Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1

AKTIVITI PENGUKUHAN
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita Tingkatan 3

1. Di manakah Si Miskin laki bini mencari rezekinya?


Negeri Anta Beranta
2. Apakah maksud perkataan ufti?

Perkataan ufti bermaksud wang / emas dibayar kepada raja.

3. Nyatakan keadaan laki bini itu ketika menghadap baginda.


Rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya.

4. Apakah titah baginda kepada raja-raja selepas keadaan gempar di luar istana?

Titah baginda ialah usir mereka jauh-jauh.


5. Nyatakan tindakan orang pasar terhadap Si Miskin ketika mencari rezeki.
a. melempari dengan batu
b. melempari dengan kayu
6. Apakah jenis makanan yang ditemui oleh Si Miskin di dalam sampah?
a. ketupat sebiji basi
b. buku tebu
7.
Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut
menangis seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh
tubuh isterinya sambil berkata, “Diamlah tuan, jangan menangis. Sudahlah untung
kita ini rupanya.” Maka isterinya pun diamlah.

Nyatakan dua nilai murni terdapat dalam petikan di atas.


a. Nilai kasih sayang
b. Nilai tanggungjawab / nilai bertanggungjawab

8. Si Miskin berasal dari mana?


Berasal dari Keinderaan

9. Mengapakah laki bini menjadi miskin sebegini?

Mereka berdua mendapat sumpah daripada Betara Guru kerana turun ke dunia
membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru.
10. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membantu golongan miskin?
a. Kerajaan memperbanyak / memperluas peluang pekerjaan.
b. Kerajaan memberikan Bantuan Sara Hidup kepada golongan miskin.
c. Kerajaan boleh membina rumah kos rendah kepada mereka.
d. Kerajaan boleh menawarkan pendidikan percuma kepada mereka.
11. Mengapakah suami Si Miskin masuk ke dalam hutan?

Suami Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan taruk kayu.

Anda mungkin juga menyukai