Anda di halaman 1dari 21

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

1


Bab 7 :
Kemahiran Mendengar & Bertutur dalam Bahasa Melayu



































7.1 Pengenalan
7.2 Apakah kemahiran bertutur?
7.3 Pentingnya kemahiran bertutur
7.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar
7.5 Tahap kemahiran mendengar
7.6 Peringkat penguasaan kemahiran mendengar
7.7 Mendengar secara interaktif dan secara tak interaktif
7.8 Aktiviti mempertingkatkan kemahiran mendengar
7.9 Apakah kemahiran bertutur?
7.10 Fungsi kemahiran bertutur
7.11 Peringkat penguasaan kemahiran bertutur
7.12 Perkara kemahiran pertutur yang perlu diberi perhatian
7.13 Aktiviti memperingkatkan kemahiran bertutur

RINGKASAN
RUJUKAN

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :
a. Mempelajari kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur
bagi pelajar sekolah rendah.
b. Mengetahui fungsi kemahiran mendengar dan bertutur
c. Menghuraikan kaedah-kaedah mengajar mendengar dan
bertutur bahasa Melayu

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



2





Bab ini hanyalah bab pengenalan kepada pengajaran mendengar dan bertutur dalam bahasa
Melayu. Bab ini akan akan dipelajari dengan lebih mendalam dalam subjek EMB 412:
Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Malaysia nanti di semester
akan datang.

Dalam bab ini, kemahiran mendengar dan kemhiran bertutur dibincangan secara umum. Buku
Panduan Guru KSSR Bahasa Melayu (Tahun 1 hinga 4) menyarankan bahawa kemhiran
mendengar dan kemahiran bertutur kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Tumpuan ialah
lebih kepada perkembangan kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sejauh manakah
anda bersetuju dengan pernyataan berkenaan? Adakah ini benar di sekolah anda?















Kemahiran mendengar digunakan lebih kerap
daripada kemahiran-kemahiran bahasa lain dan
sering dianggap sebagai aktiviti pasif (Rivers,
1981). Kepentingan mengajar kemahiran
mendengar mula disedar hanya baru-baru ini.

Rankin (1996) melaporkan bahawa dalam
komunikasi seharian, seorang pelajar terlibat
dengan mendengaf (46%), bercakap (30%)
membaca (16%) dan menulis (9%) (Lihat
Gambar disebelah). Adakah anda bersetuju?
Jika ini termasuk menonton televisyen dan
mendengar radio, peratusan mendengar akan meiningkat kepada kira-kira 50%..

Lihatlah diri anda sendiri. Berapa banyak masa anda menghabiskan dengan mendengar
sahaja? Berapa banyak masa anda membelanja mendengar semasa menghadiri tutorial di
AeU? Jika anda bertanya sekumpulan pelajar unuk menerangkan maksud perkataan
mendengar, mereka mungkin menjawab seperti berikut:
7.1 PENGENALAN
7.2 Apakah Kemahiran Mendengar?
Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajara
secara intensif terutama semasa pelajar di sekolah rendah dan
menengah..Disebabkan banyak masa digunakan bagi mendengar,
pendengar perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya
mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik.
- Yahya Othman (2005). h: 25

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



3


Mendengar ialah mengikuti dan memahami bunyi; iaitu, mendengar
dengan tujuan dan melibatkan tiga kemahiran asas: sikap, perhatian, dan
pelarasan.
Mendengar ialah penyerapan makna perkataan dan ayat-ayat oleh otak
yang membawa kepada kefahaman tentang fakta dan idea. Ia
melibatkan individu menumpu perhatian kepada sesuatu tanpa mengira
gangguan

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) mentakrif mendengar sebagai kemasukan input
bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan
input bahasa berbentuk perkataan dan ayat yang dihantar ke otak untuk diproses.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011) menyatakan bahawa kemahiran
mendengar adalah keupayaan seorang mendengar dengan teliti, memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi dan memberikan maklum balas.

Kamu Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula mentafsir mendengar sebagai satu
proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan
bunyi-bunyi bahasa dan memahami makna bunyi bahasa dalam bentuk perkataan,
frasa, klausa dan ayat.



Menurut Hyslop dan Tone (1988), kemahiran mendengar ialah asas kepada perkembangan
kognitif individu yang digunakan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Kemahiran mendengar penting bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan
pengetahuan. Contohnya, seperti mendengar kuliah atau mendengar klip audio untuk
mendapatkan pengetahuan.
Kemahiran mendengar merupakan asas kepada penguasaan kemahiran bahasa yang lain.
Untuk menguasai kemahiran lain seperti bertutur, membaca dan juga menulis, individu perlu
menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat kuasai apa yang
didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan tersebut secara
automatik pada peringkat yang seterusnya individu tersebut dapat mempelajari cara bertutur
apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila individu tersebut dapat bertutur
seterusnya individu tersebut dapat mempelajari kemahiran membaca dan seterusnya ke
peringkat menulis.

Kemahiran mendengar penting untuk berinteraksi dengan orang lain. Dengan kemahiran
mendengar, individu dapat mentafsirkan apa yang didengarnya dan bertindak memberi
respon. Sebagai contoh apabila individu ditanya sama dia telah makan atau pun belum,
apabila individu tersebut mendengar apa yang diujarkan kepadanya individu tersebut akan
mula mentafsir dan memahami apa yang diujarkan kepadanya. Setelah memahami apa yang
diujarkan secara tidak langsung individu akan bertindak balas dengan menjawab soalan yang
7.3 Pentingnya Kemahiran Mendengar

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



4

diajukan kepadanya itu. Ini secara tidak langsung berlakunya interaksi antara si pendengar
dan juga penutur. Kemahiran mendengar penting untuk menghayati keindahan bahasa.
Contohnya, salah satu cara untuk menghayati keindahan bahasa ialah dengan mendengar
deklamasi sesuatu sajak.




Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar yang perlu diketahui
oleh guru.
Faktor Fizikal Lazimnya, kanak-kank normal mempunyai
deria pendengaran semula jadi yang membolehkan
mendengar tanpa masalah. Kadang-kala terdapat segolongan
kecil murid yang menghadapai masalah pendengaran
disebabkan oleh kecederaan, penyakit dan sebagainya. Guru
hendaklah peka terhadap kanak-kanak sedemikian dan tidak
menyalahkan mereka sebagai murid malas atau pencapaian
akademik rendah.

Kekeliruan Membezakan Bunyi Setengah murid tidak dapat membezakan
pers a ma a n da n pe r b e z a a n bun yi yang didengar. Kekeliruan dalam
membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna
perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat. Kekeliruan ini disebabkan oleh
gaya pertuturan seperti sebutan, intonasi, penekanan dan dialek. Contohnya, menurut
dialek masing-masig, penutur Pulau Pinang mungkin menyebut air sebagai ah-yak
manakala penutur Perak mungkin menyebut air sebagai ah-yor. Salah satu cara
untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika
bertutur.

Pertuturan yang Terlalu Cepat Pertuturan yang terlalu cepat boleh menimbulkan
masalah kepada sesetengah murid untuk mentafsirkan makna dan maklumat yang
disampaikan. Ini menyebabkan murid sukar untuk memahami sepenuhnya makna
berdasarkan ujaran yang didengar.

Penguasaaan yang Lemah Murid yang mempunyai tahap penguasaan kosa
kata yang rendah akan menghadapai masalah memahami perkataan yang
didengar. Dalam banyak perkataan yang didengar, sesetengah perkataann tidak
difahaminya dan ini menghalangnya untuk bertindak balas. Juga, murid yang tidak
memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam
memebentuk kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa
yang didengar dengan kesuluruhan ayat.

7.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran
Mendengar

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



5

Faktor Emosi Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran
seseorang kerana sesuatu yang didengar diterima oleh telinga dan disalurkan kepada
otak untuk diproses dan mendapat tindak balas. Murid yang mengalami gangguan
emosi mungkin tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sesuatu yang
didengar disebabkan oleh tekanan dan stres.

Gangguan Bunyi Pertuturan mungkin diganggu oleh pelbagai jenis bunyi yang
membuat sukar murid mendengar sebutan orang tertentu. Contohnya, jika sekolah
berdekatan denga jalan raya, sesetengah murid mungkin menghadapi masalah
mendengar apa yang dinyatakan oleh guru, lebih-lebih lagi jika guru bercakap dengan
nada yang rendah. Jangan salahkan murid jika dia tidak dapat menjawab pertanyaan
anda!















Peringkat ditakrifkan sebagai had yang dicapai dalam sesuatu usaha atau kemajuan yang
dicapai. Secara umum kemahiran mendengar terdiri daripada DUA tahap; iaitu Menerima
dan Membezakan Bunyi Bahasa, Memahami Bunyi Bahasa dan Mentafir Maksud (Lihat
Rajah 7.1). Murid perlu menguasai kedua-dua tahap sebelum dilabelkan sebagai mahir (Ali
Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007).


7.5 Tahap Kemahiran Mendengar
a) Apakah kemahiran mendengar?
b) Nyatakan pentingnya kemahiran mendengar yang baik bagi murid
sekolah rendah.
c) Jelaskan faktor-faktor yang mungkin menjejas kebolehan murid
mendengar dengan berkesan.

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



6




Rajah 7.1 Tahap Kemahiran Mendengar

a) Tahap Pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta membezakan bunyi-bunyi
bahasa yang hampir sama. Lihat contoh Jadual dibawah ini.










b) Tahap Kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa, ayat. Dengan itu, pemahaman mengenai bunyi bahasa dipengaruhi oleh pengetahuan,
pengalaman budaya serta sikap murid yang bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk
memastikan murid-murid memahami bunyi bahasa mereka seharusnya mempunyai
pengetahuan mengenai sistem bahasa yang didengar.

c) Tahap Ketiga ialah mentafir maksud yang merupakan kebolehan memberi maksud kepada
setiap perkataan, frasa dan perkataan yang didengar. Juga penting ialah mengetahui situasi
berlakunya pertuturan yang didengar, maksud tersirat dengan menggunakan pengetahuan
sedia.





Apabila seorang bayi dilahirkan, kemahiran bahasa yang pertama dikuasai ialah kemahiran
mendengar. Contohnya, apabila ibu memanggil namanya dan reaksinya menunjukkan
bahawa bayi itu telah mula menguasai salah satu daripada empat kemahiran bahasa.
Kemahiran ini dikuasai berperingkat-peringkat di sekolah seperti berikut:
Tahap
Kemahiran
Mendengar
Menerima dan
Membezakan
Bunyi Bahasa
Memahami Bunyi
Bahasa
Mentasir Maksud
b - p bagi & pagi
d - l dari & lari
s - t beras & berat
g - k gali & kali
b-p padang & padang
l-r lali & lari
k-g kalah & galah
7.6 Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



7

Peringkat Awal: Pada peringkat ini kanak-kanak menguasai beberapa kemahiran
mendengar seperti berikut:
mengecam dan mengajuk makna perkataan, rangkai kata dan ayat
mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat
melakukan sesuatu yang disuruh
bertindak balas terhadap soalan-soalan mudah
memilih bunyi seperti bunyi binatang.

Peringkat Pertengahan: Pada peringkat ini, murid menguasai beberapa kemahiran
mendengar seperti berikut:
mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperici.
mengenal maklumat khusus
mengesan urutan serta mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara
mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
mengenal sikap serta perasaan yang bercakap.

Peringkat Maju: Pada petingkat ini, murid menguasai beberapa kemahiran
mendengar seperti berikut:
mengenal isi-isi penting maklumat yang didengar
mengetahui maklumat tersirat yang didengari.
mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta kemahiran
memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
mentafsir maksud orang yang bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau
perbualan serta mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
mentafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.


















a) Huraikan kemahiran-kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal
kemahiran mendengar.
b) Bandingkan kemahiran-kemahiran mendengar yang dikuasai pada
peringkat pertengahan dan peringkat maju.






Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



8






Yahya Othman (2005) membezakan diantara mendengar secara interaktif dan mendengar
secara tidak interaktif.

Mendengar Secara Interaktif

Mendengar secara interaktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar.
Masing-masing akan berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa
aktiviti mendengar interaktif, seseorang boleh mencelah dengan mengemukakan soalan
tambahan untuk mencari penjelasan,
pengulangan atau mengucapkan semula.
Pelajar tidak akan merasa tidak dilibatkan
semasa sesi perbualan dalam kelas. Mereka
akan berpeluang untuk mempraktikkan
mendengar interaktif melalui perbualan
dalam kelas biasa yang dapat membantu
penguasaan kemahiran yang ini.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran waktu yang sedikit diperuntukkan
untuk kemahiran mendengar. Guru lebih
banyak memperuntukkan isi pengajarannya menyediakan pelajar dengan keperluan
penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan
pelajar diabaikan aspek kemahiran mendengar. Peluang untuk menguasai kemahiran
mendengar secara efektif yang terbatas mungkin mengakibatkan pelajar gagal dalam
mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan ini?

Mendengar Tidak Interaktif

Seringkali juga wujud situasi mendengar tidak
interaktif. Pendengar tidak berpeluang untuk
memberikan respons secara verbal terhadap mesej
yang didengar. Walau bagaimanapun untuk
mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik,
pendengar perlu bersedia dengan situasi tersebut. Ini
termasuklah keadaan yang pendengar tidak boleh
mencelah dengan mengemukakan soalan atau untuk
mendapatkan penjelasan. Mendengar jenis ini
dipanggil mendengar tidak interaktif. Secara
ringkasnya, pendengar tidak berupaya mengambil
bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala
seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen,
filem atau siaran langsung.
7.7 Mendengar Secara Interaktif dan Mendengar Secara Pasif

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



9





Salah satu pendekatan yang digunakan dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan
kemahiran mendengar melibatkan tiga aktiviti dalam perancangan pengajaran dan
pembelajaran:




Pengajaran & Pembelajaran
Kemahiran Mendengar





Aktiviti Pra-Mendengar
Antara aktiviti yang terlibat ialah pemberian tugasan atau soalan kepada murid sebelum
mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang
ringkas mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Arahan yang jelas mengenai tugasan
serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan
dalam aktiviti serta memastikan murid bersedia untuk menjalankannya.

Aktiviti Semasa Mendengar
Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid menumpukan
sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan seperti mendengar rakaman dialog antara
dua kawan mengenai pertandingan bola yang mereka telah menonton. Sebarang gangguan
atau masalah yang timbul hendaklah diatasi secepat mungkin ketika aktiviti dijalankan.

Aktiviti Selepas Mendengar
Pada peringkat ini murid memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi mengenai
bahan rakaman yang didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam
bahan rakaman. Seterusnya, murid menyempurnakan tugasan serta menjalankan aktiviti
tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Othman Yahya (2005) dalam bukunya Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu
mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru dalam
mempertingkatkan penguasaan kemahiran mendengar dalam bilik darjah.

Mendengar Secara Berterusan: Usaha untuk menguasai kemahiran mendengar
hendaklah dilakukan secara berterusan. Situasi formal dan tak formal hendaklah
digunakan untuk membantu murid mendengar dengan berkesan dan menjadikan
penutur dan pendengar saling memperteguhkan kefahaman terhadap mesej yang
diterima. Pelajar digalakkan mendengar radio, menghadiri ceramah, menonton video
7.8 Aktiviti Mempertingkatkan Penguasaan Kemahiran Mendengar
Aktiviti Pra-Mendengar
Aktiviti Semasa mendengar
Aktiviti Selepas Mendengar

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



10

klip dan televisyen untuk memperkukuhkan pendengaran tak interaktif dan berbual
dengan orang lain untuk memperkukuhkan pendengaran interaktif.

Pilih Bahan yang Sesuai: Penggunaan bahan
pengajaran yang sesuai sangat penting kerana ia
mempengaruhi sama ada murid mahu mendengar. Satu
cara termudah untuk memulakan penguasaan
mendengar ialah dengan mendengar interaktif
bersemuka, sebab pendengar boleh secara bersungguh-
sungguh menguasai pertuturan penutur. Cara lain ialah
dengan menggunakan cakera padat interaktif yang
boleh menarik minat pendengar untuk mengetahui
kandungan teks yang dipelajari.

Di samping itu, pelajar juga boleh menggunakan
perisian komputer dan laman sesawang untuk melatih
kemahiran mendengar. Ini termasuklah program radio
dan televisyen, syarahan, ucapan, filem, dan drama
yang merupakan bahan autentik yang dapat menarik
perhatian murid.

Gunakan Latar Belakang Pengetahuan: Pengetahuan lalu banyak memberikan
panduan kepada penutur dalam memberikan klu untuk memahami sesuatu fenomena
yang baru. Semasa menonton, pendengar boleh melakukan refleksi terhadap perkara
yang dilihat dan mengaitkannya dengan pengalaman lalu. Pendengar menjangkakan
maklumat dalam segmen berdasarkan pengetahuan lalu bagi segmen yang terkandung
ditonton.

Sebagai contohnya, jika pelajar menonton temu bual dengan seorang pemain piano, ia
mungkin akan meramalkan soalan yang akan diajukan adalah berkaitan dengan
latihan artis tersebut, komposer yang diminati, rancangan masa depan dan
sebagainya. Setelah memilih apakah maklumat yang akan diperoleh dari segmen
tersebut, tonton semula bagi kali kedua untuk mengetahui jawapan bagi soalan
tersebut. Ini boleh membantu untuk meramalkan perkataan atau frasa spesifik yang
mungkin digunakan.


Mencari Tahap Kepayahan yang Betul: Dalam pembelajaran bahasa melalui
kemahiran mendengar, bahan yang digunakan perlulah selaras dengan objektif
pembelajaran serta tahap pembelajaran pelajar. Jika penguasaan bahasa pelajar
berada tahap permulaan atau pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan
video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio. Tujuannya agar pelajar
mendapat gambaran secara umum tajuk yang akan dipelajari. Sementara bahan yang
memasukkan bahan visual akan memudahkan pelajar mengikuti perkara yang
diucapkan.

Guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen televisyen yang
pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang dibantu dengan visual. Kaedah

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



11

ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di sampaikan dengan berkesan.
Contohnya penggunaan rakaman iklan, pengumuman, laporan cuaca, temu bual atau
berita ringkas. Selain itu, pelajar juga boleh menonton rancangan yang lebih
panjang masanya, seperti tayangan filem dengan klu visual yang baik agar boleh
membantu memahami perkara yang diucapkan. Jika pelajar telah mahir, mereka
boleh mendengar bahan yang lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi
profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau televisyen.

Pilih Bahan yang Boleh Menarik Perhatian: Pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan jika bahan yang digunakan boleh menarik perhatian murid. Ini disebabkan
manusia mendengar untuk tujuan mendapatkan maklumat dan hiburan. Pilihlah bahan
yang difikirkan akan memberikan maklumat serta dapat menghiburkan mereka. Oleh
itu, perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin akan lebih memahaminya
dengan mudah. Secara ringkasnya, jika pelajar meminati sukan, tontonlah rancangan
sukan di televisyen atau mendengar laporan di media yang
lain.

Galakkan Murid Bertanya dan Nyatakan Jika Tidak
Memahami Percakapan: Pelajar tidak boleh membiarkan
komunikasi melalui pendengaran terganggu akibat tidak
memahami pertuturan rakannya. Jika pelajar tidak
memahami perkataan atau frasa, tanyakan penutur tersebut
akan maknanya. Belajar cara mengucapkan frasa untuk
mewujudkan komunikasi yang berkesan seperti "Apakah
yang dimaksudkan?" ," Saya tidak tahu apa
dimaksudkan," dan "Saya tidak tahu perkataan untuk .."

Minta diulang: Apabila tidak memahami perkara yang dituturkan,
pelajar boleh meminta penutur mengulang percakapannya. Gunakan
frasa "apakah yang anda nyatakan?" atau " Tolong ulangi" dalam
bahasa yang dipelajari.

Minta bercakap dengan perlahan sedikit: Mungkin rakan pelajar
bercakap dengan cepat dan mengakibatkan pelajar tidak dapat
mengikuti perbualan dengan berkesan. Pelajar boleh menyatakan "
Tolong bercakap perlahan sedikit" dan " Bolehkah anda bercakap
perlahan sedikit?"

Dapatkan penjelasan: Semasa perbualan, pelajar mungkin
memerlukan maklumat tambahan bagi mengatasi masalah tidak
memahami perkara yang dibincangkan. Jika pelajar tidak mendapat
sebahagian daripada mesej, pelajar boleh bertanyakan soalan
tambahan. contohnya, jika anda tidak dapat mengikuti arahan yang
dinyatakan oleh rakan berbual, pelajar boleh tanyakan perkara-perkara
yang perlukan penjelasan lanjut.

Menyebutkan semula frasa: Sering timbul masalah pelajar tidak
memahami percakapan rakan berbual. Oleh itu, jika pelajar tidak pasti

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



12

yang ia memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain, nyatakan
semula frasa yang dinyatakan oleh penutur tersebut sebaik mungkin,
sebagai contohnya, " maksud awak.. ?"

Mengulang ayat yang tidak difahami: Ulang bahagian ayat yang tidak
fahami dengan menggunakan intonasi penyoalan. Sebagai contohnya,
jika tidak pernah mendengar perkataan yang tidak mempunyai makna,
pelajar boleh mengulanginya. Penutur akan berpeluang untuk
membetulkan perkataan yang tidak difahami.

Beri perhatian terhadap intonasi dan ton suara: Intonasi dan ton
suara memberikan panduan terhadap maksud sesuatu pengucapan.
Intonasi mungkin akan memberikan klu sama ada pengucapan yang
anda dengar adalah kenyataan atau soalan. Dengan lain perkataan, ton
suara boleh boleh menggambarkan sama ada penutur sabar, marah,
atau gembira.

Fokuskan kepada kata tanya: Kata tanya yang digunakan semasa
pertuturan dapat membantu pelajar memahami perkara yang didengar
dengan lebih baik. Setiap bahasa mempunyai bilangan yang terhad
bagi kata tanya seperti siapa, apa, bila, di mana, dan bagaimana.
Sesetengah bahasa menggunakan perkataan yang menunjukkan
pertanyaan bagi menunjukkan penegasan.

Menganggap perbualan sebagai relevan: Perbualan yang berkesan
adalah berkaitan peristiwa yang relevan dengan dirinya sendiri.
Apabila perbualan dapat difahami dan berkaitan dengan persamaan
kepentingan kedua-dua belah pihak, akan wujud kemesraan dalam
perbualan serta menambahkan kelancaran perbualan. Oleh itu, penutur
perlu menganggap bahawa apa yang diucapkan oleh penutur itu berkait
dengan pengalamannya. Kebanyakan perbualan berkaitan dengan
keadaan ketika itu. Perbualan sering berkisar di sekitar cuaca, keadaan
sosial, perasaan atau beberapa tingkah laku.


Kesimpulan
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan seseorang. Keperluan mendengar
secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran
mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid perlu menguasai kemahiran mendengar agar
membolehkan mereka dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh
guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga merupakan satu kelebihan
terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan
lancar.



Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



13



















Dua kemahiran bahasa yang merupakan produksi ialah pertuturan dan penulisan. Bertutur
merupakan kegiatan melafazkan gabungan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat
sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur merupakan operasi mental yang
membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar dan bertindak balas.
Sesetangah murid yang sedang belajar bahasa Melayu berfikir mereka perlu menunggu bagi
menguasai kemahiran berturur sehingga mereka mengusai kemahiran asas tahabahasa dan
perbendararaan kata. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Kecekapan bertutur
melibatkan yang berikut:
menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
bertumpu kepada aspek fonologi, struktur dan penguasaan system bunyi
Dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas secara lisan untuk
melibatkan diri dalam interaksi sosial
membincang tentang kehidupan seharian yang berkaitan dengan diri, keluarga
menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas
dan sopan.
Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai







7.9 Apakah Kemahiran Bertutur?
a) Huraikan perbezaan antara mendengar secara interaktif dan mendengar
secara tak interaktif.
b) Sejauh manakah anda bersetuju bahawa pengajaran bahasa Melayu
bertumpukan kepada kemahiran mendengar secara tak interaktif?
c) Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada pra-mendengar, semasa
mendengar dan selepas mendengar.
d) Bincangkan perkara-perkara penting yang perlu diambil kira oleh guru
dalam mempertingkatkan kemahiran mendengar dalam bilik darjah.







Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



14






Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika pelajar mengetahui fungsi
bertutur, dia akan dapat menyusun ujaran dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang
sesuai dengan konteks pertuturan.. Secara umum terdapat beberapa fungsi kemahiran
bertutur:

1) Memberitahu dan Menjelaskan Maklumat
Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang
dimaksudkan di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu
untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini
menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk
memperjelas maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut
bermakna dan juga mudah untuk diingati. Berikut ini ialah
tiga langkah yang dapat diamalkan dalam ujaran
bermaklumat.
Nyatakan perkara yang hendak disampaikan
Membuat pembentangan atau pemyampaian
Nyatakan secara ringkas apakah yang telah
disampaikan


Untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah
dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta
membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi
penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain. Selain itu,
penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta
kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur
juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu
bagi menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di samping dapat mengukuhkan isi
penting yang disampaikan.

2) Hubungan Manusia
Pertuturan sangat penting dalam perhubungan manusia seperti berikut:
melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
berkongsi kegembiraan seseorang
menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
meminta diri
meminta maaf dan memberi kemaafan
memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
menyatakan penghargaan dan berterima kasih
menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
menyatakan ketidaksetujuan
mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercak
7.10 Fungsi Kemahiran Bertutur

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



15



3) Mempengaruhi
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi pendengar dengan
ujaran penutur dengan tujuan mengubah persepsi atau
fikirannya mengenai sesuatu perkara atau mendorong
pendengar mengambil langkah-langkah tertentu seperti calon
dalam pilihan raya yang inginkan pendengar memilihnya.
Guru mempengaruhi murid-muridnya terutamanya semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mendorong
mereka untuk terus belajar serta melakukan semua aktiviti
yang diarahkan.

Untuk mempengaruhi, penutur perlu menyediakan hujah yang relevan dan ini memerlukan
pengetahuan dan pengalaman yang luas serta kemahiran yang tinggi. Contohnya, guru
berpengalaman tidak menghadapi masalah dalam memberi hujah, fakta atau alasan yang
relevan untuk mempengaruhi dan memotivasikan murid.

4) Menimbulkan Keseronokan
Bertutur juga bertujuan untuk menimbulkan keseronokan dalam kalangan pendengar. Secara
umum, pendengar akan memberi perhatian yang lebih terhadap kepada penutur yang dapat
menghibur mereka. Sambil itu, pertuturan yang baik dapat memperkembangkan imaginasi,
kreativiti, dan penghayatan pendengar. Selain itu, kemahiran bertutur juga penting untuk
melahirkan rasa simpati terhadap orang lain serta menunjukkan keprihatinan kepada
kebajikan orang lain.

5) Imaginasi
Pertuturan penting untuk imaginasi dan kreativiti seperti berikut:
mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul
menggunakan bahasa berirama
bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
bercerita secara kreatif





Seperti kemahiran mendengar, penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku
dalam tiga peringkat; iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. (Ali
Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007):

Peringkat Awal Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-kemahiran seperti
berikut:
melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat
yang didengar
menyoal untuk mendapatkan maklumat
membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan
soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
7.11 Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Bertutur

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



16

mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,
bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

Peringkat Pertengahan Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-
kemahiran berikut:
melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar
bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri
arahan untuk melakukan sesuatu
ah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah,
menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana
persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya. Di samping itu,
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah
mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan,
memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat Maju Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas
kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat
mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat
pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga
merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.

Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan
peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau
syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid
mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar, dan
sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga antara
kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran
menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat, puisi,
novel dan sebagainya.











a) Apakah kemahiran bertutur?.
b) Jelaskan tiga fungsi utama atau kepentingan kemahiran bertutur
c) Nyatakan kemahiran-kemahiran bertutur yang dikuasai oleh
seseorang pada peringkat awal, pertengahan dan maju.






Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



17





Sebutan

murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat.
semua ini bertujuan untuk melatih murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat
dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Tekanan

Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk
menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

Panjang-pendek (Mora)

Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

Kefasihan

Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.

Laras Bahasa

Kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang
sesuai
Melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
7.12 Aspek-Aspek Pertuturan yang Perlu Diberi Perhatian

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



18

o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan-
rakan, di kedai, di majlis rasmi.








1) Peranan Guru
Berikut ini ialah beberapa perkara yang boleh dilakukan guru untuk mempertingkatkan
kemahiran mendengar dalam kalangan murid:
Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus
murid-murid.
Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui
susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

2) Mengesan Kelemahan Murid
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan menentukan sebutan dan intonasi pertuturan
mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan
khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan
menguji keupayaan murid untuk:
Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa
Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
Mendengar secara kritikal.
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisis rakaman-
rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
7.13 Aktiviti Mempertingkatkan Kemahiran Bertutur

Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



19

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya
dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

3) Penyampaian Pelajaran Lisan
Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.
Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid
Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-
perkara tertentu.
Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan
mereka sendiri
Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian
kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan:
- Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian
- Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
- Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si
penutur.
Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati
mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.













a) Jelaskan aspek=aspek pertuturan yang perlu diberi perhatian.
b) Huraikan aktiviti-aktiviti mempertingkatkan kemahiran pertuturan.






Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



20





Mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat
pendengaran manusia iaitu telinga.

Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa.

Terdapat beberapa fungsi bagi kemahiran mendengar seperti dapat menguasai
kemahiran lain dan dapat berinteraksi dengan orang lain, memberitahu dan
menjelaskan maklumat, untuk mempengaruhi dan untuk menimbulkan keseronokan.

Kemahiran mendengar dalam peringkat penguasaan terdiri daripada tiga tahap.
Peringkat penguasaan yang dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mengamalkannya.

Peringkat kemahiran terbahagi kepada dua iaitu peringkat kemahiran mendengar dan
peringkat kemahiran mendengar berdasarkan perkembangan murid.

Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat
iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. Setiap peringkat
penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh murid-murid.

Peringkat kemahiran bertutur juga terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat
awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju.

Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi pendengar dengan ujaran penutur dengan
tujuan mengubah persepsi atau fikirannya.

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan menentukan sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.

Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.




Bab 7: Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu



21






Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar.

Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:
Longman Malaysia Sdn. Bhd
Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Bentong: PTS
Professional

Yahya Othman (2013). Kemahiran mendengar. Anjung Fikir
http://yahyaothman.blogspot.com/2013/03/kemahiran-mendengar.html

Anda mungkin juga menyukai