Anda di halaman 1dari 10

BERCERITA

a. (E.Greene : 1976)
-Bercerita merupakan satu seni yang menggunakan bahasa,
pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang
daya imaginasi khalayak. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni
sastera dan seni teater yang dapat memberi nyawa kepada perkataan
bertulis dalam sesebuah buku
b. Anne Pellowski (1990)
-menjelaskan bahawa bercerita adalah keseluruhan pengalaman
sejenak dari pada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa
yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan
khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau
dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumbersumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal
c.Kamarudin Husin (1999)
-mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting
dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu.
d.Kamus Dewan Bahasa (2000)

CERITA PENGLIPUR LARA


CERITA BINATANG
CERITA LEGENDA
CERITA JENAKA
CERITA ASAL USUL
CERITA FANTASI
CERITA SEJARAH
CERITA BERBINGKAI
CERITA AGAMA
CERITA BENAR

Bercerita Tanpa Alat

Cara bercerita yang konvensional dan masih popular

Disampaikan secara bersahaja dengan intonasi, nada


dan mimik muka / ekspresi yang menarik serta tidak
formal.

Pendengar lebih selesa dan santai.

Pencerita sekadar menggerakkan anggota badan


yang terhad dan ekspresi yang jelas ketika bercerita.

.Bercerita Menggunakan Alat


TEKNIK:

Ikatan
Lipatan
Buku
Boneka,
Model (buah-buahan, sayur-sayuran)
Figurin/ Tampalan
Lakaran / Garisan
Lakaran : Pasir/ OHP
Muzik / Lagu

Kebaikan Aktiviti Bercerita


1.Menyuburkan daya imaginasi murid-murid.
-usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif.
2.Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid.
-dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia
3. Menyuburkan akal dan kecerdasan otak.
-Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa
minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu
mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid-murid.
4.Menggalakkan perkembangan bahasa.
-Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan
memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
5.Asas untuk pendidikan Agama.
-Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur agama yang mempunyai
pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah
laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid.
6.Asas kepada panduan hidup.
-Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya
akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa pelajar
secara sihat.

Prinsip Aktiviti Bercerita


( i ) Cerita harus mempunyai tema yang
sesuai. Ini
bermakna, cerita itu tidak boleh
mengabaikan
objektif mendidik dan mengasuh
( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai
dengan
tahap murid
( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu
menarik.Jalan ceritanya tersusun dengan
baik
dan ada kesudahan.

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita


Santai Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.
Kelakar dan lucu Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri
yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya
berkesan maka adegan lucu terjadi.
Seronok dan gembira Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.
Semangat mencuba Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan
rakan-rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita
yang digemari.
Tidak takutkan guru Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan
mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak
badan supaya penyampaian cerita lebih berkesan.
Kurang stres Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai
pencerita atau pendengar cerita dihargai.

Cadangan Aktiviti Bercerita


a.Aktiviti Menyanyikan Cerita
Isi dan fakta yang diajar akan digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian
yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu.
Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik minus one lagu
berkenaan.Contoh:
b.Aktiviti Lakonan Cerita
Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita
menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan penghayatan mereka
sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca dialog lakonan dengan gaya,
nada dan intonasi yang betul.
c.Aktiviti Cerpendra
Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada bentuk drama. Aktiviti
ini akan memaksa murid-murid mendalami dan menghalusi isi cerita dan seterusnya
mengubahnya kepada skrip drama. Dalam aktiviti ini, murid-murid terpaksa
mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan
tema yang terdapat dalam cerita tersebut. ( CERPEN KOMSAS )

d.Aktiviti Kerusi Panas


Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan mendalamkan
watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di kerusi di
hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan yang
ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di
kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau
peristiwa dalam cerita berkenaan
e.Aktiviti Improvisasi
merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya
diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita berkenaan.
Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen,
konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.
f.Aktiviti Pemaduan Seni
bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk menghidupkan
cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih dan
digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contohnya,
pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak
tersebut dan dalam masa yang sama murid lain akan melukis gambaran watak
dan dalam masa yang sama sekumpulan murid lain akan menyanyikan fakta
mengenai watak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai