Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : MOHD HAZZIM BIN MOHD ASRI


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : PENDIDIKAN JASMANI
(d) Ambilan : JULAI 2018
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEMUSIM DI ALAM BARZAKH

2. Pengarang: HADI FAYYADH

3. Tahun
2016
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: Iqes Tijarah Trading


Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi. Raungan dan ratapan
Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk
terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu?

Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan mengejar aku sejak
dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis
fatamorgananya berbeza dari segalanya.

Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat,


tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang
dahagakan seksaan. Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke
tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Di sana
aku terlihat, ada manusia di puncak bukit kering, aku tidak terduga
untuk mendakinya.
Hanya kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan
kelaparan. Aku berlari, bagai tidak memiliki kaki. Masa melintas
aku kedepan.

Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham


dimensi dunia yang berlainan. "Fayyadh, takutkah kamu?"
badanku luruh bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam.
Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah
perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk
suram. Mereka langsung tidak berbicara.
Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara
siapakah yang didengarinya?

Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah


dengan travelog ini?

Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-


mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh menamatkan destinasi
terakhirnya?
Sebuah novel yang melangkaui batasan fikiran manusia biasa.
6. Manfaat/ Karyanya amat menuntun jiwa.
pengajaran yang
diperoleh
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:

* mentor hendaklah menghantar soft copy ke email: ahzeck@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai