Anda di halaman 1dari 4

Kelemahan kelas pemulihan

Kelas Khas Pemulihan ini sebenarnya adalah bilik stor yang telah
diubah suai. Keadaan kelas ini sangat semapti serta tidak sesuai
untuk pembelajaran murid-murid pemulihan yang amat memerlukan
tempat belajar yang lebih selesa, lapang dan menarik. Oleh sebab
masalah itu, maka Guru Khas Pemulihan terpaksa menerima
keadaan yang ada, asalkan pengajaran pemulihan dapat dijalankan.
Masalah fizikal: Guru Khas Pemulihan menghadapi masalah mendapat tempat yang
sesuai untuk dijadikan bilik khas pemulihan. Beliau hanya berjaya mendapat sebuah
setor yang sempit untuk dijadikan kelas khas pemulihan. Kelas ini amat sempit, tidak
selesa untuk suasana pembelajaran, terutama bagi murid pemulihan. Bagaimanapun
beliau tidak ada pilihan lain yang lebih baik.
Kemudahan perabot juga tidak sesuai. Bangku panjang dan meja panjang untuk
kantin sekolah digunakan sebagai kerusi dan meja tulis murid. Perabot bentuk ini amat
menyukarkan pergerakan murid dan menyebabkan murid sering bergaduh. Begitu juga
dengan papan hijau yang diperbuat daripada papan gulung hijau kemudian
digantikandengan papan kecil (asalnya papan kenyataan sekolah) berukuran separuh
daripada papan hijau di kelas biasa.
Almari dan rak-rak juga tidak cukup untuk menyimpan bahan-bahan dengan teratur
sehingga banyak bahan-bahan alat bantu mengajar yang rosak dimakan anai-anai dan
serangga lain. Banyak alat bantu mengajar yang tidak dapat dipamerkan untuk
pengukuhan pembelajaran murid.
Masalah Guru Khas Pemulihan dengan Guru Besar: Berdasarkan temuramah dengan
Guru Khas Pemulihan dapat difahamkan bahawa guru khas menghadapi masalah
dengan Guru Besar. Antara masalah utama yang dikemukakan ialah sikap Guru Besar
yang tidak menunjukkan minat terhadap kelas pemulihan. Kenyataan ini disokong
puladengan temuramah Guru Besar yang mengatakan bahawa kelas khas pemulihan ini
kalau dapat diadakan oleh sekolah adalah balk, tetapi kalau tidak mampu diadakan
bukan salah sekolah, lni kerana tidak ada peruntukan khas daripada Kementerian
Pendidikan berhubung dengan persediaan kelas khas. Keterangan ini memberikan
gambaran bahawa kelas khas tidak sepenting kelas lain hingga beliau tidak
menitikberatkan kemudahan asas seperti perabot yang diperlukan oleh kelas khas
pemulihan.
Masalah Guru Khas Pemulihan dengan Ibu Bapa atau Penjaga:
Ibu bapa/penjaga murid pemulihan pernah dijemput ke sekolah oleh Guru Besar
untuk mendapatkan kebenaran mereka memasukkan anak mereka ke kelas
khas pemulihan. Walaupun ibu bapa dan penjaga bersetuju tetapi kebanyakan
mereka tidak tabu perbezaan kelas khas pemulihan dengan kelas biasa. Ini
mungkin kerana keadaan fizikal kelas khas pemulihan kelihatan sama dengan
bilik darjah yang lain.
Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa dan penjaga kurang mengambil
berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Ini terbukti apabila ramai murid
pemulihan tidak menyiapkan kerja rumah, buku koyak dan pakaian sekolah
mereka kotor, lusuh tanpa jagaan. Malah keadaan fizikal setengah-setangah
murid permulihan berdaki dan tidak terurus, berambut panjang. Murid pemulihan
yang sentiasa kekurangan alat tulis menyebabkan guru khas terpaksa
rnenyediakan kemudahan alat tulis dan kertas kosong (kepada murid yang tiada
buku ataupun bukunya koyak).
Setengah-setangah ibu bapa dan penjaga enggan berbincang dengan guru
khas tentang masalah pembelajaran anak mereka. Padas pendapat mereka,
guru khas mempunyai tanggungjawab memajukan pelajaran anak-anak mereka.
Justeru itu, mereka menyerahkan bulat-bulat urusan persekolahan anak mereka
kepada guru khas dan sekolah. Sikap begini menyebabkan ada murid pemulihan
yang memerlukan bantuan khas, tidak dapat diberikan bantuan lanjut kerana
tiada rancangan bantuan dan kerjasama dengan ibu bapa murid. Kadangkala
juga ibu bapa tidak patut dipersalahkan kerana mereka tidak diberi pendedahan
oleh pihak sekolah tentang pengajaran pemulihan. Oleh itu guru khas
menjalankan tugas sekadar kemampuannya sahaja.

Guru punca kelas pemulihan pelajar KIA 2M gagal
Pemilihan guru yang tidak terlatih dan kurang sabar dalam mendidik murid yang tidak
boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis di tahap satu dikenal pasti sebagai
antara punca Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA 2M) kurang berjaya.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Azizah Abd Gani berkata pelbagai faktor telah dikenal pasti pakar pendidikan mengenai
punca kegagalan program itu, dan faktor utama ialah sikap guru itu sendiri.
"Kebanyakan guru yang dipilih guru besar bukan dari kalangan mereka yang terbaik
daripada aspek kesabaran, komitmen, disiplin, budaya kerja dan minat terhadap tugas
yang diamanahkan," katanya ketika merasmikan Program Memperkasakan Pemulihan
Khas Jabatan Pelajaran Kelantan di sini semalam.
Beliau berkata walaupun bilangan murid yang gagal menguasai kemahiran membaca
dan menulis tahap satu semakin berkurangan sejak gandingan program KIA 2M itu
dilaksanakan tahun lalu, ia masih dianggap gagal kerana tidak menghasilkan
keberkesanan seperti yang dijangkakan sebelum ini.
"Memang program itu ada menunjukkan peningkatan namun ia masih tidak mencukupi.
Kami menjangkakan program KIA 2M akan berjaya mengatasi masalah itu sepenuhnya
tetapi ia tidak seperti yang diharapkan," katanya.
Azizah berkata selain itu, faktor lain yang turut menyumbang kepada kegagalan itu
termasuk persekitaran kelas yang membosankan, kekurangan bahan pembelajaran
berkesan seperti peralatan multimedia dan kurangnya sokongan ibu bapa untuk
membantu anak mereka di rumah.
Beliau berkata kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran
adalah daripada latar belakang keluarga buta huruf, menyebabkan mereka melepaskan
sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada pihak sekolah.
Azizah berkata dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) menyatakan
bahawa pada 2004 terdapat 115,000 murid tahap satu sekolah rendah yang masih
belum menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
Beliau berkata dengan kadar peratusan 7.7 peratus, jumlah itu boleh dianggap
membimbangkan kerana berada di atas paras normal iaitu 5 peratus.
"Secara purata, terdapat sekurang-kurangnya 30 murid bagi setiap sekolah yang
menghadapi masalah tidak menguasai kemahiran asas ini," katanya. BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/12/17/TERKINI/Mutakhir/Guru_punca_k
elas_pemulihan_pelajar_KIA_2M_gagal&sec=mstar_berita

Anda mungkin juga menyukai