Anda di halaman 1dari 1

MEMBACA PELITA HIDUP

Hadirin yang dihormati,

Membaca bermaksud menelaah, meneliti dan memahami segala


bahan bacaan iaitu buku-buku cerita, surat khabar, majalah dan
sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa sikap membaca kurang
diamalkan. Rata-rata murid membaca buku hanya semata-mata untuk
lulus peperiksaan dan hal ini amat menyedihkan.
Sejak zaman Masihi, buku-buku telah dihasilkan. Para penulis dan
cendekiawan telah menghabiskan masa beribu-ribu tahun untuk
menghasilkan sesebuah buku. Khazanah yang tersimpan ini amat berguna
kepada semua orang.
Seseorang dapat mematangkan minda dan berfikiran luas jika
banyak membaca bahan ilmiah. Seseorang yang membaca bahan yang
pelbagal mempunyai anak kunci unruk membuka peti khazanah ilmu.
Seperti katak di bawah tempurung, begitulah gelaran kepada
seseorang yang cetek pengetahuan akibat tidak membaca. Seseorang itu
juga akan hidup dalam kegelapan tanpa mengetahui ilmu-ilmu yang ada
disekelilingnya. Membaca adalah pelita hidup kita kerana kepentingan
mencari ilmu ini telah ditekankan dalam ungkapan ini carilah ilmu
sehingga ke liang lahad.
Oleh sebab itu, pengetahuan hanya dapat diperolehi melalui tabiat
membaca bahan bacaan. Amalan membaca bahan-bahan ilmiah harus
dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana ilmu adalah pelita
kepada hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai