Anda di halaman 1dari 1

MENYAMBUNG CERITA

Lengkapkan cerita di bawah.


“Suasana pada pagi itu dingin sekali. Kulihat ibuku sedang termenung jauh di
halaman rumah. Ibuku jarang bersikap begitu. Yang pastinya ialah keadaannya
berubah setelah menjawab satu panggilan telefon ada dua hari yang lalu. Aku
ingin mengetahui hal sebenar. Aku menghampiri ibuku…”

Aku menghampiri ibuku lalu bertanya tentang perkara yang


merunsingkan fikirannya itu. Ibu asyik bermuram sahaja. Setelah kudesak,
akhirnya ibu memberitahuku akan hal yang sebenarnya.
Menurut ibu, panggilan telefon yang diterimanya itu adalah daripada
seorang lelaki yang telah menculik ayahku. Lelaki itu telah menuntut wang
tebusan sebanyak RM 100000.00 untuk membebaskan ayahku. Sekiranya
permintaan mereka tidak ditunaikan, mereka mengancam untuk membunuh
ayahku. Kini barulah aku faham sebab ayahku tidak pulang ke rumah sejak dua
hari yang lalu. Dari manakah ibu akan mendapatkan wang yang sebanyak itu?
Aku menjadi bingung apabila memikirkan perkara itu. Begitu juga dengan
ibuku.
Aku mencadangkan supaya ibuku melaporkan perkara ini kepada pihak
polis. Pada mulanya, ibu tidak bersetuju dengan cadanganku kerana bimbang
akan keselamatan ayahku. Setelah aku menerangkan kesan yang akan timbul
sekiranya ibuku tidak dapat memenuhi tuntutan itu, akhirnya ibu bersetuju
untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Pada petang itu, aku dan ibuku pergi ke balai polis untuk membuat
laporan tentang penculikan ayahku itu. Pihak polis telah merancang untuk
memerangkap penculik – penculik ayah itu. Setelah semua rancangan diatur,
ibuku telah ketempat yang di tentukan oleh penculik – penculik itu bagi
menyerahkan wang tebusan itu.
Sebaik sahaja wang tersebut diserahkan kepada penculik – penculik itu,
pihak polis telah menyerbu ke arah penculik – penculik berkenaan. Akhirnya
penculik – penculik itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Ayahku
akhirnya berjaya diselamatkan. Aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana
telah menyelamatkan ayahku.

Anda mungkin juga menyukai