Anda di halaman 1dari 2

Minggu : KETIGA

Tarikh : 13 / 2 / 2012 hingga

17 / 2 / 2012

1.

Isu / Masalah

Masalah yang saya hadapi pada minggu lalu telah berjaya saya atasi iaitu penulisan rancangan pengajaran harian yang betul. Pada minggu ini pula, saya menghadapi masalah dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) mengikut rancangan pengajaran yang telah dirancang. Bahan bantu mengajar ini penting untuk diaplikasikan ketika mengajar murid kelas pemulihan supaya mereka lebih faham dengan topik yang diajar. Kesukaran yang saya hadapi ialah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik serta boleh membuatkan murid faham semasa menggunakannya. 2. Analisis

Masalah yang saya hadapi ini berpunca kerana saya kekurangan idea untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut. Saya tidak tahu untuk mengaitkan bahan bantu yang sesuai dengan rancangan pengajaran yang saya sediakan. Tambahan lagi saya juga kekurangan wang untuk membeli peralatan bagi membina bahan bantu mengajar tersebut. 3. a. Cadangan Untuk Memperbaiki Saya boleh bertanyakan kepada rakan-rakan lain yang mengajar topik sama dengan saya. Saya boleh meminjam bahan bantu mengajar mereka untuk digunakan dalam kelas. Dengan ini saya boleh menjimatkan kos untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut. b. Selain dari meminjam BBM rakan, says juga boleh menghasilkan bahan bantu sendiri. Mungkin saya kekurangan wang untuk membeli peralatan bagi membinanya tetapi saya boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang terdapat di rumah. c. Guru pembimbing juga ada memberitahu, saya boleh juga menggunakan bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan tersebut. Dia juga mengatakan supaya memberitahunya terlebih dahulu topik yang akan saya ajar kerana mungkin dia mempunyai BBM tersebut.

4.

Tempoh Masa

Bahan bantu mengajar ini amat penting untuk digunakan di kelas pemulihan. Oleh yang demikian, saya perlu mencari jalan penyelesaian dengan segera untuk menghasilkannya. Tambahan lagi, masa untuk saya mengajar adalah dua belas waktu seminggu. Jadi saya perlu mengatasi masalah ini secepat mungkin. 5. Penilaian Kejayaan

Bagi menilai samada bahan bantu mengajar yang saya hasilkan sesuai atau tidak, saya perlu mengaplikasikannya pada murid-murid terlebih dahulu. Jika bahan bantu tersebut sesuai maka saya boleh menyimpannya untuk digunakan lagi pada masa akan datang. Saya juga boleh bertanya kepada guru pembimbing samada BBM tersebut bertepatan atau tidak dengan topik pengajaran saya. 6. Tindakan Susulan

Tindakan susulan yang perlu saya lakukan ialah merancang bahan bantu mengajar terlebih dahulu bahan bantu mengajar kemudian menunjukkannya kepada guru pembimbing. Sekiranya BBM tersebut terdapat di kelas pemulihan saya boleh mengambilnya terus untuk digunakan ketika mengajar. Saya juga perlu bertanyakan kepada rakan untuk meminjam BBM yang dihasilkannya supaya saya tidak berebut dengan rakan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai