Anda di halaman 1dari 16

1.

0 KEMAHIRAN LISAN

1.1 Definisi dan konsep kemahiran lisan

Kemahiran lisan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran mendengar

dan kemahiran bertutur. Kedua-dua kemahiran ini memainkan peranan penting

dalam mewujudkan kemahiran lisan. Elemen-elemen ini penting bagi membolehkan

seseorang itu pelajar itu menyebut perkataan dengan betul dan fasih. Kemahiran

lisan juga membantu melatih kanak-kanak bertutur dengan ayat yang tersusun dan

teratur.

Lisan bermaksud sesuatu ujaran atau perkara yang diucapkan. Mendengar

adalah proses permulaan kemahiran lisan. Perkataan yang didengar akan cuba di

dihuraikan atau dilaksanakan dalam kemahiran ini. Oleh yang demikian kemahiran

bertutur merupakan langkah yang kedua dalam kemahiran lisan.

1.2 Cara untuk menyampaikan kemahiran lisan dengan lebih efisyen ialah :

a) Bercakap dengan tenang dan menggunakan gaya yang betul.

b) Bertutur dengan nada, intonasi dan tekanan yang betul.

c) Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar dan

menghormati percakapan orang lain.

d) Berbicara atau berbincang dengan lancar dan fasih.

e) Bercerita atau melapor dengan gaya bahasa yang menarik dan betul.

f) Mengiklan atau membuat pengumuman dengan jelas dan tepat.

g) Berkebolehan memberi arahan den tepat dan berkesan.


h) Berupaya mengemukakan pendapat, pendapat fikiran atau pandangan

yang bernas.

i) Menggunakan bahasa dengan baik dalam situasi-situasi yang tertentu

mengikut keperluan menggunakannya.

1.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

1.1.1 Definisi dan konsep

Mendengar adalah menerima bunyi-bunyian yang bermakna melalui cuping telinga

yang berfungsi sebagai antena. Bunyi-bunyi bermakna yang diterima kemudian

disalurkan ke otak untuk dianalisis dan ditafsir.

Definisi : Kemahiran mendengar adalah kemahiran yang paling asas dalam

pembelajaran. Kemahiran ini bermula diperingkat kanak-kanak mula

menerima maklumat atau bunyi-bunyi bersuara dan mengolahnya

melalui otak.

Konsep-konsep pendengaran :

Konsep mendengar boleh dikategorikan kepada beberapa perkara berikut.

Antaranya ialah:
a) Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difaham

dan diingat.

b) Pendengaran boleh berlaku melalui latihan-latihan khas yang

dilakukan secara berperingkat-peringkat.

c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman

daripada kecerdasan otaknya.

d) Aspek fizikal, psikologi dan neutrologi mempengaruhi proses

pendengaran.

e) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan dea yang logik

dan berkesan.

f) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.

g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang

berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

h) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis krirtis

terhadap bentuk dan isi.

Pendapat tokoh:

1) Daskin (1980:31) ada mengatakan bahawa ‘ Listening is one half of the process of

communication’. Hal ini, jelas menunjukan bahawa kemahiran mendengar adalah

satu proses berkomunikasi.

2) Hunt (1981:294) pula mengatakan, ‘Listening is a neglected skill. But while

listening is important in all public speaking situations.’


3) Rowntree (1979:163) berpendapat, ‘So we must ask explicitly: which assessment

methods relate to our objectives and construction? Which will produce indications of

the student abilities or qualities we are interested in?

1.1.2 Tujuan mendengar

Dalam kehidupan seharian, mendengar adalah perkara yang paling asas untuk

menerima maklumat. Antara tujuan manusia mendengar ialah :

a) Mendengar dalam interaksi sosial.

 Misalnya dalam perbualan, perbincangan dan mesyuarat.

b) Mendengar untuk mendpatkan hiburan.

 Misalnya, mendengar radio, menonton televisyen dan filem

c) Mendengar untuk mendapatkan maklumat atau

pengetahuan

 Misalnya, mendengar guru mengajar dan pensyarah

memberikan kuliah, berita dari radio atau televisyen.

1..1.3 Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar

Lazimnya kemahiran mendengar terbahagi kepada mendengar secara pasif dan

mendengar secara aktif.

a) Mendengar secara pasif

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling

rendah. Bentuk kemahiran ini biasanya disebabkan kurangnya minat dalam


kalangan pendengar. Selain itu, penutur juga tudak memainkan peranan bagi

menarik minat pendengar.

Kaedah mendengar ini biasanya kurang memberi pemahaman dalam

kalangan pendengar serta bahan yang ingin disampaikan umpama

‘mencurahkan air ke daun keladi’.

Jenis mendengar secara pasif adalah :

i. mendengar secara bertelau-telau.

ii. mendengar tanpa tindak balas.

iii. mendengar secara menebuk

b. Mendengar secara aktif

Mendengar secara aktif adalah kemahiran mendengar yang lazimnya

menjana minda dan meningkatkan daya pemikiran pendengar. Kemahiran

mendengar secara aktif ini akan dapat mengaplikasikan elemem kemahiran

lisan yang kedua iaitu kemahiran bertutur.

Jenis mendengar secara aktif adalah :

i. `Mendengar dengan beremosi

ii. mendengar secara berhati

iii. mendengar secara kritikal

iv. mendengar dengan pengamatan

v. mendengar secara kreatif


1.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

1.2.1 Definisi dan konsep

Kemahiran bertutur adalah peringkat kedua dalam kemahiran berbahasa iaitu

selepas kemahiran lisan. Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan

bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ataupun artikulator manusia.

Kemahiran bertutur kebiasaannya berlaku pada peringkat penglahiran. Komunikasi

dua hala sesama manusia yang berlaku memperlihat kewujudan dan kepentingan

untuk seseorang itu bertutur.

Pendapat tokoh:

1) Heaton (1972:57) ada mengatakan pendapatnya, ‘Although the authority skills

in normal speech situations, it is frequently desirable to separate the two skills

for teaching and testing, since it is possible to develop listening ability much

beyond the range of speaking ability.....’

2) Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) pula ada mengeluarkan pendapatnya, ‘

pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa.

Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya

boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia

membuat latihan bertulis.....’

Shrope (1979) mengutarakan beberapa pendapat berkenaan tujuan mengapa

manusia perlu bertutur :


a. bercakap untuk keseronokan

b. bercakap untuk tujuan memaklumkan

c. bercakap untuk tujuan mempengaruhi

d. bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah

1.2.2 Aspek-aspek pertuturan

1. Sebutan

Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan

dalam sesuatu bahasa. Pada peringkat awal pertuturan, sebutan yang betul

mengikut bunyi amat dititik beratkan. Penutur diajar mengenal huruf dan bunyi

setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan kalimat. Biasanya,

kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan para pelajar bahasa kedua.

Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka.

2. Tekanan

Tekanan ialah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu

perkataan menururt suku kata dalam sesuatu perkataan. Tekanan juga

adalah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan

tekanan pada tempat-tempat tertentu. Lambang tekanan ialah /?/.

3. Panjang dan Pendek (mora)

Mora sebutan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya

adalah sama dengan harakat dalam bahasa arab iaitu menunjukkan

panjang atau pendek sesuatu bunyi. Lambang /::/ menunjukkan dua

mora dan lambang /,/ menunjukkan setengah mora.


4. Jeda

Jeda merupakan hentian di tengah baris-baris puisi atau hentian sementara

ketika membacanya. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen

linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang

diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang jeda ditandai

seperti ini /#/, dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang

berbeza. Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau

perkataan biasanya boleh digunakan seperti ini /+/. Dalam bahasa Melayu,

lambang ini boleh membezakan makna.

5. Intonasi

Intonasi ialah keadan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu

sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia juga disebut nada suara. Intonasi ayat

dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza

mengikut jenis ayat yang dituturkan. Ayat tanya biasanya mempunyai

intonasi yang menaik pada akhir ayat. Ayat penyata pula mempunyai

intonasi yang menurun dan mendatar.

6. Nada

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Ketiga, nada membawa maksud bunyi yang

tertentu tinggi rendahnya. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik.

7. Kelancaran

Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan

tersusun. penutur yang baik tidak akan mengalami masalah gangguan

semasa percakapan berlangsung. Penutur tersebut boleh mengeluarkan idea

dan pendapat tanpa ada sekatan semasa bertutur.


8. Kefasihan

Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,

teratur dan licin, tetapi juga boleh mengeluarkan bunyi-bunyi bermakna secara

tepat dan jelas. Aspek ini perlu bagi kalangan penutur yang mengaplikasikan

konsep bertutur pada peringkat maju. contohnya seperti pelajar yang

menyertai perbahasan atau forum akan dinilai melalui kefasihannya

mengeluarkan pendapat secara spontan ataupun tidak.

9. Tatabahasa

Nahu atau tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang-undang

yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Tatabahasa

boleh dikategorikan kepada tiga bahagian besar iaitu fonologi, sintaksis, dan

morfologi.

Dari segi fonologi, pelajar harus boleh mebunyikan kata dan menyebutnya

dengan tepat. Manakala dari segi morfologi pula, pelajar haru memilih,

membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. Dari segi

sintaksis pula, mereka harus membina ayat menggunakan tatabahasa dengan

tepat, kemas dan jelas.

10. Laras bahasa

Laras bahasa bererti kemampuan menggunakan sesuatu bahasa itu dalam

berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi tertentu. Laras juga sebagai

variasi bahasa yang dipilih dikait dengan pelbagai kegunaan.


1.2.3 Tujuan kemahiran bertutur.

Antara tujuan kemahiran bertutur adalah:

1) Membolehkan seseorang murid itu menyebut sesuatu perkataan atau ayat

dengan betul.

2) Melatih seseorang mendengar dan memahami pertuturan orang lain

dengan baik.

3) Membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain secara

tepat untuk menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta

mengutarakan pendapat yang jitu.

4) Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan ayat-ayat tersusun.

5) Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri.

1.2.4 Penjenisan Ragam Bahasa Lisan

Za’ba (1962), telah mengklasifikasikan bahasa lisan kepada beberapa kategori iaitu

seperti bahasa sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa terbalik,

bahasa merajuk, bahasa tempelak, bahasa herdik, bahasa melampau, dan bahasa

mengeluh.

Menurut Shrope (1979), tujuan bertutur adalah untuk keseronokan,

memaklumkan, mempengaruhi, dan menyelesaikan masalah,


Terdapat beberapa aspek yang boleh dijalankan bagi meningkatkan mutu

pertuturan. Antaranya adalah:

a) Aspek suara

b) Aspek sebutan dan intonasi

c) Aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata

d) Aspek gaya penyampaian

e) Aspek tatatertib bercakap


KEFAHAMAN

DEFINISI

Menurut Marohaini Yusoff (1999), kefahaman merupakan keupayaan menubuhkan,

mentafsirkan dan menilai sesuatu berkaitan dengan perkara atau apa-apa yang

dibaca.

Kefahaman merupakan suatu proses mendapatkan makna daripada

komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang yang tertentu.

Proses ini juga merangkumi proses metal yang kompleks seperti mengecam

perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan

pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea, menubuhkan

generalisasi dan juga menilai.

Menurut pendapat Mohd Baharudin Othman dan Mohd khaire Ahmad (2003)

pula, mereka menyatakan bahawa sebarang proses komunikasi yang tidak

mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna.

Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan menterjemah idea dari

satu bentuk kepada bentuk yang lain, membuat interpretasi, melihat kesan dan

akibat. Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang

itu ingin membuat perbandingan, penerangan dan membezakan.

Perbezaan di kalangan manusia merupakan faktor terpenting yang akan

menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu apa yang ingin ditafsirkan

berdasarkan apa yang didengari atau dibaca. Hal ini demikian kerana setiap individu

itu mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza berdasarkan kepada apa

yang didengar atau dibaca.


Dalam pengajaran kefahaman, guru perlu sentiasa menggalakkan murid

mencapai tahap pemikiran yang tertinggi. Dengan itu para guru perlu memahami dan

menggunakan hierarki tahap kefahaman bagi membolehkan guru membuat

perancangan kegiatan pengajaran harian yang berkesan. Satu contoh hierarki

kefahaman yang dapat digunakan ialah hierarki kefahamn yang ditubuhkan oleh

taksonomi kefahaman soalan Santoz. Pengelasan kefahaman Santoz dapat

dibahagikan kepada enam. Tahap-tahap kefahaman tersebut adalah seperti berikut :

1. Pengecaman dan pengingatan butiran

Pada tahap ini murid memahami dan berupaya mencari maklumat atau

mengingat semula maklumat yang telah didengari olehnya. Kegiatan yang

dapat murid lakukan pada tahap ini adalah seperti mengingat semula atau

mengecam

a. Fakta, nama orang, tarikh, dan definisi

b. Idea pokok berdasarkan apa yang didengari atau dibaca.

c. Urutan peristiwa

d. Arahan yang diberikan

2. Terjemahan

Tahap yang memerlukan murid memahami dan berupaya untuk mencari serta

menulis semula maklumat yang terdapat dalam petikan, perbualan atau

arahan dalam bentuk yang lain tanpa mengubah maksud asal. Umpamanya

murid mungkin :

a. Menulis maksud frasa, ayat atau perkataanyang tertentu dengan

menggunakan perkataan sendiri.


b. Mengambil maklumat daripada petikan, perbualan, arahan dan

mempersembahkannya dalam bentuk graf, peta, carta, lukisan atau

rangka atau sebaliknya.

c. Menulis sebuah cerita berdasarkan sebuah drama atau lakonan

pendek

d. Mengikut arahan sebagaimana yang diberikan.

3. Aplikasi

Tahap yang memerlukan peringkat pemikiran yang agak tinggi. Tahap ini

melibatkan tiga kebolehan, iaitu :

a. Mengingat semula pengalaman, kemahiran, atau pengabstrakan

seperti generalisasi, prinsip, teori, peraturan dan teknik yang

dipelajarai atau yang diketahui.

b. Mengetahuai apa dan bila sesuatu prinsip itu dapat digunakan.

c. Menggunakannya dengan berjaya.

Perkara yang penting pada peringkat ini ialah murid perlu dapat melakukan

sesuatu berdasarkan maklumat yang didapati. Kegiatan yang murid dapat

lakukan pada tahap ini ialah, seperti :

a. Menggunakan pengetahuan lalu untuk menyelesaikan masalah.

b. Menggunakan makluamt yang terdapat dalam petikan untuk

diguankan dalam keadaan baharu.

c. Menggunakan teori atau prinsip untuk meramalkan kesan tertentu.

4. Analisis

Tahap yang memerlukan murid untuk memahami dan berupaya untuk

mengenal atau menyemak bahagian tertentu sesuatu komponen. Pada tahap


ini juga ditentukan hubungan antara bahagian atau idea yang terdapat dalam

komponen. Kegiatan yang dapat dilakukan pada tahap ini ialah

a. Menentukan yang mana satu adalah andaian, rumusan,

generalisasi, fakta atau propaganda terhadap sesuat perkara yang

didengar atau dibaca.

b. Untuk membuat inferens, rumusan, atau ramalan tentang perkara

yang terjadi berdasarkan bukti yang ada.

c. Untuk menentukan sama ada idea yang diberikan itu mempunyai

persamaan, perbezaan atau percanggahan.

5. Sintesis

Tahap murid memahami dan berupaya untuk membuat integrasi, menytususn

semula, dan menyatupadukan idea-idea yang terdapat dalam bahan bacaan.

Pada tahap ini murid perlu dapat mengeluarkan pendapat mereka dan juga

menggunakan segala pengalaman, pengetahuan, imaginasi dan intuisi

mereka bagi membuat hipotesis. Antara kegiatan yang dapat dilakukan pada

tahap ini termasuklah :

a. Memberi tajuk berlainan untuk sesuatu topik atau bacaan.

b. Menghubungkan pengalaman sendiri dengan bahan yang dibaca

dan soalan yang dikemukakan.

6. Penilaian

Tahap penilaian merupakan tahap tertinggi dalam pengelasan kefahaman

atau pemikiran. Untuk membolehkan murid membuat penilaian, murid perlu

dapat memahami dan berupaya melakukan dua langkah yang berikut :

a. Mengadakan satu standard atau kriteria bagi menilai sesuatu idea

atau perkara lain.


b. Membuat penilaian antara standard atau kriteria yang telah

ditetapkan dengan perkara yang hendak dinilai.

PERKAITAN ANTARA KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN LISAN

Dalam setiap apa perkara yang dilakukan, kefahaman adalah perkara utama yang
perlu dtitikberatkan. Jika tiada kefahaman yang tepat tentang perkara yang ingin
dilakukan maka sesuatu perkara yang akan dilaksanakan itu mungkin adalah tidak
bermakna dan sia-sia.
Proses interaksi lisan yang berlaku akan menjadi tidak berkesan jika kefahaman
yang tepat tidak dapat dibentuk. Jika sesorang itu mendengar arahan yang diberikan,
namun demikian individu terbabit tidak dapat menginterpretasi arahan itu dengan
tepat maka proses maklum balas yang berlaku mungkin adalah tidak bermakna.
Oleh itu kefahaman adalah sesuatu perkara yang penting demi bagi mengelakkan
sebarang kesalahan dalam mengikut arahan.
Antara kemahiran asas dalam memastikan kefahaman dapat dicapai adalah
kebolehan menghuraikan maklumat, fakta dan isi tertentu yang terdapat dalam
perbualan atau arahan yang diberikan. Kaedah mendengar yang dapat dipraktikkan
dalam usaha ini ialah mendengar secara aktif. Individu terbabit perlu mendengar
dengan emosi supaya setiap apa yang dituturkan dapat dihayati dan difahami.
Individu terbabit juga perlu mendengar dengan lebih berhati-hati supaya apa yang
didengari tidak disalah erti dan tidak tercicir maklumat penting. Selain itu mendengar
dengan pengamatan juga amat penting untuk mengelakkan sebarang gangguan
dalam proses memahami terutama gangguan daripada bunyi alam dan persekitaran
sekeliling. Jika ketika proses mendengar tidak dapat dilaukan dnegan teliti maka
akan menyebabkan gangguan ketika proses mendapatkan kefahaman yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai