Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN

Pengurusan dan pengelolaan Pendidikan Jasmani adalah berlainan sama sekali dari
bidang sukan. Pendidikan Jasmani merupakan subjek akademik di sekolah serta
mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. PengelolaanPendidikan Jasmani
mengutamakan unsur pendidikan yang menggalakkanpenglibatan murid secara aktif
dan selamat. Di samping interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, alatan dan
penyimpanan rekod kegiatan murid dijadikan sebagai bukti pembelajaran.Manakala
sukan pula tertumpu kepada segala aspek pemilihan dan persediaan latihan atlet
secara individu dan kumpulan. Ia juga termasuk aktiviti mengelola,menyertai
pertandingan dan permainan. Aktiviti ini meliputi semua peringkat pengurusan dan
pengelolaan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Falsafah pengurusan Pendidikan Jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan


mengelola aktiviti Pendidikan Jasmani untuk menghasilkan insan yang seimbang dari
segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti Pendidikan Jasmani adalah
berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai tiga domain iaitu afektif, kognitif dan
psikomotor. Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan
terancang dengan kemas dan sistematik.

2. KOMPONEN PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pengurusan sukan bermaksud menguruskan sumber yang berkaitan dengan sukan


secara berkesan. Bukan sahaja melibatkan pengurusan manusia tetapi juga
termasuk pengurusan segala sumber termasuklah pengurusan alatan sukan (Idris
Mohamad, 2002). Pengurus yang berkemahiran, cekap dan berkesan akan
memastikan program penganjuran atau pembangunan sukan akan berjalan dengan
sempurna seperti mana yang dihajatkan. Kejayaan sesebuah organisasi untuk
mencapai objektif yang ditetapkan sememangnya dipengaruhi oleh pengurus dalam
mengetuai organisasi untuk bergerak. Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa
kemahiran dalam mengurus dan mentadbir sangat penting dalam diri seseorang
pengurus. Contohnya, kemahiran merancang dari segi penetapan matlamat, jadual
latihan, prapertandingan, pertandingan dan sebagainya.

2.1. KEPIMPINAN
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan
organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan
mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa
banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Dalam
konteks pengurusan sukan atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah
berhubung rapat dengan keberkesanan sesebuah kelab atau organisasi.
Organisasi yang berkesan dan mantap adalah dihasilkan melalui kepimpinan
yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Perkara ini berkait rapat dengan
teori pengurusan Luther M. Gullick (1959) dimana seorang pengurus atau
pemimpin harus menguasai 7 elemen penting dalam menguruskan sesebuah
organisasi. Mohd Saleh Aman (2005) menyatakan pengurusan merupakan
proses bekerja dengan orang lain dengan menggunakan sumber optimum
dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jadi, berdasarkan konsep yang
dinyatakan diatas, kepimpinan dan pengurusan adalah merupakan dua
perkara yang berbeza. Kepimpinan adalah merupakan sikap yang ada pada
seseorang individu yang boleh mengetuai sesuatu organisasi dan memimpin
sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya. Sebagai contoh,
pengurus bola sepak (coach) ataupun kapten bagi sesebuah pasukan. Beliau
memimpin sesebuah pasukan hingga berjaya mencapai kejayaan iaitu
mendapat tempat pertama dalam sesuatu liga. Manakala pengurusan, adalah
proses ataupun pihak yang menguruskan sesebuah organisasi menggunakan
sumber yang optimum. Contoh, bagi mencapai matlamat pasukan,
pengurusan berfungsi menyediakan fasiliti atau kemudahan bagi pasukan
tersebut berlatih.

2.2. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Menurut Lim et al (2010), pengurusan sumber manusia adalah tindakan


merancang sistem pengurusan untuk memastikan bahawa bakat manusia
digunakan dengan berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat organisasi.
Manakala menurut Aminuddin (2009) Pengurusan sumber manusia adalah
pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi untuk menarik,
membangun dan mengekalkan tenaga kerja berprestasi tinggi. Antara
fungsi-fungsi Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah ​Pengantara
Pengurusan Sumber Manusia berfungsi untuk menjadi pengantara/ orang
tengah diantara pekerja dengan pihak pentadbiran (pihak atasan).
Berperanan untuk menyampaikan apa juga arahan atau maklumat yang ingin
disampaikan oleh pihak pentadbiran kepada pekerja berkaitan dengan tugas
yang perlu dilakukan oleh pekerja.

Perancang Program Penstafan​. Bertanggungjawab untuk


melaksanakan hari anugerah pekerja cemerlang untuk meraikan pekerja
yang telah diiktiraf sebagai pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang
dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Selain daripada anugerah
pekerja cemerlang, boleh juga diadakan jamuan akhir tahun serta memberi
pakej pelancongan secara percuma kepada pekerja yang layak untuk
menghargai segala usaha dan sumbangan yang telah mereka sumbangkan
untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti tugas dalam organisasi.

Penilaian Prestasi iaitu dipetanggungjawabkan sebagai panel untuk


membuat penilaian prestasi kepada para pekerja / sumber manusia.
Penilaian prestasi ini penting untuk memberikan ganjaran, gaji atau latihan
dan pembangunan kepada pekerja, khasnya untuk meningkatkatkan motivasi
serta kualiti kerja mereka melalui mutu kerja yang telah ditunjukkan.
Memastikan agar pekerja menerima ganjaran yang berpatutan dengan hasil
kerja yang telah dilakukan.

Menjadi ​fasilitator ​iaitu berfungsi untuk menjadi fasilitator kepada pekerja.


Contohnya, apabila program latihan dan pembangunan dilaksanakan oleh
organisasi maka PSM perlu menjadi fasilitator dalam membantu pekerja
untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam apa juga bidang tugas yang
telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Penyelaras iaitu setiap pekerja atau sumber manusia perlu dijaga


kebajikannya. Oleh itu, pekerja perlu dilindungi dari aspek keselamatan dan
kesihatan mereka agar mereka merasa selamat dan selesa semasa
melaksanakan tugas. Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh PSM
dalam aspek ini adalah berkaitan dengan insuran. PSM perlu memastikan
setiap pekerja mempunyai insurans yang bersesuian sebagai persediaan jika
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan. PSM perlu
memastikan setiap pekerjanya sentiasa sihat semasa bekerja agar mereka
dapat bekerja dengan baik dan dapat memberikan komitmen yang
sepenuhnya ketika bekerja.
2.3. PENGURUSAN STOR

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan


barang- barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur
akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan
mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani
kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor
pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk
pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Penyalahgunaan alatan pendidikan
jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.
Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani,
kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan
pendidikan jasmani.
Kaedah penyimpanan alatan yang sempurna dan teratur dapat
membantu jangka hayat sesuatu alatan. Sistem pemantauan dan
penyelenggaraan secara berkala juga perlu agar alatan Pendidikan Jasmani
selamat digunakan semasa proses pengajaran pembelajaran. Penyimpanan
alatan yang tidak teratur menyebabkan alatan cepat rosak seperti bola yang
diperbuat dari kulit haiwan dan alatan fabrik akan cepat reput dan berbau. Ini
disebabkan faktor kelembapan dan suhu yang melampau dalam stor alatan.
Selain faktor penyimpanan, penyalahgunaan alatan Pendidikan Jasmani
adalah juga penyebab kepada alatan mudah rosak. Memandang keadaan di
sekolah sekarang, yang kurang guru Pendidikan Jasmani, kebanyakan
guru-guru yang mengajar adalah dari kalangan yang bukan bidang mereka
dan kurang peka berkaitan faktor tersebut, oleh itu penerangan yang teliti
adalah perlu untuk memastikan kerjasama didapati dari semua pihak untuk
menjaga alatan guna sama ini. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi
penerangan tentang penyalahgunaan alatan oleh pelajar yang akan
menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak.

2.4. PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses yang berupaya memberikan maklum balas


terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta
membantu guru dan murid untuk meletakkan asas keberkesanan pengajaran.
Perkara yang perlu dinilai daripada perspektif pentadbir. Mengenal pasti
perkara yang nak dinilai (jurulatih, guru, pengurus, kurikulum).
Pengenalpastian penilai-penilai Pengenalpastian individu yang akan kira
data/ akses data yang mana tentukan siapa yang akan boleh lihat keputusan
penilaian. Tubuhkan sistem sebaran maklumat, kutipan data dan tarikh
proses jangka siap. Pemilihan instrumen penilaian iaitu bentuk pengiraan &
analisis data, kaji semula keputusan dengan individu berkaitan,
menggunakan keputusan untuk penambahbaikan, penilaian ke atas staf perlu
dirancang dengan teliti Keputusannya akan digunakan untuk apa – naik
pangkat, penilaian prestasi (Performance), kesesuaian bentuk kerja dengan
instrumen& kriteria penilaian yang digunakan dan penilaian berdasarkan tret
& atribut/ sifat.

Bidang perkara fizikal Tahap kecergasan iaitu menilai kemajuan


dalam meningkatkan kecergasan. Manakala, psikomotor Permainan dengan
cara menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang meliputi 3 bidang
iaitu larian, balingan dan lompatan Pendidikan Pergerakan -menilai
sekurang-kurangnya 1 pendekatan setahun. Bagi bidang perkara Kognitif
Ujian -80% markah kesihatan dan 20% markah bahagian jasmani Folio iaitu
menilai sekurang-kurangnya rekod amalan kecergasan murid,tugasan dan
penjadualan masa Afektif Amalan Nilai yang meliputi semua amalan nilai
dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan dan nilai dalam kognitif
dan pemerhatian guru.

Anda mungkin juga menyukai