Anda di halaman 1dari 21

ULASAN FILEM

“TAARE ZAMEN PAR”


(Semua Kanak-kanak adalah Istimewa)

ANIZAH SAIDIN
FHATIHAH SOBRI
SINOPSIS RINGKAS
• Filem ini mengisahkan seorang murid tahun 3
yang bernama Ishaan Nandkishore Awasthi. Dia
tidak seperti kanak-kanak seusianya yang lain
kerana lemah dalam pembelajaran dan sering
dianggap nakal dan malas oleh orang
sekelilingnya.
• Dia suka untk menerima arahan dan sangat
lemah dalam pelajaran berbanding abangnya
Yohan yang merupakan murid yang terbaik dalam
akademik dan kokurikulum.
• Ishan mengalami masalah kesukaran menulis dan
membaca. Contohnya, dia melihat huruf-huruf
yang dibacanya itu seolah-olah sedang menari.
• Juga sering dimarahi oleh guru-guru, dieejek oleh
rakan sekelas malah bapanya sendiri sering
memarahinya kerana tidak mengetahui kesulitan
dan masalah sebenar yang dihadapi oleh Ishaan.
• Ishaan juga sukar utk menguruskan diri.
Contohnya, dia sentiasa memerlukan bantuan
daripada ibunya untuk bersiap setiap hari ke
sekolah seperti mengancingkan butang baju dan
mengikat tali kasut.
• Suatu hari Ishaan ponteng sekolah dan
meminta abangnya Yohan untuk menulis surat
ketidakhadirannya ke sekolah tanpa
pengetahuan ibu bapanya.
• Ishaan dimarahi oleh bapanya kerana ponteng
sekolah dan didapati menipu.
• Oleh itu, bapanya membuat keputusan untuk
menghantarnya ke sekolah berasrama penuh.
• Pada awalnya, ishan mengalami kemurungan
dan kesukaran untuk menguruskan diri di
asrama.
• Dia sering dimarahi dan dihukum oleh guru-
guru di seklah baru tersebut sehinggalah
keadaan berubah apabila hadirnya seorang
guru baharu di sekolah tersebut, Cikgu
Nikumbh.
• Guru tersebut menyedari masalah yang
dihadapi oleh Ishaan iaitu disleksia.
• Guru tersebut memberitahu ibu bapa Ishaan
tentang masalah yang dialaminya.
• Guru tersebut memberikan perhatian yang
sewajarnya kepada Ishaan dengan
mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran yang
sesuai bagi kanak-kanak disleksia seperti Ishaan.
• Ishaan mula mengalami perubahan yang positif.
• Cikgu Nikumbh mengadakan pertandingan
melukis dalam sekolah bagi meningkatkan
kepercayaan dan kelebihan diri Ishaan dalam
bakat melukisnya.
• Ishaan telah memenangi pertandingan
tersebut dan mendapat penghargaan dan
peghormatan daripada seluruh warga sekolah
dan keluarganya.
• Lukisan Ishaan juga telah dijdikan muka depan
majalah sekolah tersebut.
Masalah pembelajaran yang
dihadapi Ishaan ialah
‘DISLEKSIA’
Definisi
• “Disleksia” merupakan perkataan yang berasal
daripada Yunani yang membawa maksud
“kesukaran terhadap perkataan”.

•.Murid disleksia menghadapi kepayahan


spesifik dalam pembelajaran membaca, menulis,
mengeja dan mengira.
1. Ciri-ciri Umum Disleksia
• Perkembangan bahasa atau pertuturan
yang lambat.
• Pergerakan pergelangan tangan yang agak
kekok.
• Hasil penulisan yang tidak kemas dan
comot.
• Menulis dengan lambat
• Ejaan yang lemah.
• Kebolehan membaca 2 tahun kebelakang.
• Tidak mempu melahirkan idea dalam bentuk
tulisan.
• Mudah merasa tertekan dan emosional.
• Kesukaran mengeja, membaca, menulis dan
mengira.
• Kecelaruan dalam menerima pelbagai arahan.
2. Kecelaruan pandangan dan penglihatan.

• Kesukaran membatang perkataan.


• Kesukaran dan gemar meninggalkan huruf
pada pangkal perkataan.

3. Pengamatan dan Tingkahlaku


• Sukar mengingati simbol matematik.
• Suka mengacau dan membuat huru hara
dalam kelas
4. Kemahriran Motor Halus
• Bermasalah memasukkan dan menyusun tali
kasut dalam lubang dengan betul.
• Masalah memegang pensil dengan betul.

5. Kemahiran Motor Kasar


• Kesukaran memegang, melontar atau
menyepak bola dengan baik.
• Kesukaran menaiki tangga.
Cara membantu kanak-kanak Disleksia
1. Beritahu murid anda mengetahui dan
mengambil berat masalah yang dihadapinya.

2. Beri perangsang dan penerangan yang lebih


jelas.

3. Beri mereka ruang masa untuk berfikir dan


menyudahkan kerja.
4. Memberi perhatian terhadap pembinaan “self
esteem”. Jangan jadikan kelemahan mereka
sebagai satu masalah, dan jangan ketawakan
kesukaran mereka.

5. Ibu bapa dan guru hendaklah mewujudkan


jalinan kesefahaman yang baik demi kanak-
kanak ini.
5. Guru menggunakan kaedah yang
sesuai :
Tokoh

BILL GATES
INGVAR KAMPARD Pengasas Komputer Microsoft
Pengasas IKEA

PABLO PICASSO DATO ALIFF SHUKRI


Pelukis Terkenal Pengasas Kosmetik Terkenal
Kesimpulan
• Walau bagaimana pun, perkembangan dalam
bidang lain juga dapat meningkatkan kekuatan
dan kepercayaan dan harga diri seseorang.

• Kanak-kanak DISLEKSIA juga perlu diberi


keyakinan bahawa terdapat banyak lagi bidang
lain yang juga penting untuk diberi perhatian
demi memenuhi keperluan hidup sendiri.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai