Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

“BULAN REJAB; KEISTIMEWAANNYA, DILUPA JANGAN”


(06 April 2018/ 19 Rejab 1439H)

ُ‫ل ُ َُرسولَهُ ُبُ ْالهدَى ُ َُوديْنُ ُ ْال َحقُ ُُبَشي ًْرا ُ َونَذي ًْرا ُ َودَاعيًا‬ َ ‫ي ُُأ َ ْر‬
َُ ‫س‬ ُْ ‫ا َ ْل َح ْمدُ ُلُـلّٰهُ ُالَّذ‬
ُ‫ْك‬
َُ ‫ل ُشَري‬ ُ َ ُ ُ‫ل ُالـلّٰهُ ُ َو ْحدَه‬
ُ َّ ُ‫ل ُإلَ ٰـ ُهَ ُإ‬ ُْ َ ‫ ُ َوأ َ ْش َهدُ ُُأ‬،‫إلَى ُالـلّٰهُ ُبُإ ْذنهُ ُ َوس َرا ًجا ُمُني ًْرا‬
ُ َ ُ‫ن‬
ُُ‫ن ُخ َْلقهُ ُ َو َحبيْبه‬ ُْ ‫صفيُ ُالـلّٰهُ ُم‬ َ ‫عبْدهُ ُ َُو َرس ْولهُ ُ َو‬ َُ ُ ‫سيدَنَا ُمُ َح َّمدًا‬ َُّ َ ‫ ُ َُوأ َ ْش َهدُ ُُأ‬،‫لَه‬
َُ ُ ‫ن‬
ُُ‫سيُدنَا ُمُ َح َّمدُ ُ َُو َعلَى ُآله‬ َُ ُ ‫صلُ ُ َعلَى‬ َ ُ ‫ ُاَلـلّٰه َُّم‬. َ‫سليْن‬ َ ‫سيدُ ُا ْلـم ْر‬ َ ‫إ َمامُ ُا ْْل َ ْنبيَاءُ ُ َُو‬
ُ،‫ق ُتقَاته‬ َُّ ‫ ُُفَيَا ُعبَا ُدَُالـلّٰهُ ُاتَّق ْوا ُالـلّٰ ُهَ ُ َح‬،‫ ُُأ َ َّما ُُبَ ْعد‬.‫سل ُْم ُُت َ ْسل ْي ًما ُ َُكثي ًْرا‬ َ ‫ص ْحبهُ ُ َُو‬ َ ‫َو‬
. َ‫لُ َُوأ َ ْنت ُْمُم ْسلم ْون‬ُ َّ ‫نُإ‬ َُّ ‫لُتَم ْوت‬ ُ َ ‫َو‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan
melaksanakan segala perintahNya dan menjauhkan diri daripada
setiap perkara yang dilarang olehNya. Mudah-mudahan kehidupan
kita ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada
hari ini, akan membicarakan khutbah yang bertajuk “ BULAN
REJAB: KEISTIMEWAANNYA, DI LUPA JANGAN ”

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,


Hari bertukar hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti dan
tahun menjelang tahun. Demikian masa berjalan dan berlalu dan
kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal
abadi tanpa mengira siapa kita, kematian menunggu kita dan hari
akhirat pasti akan tiba. Dalam peredaran masa yang pantas ini,
sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1439 Hijriah.

1
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah
s.w.t. dan disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah At-
Taubah, ayat 36;
َُ ‫س ٰ َم ٰ َوتُ ُ َُو ۡٱْل َ ۡر‬
ُ‫ض‬ َُّ ‫عش ََر ُشَهۡ ٗراُفيُكُ ٰت َب ُٱ‬
َّ ‫ّلل ُيَُ ۡو َم ُ َخلَقَُ ُٱل‬ َ ُ ‫ٱّلل ُ ۡٱثنَا‬
َُّ ُ َ‫ن ُعدَّة َُٱلشهورُ ُعند‬ َُّ ‫إ‬
ُ‫شركينَُ ُ َكآفَّ ٗة ُ َك َما‬ ُۡ ‫ُو ٰقَتلواْ ُ ۡٱلم‬َ ‫م‬ٞۚۡ ‫سك‬ ُۡ َ ‫ُم ُفَ ََل ُت‬ٞۚ ‫م ُ ٰذَل َك ُٱلدينُ ُ ۡٱلقَي‬ٞۚ ‫م ۡن َها ُٓأ َ ۡر َب َعةٌُحر‬
َُ ‫ظلمواْ ُفيه َّن ُأَنف‬
ٞۚ
ُ٣٦َُُ‫ٱّللَُ َم َعُ ۡٱلمُتَّقين‬ َُّ ُ‫ٱعلَم ٓوُاُْأ َ َّن‬ َُ ‫ي ٰقَتلونَك ۡمُ َكآفَّ ٗة‬
ۡ ‫ُو‬
Maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum)
Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab
Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat
bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa”.

Empat bulan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan


Rejab, bulan Zulkaedah, bulan Zulhijjah dan bulan Muharram.

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,


Antara peristiwa penting dalam Islam yang terjadi pada bulan Rejab
menjadikannya begitu istimewa. Di dalam bulan inilah berlakunya
peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi bukti dan mukjizat utama
kenabian dan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda diisrakkan daripada Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dimikrajkan, meredah
angkasa menembusi setiap lapis langit mengadap Allah subhanahu

2
wa ta’ala menerima kefarduan solat lima waktu. Firman Allah
subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Isra’ ayat 1 ;

َ ‫ي ُأ َ ۡس َر ٰى ُب َع ۡبدهُۦ ُلَ ۡي َٗل ُمنَ ُ ۡٱل َم ۡسجدُ ُٱ ۡل َح َُرامُ ُإُلَى ُ ۡٱل َم ۡسجُدُ ُ ۡٱْل َ ۡق‬
ُ‫صا ُٱلَّذي ُ ٰبَ َُر ۡكنَا‬ ُٓ ‫س ۡب ٰ َحنَُ ُٱلَّذ‬
ُ ُ١ُُ‫سميعُُٱ ۡل َبصُير‬ َّ ‫ا ُٓإنَّهُۥُه َوُٱل‬ٞۚ َ‫َح ۡولَهُۥُلنر َيهُۥُم ۡنُ َءا ٰ َيتن‬
Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah, ke
Masjidil Aqsa di Palestin, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran
Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.”

Dengan demikian, yakinlah kita bahawa sembahyang fardu itu ialah


kewajipan yang paling utama kerana kefarduannya diterima oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam semasa dimikrajkan. Oleh itu,
kita hendaklah mengambil berat dalam menunaikan solat di mana
sahaja kita berada di samping itu juga, kita hendaklah sentiasa
berusaha memperbaiki dan meningkatkan mutu solat kita, agar
sampai ke tahap kekhusyukkan yang dikehendaki oleh Allah
subhanahu wa ta’ala sehingga dikira orang-orang yang mendapat
kejayaan yang besar disisiNya. Firman Allah subhanahu wa ta’ala
dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2;

َ ُ‫ُٱلَّذينَُُه ۡمُفي‬١َُُ‫قَ ُۡدُأ َ ۡفلَ َحُ ۡٱلم ۡؤمنون‬


َُ ٰ ُ‫ص ََلته ۡم‬
ُ٢ُ َ‫خشعون‬
Maksudnya : “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,

3
Namun, di sebalik keistimewaan tersebut kita hendaklah
berwaspada akan adanya beberapa hadis yang dianggap sebagai
palsu oleh sebahagian ulama berkaitan dengan amalan-amalan
yang khusus pada bulan Rejab. Antara hadis-hadis tersebut ialah :

Pertama : “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya


Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat”.
Kedua : “Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’aban bulanku, dan
bulan Ramadhan bulan umatku”.
Ketiga : “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab,
Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang
berpuasa tujuh hari ditutupkan baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa
berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga.
Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan
untuknya memperolehi keredhaanNya. Sesiapa yang ditulis
baginya keredhaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang
berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghitung amalannya di
padang mahsyar dengan hitungan yang mudah.”.

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,


Sesungguhnya, Bulan Rejab adalah bulan yang mulia lagi istimewa.
Ibnu Rejab al-Hanbali dalam kitabnya Lato’iful ma’arif menyatakan
bahawa :
“Bulan Rejab adalah kunci kepada bulan-bulan yang baik dan
penuh barakah. Abu Bakar al-Warraq al-Balkhi telah berkata: “
Bulan Rejab adalah bulan bagi penanaman, Bulan Syaaban adalah
bulan bagi pengairan bagi tanaman, dan bulan Ramadhan adalah
4
bulan bagi tuaian hasil tanaman”. Dan diriwayatkan bahawa beliau
berkata, “ Perumpamaan bulan Rejab itu seumpama angin, dan
perumpamaan bulan Syaaban itu adalah seumpama awan, dan
perumpamaan bulan Ramadhan adalah hujan.” Dan sebahagian
ulama atau orang soleh telah berkata : “Satu tahun itu seumpama
pokok dan bulan Rejab itu seumpama hari yang mengeluarkan
daun dan syaaban itu seumpama hari yang mengeluarkan cabang
dan Ramadahan itu hari-hari untuk memetik buahnya, dan para
mukmin itu adalah pemetik-pemetik buahnya, (Maka) adalah patut
bagi sesiapa yang telah menghitamkan buku amalannya dengan
dosa-dosa untuk memutihkannya dengan taubat pada bulan itu dan
adalah patut bagi sesiapa yang telah mensia-siakan umurnya di
dalam pengangguran (dari amalan salih) untuk merebut peluang-
peluang ibadat di dalamnya dengan apa yang masih ada daripada
sisa baki umurnya.

Oleh sebab itu, apabila tiba bulan Rejab, maka diriwayatkan


bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam akan berdoa dengan doa
yang khusus seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Imam al-Baihaqi rahmatullahi alaihima. Daripada Anas Ibn Malik
radhiallahu anhu, katanya :

”Adalah Nabi saw apabila Baginda memasuki bulan Rejab, maka


Baginda berdoa: Ya Allah! Berkatilah bagi kami di dalam bulan
Rejab dan Sya’aban, dan berkatilah kami didalam bulan
Ramadhan.(Dan di dalam riwayat (imam) Ahmad(Ibn Hanbal): Dan
sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan). Baginda juga

5
bersabda : Malam Jumaat itu adalah gharra’(bahagia lagi indah)
dan siang harinya adalah azhar (bercahaya lagi terang).”

Justeru, amalan-amalan yang berupa istighfar, tasbih, doa


seharusnya tidak ditinggalkan oleh kita sebagai muslim mukmin
dalam Ubudiyyah dan perjalanan kita menuju kepada Allah
subhanahu wata’ala terutamanya sepanjang bulan rejab ini. Marilah
kita merebut peluang yang ada sebaik mungkin sebagai persediaan
kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang akan datang nanti,
dalam usaha kita untuk menjadi seorang muslim mukmin yang
diredhai oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

ُُ‫ُ َُونَفَعَنيُ َُوإيَّاك ُْمُبُ َماُفيْهُُمُنَُُاآليَات‬،‫كُللاُُليُ َُولَك ُْمُفُيُا ْلق ْر َءآنُُا ْلعَظيْم‬ َُ ‫ار‬
َ َ‫ب‬
ُُ‫ ُأَق ْول‬.‫سميْعُ ُ ْالعَليْم‬ َّ ‫ ُإُنَّهُ ُه َُو ُال‬،‫ي ُ َُوم ْنك ُْم ُتَُلَ َوتَه‬ َُ َّ‫ ُ َُوتَقَب‬،‫َوالذ ْكرُ ُا ْل َحكيْم‬
ُْ ‫ل ُمُن‬
َُُ‫سائرُ ُا ْلـم ْسلميْن‬ َ ‫ ُ َُول‬،‫للاَ ُ ْال َُعظُي َُْم ُلُي ُ َُولَك ْم‬ ُ ُ ُ‫ ُ َُوأ َ ْست َ ْغفر‬،‫قَ ْولي ُ َه ٰـذَا‬
َّ ُ ُ‫ ُُفَا ْست َ ْغفر ْوهُ ُإُنَّهُ ُهُ َُو ُ ْالغَف ْور‬،‫ ُ َُو ْالـمؤْ منينَُ ُ َُو ْالـمؤْ منَات‬،‫َو ْالـم ْسل َمات‬
ُُ‫الرحيْم‬
ُ.

KHUTBAH JUMAAT KEDUA


___________________________________________________________________________________________________________

6
َ ‫ُأ َ ْش َهدُ ُأ َ ْن َُل ُإُلَُٰــهَ ُإُ َّل ُللا‬.‫يراُ َُك َما ُأ َ َُم َر‬
ُ‫ُو ْحدَه‬ ّٰ ‫ُا َ ْلـ َح ْمد‬.‫ُّلل‬
ً ‫ُّلل ُ َح ْمدًاُ َكث‬ ّٰ ‫ا َ ْلـ َح ْمد‬
ُ‫سل ْم ُ َُوبَار ْك‬
َ ‫ُو‬
َ ‫صل‬ َ ُ ‫ُاَللّٰهُ َّم‬.‫ُو َرسُ ْولُه‬ َُ ‫ُوأ َ ْش َُهد ُأ َ َّن ُمُـ َح َّمدًاُ َعبْده‬،
َ ‫َل ُشَري َْك ُلَه‬
ُ،‫ ُفَيَا ُعبَادَ ُللا‬،‫ ُأ َ َُّما ُبَ ْعد‬. َ‫ج َمعُيْن‬ ُْ َ ‫ص َحابهُ ُأ‬ ْ َ ‫ُوأ‬ ٰ
َ ‫ُو َعلَ ٰى ُأله‬ َ ‫سيدنَا ُمُـ َح َّمد‬ َ ُ ‫َعلَ ٰى‬
ُ :‫لُللاُُتَعَالَ ٰى‬ َُ ‫ُُقَا‬. َ‫اتَّقواُللاَُ َح َّقُتقَاتهُلَعَلَّك ْمُت ْفلح ْون‬
ُُ ُ ُ 
ُُ ُ ُ 
ُُ ُ 
ُ ُُُ
ُ‫ْت ُ َعلَ ٰى‬َ ‫صلَّي‬
َ ُ‫ُ َك َما‬،‫سيدنَاُمُـ َح َّمد‬ َ ُ‫ُو َعلَ ٰى ُٰأل‬ َ ‫سيدنَاُمُـ َح َّمد‬ َ ‫ى‬ ُٰ َ‫صل ُ َعل‬ َ ُ ‫اَللّٰه َّم‬
ُ‫ُو َعلَ ٰى‬ َ ‫سيدنَاُمُـ َح َّمد‬َ ‫ى‬ ُٰ َ‫ُوبَار ْك ُ َعل‬،
َ ‫سيدنَاُإب َْراهي َْم‬ َ ُ‫ُو َعلَ ٰى ُٰأل‬َ ‫سيدنَاُإب َْراهي َْم‬ َ
ُ‫سيدنَا‬ َ ُ‫ُو َعلَ ٰى ُٰأل‬ َ ‫سيدنَا ُإب َْراهي َْم‬ َ ُ ‫ت ُ َع ٰلَى‬ َ ‫ار ْك‬َ َ‫ ُ َك َما ُب‬،‫سيدنَا ُمُـ َح َّمد‬ َ ُ‫ٰأل‬
ُ‫ُالـخلَفَاء‬ ُْ ‫ض ُاللّٰه َّم ُ َعن‬ َ ‫ار‬ ْ ‫ُو‬َ .ٌ‫ك ُ َحم ْيدٌ ُ َُمـج ْيد‬ ْ ‫ ُف ْي‬،‫إب َْراهي َْم‬
َُ َّ‫ ُإن‬، َ‫ُالعَالَميْن‬
ُ‫ُو َعن‬ َ ،‫ُو َعلي‬ َ َ‫ُوعثْ َمان‬ َ ‫ُوع َم َر‬ َ ‫سادَاتنَا ُأَب ْي ُبَ ْكر‬ َ ُ ، َ‫ُال َم ْهدييْن‬ْ َ‫الراشديْن‬ َّ
ُ َ‫اَللّٰه َّم ُا ْغف ْر ُلُْلم ْسلميْن‬.‫ُوالتَّابعيْنَ ُلَه ْم ُبـإ ْح َسان ُإلَ ٰى ُيَ ْوم ُالديْن‬ َ ‫ص َحابَة‬ َّ ‫ال‬
ُ‫سم ْي ٌع‬ َ ‫ُو ْالمؤْ منَات ُاْْل َ ْحيَآء ُم ْنه ْم‬
َ ُ ‫ ُإنَّ َك‬.‫ُواْْل َ ْم َوات‬ َ َ‫ُو ْالمؤْ منيْن‬ َ ‫َو ْالم ْسل َمات‬
ُ.‫ُال َحا َجات‬ْ ‫ي‬ َ ‫ُويَاُقَاض‬ َ ‫ْبُمُـجيْبُالدَّ َع َوات‬ ٌ ‫قَري‬
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,
ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah
kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam
kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada


kami semua dan juga kepada semua dan setiap pemimpin Negara kami,
khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan
juga semua pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Sarawak.
Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat
dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah

7
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat.
Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami
ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir
besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan
kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga
negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya
Engkau kurniakan kepada kami jiwa yang mantap, iman yang teguh,
khususnya di kalangan remaja dan belia generasi pelapis negara dan negeri
kami. Kami memohon kepadamu ya Allah, jadikanlah setiap individu generasi
muda ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan berakhlak mulia
agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik, aman dan
bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat
daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami,
daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan
maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.
ٰ ‫ُأميْن‬. ٰ ‫ابُالنَّار‬ َُ ً‫سُنَة‬ ٰ ‫َربَّن‬
ُ‫ُأميْن‬، َ َ‫ُوقنَاُ َع ُذ‬ َ ‫ح‬َُ ُ‫ُوفيُاْآلخ َرة‬ َ ً‫سنَة‬
َ ‫َآُأتنَاُفيُالد ْنيَاُ َح‬
ُ‫ُوإُيتَآء ُذي‬ َ .‫سان‬ َ ‫ح‬ َُ ‫ ُإ َّن ُللاَ ُيَأْمُر ُب ْالعَ ْدل‬.‫ ُعبَادَ ُللا‬.َُ‫ُالعَالَميْن‬
ُْ ‫ُواْإل‬ ْ ‫ب‬ َّ ‫ُر‬َ ‫يَا‬
ُ. َ‫ ُيَعظك ْم ُُلَعَلَّك ْم ُتَذَ َّكرُ ْون‬.‫ُوا ْلُبَ ْغي‬ َ ‫ُو ْالم ْن َكر‬
َ ‫ُالفَ ْحشَآء‬ ْ ‫ُويَ ْن َه ٰى ُ َعن‬
َ ‫ْالق ْربَ ٰى‬
ُ‫ُوا ْسأَل ْـوهُ ُم ْن‬ َ .‫ى ُن ُعَمه ُيَز ُْدك ْم‬ ُٰ َ‫عل‬
َُ ُ ‫ُوا ْشكر ْوه‬ ْ َ‫فَا ْذكروا ُللا‬
َ .‫ُالعَظي َْم ُيَ ْذك ْرك ْم‬
.َ ‫َلَُة‬
ُ‫ص‬ َّ ‫أَقيْمواُال‬. َ‫صنَعون‬ َ ‫ُوُلَذ ْكرُللاُأ َ ْك َبر‬.
ْ َ ‫ُوللاُُيَ ْعُلَمُ َُماُت‬. َ ‫فَضْلهُي ْعطك ْم‬

Anda mungkin juga menyukai