Anda di halaman 1dari 1

DIALOG

Rakan anda merupakan murid cemerlang di Sekolah. Anda berbual-


bual dengannya dan bertanyakan rahsia kejayaannya.

Diyana : Hai, mastura


Mastura : Oh, Diyana!
Diyana : Tahniah ! saya gembira dan bangga atas kejayaan
kamu.
Mastura : Terima kasih, Diyana
Diyana : Segala usaha kamu tidak sia-sia. Kamu terpilih
sebagai
murid cemerlang di Sekolah kita. Apakah rahsia
kejayaan
kamu.
Mastura : Persediaan saya sama seperti murid-murid yang lain.
Saya mula mengulang kaji pelajaran sejak awal tahun.
Saya turut membuat jadual waktu supaya saya
mempunyai masa yang cukup untuk membuat kerja
Sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
Diyana : Saya membuat jadual waktu juga tetapi saya tidak
dapat
Mematuhi jadual waktu tersebut.
Mastura : Rancanglah jadual waktu tersebut mengikut
kemampuan
kamu dan kamu harus memastikan bahawa kamu
mematuhi jadual tersebut.
Diyana : Oh, begitu! Apa lagi persediaan yang kamu lakukan?
Mastura : Saya selalu bertanya kepada guru dan keluarga
apabila
saya tidak memahami sesuatu perkara. Mereka
bersedia
membantu jika kita memintanya.
Diyana : Saya akan mengikut cara-cara kamu membuat
persediaan. Saya akan berusaha dengan
bersungguh-
sungguh hingga mencapai kejayaan.
Mastura : Baguslah begitu. Baiklah Diyana, saya harus pergi
sekarang.
Diyana : Terima kasih Mastura. Jumpa lagi esok.

Anda mungkin juga menyukai