Anda di halaman 1dari 2

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Isnin, Disember 15, 2014 Hal Guru, Hal Pelajar 5 comments


Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring
dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang,
ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding
pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang
diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi

Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi


terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan
sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar,
maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih
berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam
memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan


Masalah

Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem.
Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya
apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan
mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat
kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan
kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu
untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga
perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masingmasing.

Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri


Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi
dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga
mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan
penuh prihatin.

Anda mungkin juga menyukai