Anda di halaman 1dari 15

Topik5 Kemahiran

Mendengar danBertutur

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan konsep kemahiran mendengar dan bertutur; Menghuraikan beberapa aktiviti dalam kemahiran mendengar dan bertutur; Mengenal pasti beberapa kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan Menilai kesesuaian teknik dan kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

PENGENALAN

Rajah 5.1: Kemahiran mendengar dan bertutur

Dalam proses penguasaan sesuatu bahasa, terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang. Ia adalah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Daripada tiga kemahiran tersebut, kemahiran lisan ialah

62

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

kemahiran yang paling utama dan asas. Ini bermakna, kemahiran membaca dan menulis tidak akan dikuasai oleh seseorang, sekiranya seseorang itu tidak menguasai kemahiran lisan. Dari segi pengkelasannya, kemahiran lisan mengandung dua kemahiran bahasa yang lain, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur (Lihat Rajah 5.1). Kedua-dua kemahiran ini saling lengkap melengkapi antara satu dengan lain. Tegasnya, seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik sudah pasti boleh memahami pertuturan orang lain. Pada masa yang sama, dia juga boleh bertutur atau memberikan respons terhadap apa yang didengarnya. Sehubungan dengan itu, topik ini akan membincangkan beberapa persoalan penting berhubung dengan kemahiran tersebut. Perbincangan kita juga akan meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran tersebut.

5.1

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan penerimaan maklumat dalam bentuk gelombang bunyi melalui deria pendengaran, iaitu telinga. Proses seterusnya melibatkan pengamatan, pengecaman bunyi, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan. Proses-proses ini membolehkan seseorang itu memahami apa yang didengar dan seterusnya memberikan respons terhadap apa yang didengari itu. Secara umumnya, terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan berhubung dengan kemahiran ini. Namun begitu, topik ini cuma akan menyentuh beberapa aspek yang meliputi jenis, peringkat dan aktiviti kemahiran mendengar tersebut. Aspek-aspek yang akan dibincangkan terdiri daripada mendengar aktif dan mendengar pasif serta peringkat mendengar dan memahami.

5.1.1 Mendengar Aktif dan Mendengar Pasif


(a) Mendengar Aktif Mendengar aktif ialah suatu proses mendengar yang dibuat secara berhatihati dan berfokus. Semua aspek dalam pertuturan seperti intonasi, tekanan dan nada suara akan diambil perhatian serta dinilai maksudnya. Pendengaran jenis ini membolehkan seseorang itu mengulas dan mengkritik maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam sesuatu pertuturan. Di peringkat yang lebih maju, pendengaran secara aktif boleh menjadikan seseorang pendengar itu mengeksploitasi apa yang didengarinya dalam bentuk kritis dan kreatif. Mendengar aktif selalunya dikaitkan dengan pendengaran secara formal, khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perbincangan, perbahasan, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

63

(b)

Mendengar Pasif Mendengar pasif ialah peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan prosesnya. Pendengaran jenis ini berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua perkara yang didengari. Oleh itu, pendengaran pasif tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada sesuatu pertuturan. Seterusnya pendengar jenis pasif jarang-jarang dapat memahami dan mengingati semula perkara-perkara yang didengari itu. Mendengar pasif boleh disebabkan oleh beberapa faktor; iaitu faktor bahasa, isi bahan dan faktor luaran. Bahasa ialah faktor utama yang mempengaruhi pendengaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan bahasa tersebut yang tidak difahami oleh seseorang akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan pendengarannya terhadap pertuturan tersebut. Dalam aspek isi sesuatu bahan pertuturan, sudah tentulah pendengaran akan menjadi pasif jika bahan atau tajuk pertuturan itu tidak menarik minat atau terlalu sukar untuk difahami oleh seseorang pendengar. Seterusnya, pendengaran pasif juga berlaku sekiranya berlaku gangguan luaran seperti kebisingan, bunyi yang tidak jelas dan keadaan yang tidak selesa.

5.1.2 Peringkat Mendengar dan Memahami


Secara umumnya, terdapat tiga peringkat dalam kemahiran mendengar, iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju (Kamarudin Husin, 1998). Mari kita lihat penerangan yang diberikan berikut. (a) Kemahiran Mendengar Peringkat Awal Kemahiran mendengar boleh dikategorikan kepada dua peringkat iaitu aras rendah dan aras tinggi. (i) Aras Rendah (ii) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Melakukan sesuatu yang disuruh. Menjalankan perintah dan permintaan.

Aras Tinggi Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

64

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

(b)

Kemahiran Mendengar Peringkat Pertengahan (i) Aras Rendah (ii) Mengecam serta mengingat fakta dan butiran secara tepat. Mengenal pasti maklumat-maklumat khusus. Mengesan urutan.

Aras Tinggi Mengenal pasti sebab akibat. Mengenal pasti perhubungan orang-orang yang berinteraksi. Mengenal pasti sikap dan perasaan orang yang bercakap.

(c)

Kemahiran Mendengar Peringkat Maju (i) Aras Rendah (ii) Mengenal pasti isi-isi penting. Mengenal peranan dan perhubungan orang-orang yang bercakap. Mentafsirkan maksud percakapan orang. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi dalam suara.

Aras Tinggi Cuba menyelesaikan masalah yang didengar. Mengikut aliran dalam dialog dan perbualan. Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

(d)

Aktiviti Kemahiran Mendengar Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran mendengar ialah mengenal, mengecam, membuat inferens, menganalisis, merumus dan menilai. Setiap aktiviti saling berkaitan antara satu dengan lain dan berlaku secara berterusan. Ini diterangkan seterusnya. (i) Mengenal Aktiviti ini ialah asas dalam proses mendengar. Proses mendengar bermula dengan aktiviti mengenal sesuatu bunyi. Secara umumnya, terlalu banyak bunyi yang perlu didengari dalam kehidupan kita. Pada peringkat ini, dalam konteks kemahiran mendengar, pendengar akan memastikan bahawa apa yang didengari itu ialah bunyi-bunyi

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

65

bahasa yang bermakna. Hal ini bermakna bahawa seseorang pendengar perlu mengenal atau mengetahui apakah bunyi yang bermakna dan apa pula bunyi yang perlu diabaikan. (ii) Mengecam Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu didengari, pendengar akan masuk ke peringkat pengecaman pula. Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna, pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata di samping intonasi, jeda, dan tekanan suara. Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan dengan pantas.

(iii) Membuat Inferens Membuat inferens bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan atau kosa kata yang didengar dengan objek atau perkara yang sesuai. Sebagai contoh, perkataan murid mempunyai inferensi dengan sekolah. Semakin pantas seseorang pendengar membuat inferens, maka semakin cepatlah dia memahami apa yang didengarinya. Sebaliknya, jika seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang didengarinya. (iv) Menganalisis Menganalisis ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi, apabila seseorang pendengar itu boleh memilih dan menentukan antara fakta dengan yang bukan fakta. Merumus Merumus memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan atau kefahaman baru terhadap apa yang telah didengari. Menilai Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tinggi. Ia adalah apabila sesorang pendengar itu boleh membuat penilaian terhadap apa yang didengarinya. Dalam peringkat ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta atau palsu, dan dapat pula mengagak latar belakang si penutur. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang pendengar itu telah melalui semua aktiviti yang dibincangkan tadi.

(v)

(vi)

66

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

SEMAK KENDIRI 5.1


1. 2. Bincangkan bentuk dan kandungan pendengaran jenis aktif dan pasif. Huraikan bagaimana proses dalam aktiviti mendengar itu berlaku.

5.2

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran bahasa yang terkandung dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur melibatkan perlakuan fizikal dan pertimbangan mental yang akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bentuk percakapan atau pertuturan. Secara fizikalnya, pertuturan melibatkan alat-alat pertuturan seperti bibir, lidah, gusi dan pita suara. Selain itu, unsurunsur paralinguistik seperti gerakan badan, termasuk tangan dan kontak mata, turut memainkan peranan untuk memberikan kefahaman yang lebih terhadap pertuturan tersebut. Dalam hal pertimbangan mental, sesuatu pertuturan melibatkan pemilihan kata dan unsur-unsur prosodi seperti jeda, nada, intonasi, dan tekanan suara. Kedua-dua faktor ini akan menjadikan sesuatu pertuturan itu lebih bermakna, mudah difahami dan berkesan.

5.2.1
(a)

Pertuturan Sehala dan Dua Hala

Sehala Pertuturan sehala bermakna tidak berlaku timbal balas atau tindak balas dalam proses pertuturan itu. Maknanya, penutur bertutur dan pendengar hanya mendengar sahaja. Contoh-contoh pertuturan sehala ialah; ucapan, syarahan, khutbah, monolog dan sebagainya. Dua Hala Pertuturan dua hala pula bermaksud, penutur dan pendengar akan melakukan timbal balas antara satu dengan lain dalam masa pertuturan itu berlaku. Perbincangan, pembentangan kertas kerja, pengajaran, perbualan, temu ramah dan sebagainya ialah contoh-contoh pertuturan dua hala.

(b)

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

67

5.2.2

Aktiviti Kemahiran Bertutur

Antara aktiviti kemahiran bertutur yang boleh dijalankan di sekolah ialah berbual, memberikan pendapat, berbincang, memujuk, berunding, berurus, bercerita dan teater bercerita. Ini dibincangkan seterusnya. (a) Berbual Aktiviti ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung di dalam kelas. Guru boleh berbual dengan pelajar tentang pelajaran yang telah diajarkan, isu-isu semasa yang menarik atau mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar bertutur secara yakin. Pada masa yang sama, guru boleh mengenal pasti kelemahan pelajar dalam aspek pertuturan. Memberikan Pendapat Aktiviti ini boleh dilakukan secara spontan atau terancang. Pelajar boleh diminta memberikan pendapat secara spontan tentang perkara-perkara umum, khususnya tentang sekolah dan tempat tinggal masing-masing. Secara terancang, aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara guru terlebih dulu menyediakan tajuk-tajuk atau isu yang akan dibincangkan. Walau bagaimanapun, guru seharusnya memberikan struktur, cara dan gaya ketika memberikan pendapat tersebut kepada pelajar. Bercerita Bercerita ialah aktiviti pertuturan yang menarik, terutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam aktiviti ini, guru perlu menegaskan tentang intonasi dan gaya bertutur yang sesuai ketika bercerita. Teater Bercerita Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Berbincang Untuk menjalankan sesuatu perbincangan, guru perlu menyediakan tajuk yang sesuai dan menarik. Pelajar perlu dipandu untuk bercakap secara bergilir-gilir dalam aktiviti perbincangan ini. Guru mestilah mengawal perjalanan sesuatu perbincangan supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang ditetapkan.

(b)

(c)

(d)

(e)

68

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

(f)

Memujuk Memujuk ialah suatu aktiviti kemahiran bertutur yang memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi. Hal ini kerana bahasa pujukan mengandung ciri-ciri hiperbola yang berperanan untuk meyakinkan pendengar. Dalam aktiviti ini, pelajar boleh diminta berperanan sebagai jurujual dan mereka diminta mempromosikan barang jualan mereka secara lisan.

5.2.3

Menilai Kemahiran Bertutur

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), sesuatu pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi aspek-aspek yang berikut: (a) (b) (c) Temu ramah (Pemberatan 60%); Bacaan nyaring/mekanis (Pemberatan 20%); dan Bercerita tentang gambar atau tajuk (Pemberatan 20%).

Antara aktiviti yang boleh digunakan sebagai tugasan untuk menguji kemahiran bertutur adalah seperti berikut: (i) (ii) Memadan fakta atau perkara berdasarkan pendengaran. Mengelompokkan sesuatu perkara berdasarkan pendengaran.

(iii) Menyusun dan melengkapkan sesuatu maklumat berdasarkan pendengaran. (iv) Menyelesaikan masalah secara pertuturan. (v) Interaksi dua hala: Temu ramah, perbualan. (vi) Projek: Bacaan nyaring, bahas, syarahan.

AKTIVITI 5.1
1. 2. Bincangkan bagaimana pemarkahan dan pelaksanaan ujian lisan di sekolah anda. Senaraikan aktiviti-aktiviti ujian lisan yang sesuai dijalankan di sekolah rendah.

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

69

5.3

PEDAGOGI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Dari sudut pedagogi bahasa, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dianggap sebagai asas bagi perkembangan dalam struktur linguistik sesuatu bahasa. Misalnya melalui pengajaran kemahiran mendengar, aspek bahasa ialah seperti fonologi, tatabahasa dan semantik. Dalam kemahiran bertutur pula, aspek fonetik dan tatabahasa akan menjadi pelengkap. Tegasnya, kedua-dua kemahiran tersebut akan mempengaruhi bacaan dan penulisan dan seterusnya mempengaruhi tahap kemahiran seseorang dalam bahasa tersebut. Dalam aspek pedagogi ini, perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seseorang guru ialah perancangan aktiviti pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran serta penggunaan dan pemilihan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Ini dijelaskan seterusnya.

5.3.1

Perancangan Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar ialah kemahiran bahasa terpenting dalam penguasaan kemahiran bahasa yang lain. Sebelum perancangan aktiviti pengajaran kemahiran ini dibuat, guru-guru perlu mengetahui prinsip dan strategi pengajaran kemahiran tersebut. Sila kaji penerangan yang diberikan. (a) Prinsip pengajaran kemahiran mendengar Terdapat tujuh prinsip pengajaran yang perlu disedari oleh guru-guru, iaitu: (i) (ii) Kemahiran mendengar mestilah diajarkan bersama-sama kemahiran bahasa yang lain. Latihan mendengar ialah aktiviti yang dinamik dan aktif.

(iii) Aktiviti perlu dirancang teliti, dan dijalankan dalam pelbagai cara, supaya pelajar memberikan respons dalam bentuk perlakuan dan aksi. (iv) (v) (vi) Setiap kemahiran diajarkan berperingkat, dan didahului dengan aktiviti yang mudah. Guru tidak boleh terlalu ghairah hingga menyusahkan pelajar. Motivasi penting untuk memupuk minat pelajar.

(vii) Berikan peluang mendengar yang sebanyak mungkin kepada pelajar.

70

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

(b)

Strategi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur (i) (ii) (iv) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam situasi yang bermakna dan menarik. Kepelbagaian isi dan bentuk pengajaran. Pengajaran bertumpu kepada pelajar.

(iii) Memfokuskan pengajaran kepada suatu isi dan kemahiran tertentu.

(c) Aktiviti pengajaran & pembelajaran kemahiran mendengar Dalam melaksanakan pengajaran kemahiran mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan pengajaran tersebut. Terdapat 3 peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, iaitu: (i) Peringkat pramendengar Guru menyediakan tugasan kepada pelajar. Guru memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan didengar. Guru memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk mendengar.

(ii)

Peringkat semasa mendengar Pastikan pelajar memberikan tumpuan kepada bahan. Elakkan sebarang gangguan dan halangan semasa mendengar.

(iii) Peringkat selepas mendengar (d) Guru mendapatkan respons daripada pelajar. Guru memberikan rumusan terhadap bahan yang didengar. Guru melaksanakan tindakan susulan.

Menilai kemahiran mendengar Antara teknik yang boleh digunakan untuk menilai kemahiran mendengar adalah: (i) (ii) Ujian mendengar petikan; Ujian mendengar paragraf;

(iii) Ujian Imlak; dan (iv) Ujian mendengar bergambar.

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

71

5.3.2
(a)

Aplikasi Kaedah dan Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Di dalam pengajaran & pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru boleh menggunakan teknik-teknik dan kaedah yang dicadangkan seperti berikut: (i) Teknik Tunjuk Cara Dalam teknik tunjuk cara ini guru akan menyediakan arahan ringkas yang menyatakan sesuatu aksi. Pelajar diminta membuat tunjuk cara dalam bentuk aksi dan pertuturan yang dinyatakan dalam kad arahan. Teknik soal jawab Teknik ini dilakukan dalam bentuk interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. Untuk menjadikan teknik ini lebih berkesan, penyoalan dan jawapan yang dilakukan dalam aktiviti pengajaran perlu dikawal. Sebutan, intonasi, dan pilihan kata yang sesuai perlu ditegaskan dalam pelaksanaan teknik. Penglibatan pelajar yang aktif dalam teknik ini boleh menimbulkan rasa yakin dan percaya terhadap pertuturan dan pendengaran mereka.

(ii)

(iii) Teknik latihan korus (coral speaking) Teknik ini dilaksanakan dengan cara pelajar menuturkan sesuatu secara serentak. Teknik ini memberikan latihan pertuturan secara ajukan secara beramai-ramai. Cara ini akan menambahkan keyakinan pelajar yang bermasalah pertuturan untuk memperbaik cara pertuturan mereka. (iv) Teknik berteriak Teknik ini dimulakan dengan guru meminta seorang pelajar menyebut sesuatu perkataan atau ayat secara nyaring. Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar lain mengajuk apa yang dituturkan oleh pelajar pertama tadi. Melalui teknik ini guru akan dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah dalam pertuturan, dan dapat juga mengesan aspek sebutan yang menjadi masalah kepada pelajar. Teknik tugasan Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran mendengar. Dengan teknik ini, pelajar diminta membuat sesuatu tugasan berdasarkan apa yang diperdengarkan kepada mereka. Berdasarkan bahan yang diperdengarkan, pelajar boleh diberikan tugasan khusus, seperti menentukan isi-isi penting, mencari unsur-unsur tersirat, dan sebagainya.

(v)

72

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

(vi)

Teknik Pasangan Minimal Teknik ini sesuai digunakan untuk memperbetul cara sebutan. Dalam teknik ini pelajar diminta melakukan latih tubi sebutan yang hampir sama bunyinya, seperti, bilik, balik, belek.

(vii) Teknik Melengkapkan Dialog Pelajar diminta mendengar dialog dengan teliti, kemudian mereka diminta melengkapkan atau menyebut semula dialog tersebut. (b) Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur Selain teknik-teknik di atas, pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur boleh juga menggunakan kaedah-kaedah yang berikut: (i) Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini menekankan penyebutan yang tepat dalam pertuturan. Dalam kaedah ini, pelajar akan mengajuk intonasi dan sebutan yang tepat, yang dituturkan oleh guru atau sumber-sumber lain. Bahanbahan latihan mestilah yang berbentuk perbualan yang menggunakan bahasa dan sebutan yang tepat sahaja. Kaedah Dengar Tutur Kaedah ini menggunakan dialog sebenar yang dituturkan oleh penutur jati bahasa berkenaan. Pelajar diminta mengajuk dialog tersebut berulang kali sehingga dapat menyamai intonasi dan cara sebutan penutur jati tersebut. Selain kemahiran berbahasa, pelajar juga akan didedahkan dengan adat serta budaya bahasa berkenaan, supaya gaya bahasa serta intonasi tersebut akan lebih mudah dikuasai.

(ii)

(iii) Kaedah Semula Jadi Kaedah ini juga dinamakan kaedah terus. Kaedah ini berasaskan anggapan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa secara semula jadi. Dalam kaedah ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk bahasa tersebut secara komunikatif. Pelajar boleh menyediakan situasi atau keadaan yang menjurus kepada perbualan atau interaksi. Contohnya situasi di pejabat pos, pasar, kedai runcit, dan sebagainya. (iv) Kaedah Audio Lingual Dalam kaedah ini guru akan memperkenalkan sesuatu bentuk pengucapan atau model bahasa melalui pembacaan atau pita rakaman. Pelajar diminta meneliti aspek-aspek yang terdapat dalam bahan tersebut, seperti intonasi, cara sebutan, nada, dan sebagainya. Pelajar seterusnya diminta meniru atau menggunakan model bahasa yang

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

73

terdapat dalam bahan tersebut, dan perkara ini dibuat dalam bentuk latih tubi sehingga pelajar menguasai bentuk tersebut. (v) Kaedah Linguistik Kaedah ini dijalankan secara perbandingan antara bahasa yang akan dipelajari dengan bahasa yang telah dikuasai. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur bahasa kedua kerana kaedah ini mengutamakan persamaan sama ada dari segi bunyi ataupun kosa kata yang dipilih, untuk dipelajari.

5.3.3

Membina dan Menggunakan Bahan Sumber untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Secara umumnya pengajaran kemahiran mendengar & bertutur ini akan jadi lebih berkesan jika guru menggunakan bahan-bahan sumber yang boleh membantu pengajaran & pembelajaran tersebut. Bahan-bahan sumber ini boleh terdiri daripada objek atau bahan sedia ada, atau bahan-bahan yang dibuat sendiri. Walau bagaimanapun, pemilihan dan penggunaan bahan sumber untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu menepati pertimbangan-pertimbangan yang berikut: (a) Prinsip pemilihan dan mendengar dan bertutur. (i) (ii) (iv) (b) penggunaan bahan pengajaran kemahiran

Objek atau perkara yang ada kaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Bahan yang dibina oleh murid atau guru. Mengambil kira unsur psikologi, emosi, dan sosial pelajar.

(iii) Penggunaan bahasa yang tepat dan meluas.

Kriteria bahan yang sesuai dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur (i) (ii) Sesuai dengan objektif dan tajuk pengajaran. Sesuai dengan umur, jantina, taraf sosial, tahap, dan keupayaan pelajar.

(iii) Mudah digunakan, dan dikendalikan, seperti gambar, dan objek sebenar. (iv) (v) Berbentuk autentik, seperti perbualan pelajar, syarahan, ucapan, berbahas, deklamasi puisi, berbalas pantun dan sebagainya. Bermotivasi dan menarik, seperti perbualan telefon, dialog, dan drama.

74

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

(vi)

Imaginatif dan kreatif, seperti aktiviti simulasi berdasarkan pelbagai senario; perbualan di pasar, perbualan di pejabat pos, perbualan di stesen bas, dan sebagainya.

AKTIVITI 5.2
1. 2. 3. Apakah ujian imlak? Huraikan kaitan antara teknik dengan kaedah pengajaran kemahiran mendengar & bertutur. Jelaskan kriteria bahan sumber yang baik.

SEMAK KENDIRI 5.2


1. 2. 3. Jelaskan persamaan dan perbezaan antara kemahiran mendengar dan bertutur. Apakah aktiviti mendengar? pengajaran dan cara penilaian kemahiran

Senaraikan teknik-teknik dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran kemahiran bertutur.

Mendengar terbahagi kepada dua jenis, iaitu mendengar aktif dan mendengar pasif. Peringkat mendengar dibahagikan kepada tiga aras, iaitu daripada aktiviti mengenal, mengecam hingga menilai atau mentafsir. Kemahiran bertutur melibatkan aktiviti sehala dan dua hala. Ia dimulakan dengan mengajuk dan pada peringkat tinggi; ia melibatkan aktiviti memujuk, berbincang dan berunding. Kemahiran bertutur boleh dinilai dengan cara temu ramah, bacaan nyaring dan bertutur berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, contohnya seperti gambar. Penggunaan dan pemilihan bahan sumber pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur perlu mematuhi prinsip dan kriteria bahan yang ditentukan.

TOPIK 5

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

75

Audio Lingual Bacaan Nyaring/Mekanis Dengar Tutur Intonasi Jeda Latihan Korus Membuat Inferens

Mendengar Aktif / Pasif Mengajuk Mengecam Perbualan Pertuturan Sehala Ujian Imlak

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai