Anda di halaman 1dari 1

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Isnin, Disember 15, 2014 Hal Guru, Hal Pelajar 5 comments


Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah
seiring dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin
berkembang, ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga
jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok
3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai
literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan
teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya
internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan
kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga
boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih
meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah


Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan
bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada
pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke
arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka
diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal
dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul,
serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap
pelajar belajar mengikut aras masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai