Anda di halaman 1dari 1

DOA PERASMIAN

Sesungguhnya kami berhimpun di Majlis Perasmian Program Bakti Siswa di


Bestari Jaya pada hari ini, bagi melahirkan rasa
kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
melimpah ruah yang telah Engkau berikan kepada kami .
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Kau jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau
rahmati dan Kau jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan
yang Engkau berkati.
YA ALLAH,
Kau jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan Kau jadikanlah hari
esok lebih baik dari hari ini.

Anda mungkin juga menyukai