Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS PETIKAN CERPEN MENGGUNAKAN TEKNIK IMEJAN

Cerpen

: Sepunya Cinta Ramadan

Penulis

: Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Akhbar Utusan Malaysia, 07 Ogos 2011 (Khamis)


Rujuk Lampiran 1-1
1.

Ilham yang dimandulkan oleh hangat subuh itu menarik perhatian saya ke kotak emel setelah sekian lama tidak berusik. (perenggan 2; baris 3)
Menurut konsep dan definisi teori kajian imejan atau juga dikenali sebagai teori imej
makna, perkataan hangat ini boleh dianalisis berdasarkan kepada imej yang merujuk
kepada maksud panas oleh penutur dan pendengar. Begitu pun kata hangat juga
boleh membawa maksud meriah. Bagi pemikiran, pengalaman dan tahap pelajaran
individu dari konteks sambutan, penutur dan pendengar juga akan merujuk maksud
kata hangat ialah berita panas atau berita terkini yang sedang diperkatakan dalam
masyarakat. Dalam bidang politik, juga kata hangat akan membawa kepada
pergolakkan dan semangat membara. Contohnya, Pilihan raya umum sedang hangat
dirasakan menjelang hari pembuangan undi. Manakala kata hangat juga dalam
pemikiran yang lain dianggap sebagai semangat yang berkobar-kobar, berapi-api,
sengit, dan meruncing dalam konteks perdebatan. Jika kata hangat ini diberi kata
ganda akan menjadi hangat-hangat,. Contoh ...hangat-hangat tahi ayam. Maksud
yang cuba disampaikan oleh penulis dalam penulisan di atas menyatakan
kepanasan subuh itu menarik keinginannya untuk membuka emel yang belum
dibacanya sejak sekian lama.

2.

............tangan saya gatal melarikan tetikus ke sebuah e-mel bertajuk "Punya Cinta
Ramadan". (Perenggan 3: baris 7)
Kata gatal dalam ayat di atas ialah kata adjektif yang cuba digunakan oleh penulis
yang membawa makna keinginan tangannya untuk menggerak-gerakkan tetikus
komputer. Dalam kajian teori imejan makna gatal pada masyarakat penutur dan
pendengar juga memberi gambaran sebagai miang. Pada segelintir masyarakat
terutamanya penutur dan pendengar yang berpelajaran rendah dan penutur orang
tua juga memberi gambaran perkataan gatal boleh merujuk kepada seorang
perempuan atau pemuda yang tergila-gilakan seorang gadis atau pemuda.
Perkataan gatal juga pada asalnya memberi gambaran tentang gatal pada anggota
badan akibat terkena sesuatu yang miang dan gigitan serangga dan nyamuk.

3.

Novel kecil yang lahir daripada rahim penerbit yang besar. Ghairah melayan ke
semua e-mel tahniah yang datang. (perenggan 3: baris 10)
Bagi individu yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah, perkataan lahir hanya
merujuk kepada kelahiran seseorang bayi iaitu manusia. Begitupun maksud yang
ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas membawa makna keluaran
atau terbitan. Persepsi yang lain bagi penutur dan pendengar yang berpendidikan
akan menambah gambaran dan makna tambahan, perkataan lahir juga boleh
membawa maksud lahiriah yang bermaksud luaran, nyata, maujud, jasmaniah.
Contoh ayat; Pada lahirnya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yang tahu. Makna yang
lain bagi perkataan lahir dalam konteks politik dan pentadbiran boleh membawa
makna mengadakan dan mewujudkan. Contoh ayat Dato Seri Najib telah melahirkan
corak baharu dalam pentadbirannya.

4.

Hampir sahaja saya tewas dan lemas dalam pencarian, namun akhirnya saya temui
jawapannya dalam novel ustaz 'Punya Cinta Ramadan' itu," tambahnya lagi.
(perenggan 8: baris 2 )
Perkataan tewas di atas, penulis cuba memberi maksud gagal dalam pencarian.
Manakala makna menerusi teori Imejan memberi gambaran, kata tewas boleh
membawa maksud kalah dalam peperangan. Masyarakat penutur dan pendengar
juga akan menjadikan perkataan tewas sebagai kiasan kepada makna gugur atau
terkorban dalam pertempuran atau peperangan. Apabila kata tewas diberi imbuhan
akan memberi gambaran makna yang berbeza. Contoh ayat; Pasukan Malaysia
tewas kepada pasukan Syria dalam perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam
malam tadi. Perkataan tewas akan digunakan untuk menggambarkan kekalahan
pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak.

5.

Kepala saya rapat ke skrin mendekat.. ( perenggan 9 : baris 1)


Kata rapat di atas ialah kata adjektif dan bermakna padat,tumpat, kerap, tetal, dan
utuh. Dalam ayat di atas, perkataan rapat yang digunakan oleh penulis membawa
maksud mendekatkan bahagian kepala dengan skrin komputer. Bagi teori imejan
kata rapat juga boleh diberi gambaran sesetengah pihak berdasarkan kepada
petikan ayat tersebut dengan makna yang berbeza iaitu mendekatkan kepala dengan
komputer atau merapatkan kepala hampir dengan skrin komputer. Namun begitu
dalam persepsi yang berbeza, masyarakat penutur dan pendengar memberi
gambaran perkataan rapat juga merujuk kepada kawan yang paling akrab,

mempunyai hubungan erat dan mesra. Contoh ayat ; Hubungan ibu dan kakak
sangat rapat.
....................bersambung

6.

Saya jatuh cinta, ustaz," ( perenggan 10: baris 2

Bagi setiap individu yang mendengar perkataan ini sudah sinonim dan pernah
mengucapkannya kerana secara umumnya perkataan yang terkandung dalam ayat
ini biasa didengar. Dalam konteks teori imejan dalam masyarakat penutur dan
pendengar, kata jatuh cinta membawa makna menyukai dan menyayangi seseorang.
Dalam petikan ayat ini pula penulis cuba menggambarkan kata jatuh cinta
bermaksud mencintai seseorang disampaikan kepada ustaz yang mendengar
keluhannya. Begitupun dalam konteks yang lain perkataan jatuh membawa makna
dan gambaran berbeza dalam masyarakat. Jatuh boleh dimaksudkan gugur yang
merujuk kepada orang, dan benda yang jatuh. Kata jatuh juga boleh membawa
makna luruh dan daun yang guru.
Dalam konteks masyarakat perniagaan perkataan jatuh boleh membawa makna
kejatuhan nilai saham dan harga barangan . Contoh ...harga saham Down Jones
jatuh ke paras paling rendah berbanding ringgit. Bagi kata jatuh dalam gambaran
pemikiran tinggi bermakna tumbangnya sesebuah kerajaan seperti kejatuhan negeri
Melaka kepada Portugis. Manakala dalam konteks pemikiran masyarakat penutur
dan pendengar juga menggunakan kata jatuh bersinonim dengan terbenam,
tenggelam, turun, masuk bagi matahari . contoh terbenam matahari.....masuknya
matahari.
7.

....ulas wanita itu membandingkan dirinya. (perenggan 11:6)


Dalam teori imejan juga perkataan ulas membawa makna berbeza. Dalam petikan di
atas penulis cuba menggunakan perkataan ulas sebagai maksud mengulas atau
memperkatakan sesuatu daripada percakapan yang telah didengar.

Segelintir

masyarakat penutur juga memberi gambaran perkataan ulas bermaksud sarung


bantal, sarung tilam, sampul bantal, dan sampul bantal. Bagi penutur dan pendengar
yang biasa mendengar perkataan ulas akan memberi gambaran kata ulas bermakna
isi buah seperti durian,limau seperti dalam contoh ayat; Ayah memakan beberapa
ulas durian yang dibeli di pasar pagi tadi. Dalam perkamusan dan penambahan kata

terbitan akan membawa maksud yang lain termasuklah berulas, mengulas, seulas,
berulas, mengulas, ulasan, pengulasan dan pengulas.
8.

"Wadi kami umpama Wadi Ustaz Baihaqi yang tandus......(perenggan 12:1)


Dalam petikan ayat di atas gambaran penulis menggunakan perkataan tandus untuk
menyampaikan makna pertubuhan yang aktif selama ini telah dibubarkan. Hal ini
berbeza dalam konteks teori imejan perkataan tandus memberi makna satu keadaan
tanah lapang yang gersang, kering kontang tanpa sebarang rumput, tumbuhan dan
pokok kayu. Gambaran lain bagi pemikir, penutur dan pendengar berpendidikan
tinggi, kata tandus boleh dimaknakan sebagai kekeringan idea atau ketandusan idea.
Contoh ayat; Pengurus itu tandus idea bagi meningkatkan ekonomi syarikatnya.
Dalam gambaran yang lain kata tandus bersinonim dengan habis langsung: licinlicau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas.

9.

Tanggungjawab yang sememangnya berat, apatah lagi saya diberi harapan oleh
para jemaah untuk membawa perubahan kepada wadi kami agar makmur dan
berkat. (perenggan 13:2)
Merujuk kepada teori imejan yang ingin disampaikan oleh penulis, perkataan jemaah
yang digunakan dalam penulisan ayat ini bermakna satu kumpulan masyarakat
setempat atau sebuah persatuan dalam komuniti. Dalam gambaran masyarakat
berpelajaran tinggi dan ahli politik makna yang lain bagi

jemaah bermaksud

sekumpulan menteri yang dilantik untuk mengendalikan kementerian masing-masing.


Contoh ayat : Jemaah Menteri Malaysia akan bersidang pada hari Rabu minggu
hadapan. Mengikut kefahaman masyarakat Islam, perkataan jemaah juga merujuk
kepada satu rombongan orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji
atau sekumpulan orang yang menunaikan sembahyang. Contoh ayat, Lebih seratus
orang jemaah muslim telah menunaikan sembahyang di masjid baharu itu.
10. "Maafkan saya kerana menambah beban ustaz dengan e-mel yang berjela ini.......
( perenggan 28:1)
Kata beban ialah satu kata nama yang dimaksudkan oleh penutur dan pendengar
peringkat rendah sebagai kata yang bermakna muatan, isi, kandungan, dan isi
barang dalam sebuah kargo. Bagi penulis makna beban yang ingin disampaikan
dalam petikan di atas satu tanggungjawab ustaz yang semakin berat dengan kiriman
emel yang banyak. Tetapi dalam persepsi yang berbeza, masyarakat penutur dan
pendengar juga memberi makna bagi kata beban bermaksud satu tanggungjawab
dan kewajipan, dan amanah, yang mesti dilaksanakan

Anda mungkin juga menyukai