Anda di halaman 1dari 2

Laman Orkid :Program 1 Murid 3 Pokok Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK.

Sultan Abu Bakar 1 Muar Disediakan Oleh : Halina Binti Alwee SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar Laporan Laman Orkid : Program 1 Murid 3 Pokok Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar

1.0

PENDAHULUAN Kanak-kanak yang ada kontek dengan alam semula jadi akan mendapat skor yang lebih tinggi dan mempunyai disiplin diri yang lebih baik. Makin hijau alam sekelilingnya , makin tinggi skor ujiannya (Faber Taylor et al. 2002, Wells 2000). Pendedahan kanak-kanak kepada alam semula jadi akan meningkatkan perkembangan kognitif dengan memperbaiki daya kesedaran, kemahiran berfikir dan pengamatan (Pyle 2002). Kawasan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria adalah amat penting dalam mewujudkan suasana kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan. Suasana yang harmonis juga dapat membantu meningkat keinginan murid ke sekolah untuk belajar dan sekaligus dapat menaikkan prestasi akademik pelajar. Kebersihan dan keceriaan sekolah juga akan memberi tanggapan yang positif di kalangan ibu bapa khasnya dan masyarakat amnya. Diharap juga usaha ini dapat mewujudkan jati diri yang cemerlang dan mengamalkan disiplin diri dalam membina sahsiah diri murid disamping merapatkan hubungan antara para guru , murid dan ibu bapa. Dalam program ini kami mewujudkan Laman Orkid memandangkan pokok orkid tidak perlu disiram selalu sekaligus boleh menjimatkan kos penggunaan air .

Laman Orkid ini dibangunkan atas sumbangan dan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK. Sultan Abu Bakar 1 Konsep yang akan diperkenalkan ialah konsep Pokok Angkat. Setiap murid akan diberikan 3 pokok angkat yang telah siap disemai di dalam pasu . Setiap murid perlu menjaga pokokpokok tersebut di kawasan Laman Orkid dengan penuh kasih sayang . Guru-guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan penasihat sahaja .

2.0

MATLAMAT Memupuk semangat kelestarian alam sekitar dan nilai-nilai murni di kalangan murid seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam mewujudkan suasana persekitaran yang ceria . Justeru merapatkan lagi hubungan antara guru, murid dan ibu bapa dan masyarakat setempat.

3.0OBJEKTIF 3.1Memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan murid 3.2Memupuk rasa kasih sayang murid terhadap alam flora 3.3 3.4Mengindahkan persekitaran sekolah dengan bunga-bunga orkid yang beraneka jenis

4.0

SASARAN 4.1 Semua guru 4.2 Semua pelajar 4.3 Semua staf sokongan 4.4 Ibu bapa 4.5 Masyarakat setempat

Program 3 Pokok 1 Murid

Anda mungkin juga menyukai