacam budaya musyawarah di Asean," tegasnya. Sebagai diplomat terbilang, memang Prof Koh menyedari konsep ini kerana sudah lama terlibat dalam urusan Asean. Konsep 'musyawarah' digunakan begitu luas sehingga terbentuk Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) di Indonesia. Taraf MPR secara perundangan dianggap tertinggi - mengatasi presiden. Musyawarah berasal daripada kekata Arab. Dalam bahasa Melayu, ia disebut pakat atau sepakatan, bak dinyatakan dalam peribahasa (bersifat tunjuk ajar, menurut Budayawan Besar Riau, Dr Tenas Effendy): Bulat air kerana pembetung, Bulat kata kerana muafakat. "Untuk saling membantu, mencari muafakat. Ada budaya toleransi mengenai perbezaan antara yang lain, ada budaya ihsan (memaafkan) yang tiada pada bangsa Cina, Jepun dan Korea." Beliau mengungkapkan anekdot yang diceritakan mantan setiausaha tetap Thai bagi ehwal luar mengenai hukuman ke atas sekumpulan askar muda yang terlibat dalam rampasan kuasa pada 2008. Sesudah lama bertaubat, ada acara sambutan agar menerima mereka kembali dalam tentera Thai. Ketika menyaksikannya, duta Korea Selatan bertanya kepada setiausaha tetap tadi mengapa ia boleh berlaku. "Di Korea, orang begini akan dihukum oleh mahkamah tentera dan ditembak," kata duta itu. Ujar Prof Koh: "Kawan Thai saya memandangnya dan berkata, 'Wahai kawanku, itulah bezanya antara Asia Tenggara dengan Asia Timur Laut.'" Tambah Prof Koh: "Namun, saya tak pasti jika di Singapura. Di sini orang sedemikian mungkin dibicarakan di mahkamah tentera dan ditembak."

Prof Koh memang seorang optimis. Bermata harapan memang pembawaannya sewaktu saya baru mengenalinya di Lembaga Pengarah Majlis Seni Kebangsaan dalam 1996. Menurutnya, Asia Tenggara mempunyai peradabannya yang berbeza daripada China dan India. "Ia tercermin pada sastera, lukisan dan seni kita. Usah perkecil diri anda," katanya. Jadi, berbalik pada adab Melayu: bagaimanakah ia boleh disuburkan sehingga seorang budiman Melayu dipandang mulia di pentas antarabangsa? Ketika bersembang ringkas dengan Ustaz Ahmad Haris Suhaimi, pengarang sejumlah buku motivasi berdasarkan warisan Islam, jalan permulaan adab ialah didikan. "Nabi kita diutus agar menyempurnakan adab. Itulah sebabnya akhlak baginda cukup luar biasa. "Para Muslim awal memang indah adabnya. Selepas itu, barulah mereka diajarkan Nabi saw dengan ilmu agama seperti solat, puasa dan sebagainya sehingga kepada hukum-hakam. "Jadi, wajar kita mulakan tadika Islam dengan pengajaran adab," katanya sambil menambah hal ini akan menjadi teras usahanya untuk buku selanjutnya. Apabila adab indah, soal rasuah, silap tadbir, kezaliman dan apa jua yang negatif tentu dapat dibendung. Kejayaan Wali Songo (para pendakwah terbilang di Jawa) dan sebaran Islam di rantau ini bukan menerusi pedang, tetapi adab para penyebarnya. Itulah sebabnya Islam teguh di rantau ini berbanding mana-mana rantau lain. Terorisme atau pengganasan bukan saja bertentangan dengan Islam, malah jauh daripada adab Melayu. Menurut mahaguru terbilang dalam bidang adab Islam, Profesor Muhammad Naquib Al-Attas, Islam mengindahkan karakter Melayu yang lunak dan sopan. Menjelang terbitnya zaman emas Pasifik dalam abad ke-21 ini, peradaban Melayu tentulah dinantikan.

Perbezaan pantun daripada gurindam, seloka dan syair


Oleh MOHAMED ASHIK SAYA ingin mengajak anda mengimbas kembali tentang pemahaman kita mengenai apa yang dikatakan gurindam, seloka dan syair dalam puisi tradisional Melayu kita. Contoh syair adalah seperti berikut: Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Jika benar kepada diri, Nasihat kebajikan ayahanda beri. Perhatikan bahawa bunyi hujung setiap baris syair semuanya sama - berperi, bestari, diri dan beri. Contoh seloka pula seperti berikut: Sudah bertemu kasih sayang Duduk terkurung malam siang Hingga setapak tiada renggang Tulang sendi habis berguncang Perhatian bahawa bunyi hujung setiap baris seloka itu semuanya sama: sayang, siang, renggang dan berguncang. Contoh gurindam pula ialah: Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang makrifat. Perhatikan bahawa baris pertama dan kedua bunyi hujungnya sama: agama dan nama; manakala baris ketiga dan keempat pula ialah empat dan makrifat. Begitulah bezanya syair, seloka dan gurindam berbanding pantun yang terangkum sebagai puisi Melayu lama. Sekali lagi diingatkan bahawa dalam pantun, hujung bunyi dalam serangkap pantun tidak boleh semuanya sama. Untuk memahaminya adalah mudah - bunyi hujung baris pertama sama dengan bunyi hujung baris ketiga; dan bunyi hujung baris kedua mesti sama dengan bunyi baris keempat (A.I.A.I.) Melambai daun di Pulau Kelapa, Saujana memandang dari titi; Kalau cantik dipandang rupa, Diharap sama budi pekerti. Perhatikan Kelapa, titi, rupa dan pekerti. Pembayang maksud pantun mengisahkan pemandangan. Ia tidak sama dengan maksud dan bukan merupakan pernyataan. Kalau dipantunkan begini: Barang diingat jangan dilupa, Harus dijadikan perhiasan diri; Kalau cantik dipandang rupa, Diharap sama budi pekerti. Perhatikan bahawa baris pertama dan kedua bukan pembayang maksud, tetapi hanya merupakan pernyataan semata. Sepatutnya baris pertama dan kedua adalah pembayang maksud yang mengisahkan pemandangan, perbuatan, barangan, sesuatu tempat dan sebagainya. Akhir sekali, masih ada pembaca atau petugas di Radio yang berpantun tidak mengikut syarat berpantun. Fahami betul-betul apa yang dikatakan pantun, barulah berpantun, jangan asal ikut bunyi hujung semuanya sama. Sebelum berundur terimalah serangkap pantun perpisahan:

Orang Laut Dalam Sejarah Melayu


Mainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun Melayu Oleh MUHAMMAD JAILANI ABU TALIB DALAM sejarah perkembangan orang Melayu, salah satu suku kaum yang jarang dibincangkan merupakan Orang Laut yang pada dasarnya merupakan antara suku kaum yang penting. Orang Laut memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun Melayu. Suku kaum tersebut adalah antara faktor tertubuhnya beberapa kerajaan Melayu lama. Dalam konteks Singapura sendiri, menurut catatan Oliver William Walters, seorang sejarawan tentang alam Melayu, kejayaan Sang Nila Utama dalam mendirikan kerajaannya di Singapura sebenarnya terdorong oleh sokongan suku Orang Laut. Menurut catatan sejarah, bagi membantunya dalam usahanya mendirikan kerajaan, Sang Nila Utama bernikah dengan anak Permaisuri Bintan, Wan Sri Benian. Kononnya, tersirat sebalik tindakan tersebut adalah niat mendapatkan sokongan dan kesetiaan Orang Laut di sekitar daerah Bintan. Hasil daripada sokongan tersebut, Sang Nila Utama berjaya menguasai bumi Temasek yang kemudiannya digantikan nama sebagai Singapura. Sebelum kedatangan Sang Nila Utama, Singapura diperintah oleh seorang Sangaji, sebagaimana halnya bagi semua wilayah pemerintahan Majapahit. Ironinya, sedang Sang Nila Utama sebenarnya merupakan keturunan Palembang yang berkerajaan Majapahit, beliau sendiri cuba mengorak langkah dan identitinya dengan membelakangi tradisi yang sedia ada. Hasil daripada tekad tersebut dan sokongan Orang Laut, beliau membunuh Sangaji di Singapura serta melantik dirinya sebagai Raja. Terkenal akan kejaguhan mereka tentang ilmu perlautan, suku Orang Laut lazimnya mempunyai tempat yang istimewa di hati Istana. Sebahagian daripada mereka mendapat mandat sebagai panglima dan hulubalang istana sementara yang lain memainkan peranan berbeza-beza dalam istana. Misalnya, di Riau secara khususnya, suku Ladi, Gelam, Sekanak, Sugi, Klong, Trong dan Moro, daripada suku Orang Laut yang lebih besar, berperanan sebagai pengemudi laut. Suku Mepar pula menjadi pilihan istana, khususnya bagi tujuan yang lebih penting seperti menyampaikan watikah dan warkah rasmi kepada istana dan pembesar-pembesar lain. Namun demikian, dalam suku Orang Laut sendiri, terdapat struktur yang kompleks berkenaan adat kehidupan mereka. Bagaimanapun, seperti halnya bagi pelbagai ilmu-ilmu Melayu yang lain, sebahagian besar daripada ilmu berkenaan Orang Laut tidak pernah dirakamkan secara eksplisit. Akibatnya, ilmu-ilmu yang ada terpaksa digali daripada sumber-sumber asing atau lewat tradisi lisan. Namun, semakin hari berlalu, masalah kewujudan suku Orang Laut menjadi satu permasalahan yang meruncing. Menentang ancaman zaman, kewujudan mereka semakin tergugat oleh keadaan yang tidak menyebelahi mereka. Apatah pula, agama anutan sekalangan mereka tidak sealiran dengan agama anutan bangsa Melayu yang lebih luas, yakni Islam. Dalam konteks Singapura, antara suku Orang Laut yang pernah hadir di sini termasuklah Orang Seletar dan Orang Kallang. Bagaimanapun, adatnya pembangunan, perkampungan dan penempatan Orang Laut turut terjejas dengan kebanyakan daripada mereka dipindahkan ke pelbagai daerah serata Singapura. Di samping itu, masih terdapat segelintir Orang Laut daripada suku Orang Seletar yang masih boleh ditemui di Kampong Sungai Temon dan beberapa daerah lain di bahagian selatan Johor.

Berbeza daripada budaya Melayu yang lain, Orang Seletar di Kampong Sungai Temon memuja dewa-dewa dan semangatsemangat tertentu. Menggunakan variasi bahasa yang berbeza daripada bahasa Melayu Johor-Riau, bahasa asli mereka tidak mudah difahami masyarakat luas. Atas dasar tersebut, masyarakat Orang Laut, khususnya Orang Seletar, sering dilihat sebagai masyarakat yang enggan berhubungan dengan masyarakat lain. Bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah mereka tidak pernah melihat keperluan menggunakan bahasa Melayu baku sebelumnya kerana jarang mendarat. Meski begitu, gaya hidup tersebut terpaksa diubah selepas Almarhum Sultan Ismail dari Johor memberikan sebidang tanah bagi menempatkan mereka selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957. Sejak itu, secara bertahap, kewujudan mereka semakin terjejas. Hal ini langsung berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Bahkan, menurut Yang Aseng dari Kampung Bakar Batu Danga, pada tahun-tahun 1930-an, selat Tebrau pernah ditandai ratusan perahu dan sampan Orang Seletar. Bagaimanapun, pembinaan Tambak Johor antara Singapura dan Malaysia dianggap telah menjejas ikatan persaudaraan antara Orang Laut di Johor dengan di Singapura. Kalau sebelumnya mereka boleh mendayung perahu mereka dari Gelang Patah ke Stulang Laut, hal tersebut kian tidak boleh dilakukan. Memandangkan diri mereka pada waktu itu tidak terbiasa dengan persekitaran darat, hubungan keluarga mereka akhirnya terpisah. Melihat kembali dalam konteks Melayu yang lebih luas, kewujudan Orang Laut dalam kalangan kita tidak sewajarnya dipinggirkan dan dilupakan sama sekali. Andai dapat diambil iktibar daripada pengalaman Orang Seletar, terdapat keperluan bagi masyarakat Melayu supaya sedia menghadapi cabaran zaman yang penuh persaingan sejagat sekarang ini.

Lawak Jenaka Cara Melayu


Ada lawak memandaikan bangsa, ada yang mencari cela dan menampakkan aib Oleh MUHAMMAD JAILANI ABU TALIB DALAM menghadapi pelbagai cabaran hidup, stres atau tekanan merupakan antara masalah yang merundung tamadun kemanusiaan itu sendiri. Pelbagai cara telah digunakan manusia untuk menangani tekanan hidup yang semakin meningkat dalam dunia moden. Bagi segelintir individu, berbelanja dan memakan makanan yang enak menjadi penawar bagi lara yang menimpa. Ada pula yang menganjurkan hiburan sebagai wadah menangani stres. Melihat dari perspektif orang Melayu, antara jenis hiburan yang digunakan masyarakat tersebut termasuklah lawak jenaka. Dalam konteks peradaban Melayu, lawak sebenarnya berperanan besar sebagai ejen perubahan positif dalam benak diri. Menyangkal pendapat ramai tentang jenaka sebagai wadah hiburan kosong semata, lawak bagi orang Melayu malahan menyimpulkan suara intelektual yang tinggi. Merujuk pada seni pentas Melayu tradisional, watak-watak yang lucu lazimnya sengaja diciptakan bagi terus menarik perhatian para penonton. Apatah lagi, jalan cerita yang dikemukakan ada kalanya panjang serta memerlukan daya tarikan yang lebih. Watak-watak sedemikian secara langsung memastikan jumlah peminat persembahan mereka tidak akan berkurangan. Dalam erti kata lain, selaras dengan cabaran zaman pada waktu itu, lawak sengaja dikemukakan bagi meningkatkan daya tarikan dalam karya-karya yang ditonjolkan. Namun demikian, andai diteliti dengan lebih kritis, watak-watak yang ditonjolkan sebenarnya tidaklah daripada kalangan yang daif dan tidak berilmu. Ironinya, sedangkan watak-watak tersebut mengungkapkan baris-baris ayat yang lucu bagi mengundang perhatian penonton, watak-watak yang sama sebenarnya menggariskan nilai budi dan pedoman hidup yang berguna. Fenomena ini malahan dapat diteliti dalam segenap genre seni Melayu tradisional. Merujuk secara khusus pada wayang kulit Melayu, watak Pak Dogol sengaja dihadirkan bagi memberikan nasihat pada watak Raja. Terlepas daripada pandangan segenap penonton, Pak Dogol sebenarnya dianggap dewa yang tertinggi dalam alam kayangan. Kononnya, dalam usaha untuk menyembunyikan identiti dirinya, Pak Dogol telah mewujudkan dirinya dalam bentuk yang begitu hodoh sekali. Memetik salah satu sketsa dalam Hikayat Seri Rama, Pak Dogol telah menggunakan kebijaksanaannya memujuk Raja agar menerimanya kembali ke pangkuan istana. Dalam hal ini, Pak Dogol bersama dengan rakannya, Wak Long, telah dihalau keluar dari istana setelah mengganggu tidur raja mereka, Seri Rama. Bagi menyelitkan elemen humor ke dalam cerita, Wak Long telah cuba mengalihkan pandangan raja terhadap Pak Dogol sebelum ditendang Seri Rama sehingga terpelanting ke arah dinding. Mengolah strategi yang bijaksana, Pak Dogol menyamar sebagai Jin Gempa Alam dan meminta Seri Rama menyerahkan isterinya, Sita Dewi, sebagai cagaran. Kononnya, jika Sita Dewi tidak diserahkan dengan segera, Pak Dogol akan membawa bencana pada negerinya. Masalah tersebut bagaimanapun berjaya diatasi Seri Rama apabila dinasihatkan bahawa perkara itu hanya dapat dihuraikan dengan bantuan Pak Dogol. Secara halus, Pak Dogol telah menyedarkan Rajanya bahawa ketenteraman negara tidak sahaja bergantung pada dirinya semata. Sebaliknya, setiap individu dalam istana, tidak kira darjatnya, harus dihargai bersama. Jelasnya juga, bagi setiap pemerintah, kehadiran orang-orang yang dipercayai di sekelilingnya tidak wajar diperlekehkan.

Andai dilihat dari sudut pandangan penonton, agak sukar dibayangkan bagaimana Pak Dogol, yang berbadan gempal dan berkepala gondol, telah mendapat perhatian sebagai hero dalam babak itu. Lebih jelas lagi, hal ini langsung berbeza daripada konvensi penceritaan pada masa kini yang memerlukan pemeran-pemeran kacak. Berbalik pada wacana, humor yang dikemukakan penceritaan tradisional Melayu tidak pernah kontang daripada pemerhatian kritis terhadap fenomena masyarakat yang melingkunginya. Jauh daripada itu, watak-watak yang dikemukakan dalam para pelawak tradisional memiliki citra budi yang serba tinggi. Antaranya, watak Pak Dogol dalam wayang kulit tidak pernah memikirkan diri sendiri semata dan sentiasa mengambil berat akan kesejahteraan raja dan negerinya. Meletakkan pula komedi tradisional dalam konteks moden, andai diperhatikan, komedi-komedi Melayu yang berkesan lazimnya menggunakan teknik yang sama. Sedang latar masa, watak, dan plot mungkin berbeza, mekanisme yang digunakan tidak banyak berubah. Sama ada secara sedar atau tidak, gaya komedi slapstick seperti yang cenderung diguna pakai oleh segelintir pelawak baharu sebenarnya tidak selari dengan psikologi masyarakat Melayu itu sendiri. Pendek kata, haruslah dipisahkan antara lawak yang bertujuan memandaikan bangsa dengan lawak yang sekadar mencari cela dan menampakkan aib seseorang.

The Aikido Girl Alia was a good little girl who always listened to her parents and followed the teachings of Prophet Muhammad PBUH. She loved nothing more than to study the Quran because they are the Words of Allah Himself. While she was interested in learning the correct recitation of the Quran, her first interest was in the translation and the interpretation of the Quran, because that is the purpose of Allah Gifting man with it to understand and to practice His Guidance. Alia was very lucky because Allah Gave her good and pious parents. Although they were not able to study the Quran themselves when they were young, they wanted nothing more than to give that chance to their daughter. So they sent Alia to a special Quranic class in the evening after her normal public school ends. One day as Alia was walking home from her Quran class, a group of hooligans happened to be making a lot of noise around the neighbourhood. She was afraid that they would disturb her as she was a girl walking all alone. She prayed to Allah to protect her from their eyes. However the hooligans did notice her walking all on her own, and they began circling around her with their bicycles and taunting her. The boys got off their bicycles and began closing in the circle around Alia. There were five of them, and all of them were boys bigger and stronger than her. But Alia was not afraid. She was not afraid because she has Allah on her side, and she knew that He would Help her, as long as she was faithful to him. Alia knew that Allah would not leave her alone in this situation, He would not allow these boys to do bad things to her. It is not ye who slew them; it was Allah: When thow threwest (a handful of dust), it was not thy act, but Allahs. In order that He might Confer on thee believersa gracious benefit from Himself. For Allah is He Who Heareth and Knoweth (all things). That, and also because Allah is He Who makes feeble the plans and stratagems of the unbelievers [Surah al-Anfal 8 : 17-18] Alia remembered the verse from Surah al-Anfal that told of Allahs Help for the prophet and the believers in the battle of Badar. One of the boys grabbed Alia from behind, but then he was suddenly thrown into the air and fell on his friend. The boys were so surprised that they all took a step back. The little girl who was smaller than any of them had not even moved. Then they all came at her all at once which was a big mistake. Besides studying the Quran, Alia also learned Aikido. She had never learned to defend herself against five much bigger boys at the same time, but she knew that Allah would Help her. She prayed to Allah to give her strength, placed her trust 100% in Him, and unleashed her Aikido techniques. Even Alia did not know that she could move like she did. The boys all went flying into the air without seeing what had hit them. They were so afraid of the tiny Alia that they scrambled to their bikes and took off as fast as they could. Lessons: 1. Place ALL your trust in Allah. He will NEVER leave you alone. 2. Allahs Plans will ALWAYS prevail over the schemes of the unbelievers.

ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KOLEKSI PANTUN NASIHAT


Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu Kemumu di tengah pekan

Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjungan Kepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan. Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati

Kerja yang susah menjadi senang Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kuda Kasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petang Kalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnya Budak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiri Jangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalur Biar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redup Bersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadah Usia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batang Hati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang Cuaca gelap semakin redup

Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyur Pohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihat Ular yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papan Jika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu

Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahdua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi ba Posted by AZMAN HASHIM at 22:55

Jenis & Kegunaan Perintang.


JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA
Terdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan. Perintang tetap Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya. Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya. Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang. Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.

Perintang komposisi karbon Perintang berselaput karbon Perintang belitan dawai

Rajah 3.5 Perintang karbon

Perintang Boleh Ubah Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset. Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan. Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang boleh ubah.

Tanggapan Diri Positif


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri. Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya. Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya. Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, "orang itu tak boleh dipercayai", semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri. Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada. Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita. Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai diri kita sendiri. Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz. Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh lebih baik. Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya, hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi.

Prinsip Kejayaan
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan. Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang anda capai dan dimana anda berada hari ini. Anda perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya anda tidak mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi? Maknanya kalau anda tidak mengawal haluan hidup anda maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda. Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah anda boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu yang anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan orang lain". Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1009 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata. Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha anda yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali... Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih gigih,

lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat. Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar! Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda melihat sesuatu yang berlaku terhadap anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila anda memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda. Persepsi anda terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan anda dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan berlaku ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah. Dalam rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap anda bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan anda apabila rakan anda tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Saya yakin anda akan marah dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir bahawa rakan anda tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir anda sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi anda sekarang? Adakah anda masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi anda kini berubah menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang anda ambil bergantung kepada emosi anda. Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya hasil yang anda perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir atau persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan anda. Yang membuatkan anda kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan anda.

Mengapa Anda Lupa?


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham. Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.. Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal. Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta: Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal

keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!! Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburuburu. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburuburu. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas Imbas Imbas Imbas 5 5 5 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. minit lagi selepas 1 minggu. minit setiap 2 minggu. - 10 minit dimusim peperiksaan.

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar? Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.

Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.

Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.

Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu. Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Rajah-rajah. Jadual. Carta. Peta.

Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya. Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci. Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' sematamata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:

Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda. Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana?

Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda. Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat. Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

Suasana Belajar Yang Berkesan Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar. Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Ikhlas pada diri anda. Tentukan sendiri suasana bagaimana yang paling anda gemari. Misalnya, sekiranya anda seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan mungkin pilihan terbaik anda. Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Jangan paksa diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain. Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana. Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu juga.

Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda. Oleh itu mulalah ubahsuai bilik anda sekarang. Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari gangguan. Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan sebagai tempat belajar anda. Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu. Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan utama setiap penghuni rumah.

Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak. Tidak semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias dan menyusunnya. Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan. Mungkin pada awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap tingkap. Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang membuatkan anda rasa seronok untuk belajar. Begitu juga rak buku anda, letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang. Lakukan apa sahaja yang penting anda dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah susun atur perabut ini. Sediakan juga satu ruangan pada dinding, yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda, senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka panjang anda. Ada diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan tumpuan dan keseronokan belajar. Ini disebabkan ia berkait rapat dengan fungsi otak kanan anda.

Sekiranya anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini. Gantikannya dengan memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental. Untuk kesan yang terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda. Muzik yang paling sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain. Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit. Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat.

Dengan Muzik

Tanpa Muzik

Denyutan dan tekanan darah menurun. Gelombang otak perlahan. Otot-otot rileks. Denyutan dan tekanan darah meningkat. Gelombang otak pantas. Otot-otot tegang. Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di ruangan bacaan tersebut. Gambargambar ini mungkin kejayaan anda dalam sukan atau peraduan-peraduan tertentu. Ia akan mengingatkan anda bahawa anda

boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda. Gambar tersebut membuktikan yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula dalam bidang pelajaran.

Gantungkan juga katajaya-katajaya yang memberikan anda rangsangan yang positif. Anda mungkin mahu memetik katakata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat.

Bagaimana Menjadi Lebih Kreatif? Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Manusia memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk maju. Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja boleh melakukan latihanlatihan tertentu secara konsisten bagi meningkatkan daya kreativiti mereka. Dengan latihan-latihan ini anda akan dapati diri anda menjadi lebih kreatif dan anda mampu menyumbang pelbagai ide yang tidak pernah anda fikirkan selama ini. Ide-ide ini mungkin menjadi penyebab kejayaan anda untuk lebih berjaya dalam karier, pergaulan, bisnes dan sebagainya.

Langkah-langkah yang anda perlu ambil dari sekarang:

Berani lakukan perubahan. Jangan takut untuk mencuba pelbagai pendekatan baru dalam melakukan sesuatu yang biasa anda lakukan. Tidak semestinya pendekatan baru anda ini lebih baik tetapi sekurang-kurangnya anda melatih minda anda untuk berani lakukan perubahan. Minda anda akan lebih fleksibel terhadap sesuatu perkara dan membuka peluang untuk anda lihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut pandangan. Misalnya, cuba pelbagaikan jalan yang biasa anda ambil untuk ketempat kerja; setiap kali sembahyang Jumaat, pergi ke masjid yang berbeza; ubah dari semasa ke semasa kedudukan perabut di rumah atau di pejabat anda; ubat kegemaran anda menulis dalam satu-satu format, fonts, warna dan sebagainya; apabila ke restoran cuba minta minuman yang lain dari kebiasaan anda; fikirkan pendekatan baru atau stategi baru dalam satu-satu permainan; dan lain-lain. Yang penting disini ialah biasakan diri anda untuk berani lakukan perubahan.

Suburkan setiap ide baru. Ramai orang yang mempersendakan ide-ide yang kurang matang atau kurang bernas. Tetapi tidakkah anda sedar banyak kejayaan yang dicapai hari ini bermula dari ide yang tidak masuk akal? Wright Brothers dikatakan gila apabila mereka kata besi boleh terbang. Edison dicemuh apabila dia kata malam boleh menjadi terang. Kini terbukti ide-ide gila merekalah yang membawa kemakmuran dalam hidup kita kini. Oleh itu, jangan diracuni setiap ide. Mungkin apabila ide tersebut dicanai ia membawa suatu impak yang besar dan pembaharuan dalam hidup. Kaji setiap ide sebelum ia diketepikan. Meskipun terbukti ide tersebut tidak membawa faedah, namun pengalaman berfikir yang telah anda libatkan membawa makna besar dalam kejayaan selepas itu. Ide atau cetusan ilham ada ketikanya datang secara tiba-tiba dalam masa hanya beberapa saat. Jangan tertipu dengan berkata yang anda akan menulisnya kemudia kerana anda pasti lupa tentang ide itu akibat kesibukan kerja, atau terfikir sesuatu perkara yang lain, atau anda sendiri berkata ide itu tidak bagus. Mulai hari ini pastikan anda sentiasa membawa buku kecil kemana-mana sahaja anda pergi. Catatkan setiap ide, tanpa menilai, ke dalam buku kecil itu. Berikan masa untuk anda fikirkan ide tersebut setelah anda tenang.

Bina kebolehan meniru dan mengubahsuai. Hari ini, agak sukar untuk anda menemui ide-ide yang baru dan unik. Kebanyakan ide baru anda datangnya daripada gabungan pelbagai ide yang telah wujud sekeliling anda. Ada pendapat yang mengatakan, sekiranya anda mampu mengubahsuai 10% sahaja apa yang telah orang lain hasilkan maka cukup untuk anda menjadi kaya raya. Pastikan pengubahsuaian ini tidak melanggar hak cipta atau paten yang telah didaftarkan oleh orang lain.

Bina kreativiti anda apabila ada masa lapang. Gunakan masa lapang anda untuk mengasah minda kepada aktiviti yang merangsang daya kreativiti anda. Sekiranya senaman dan riadah yang anda lakukan dimasa lapang banyak membantu kecergasan anda ditempat kerja (atau sekolah) begitulah juga dengan minda. Aktiviti minda yang anda lakukan dimasa lapang akan membantu kecerdasan minda anda ditempat kerja atau sekolah. Contohnya, gunakan masa lapang untuk tekateki, permainan chess, "puzzles", melukis, kraftangan, fotografi dan sebagainya.

Amalkan sikap ingin tahu dan suka menyelidik. Jangan sekadar berpuashati dengan apa yang ada disekitar anda, tidak ada satu pun yang sempurna. Setiap ciptaan manusia yang anda lihat pasti ada cacatnya. Sikap suka menyelidik ini membolehkan anda mendapat ide-ide baru bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada. Tanyakan diri anda dengan soalan-soalan seperti Apa? Kenapa? Bila? Bagaimana? Setiap kali ada orang yang mengatakan yang sesuatu itu tidak boleh dibuat (atau tidak boleh dicapai), tanyakan soalan ini, "Kenapa tidak?". Binakan sikap suka bertanya.

Tidakkah anda sedar anak kecil yang banyak bertanya itu lebih bijak daripada anak kecil yang sekadar diam. Begitulah juga dengan kita.

Dengan mengamalkan saranan di atas dalam kehidupan harian anda, anda akan dapati banyak perkara baru dan menarik yang bakal ditemui setiap hari. Minda anda menjadi lebih kreatif. Anda lebih kritikal. Tidak mudah menerima mentahmentah sesuatu itu dan berani pula hadapi perubahan.

Sekian.

Mengurus Masa Belajar Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktivitiaktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.

Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalansoalan, melakar rajah dan sebagainya.

Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".

Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai to do anda.

Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses RECALL. Iaitu proses memanggil semula maklumat.

Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

TAHUKAH ANDA?

Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun, anda menghabiskan 30 tahun dari usia anda hanya untuk tidur

PENGENALAN TANAMAN HIASAN

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. Jenis-jenis tanaman hiasan Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok Naungan - Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

Pokok renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. ContohnyaPokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.

Pokok palma - Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.

Pokok memanjat / menjalar - Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.

Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp

Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

Memilih Biji Benih Pokok Bunga Semusim

Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih. Biji benih ini diperoleh daripada induk yang telah matang. Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah: 1. 2. 3. 4. 5. Berisi matang berbentuk normal tiada tanda serangan penyakit tidak mempunyai sebarang kecederaan

Fotosintesis atau fotosintesa merupakan proses pembuatan makanan yang terjadi pada tumbuhan hijau dengan bantuan sinar matahari dan enzim-enzim. Fotosintesis adalah suatu proses biokimia yang dilakukantumbuhan, alga, dan beberapa jenis bakteri untuk memproduksi energi terpakai (nutrisi) dengan memanfaatkan energi cahaya. fotosintesis adalah fungsi utama dari daun. Proses fotosintesis sangat penting bagi kehidupan di bumi karena hampir semua makhluk hidup tergantung pada proses ini. Proses Fotosintesis juga berjasa menghasilkan sebagian besar oksigen yang terdapat di atmosfer bumi.Organisme yang menghasilkan energi melalui fotosintesis (photos berarti cahaya) disebut sebagai fototrof. Fotosintesis merupakan salah satu cara asimilasikarbon karena dalam fotosintesis karbon bebas dari CO2 diikat (difiksasi) menjadi gula sebagai molekul penyimpan energi. Cara lain yang ditempuh organisme untuk mengasimilasi karbon adalah melalui kemosintesis, yang dilakukan oleh sejumlah bakteri belerang.

8 cara merawat penyakit gastrik


Posted on May 14, 2011 by zezebel75 COMMENTS

Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda mencuba petua 8 cara merawat gastrik ini.

1. Susu kambing

Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari. 2. Daun betik Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur. 3. Akar patawali Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit. 4. Selaput tunggul Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam. 5. Daun sembong Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi. 6. Daun mengkudu Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap. 7. Daun bunga lili Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung kelapa Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

Paus (mamalia)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut: bernafas melalui paru-paru mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa) berdarah panas mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak. mempunyai empat ruang jantung

Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang. Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransuransur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun. Pada masa kini, terdapat dua jenis paus iaitu paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, danmamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Anda mungkin juga menyukai