Anda di halaman 1dari 16

Bahagia Sesudah Derita

Prosa Tradisional Bahasa Melayu Tingkatan 3


Ahli Kumpulan:
• Nurul • Zahratul
Nazihah Farihah

• Khayra
Nadia 3 Naim
2022
~SINOPSIS~

Si Miskin yang asalnya raja dari kayangan telah disumpah oleh Betara Guru disebabkan
turun ke bumi bersama - sama isterinya tanpa memberitahu Betara Guru. Di bumi, dia
mencari rezeki di negeri Anta Betara yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa.
Melihatkan keadaan Si Miskin dan isterinya yang berpakaian buruk, rakyat negeri itu
telah melemparkan kayu dan batu ke arahnya. Maharaja Indera Dewa menyuruh Di
Miskin diusir dengan segera. Keadaan yang sama juga berlaku apabila Si Miskin tiba di
pasar. Semasa sedang mencari makanan di tempat pembuangan sampah, Si Miskin
menemukan sebiji ketupat basi dan sebuku tebu lalu dimakan bersama-sama isterinya.
Tubuhnya kembali bertenaga setelah beberapa hari tidak makan nasi.
Keesokan harinya, apabila bertemu dengan orang ramai, Si Miskin dan isterinya sekali lagi
dibaling dengan kayu. Isterinya menangis kerana tidak berdaya lagi menahan kesakitan. Si Miskin
turut menangis dan memujuk isterinya. Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan
kayu yang boleh dimakan oleh mereka. Tiga bulan kemudian, isteri Si Miskin pun hamil. Si Miskin
tidak tahu bahawa ketupat dan tebu yang dimakan oleh mereka sebelum ini merupakan anak
kepada Betara Karma Jaya yang telah dipuja menjadi ketupat dan tebu.
Pada suatu hari, isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah mempelam yang terdapat di taman
Maharaja Indera Dewa. Oleh sebab isterinya yang berterusan menangis, Si Miskin keluar untuk
menunaikan permintaan isterinya. Semasa sampai di kedai orang berjual buah, Si Miskin
menceritakan masalah yang dihadapinya. Orang ramai berasa kasihan dan telah memberinya buah,
makanan, dan kain. Namun begitu, isterinya tidak mahu makan kerana mengidam buah mempelam
di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin bertekad menemui Maharaja Indera Dewa dan baginda
telah memberinya setangkai mempelam. Tiga hari kemudian, isteri Si Miskin meminta pula buah
nangka yang juga terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Sekali lagi Si Miskin bertemu Maharaja
Indera Dewa. Pada awalnya, Si Miskin hanya meminta daun nangka, tetapi baginda mengetahui
bahawa daun nangka tidak berfaedah lalu memberinya buah nangka. Sepanjang kehamilan itu,
banyak makanan, pakaian, beras, dan peralatan diberi oleh orang kepada mereka.
Tidak, beberapa lama kemudian, isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama
Marakarma. Marakarma dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mereka. Ketika Si Miskin ingin
membina pondok untuk kediaman mereka bertiga, dia telah menemukan tempayan besar yang
mengandungi emas dalam jumlah yang begitu banyak. Si Miskin membawa emas itu kepada saudagar
supaya membelikannya sepasang kaus. Dia juga menemui beberapa orang saudagar yang akhirnya dia
dapat memiliki kaus, tongkat, payung, pedang, perisai kecil, keris, pelana kuda, dan kain.

Kemudian, Si Miskin memangku anaknya sambil berdoa agar hutan rimba yang didiaminya
sekarang menjadi sebuah kota yang lengkap. Dengan takdir Allah, tempat itu bertukar menjadi sebuah
negeri. Dia menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Indera Angkasa, isterinya pula diberi nama Tuan
Puteri Ratna Dewi, dan negeri itu dinamakan Puspa Sari. Tidak beberapa lama kemudian, Puteri Ratna
Dewi melahirkan seorang puteri lalu diberi nama Puteri Nila Kesuma. Kelahiran tersebut disambut
selama 40 hari, 40 malam dalam suasana yang sangat meriah.
~TEMA
~
Tema cerpen ini ialah kecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri
yang hidup dalam kemiskinan. Si Miskin dan isterinya yang terbuang
dari kayangan hidup merempat di negeri Anta Beranta. Mereka
mengharapkan simpati masyarakat agar memberi mereka makanan,
tetapi mereka dilemparkan dengan batu dan kayu. Namun begitu, Si
Miskin dan isterinya tabah menghadapi cabaran tersebut hingga
akhirnya mereka dilimpahi kemewahan.
~PERSOALAN~
1. Kasih sayang suami terhadap isteri.

- Si Miskin amat menyayangi isterinya sehingga sanggup menemui Maharaja Indera Dewa apabila
isterinya mengidam buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa.

2. Tanggungjawab suami terhadap keluarga.

- Si Miskin berusaha mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa
masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah.

3. Rasa syukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.

- Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang
puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.
~WATAK & PERWATAKAN~
Maharaja Indera Angkasa
(a) Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.
(b) Berasal dari raja keinderaan.
(c) Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa
isteri turun ke bumi tanpa memberitahunya.
(d) Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja.
(e) Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(f) Seorang yang sayang akan isteri.
(g) Maharaja Indera Angkasa juga merupakan seorang yang bijak.
.
Tuan Puteri Ratna Dewi
(a) Isteri Maharaja Indera Angkasa.
(b) Berasal dari raja keinderaan.
(c) Disumpah menjadi miskin oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya turun ke bumi.
(d) Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(e) Tuan Puteri Ratna Dewi juga seorang yang setia akan suaminya.
(f) Seorang yang mementingkan diri sendiri.
~WATAK & PERWATAKAN~

Maharaja Indera Dewa


(a) Raja di negeri Anta Beranta.
(b) Seorang yang berhati mulia.
- Dia mengarahkan orangnyaagar memberikan setangkai
buah mangga dan sebiji nangka kepada Si Miskin

Betara Angkasa Indera Dewa


(a) Salah seorang raja di negeri Anta Beranta.
(b) Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
- Baginda telah menyuruh pembantunya mengahalau
pasangan miskin semasa mereka ingin berjumpa dengan
Maharaja Indera Dewa.
~LATAR MASA , TEMPAT , MASYARAKAT~

LATAR
MASA
~ Waktu malam - Si Miskin bermalam di bawah sebatang pohon kayu.
~ Sembilan bulan - Isteri Si Miskin mengandung selama sembilan bulan.
~ Malam purnama - Marakarma dilahirkan pada malam purnama.
~ Empat puluh hari - Majlis sambutan diadakan selama empat puluh hari dan malam ekoran kelahiran
Tuan Puteri Nilam Kesuma.
~ Selepas tiga bulan - Isteri Si Miskin hamil selepas makan ketupat dan buku tebu.
~ Hampir genap bulan hendak beranak - Isteri Si Miskin menangis hendak makan buah mempelam di
dalam taman Maharaja Indera Dewa.
~ Selang tiga hari - Isteri Si Miskin menangis kerana hendak makan nangka di dalam taman Maharaja Indera
Dewai
LATAR
TEMPAT
~ Tepi hutan - Si Miskin dan isterinya kembali ke tepi hutan
setelah diusir oleh penduduk kampung.
~ Tengah jalan raya - Si Miskin dan isterinya makan ketupat basi
dan tebu yang dibuang di tengah jalan raya.
~ Taman Maharaja Indera Dewa - Isteri Si Miskin mengidam mempelam
dan nangka dari taman Maharaja Indera Dewa.
~ Di luar istana - Si Miskin dan isterinya dilemparkan batu semasa
ingin menghadap Maharaja Indera Dewa.
~ Pasar - Si Miskin dan isterinya dilemparkan kayu dan batu.

LATAR
MASYARAKAT
~ Masyarakat suami yang sayang akan isteri.
~ Masyarakat miskin yang hidup menderita.
~ Masyarakat kampung yang baik hati.
~ Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
~GAYA BAHASA~

Repetisi: ada yang memberi juadah, ada yang memberi nasi


Metafora: terang mambang
Simile: Maka terlalu sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati
rupanya tiada berdaya lagi.
Hiperbola: "Wahai kakanda, sangat rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala
anggotaku."
Sinkope: "Hai, Miskin, apa kehendakmu?"
~NILAI~

~ Kasih sayang ~
Si Miskin amat sayang akan isterinya. Dia sanggup ke istana
untuk meminta buah mempelam dan nangka daripada
Maharaja Indera Angkasa untuk isterinya.

~ Ketabahan ~
Si Miskin dan isterinya tabah menempuh pelbagai
kesusahan semasa berada di bumi.

~ Baik hati ~
Penjual buah telah memberikan pelbagai jenis
barang kepada Si Miskin.
~PENGAJARAN~

~ Kita mesti bersimpati dan tolong-menolong sesama manusia ~


- Penjual buah memberikan buah dan pelbagai jenis barang kepada Si Miskin kerana
menaruh simpati dengan nasibnya,

~ Kita mesti tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan ~


- Si Miskin tetap tabah apabila dihalau dan dibaling batu dan kayu sehingga berdarah
oleh orang ramai.

~ Suami isteri perlu saling menyayangi dan setia ketika


susah atau senang ~
- Dewi Kecana sanggup meninggalkan kayangan untuk menemani suaminya ke bumi
dan sanggup hidup susah bersama suaminya.
Halaman
Sumber
Gunakan sumber reka bentuk ini dalam Pembentangan
Canva anda. Selamat mereka bentuk!

Jangan lupa padamkan halaman ini sebelum membuat


pembentangan.

Anda mungkin juga menyukai