Anda di halaman 1dari 9

Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)

MAKSUD PERKATAN (berdasarkan kata yang hampir sama)

BIL PERKATAAN MAKSUDNYA


1 Menyimbah Menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (
menggunakan baldi, gayung )
2 Menyiram Mencurahkan air ( kuantiti air lebih banyak daripada menjirus ) pada sesuatu supaya
bersih, basah dan sebagainya ( pokok, air mawar )
3 Menjirus Menyiram dengan air ( pokok bunga, air mawar di pusara, kaki, badan ketika mandi
dan lain-lain )
4 Merenjis Titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana ke sini tetapi lebih menghala
ke suatu tempat
5 Mencurah Mengalir dengan deras dan banyak ( air hujan, perbuatan membuang air dan lain-
lain )
6 Menuang Mengisikan air, minyak dan sebagainya ke dalam sesuatu bekas
7 Memancut Keadaan air atau cecair yang keluar dengan deras ( paip air,hos,pistol air,darah,paip
bocor,buang air kecil dan sebagainya
8 Memercik Titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana sini akibat jatuh pada sesuatu
permukaan atau sesuatu benda yang jatuh ke dalam air
9 Menatang Membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)
10 Menjunjung Membawa sesuatu di atas kepala ( benda,buyung dan sebagainya )
11 Menjinjing Membawa sesuatu dengan tangan yang terjulur ke bawah ( contohnya beg plastik )
12 Mengelek Mengangkat atau membawa di bawah ketiak ( bukan pada ketiak ) contohnya
buyung air,anak, buku, surat khabar,topi,bakul yang disangkutkan pada siku.
13 Menjulang Mengangkat ke atas ( contohnya anak,piala dan sebagainya )
14 Mendukung Membawa kanak-kanak kecil sama ada pada pinggang,di belakang,atau dengan
menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan
15 Mengepit Memegang atau membawa dengan cara menghimpit di antara lengan dan badan
iaitu di bawah ketiak atau di antara dua jari
16 membimbit Membawa sesuatu dengan menggunakan gengaman tangan
17 Menetak Memotong dengan senjata tajam yang dihayun dengan kuat ( tulang lembu,kayu dan
sebagainya )
18 Menakik Membuat takuk ( kesan ) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang
19 Memotong Memutuskan sesuatu dengan pisau atau sesuatu yang tajam ( kek,ikan,buah-buahan
dan sebagainya )
20 Membelah Menjadikan kepada banyak bahagian ( kayu api,pinang dan sebagainya
21 Menebang Memotong pokok kayu pada bahagian batang
22 Mengerat Mengerat dengan tujuan menjadikan kepada beberapa bahagian ( dawai,rotan,kayu,
dan sebagainya )
23 Memangkas Memotong hujung ( rumput,pokok renek dan sebagainya )
24 Menebas Memotong sesuatu seperti pokok-pokok kecil, semak,belukar dengan menggunakan
sabit
25 Memungut/mengutip Mengambil benda-benda yang kecil satu demi satu atau sebiji demi sebiji (
guli,sampah,batu kecil )
26 Merampas Mengambil dengan kekerasan, merebut ( bola dan sebagai sebagainya )
27 Merenggut Mengambil dengan cara menarik, mencabut,merampas,menyentak atau merebut
dengan kekerasan (surat, surat khabar dan sebagainya )
28 Meragut Menarik,menyentak,merabut,mencabut dengan paksa atau dengan kekuatan ( tas
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
tangan,rantai )
29 Merentap Menarik dengan paksa atau kekerasan dengan tujuan supaya tercabut, terlucut atau
putus
30 Merebus Memasak sesuatu dalam air sehingga empuk ( telur,kentang,ubi kayu dan
sebagainya)
31 Menanak Perbuatan memasak ( nasi,minyak kelapa )
32 Menjerang Perbuatan memasak ( air )
33 Mengukus Memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih (
jagung,kuih dan lain lain )
34 Memasak Mengolah makanan supaya masak
35 Mencelur Memasukkan atau mencelupkan sesuatu ke dalam air panas ( sayur,mi, bebola dan
lain-lain )
36 Merendang Memasak sehingga kering dengan santan ( ayam,daging dan sebagainya )
37 Mencucuk Menusuk,menikam dengan benda yang tajam ( pin,lidi, dan sebagainya )
38 Menjolok Menolak sesuatu dengan galah dan sebagainya supaya gugur
39 Menusuk Mencucuk dengan benda yang tajam, mencucuk hingga tembus
40 Menikam Perbuatan mencucuk dengan senjata tajam seperti pisau dan sebagainya
41 Membaling Perbuatan melempar sesuatu ke hadapan dengan anggota tangan berada di
bahagian belakang kepala atau badan sebelum perbuatan baling dilakukan, sama
ada kuat atau tidak
42 Membuang Mencampakkan sesuatu kerana sudah tidak berguna lagi ( sampah dan sebagainya )
43 Mencampak Membuang sesuatu dengan sesuka hati kerana sudah tidak menghargai lagi
44 Melempar Perbuatan membaling sesuatu jauh-jauh
45 Melontar Perbuatan membaling sesuatu ke hadapan tetapi keadaan anggota tangan tidak
sampai ke bahagian belakang
46 Menghempas Membuang, membanting atau menjatuhkan sesuatu dengan kuat (
pintu,tingkap,buku dan sebagainya )
47 Merejam Membaling sesuatu dengan daya yang kuat kea rah sasaran ( lembing,batu dan
sebagainya )
48 Menenun Proses benang menjadi kain
49 Menyulam Menjahit sulam, sejenis jahitan yang selari dan rapat-rapat
50 Memintal Proses membuat benang atau tali dengan cara memulas atau memutarnya
51 Menganyam Proses menyilang sesuatu ( ketupat,tikar,bakul, dan sebagainya )
52 Menekat Membuat tekat atau menyuji
53 Mengait Merajut (benang bulu dan lain-lain ) dengan jarum kait besi yang bercangkuk
hujungnya
54 Memilin Memintal atau memulas beberapa urat benang atau tali dengan tangan untuk
menjadikannya bergabung dengan benang atau tali yang lebih besar
55 Menyirat Membuat atau membetulkan jala,jarring,pukat dan sebagainya
,menganyam,menjalin,merajut
56 Mengelap Menyapu atau mengeringkan sesuatu yang tumpah dengan kain lap (
meja,cermin,lantai dan lain-lain )
57 Mengesat Menyapu,membersihkan sesuatu atau menggosok supaya kering ( air
mata,peluh,darah,habuk,kotoran dan sebagainya )
58 Menggosok Perbuatan membersihkan, melicinkan dengan menggunakan tangan ( laju )
59 Menggilap Perbuatan menggosok sehingga licin dan berkilat ( kasut,piala,tepak sirih, barang-
barang perak atau tembaga dan sebagainya )
60 Memanggang Memasak dengan cara memanask an atau mendiangkan di atas bara api (
pulut,ayam,daging, dll )
61 Membakar Memasak dengan cara memanaskan di atas api secara terus (
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
ikan,daging,udang,sate,pisang dll )
62 Melayur Memanaskan dengan menggunakan api dalam tempoh yang sekejap bagi tujuan
melayukan atau melembutkannya ( daun pisang, daun mengkuang dan lain-lain )
63 Menyalai Perbuatan mengeringkan dengan cara mengasapai dan memanggang di atas api (
pisang,daging, kelapa, dan sebagainya )
64 Memberkas Perbuatan mengikat menjadi satu ikatan
65 Membungkus Perbuatan membalut sesuatu secara keseluruhannya dengan kertas,kain,daun
pisang dan sebagainya (nasi lemak, mi, dan lain-lain )
66 Membalut/membebat Menggunakan sesuatu untuk membalut atau membungkus tetapi tidak secara
keseluruhan (kaki,tangan,buku dan sebagainya )
67 Membarut Perbuatan membalut anak yang baru lahir atau perempuan yang baru melahirkan
anak ( yang berupa kain tebal yang dijahit dengan tali-tali untuk mengikat perut )
68 Mencuit Menyentuh dengan hujung jari
69 Menguis Menolak atau menyepak ke tepi dengan tangan atau kaki
70 Mengais Mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah ( seperti ayam ) menggaru tanah (
pasir )
71 Menepis Mengelakkan pukulan, tumbukan,serangan. Biasanya menggunakan tangan
72 Menangkis Menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dengan tangan,perisai,senjata dan
sebagainya
73 Mencanai Menggelek atau menekan-nekan adunan supaya rata dan nipis (roti canai, pastri dan
sebagainya
74 Menguli Meramas-ramas dan menekan-nekan dengan tangan untuk menyebatikannya (
adunan roti,kuih dll )
75 Menggentel Membulat-bulatkan dengan dengan hujung jari
76 Menggaul Perbuatan mencampurkan sesuatu ( tanah,nasi dan sebagainya )
77 Meramas Menggumpulkan dan memeras ( adunan,kelapa,nasi dan sebagainya )
78 Mengepal Memadatkan ( nasi,pulut,tanah dan lain-lain )
79 Mengadun Mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dengan unsur yang lain
(santan,susu,telur,gula,pewarna, dan lain-lain )
80 Membancuh Mencampurkan atau menggaulkan bahan-bahan menjadi satu atau sebati,
mengadun (minuman,adunan kuih,simen dengan pasir dan lain-lain )
81 Menumbuk Perbuatan menghancurkan atau melumatkan sesuatu dengan menggunakan sesuatu
alat ( lesung ) dengan cara menghentak ( menumbuk lada,bawang,padi dan
sebagainya )
82 Mengisar Perbuatan menghancurkan atau melumatkan sesuatu dengan menggunakan sesuatu
alat yang berputar
( mengisar lada,bawang dan sebagainya )
83 Menggiling Perbuatan menghancurkan atau melumatkan sesuatu dengan menggunakan batu
giling dan anak batu antan.
84 Melumur Perbuatan menyapukan dengan tangan ( minyak rambut,kunyit,rempah,lumpur dan
sebagainya )
85 Memalit Perbuatan menyapukan sesuatu dengan tangan atau sesuatu benda dalam kuantiti
yang bukan sedikit dan juga tidak terlalu banyak (
cat,kapur,warna,mentega,jem,lumpur dan sebagainya )
86 Mencalit Perbuatan menyapukan sesuatu dengan tangan atau sesuatu benda dalam kuantiti
yang sedikit (cat,warna,lumpur,dakwat,gincu,dan sebagainya )
87 Memandang Menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu – lebih fokus berbanding melihat (
orang bekerja,guru mengajar, dan sebagainya )
88 Menjeling Pandangan dengan ekor mata
89 Menjenguk Melihat atau memandang dengan menghulurkan kepala ke hadapan atau dengan
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
membongkok ( tingkap,pintu dan sebagainya )
90 Meninjau Memerhatikan dan melihat-lihat sesuatu dari tempat yang tinggi atau dari jauh
91 memerhati Melihat ( memandang,menengok ) dengan teliti
92 Mengerling Memandang ke kanan atau ke kiri ( dengan tidak menggerakkan kepala )
93 Menjengah Melihat ( menengok ) dengan menghulurkan kepala, menjenguk.
94 Melihat Menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu secara umum (
pertunjukkan,pemandangan dll )
95 Mengamati benar-benar,melihat dengan teliti, ( gerak-geri orang ) dan sebagainya
96 Mengedip Menutup ( mata ) seketika ( dan membukanya semula )
97 Mengenyit Mengelipkan mata atau mengangkat kening ( sebagai member isyarat )
98 Menonton Menengok ( pertunjukkan, wayang gambar dan sebagainya )
99 Menatap Memerhatikan dengan teliti, memandang dengan bersungguh-sungguh
100 Mengintai Melihat dengan bersembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang dan sebagainya
101 Merenung Memerhatikan dengan teliti, memandang baik-baik, mengamat-amati (gambar,wajah
dan sebagainya )
102 Menengok Pergi dan datang kerana hendak melihat sesuatu atau keadaan
103 Menyaksikan Melihat dan menghadiri sendiri ( perlawanan bola dan sebagainya )
104 Memeriksa Mengamati-amati dan meneliti, untuk mengetahui keadaan (
kesihatan,kerosakan,akuan dan sebagainya )
105 Meneliti Meneliti dengan bersungguh-sungguh, memandang tepat-tepat
106 Menjerit Mengeluarkan suara dengan kuat kerana ketakutan, kesukaran atau kesakitan
107 Memekik Mengatakan sesuatu dengan suara yang keras atau berteriak kuat
108 Melaung Mengeluarkan suara yang kuat dan nyaring untuk memanggil seseorang yang jauh
atau tidak berapa jauh
109 Meneriak Memanggil ( menyeru,melaung ) dengan suara yang kuat dan nyaring
110 Meratap Menangis sambil mengeluarkan kata-kata mengeluh ( sambil menjerit,menangis dan
sebagainya )
111 Sorak Bunyi teriak dan pekik orang ramai kerana gembira, mengejek, dan sebagainya
112 Menengking Suara yang tinggi dank keras, suara orang marah, membentak dan sebagainya
113 Mengunyah/memamah Melumatkan dan menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum
menelannya
114 Menggigit Mengapit,mengacip,menyepit,dan sebagainya dengan gigi
115 Mengerip Menggigit berdikit-dikit dengan saiz yang kecil, bukan tujuan untuk makan (
arnab,tikus dan sebagainya )
116 Mengunggis Menggigit sedikit-sedikit dengan saiz yang lebih besar ( tikus, arnab dan sebagainya
117 Menggonggong Membawa ( memegang ) dengan mulut atau paruh ( anjing,burung dan lain-lain )
118 Mengerumit Menggigit atau memakan sedikit-sedikit ( arnab,tikus,tupai dan lain-lain )
119 Meragut Memakan rumput dan sebagainya ( lembu,kambing dan sebagainya )
120 Memagut Mematuk atau mencantuk sambil menggigit ( ular dan sebagainya )
121 Mematuk/mencatuk Biasanya dengan muncung atau paruh (ayam )
122 Menyengat Alat yang tajam lagi berbisa yang terdapat pada beberapa jenis serangga dan
binatang-binatang lain (labah-labah,lipan,kala,ikan keli dan sebagainya ) dengan
sengat
123 Menyudu Perbuatan mematuk dengan pantas dan berkali-kali dengan menggunakan paruh
yang lebar ( paruh itik,angsa dan sebagainya )
124 Membaham Menggerakkan anggota mulut yang terbuka luas ke arah makanan dan cuba
menggigit atau memamah dengan sekali gus sahaja ( harimau,singa dan sebagainya
125 Melulur Menelan masuk perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit
126 Meneguk Ditelan sekali ( air,ubat,cecair dan sebagainya )
127 Menyedut Menarik masuk ke dalam dengan kekuatan udara ( dengan mulut,hidung dan lain-lain
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
128 Menghisap Memasukkan sesuatu, menyedut masuk ( ke dalam mulut, atau hidung ) dengan
tarikan udara
129 Menelan Memasukkan ( makanan dan lain-lain ) ke dalam perut melalui kerongkong
130 Menghembus Meniup, mengeluarkan nafas ( udara, air,hingus dan lain-lain )
131 Meniup Mengeluarkan nafas ( udara ), menghembus
132 Menyembur Sesuatu yang keluar dengan memancut, memancar yang dipancutkan dari mulut (
kunyahan sirih dll )
133 Menghambur Sesuatu yang keluar dari mulut dan bertaburan merata-rata akibat hembusan atau
tekanan udara yang kuat
134 Mengajak Mempelawa seseorang supaya turut pergi atau datang ke suatu tempat ( situasi
umum )
135 Menjemput Mengajak atau menyilakan datang, mengundang
136 Mempelawa Mengajak, mempersilakan
137 Mempersilakan Meminta, menjemput atau mengajak masuk dan datang ( situasi yang hormat atau
lebih formal )
138 Mengundang Mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput ( supaya menghadiri
sesuatu majlis )
139 Memohon Meminta ( lebih halus atau lebih sopan )
140 Mengugut Menakut-nakutkan ( supaya melakukan atau mematuhi sesuatu ), mengancam
141 Mendesak Meminta ( menuntut ) dengan bersungguh-sungguh
142 Merayu Mengajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan )
143 Gentar Berasa takut, bimbang tentang sesuatu
144 Gerun Perasaan takut, ngeri yang amat sangat
145 Ngeri Rasa takut sehingga meremang atau rasa loya ( kerana melihat sesuatu kemalangan
dahsyat dll )
146 Gementar Takut akan sesuatu sehingga menggigil
147 Kecut Perasaan takut, gentar,gerun ( kerana berada di tempat tinggi,kilat sabung-
menyabung dan lain-lain )
148 Ingin Berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat
149 Mahu Suka akan, suka hendak,bersedia hendak
150 Gemar Suka benar
151 Berkenan Bersetuju di hati atau suka akan
152 Cenderung Menaruh minat ( keinginan dan sebagainya terhadap sesuatu )
153 Runsing Sesuatu yang mengganggu ( berkaitan fikiran )
154 Sangsi Ragu-ragu, syak, rasa kurang percaya
155 Cemas Berasa takut dan risau dalam keadaan ( gelisah,bimbang )
156 Curiga Syak wasangka, was-was, sangsi
157 Melitupi Tertutup ( tertudung dan lain-lain ) rapat-rapat hingga tidak kelihatan
158 Melitupi Berselubung , bertutup, dipenuhi oleh, menutupi, memenuhi
159 Menyelimuti Menyelubungi, meliputi
160 Menyelubungi Menutup ( menudung ) litup dengan selubung dan lain-lain
161 Melingkari Mengelilingi atau melingkari
162 Pilu Berasa sangat sedih atau hiba
163 Perit Sangat dukacita, kecewa dan lain-lain, sakit hati, pilu
164 Perih Perasaan tidak senang ( tidak gembira ), kepahitan, kepedihan (perasaan ) akibat
kesusahan yang ditanggung
165 Hiba Belas kasihan,terharu,sedih,pilu,sayu
166 Rawan Perasaan sayu kerana melihat atau mendengar sesuatu
167 Bahang Hawa panas,kehangatan ( yang terbit daripada api,panas tubuh dan lain-lain )
168 Hangat Panas api ( bukan panas matahari )
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
169 Suam Tidak terlalu panas, panas sdikit
170 Dedar Rasa panas ( kerana mahu demam )
171 Panas Kata umum bagi sesuatu yang tidak sejuk
172 Padat Penuh dan rapat sekali ( isinya, kandungan,susunannya dan lain-lain )
173 Padu Mampat,padat, pejal,tumpat
174 Tumpat Penuh berisi ( ruang,rongga dan lain-lain )
175 Mampat Tidak berongga-rongga , tidak gembur ( tanah dan lain-lain )
176 Penuh Keseluruhannya berisi, tidak sedikit pun kosong
177 Baik Tidak jahat ( kelakuan dan sebagainya )
178 Santun Halus ( budi bahasa atau budi pekerti ), beradab
179 Sopan Tertib, baik budi bahasa dan kelakuannya, beradab
180 Tertib Mengikut peraturan, teratur dan rapi, sopan santun
181 Budi Sifat baik hati
182 Bising Bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar
183 Heboh Bising,gempar,ramai ( bunyi,suara dan lain-lain )
184 Hingar Sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk
185 Riuh Bising akibat daripada suara ramai dan sebagainya
186 Gempita Keadaan riuh yang banyak
187 Damping Berada dekat dengan atau di sisi ( seseorang ), berdekatan, rapat
188 Akrab Perhubungan yang rapat, karib
189 Karib Dekat,rapat,erat, ( persahabatan dan sebagainya )
190 Erat Persahabatan,pertalian,kekeluargaan yang rapat.
191 Intim Sangat mesra dan rapat atau karib ( berkaitan perhubungan,persahabatan dan lain-
lain )
192 Jelas Habis,selesai,beres ( pekerjaan,hutang dan sebagainya )
193 Selesai Sudah dikerjakan, siap,berakhir,habis,tamat,tidak berbaki,habis,jelas dan sebagainya
194 Lunas Beres,jelas,selesai ( hutang,kewajipan dan sebagainya )
195 Beres Selesai ( perselisihan,hutang, dan sebagainya ), sempurna, kemas
196 Bijak Sangat pandai ilmunya, pandai berbicara, petah,cendekiawan,kecerdikan,kepintaran
197 Merempuh Berasak-asakan ( berebut-rebut ) hendak mendahului, menempuh, menyerbu
198 Menerpa Menyerbu dan menerkam ( menyerang dan lain-lain ), meluru masuk
199 Luput Hilang, lenyap, hilang daripada hati dan ingatan,had sesuatu dapat digunakan (
tarikh luput )
200 Lupus hapus,luput,hilang, menghapuskan,menidakan sesuatu kerana sudah tidak bernilai
201 Ghaib Tidak dapat dilihat,tersembunyi,ajaib,aneh ( keadaan )
202 Hapus Perbuatan menidakan atau menghilangkan ,membanteras,membasmi
203 Hilang Sudah tiada,tidak dapat dicari, tidak dapat dikesan
204 Kukuh Kuat buatannya atau binaannya ( berkaitan bangunan,empangan, dan lain-lain ),
tahan, tidak mudah runtuh
205 Tegap Kukuh dan tegap ( tubuh badan ), gagah
206 Mantap Tidak berubah-ubah, tetap, stabil
207 Kental Teguh,kukuh dah kuat, sukar ditembusi
208 Tahan Tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak ( luntur,berubah, dan lain-lain )
209 Besar Tidak kecil ( ukurannya )
210 Lebar Melintang (lawan panjang ) pada sesuatu kawasan, luas ( berkaitan kawasan ),
lapang
211 Lapang Tidak sempit ,lega, luas (kawasan dan lain-lain ), tidak sibuk, terluang ( masa )
212 Luas Tidak sempit, lapang, lebar
213 Longgar Tidak sempit ( pakaian dan lain-lain ), tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
(skru,jahitan,ikatan, dan lain-lain )
214 Lembut Tidak keras,mudah dilentur,lemah,lembik,lunak
215 Lemau Tidak garing, lembik ( seperti kuih yang masuk angin dan lain-lain )
216 Empuk Lembut dan mudah dikunyah ( berkaitan makanan seperti ubi rebus dan lain-lain ),
gebu, tidak keras
217 Rangup Mudah pecah atau patah, rapuh
218 Garing Berkaitan perbuatan memasak, keras tetapi rapuh ( keropok dan sebagainya ),
kering dan mudah hancur, rangup
219 Kabur Tidak dapat melihat dengan terang atau nyata ( berkaitan mata ), kurang terang (
berkaitan penglihatan
Kurang jernih ( berkaitan kaca ), tidak terang atau jelas ( berkaitan corak atau
warna,tulisan dll )
220 Pudar Kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram, pucat ( warna )
221 Kusam Pudar ( tidak berkilat atau bercahaya ) suram, muram, tidak berseri-seri ( muka )
222 Sebam Sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, warna yang suram ( kelabu dan
sebagainya )
223 Kelam Tidak berapa terang ( berkaitan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain ), agak gelap,
suram, tidak berapa terang atau jelas kelihatan ( berkaitan tulisan, benda, dan lain-
lain ) , kabur atau kurang nampak ( mata ) tidak dapat melihat dengan terang
224 Gelap Tidak ada cahaya, tidak terang
225 Cantik Menarik apabila dipandang ( berkaitan orang perempuan, rupa,
muka,bangunan,benda,pemandangan )
226 Molek Cantik, bagus,elok ( perbuatan,pakaian, dan lain-lain )
227 Ceria Riang,gembira, (perwatakan )
228 Berseri Kelihatan cantik, kelihatan bercahaya mukanya ( kerana kegirangannya,keriangan,
dan lain-lain )
229 Jernih Manis dan berseri ( berkaitan air muka ), tidak keruh ( berkaitan air )
230 Bergelimpangan Berbaringan di lantai atau di tanah dengan tidak teratur ( mayat, bangkai binatang
dan sebagainya )
231 Bertaburan Berselerak ( di sana sini ) dan tidak tersusun
232 Berhamburan Bertaburan merata-rata ( ke sana sini )
233 Bergulingan Tergolek-golek di sana sini, bergelimpang di sana sini, bergolek-golek
234 Berserakan Tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan
235 Hancing/haring/pering Berbau busuk seperti air kencing atau tandas
236 Hanyir Berbau seperti bau ikan basah, telur itik, darah dan sebagainya
237 Hapak Berbau tidak sedap kerana sudah lapuk, usang, atau sudah lama tersimpan (
makanan )
238 Hangit Berbau seperti bau benda terbakar ( berkaitan makanan seperti nasi, lauk, kuih dll )
Berbau busuk seperti bau peluh, ketiak dan lain-lain
239 Hamis Bau busuk seperti bau kambing lembu dan lain-lain
240 Tengik Bau atau rasa yang tidak sedap seperti bau minyak kelapa yang sudah lama
disimpan dan lain-lain
241 Tersungkur Jatuh ke hadapan dengan tangan dan kaki terdepang atau terbuka
242 Tertiarap Jatuh dengan bahagian depan ke bawah ( sedikit terseret )
243 Terjelepok Jatuh terduduk, jatuh tersila
244 Terperosok Termasuk atau terbenam ( kaki dan lain-lain ) ke dalam lubang ( parit dan lain-lain ).
Terperlus
245 Terlungkup Yang di bawah menjadi di atas, terbalik , tertiarap
246 Terlentang Jatuh dengan bahagian belakang badan dan punggung yang mencecah tanah dan
sebagainya terlebih dahulu
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
247 Lalu-lalang Banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari ( sesuai untuk orang dikawasan
yang besar atau luas serta jarak pergerakan yang lebih jauh )
248 Bolak-balik Ulang-alik, pergi balik ( sesuai untuk bas, feri dan sebagainya )
249 Mundar-mandir Pergi balik, berulang-alik, hilir mudik ( sesuai untuk orang dan pergerakan ulang-alik
berlaku dalam jarak yang dekat )
250 Ulang-alik Keadaan atau perbuatan pergi dan balik ( sesuai untuk keadaan umum, bas, orang
dan sebagainya )
251 Muncul Keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri ( sesuai untuk seseorang yang muncul di
sesuatu tempat, dalam televisyen dan sebagainya )
252 Tampil Datang atau melangkah ke hadapan
253 Terbit Keluar dari permukaan ( air dan lain-lain ), keluar dari tempat terlindung (
bulan,matahari,dll ), muncul, timbul
254 Timbul Naik dari dalam air hingga nampak pada permukaan
255 Jatuh Turun ke bawah ( berkaitan buah,daun,rambut, dan lain-lain ), gugur, luruh
256 Tumbang Jatuh ( benda yang tegak ), rebah
257 Runtuh Jatuh kerana rosak dan lain-lain ( bangunan,tanah, dan lain-lain ), roboh
258 Luruh Jatuh ke bawah kerana sudah masak atau sudah sampai masanya ( sesuai untuk
buah-buahan, daun,dll
259 Gugur Jatuh ke bawah kerana sudah masak atau sudah sampai masanya, lahir sebelum
sampai masanya, mati terkorban dalam peperangan, hilang ( tentang hak )
260 Roboh Jatuh ke bawah kerana rosak ( rumah,jambatan,tembok dan lain-lain ), runtuh
261 Ranap Berada dalam keadaan hampir rata dengan tanah ( kerana roboh,tumbang dan lain-
lain )
262 Retak Garis yang nampak pada benda keras ( pinggan, dan lain-lain )
263 Hancur Pecah menjadi kecil-kecil ( serpihan,berkecai-kecai )
264 Patah Putus atau terbahagi kepada beberapa bahagian ( berkaitan barang yang keras dan
panjang seperti kayu,gigi,tiang dan sebagainya )
265 Berbuai Berayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun (
buaian,buah pada hujung ranting, ombak dan sebagainya.
266 Berayun Bergantung dan berbuai ( buaian, kelawar,budak berayun pada dahan pokok, dan
lain-lain )
267 Bergegar Bergegar-gegar
268 Bergoncang Bergoyang dengan keras atau kencang, bergegar
269 Bergoyang Berayun-ayun, bergerak-gerak
270 Berkocak Goncangan ( air ), gerakan bagi air atau benda cair ( berkaitan air dalam bekas dan
lain-lain )
271 Bengkok Berkelok, lengkung, tidak lurus
272 Senget Tinggi sebelah ( kedudukan ), condong
273 Miring Rendah sebelah ( lantai dan lain-lain ), tidak datar, tidak tegak
274 Sendeng Tidak tegak letakknya , tidak seimbang, rendah sebelah, condong, senget
275 Serong Menyimpang dari arah yang lurus ( garis dan lain-lain ), tidak tepat atau tidak lurus
(letak,potongan,sesuatu dan lain-lain )
276 Condong Tidak tegak lurus dan menghala kepada sesuatu arah ( sesuai untuk pokok,
matahari, dan sebagainya )
277 Bongkok Melengkung di bahagian belakang ( berkaitan badan )
278 Kaku Tidak boleh dilentur, tidak bergerak atau telah keras
279 Kejang Kaku atau rasa seperti keras ( anggota , urat dan lain-lain )
280 Tegang/cekang Tidak kendur, cekang ( tali, spring,kulit,gendang dan lain-lain )
281 Kejur Keras, kaku, kejang ( tubuh, mayat, rambut dan lain-lain )
282 Lapuk Bercendawan kerana buruk atau terlalu lama ( kayu dan lain-lain ), terlalu lama atau
Lembah Bahasa (PK2-SKSKP4 2018)
tua, tidak berguna lagi
283 Buruk Tua dan rosak ( busuk ), tidak cantik
285 Lama Tidak moden lagi, ketinggalan zaman, wujud pada zaman sebelum ini atau zaman
dahulu
286 Lasam Using ( berkaitan warna pakaian dan lain-lain )
287 Tangkas Cepat ( gerak-geri ), cergas, pantas
288 Aktif Banyak terlibat dalam sesuatu aktiviti atau kegiatan
289 Cergas Bertenaga dan giat ( berkaitan orang,tubuh,banyak terlibat dalam sesuatu kegiatan
dan lain-lain )
290 Lincah Tidak boleh diam ( perangai dan lain-lain ), cergas,giat,pantas,tangkas,rancak
291 Susut Semakin kurang, mengecut,turun paras permukaan seperti air, menjadi kurus seperti
badan dan lain-lain
292 Cetek Tidak dalam ( berkaitan sungai,perigi dan lain-lain ), tohor,cangkat,dangkal (
berkaitan ilmu pengetahuan )
293 Surut Menjadi berkurang iaitu kembali ke asal, reda ( kemarahan dan lain-lain ), air turun (
selepas pasang )
294 Kurang Lebih rendah atau sedikit, menjadi semakin kurang ( daripada keadaan sebelumnya )
295 Mengecap Alat untuk menurunkan bekas atau kesan tanda ( tandatangan, nama, dan lain-lain )
296 Menekap/menyurih Melukis peta atau sesuatu dengan menggunakan kertas surih ( peta asal diletakkan
di bawahnya )
297 Melakar Melukis rangka ( rajah,gambar, dan lain-lain ) secara kasar
298 Melintas Menyeberangi jalan
299 Meredah Menempuh ( bahaya,hutan,padang pasir, dan lain-lain ), mengharung
300 Mengharung Berjalan menyeberangi air yang tidak dalam ( semak,sungai, dan lain-lain ),
menempuh atau melayari lautan
301 Merentas Melalui atau menempuh ( sesuatu kawasan ) secara melintang atau dengan jalan
pintas
302 Meraduk Mengharungi air, rumput dan lain-lain
303 Menyeberang Pergi ke seberang sana ( sungai, jalan dan lain-lain ), melintas jalan

Mutiara kata;
 Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Anda mungkin juga menyukai