Anda di halaman 1dari 7

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1 Tahun 2

UJIAN 1 : DISEMBER 2020

KAMPUS : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 1 2 2 3 4 0 0 6 4

KOD KURSUS : PKES3053


KURSUS : PERTOLONGAN CEMAS
MASA : 1 JAM 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi LIMA soalan struktur, jawab semua soalan.

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT 2019122340064 PKES3053

Jawab semua soalan.

1. Pertolongan cemas merupakan satu kemahiran yang berasaskan pengetahuan,


latihan dan pengalaman.
Apakah tanggungjawab seorang pemberi pertolongan cemas itu?

[ 5 markah ]

Tanggungjawab seorang yang menjadi pemberi pertolongan cemas adalah


pemberi pertolongan cemas perlulah memastikan mangsa dan keadaan
sekeliling berada dalam keadaan yang selamat dan tidak membahayakan.
Kedua, pemberi pertolongan cemas perlulah menganalisa kejadian dan
persekitaran kemalangan serta segera mendapatkan bantuan. Ketiga, pemberi
pertolongan cemas perlulah memeriksa dan menganalisa keadaan mangsa
kecederaan dan memberikan resusitasi atau bantu mula terhadap pesakit
sebelum pertolongan tiba. Keempat, pemberi pertolongan cemas perlulah
sentiasa berada bersama pesakit dan memberikan kata-kata semangat dan
kelegaan kepada pesakit yang cedera. Kelima, pemberi pertolongan cemas
perlulah memberikan keterangan dan laporan kejadian dan kecederaan yang
jelas kepada doktor.

2. Setiap mangsa kecederaan perlu merasa terjamin dan selamat terhadap sesuatu
rawatan.
Bagaimanakah kaedah yang perlu untuk menjadikan mangsa itu berasa terjamin dan
selamat?

[ 5 markah ]

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2019122340064 PKES3053

Kaedah yang perlu dilakukan untuk memastikan mangsa berasa terjamin dan selamat
adalah memberikan rawatan kepada mangsa di tempat yang selamat dan teduh agar
mangsa tidak terganggu dan semakin sakit. Kedua, memberikan semangat dan kata-
kata motivasi untuk mangsa agar mangsa tidak panik dan lega. Ketiga, sentiasa
berkomunikasi dan bercakap dengan pesakit agar mangsa berada dalam keadaan
yang sedar dan mengetahui bahagian yang mangsa rasa sakit. Kelima, pemberi
bantuan kecemasan perlulah segera menelefon pihak agar mangsa dapat
menjalankan rawatan bersama doktor dengan segera.

3. Untuk mengekalkan keselamatan nyawa, bekalan oksigen yang terus menerus


kepada otak hendaklah dipelihara.

Rawatan pemulihan penafasan CPR mungkin menghalang mangsa daripada

pengsan ketika menunggu bantuan tiba.

Huraikan mengenai Pemulihan kaedah hembusan (EAR) serta Pemulihan kaedah

tekan jantung (ECC)

ECC merupakan akronim bagi External Cardiac Compression yang mana


kaedah ini digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung (nadi) si
mangsa. Tujuan melakukan ECC ini adalah untuk memaksa darah beredar
menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan. Prosedur untuk melakukan
ECC adalah yang pertama sekali, baringkan mangsa secara terlentang dan
penyelamat perlu melutut di sisi kanan yang mana jantung condong di sebelah
kiri memudahkan membuat tekanan. Kemudian, letakkan jari telunjuk kiri ke
atas sternum mangsa manakala letak bahagian belakang tapak tangan kanan
ke atas sternum. Seterusnya, tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-
selikan jari-jari. Kedudukan tangan perlulah di atas sternum. Menekan dada ke
bawah akan menolak darah dari ruang jantung ke tisu. Sebaik sahaja tekanan
dilepaskan, dada bergerak naik, dan darah yang diganti”disedut”ke dalam
untuk memenuhi semula jantung. Kemudian darah ini akan ditolak keluar dari
jantung oleh tekanan. Kemudian, tekan secara tegak dengan lengan lurus ke
atas dada mangsa. Tekan dada mangsa lebih kurang 4-5 cm dan lepaskan
tekanan tanpa mengangkat tangan. Ulangi tekanan kira-kira 80-100 mampatan
seminit (kiraan: one and two and ………)

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2019122340064 PKES3053

EAR merupakan akronim bagi Expired Air Resuscitation yang


mana merupakan kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa
yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan
udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti
bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Bagi teknik pemulihan EAR,
terdapat 3 teknik iaitu dari mulut ke mulut. Penyelamat akan melekapkan
mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui
mulut. Teknik kedua adalah mulut ke hidung yang mana penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan ke hidung mangsa, bernafas dengan
perlahan-lahan dan kemudian melepaskan rahangnya untuk membolehkan
mangsa menghembuskan nafas. Teknik ketiga adalah mulut ke hidung dan ke
mulut yang mana penyelamat perlu memastikan pernafasan berada dalam
tahap yang berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan
penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan
sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

[ 10 markah ]

4. Pembalut- pembalut bergulung boleh digunakan pada sendi- sendi untuk memegang
pembebat pada tempatnya atau menyokong kecederaan tisu lembut sperti seliuh dan
tegang. Perincikan kaedah ini semasa membalut kecedraan di lutut.

[ 10 markah ]

Kaedah untuk mebalut kecederaan di lutut dapat dilakukan dengan menggunakan


pembalut elastic atau bandage yang sesuai untuk balutan lutut. Contohnya, tali
pinggang lutut atrau jalur lutut.

Kaedah semasa membalut kecederaan di lutut adalah yang pertama sekali,


pesakit perlulah duduk dan berada dalam keadaan yang selesa serta merengangkan
kaki yang mana biarkan kaki berada dalam keadaan yang santai. Kedua, pegang
gulungan jalur pertama dengan satu tangan dan pegang hujung yang longgar dengan
tangan yang lain. Letakkan hujung yang longgar di belakang lutut, beberapa inci di
bawah sendi. Seterusnya, pastikan jalur sejajar dengan celah di belakang lutut.
Biarkan hujung yang longgar ditutup. Sentiasa pastikan bahawa jalur itu bertindih

4 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2019122340064 PKES3053

dengan sendirinya semasa anda membalutnya di lutut. Kemudian, tarik jalur di sekitar
setiap giliran untuk menjadikannya kencang, tetapi tidak cukup ketat sehingga
menyebabkan rasa tidak selesa. Terus mencabut tali di bahagian atas lutut setelah
bahagian bawah ditutup. Pastikan ia tetap sama tegas, dengan cara yang betul.
Apabila seluruh jalur dilepaskan, masukkan hujung yang longgar ke bahagian yang
selamat. Ulang perlakuan ini pada kaki yang lain. Akhir sekali, uji jalur yang anda buat
dengan berdiri dan berjongkok untuk memastikan produk tidak terlalu ketat atau terlalu
longgar. Jalur ini membolehkan anda membengkokkan kaki tanpa sekatan.

5. Mangsa yang sedar boleh dipindahkan dengan menggunakan usungan dua tangan.
Dalam sebarang kecemasan, kaedah ini digunakan untuk mengangkat mangsa ke
atas pengusung atau mengangkat ke atas kerusi roda.
Terangkan secara terperinci serta lukiskan kaedah duduk dua tangan serta kaedah
di luan dan buritan.

[ 10 markah ]

5 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2019122340064 PKES3053

Kaedah duduk dua tangan adalah pembantu pertama dan pembantu kedua perlulah
berada dalam keadaan cangkung menghadap satu sama lain. Silangkan lengan di
belakang mangsa dan paut pada pinggang mangsa. Letakkan sebelah lagi tangan di
bawah lutut mangsa. Paut pergelangan tangan antara satu sama lain. Kemudian,
bawa lengan yang telah bercantum di tengah-tengah peha mangsa. Seterusnya,
pembantu pertama dan kedua perlu rapatkan diri pada mangsa pelihara belakang
mangsa supaya tegak dan lurus dan bangun perlahan-lahan sambil mengangkat
mangsa secara serentak.

Kaedah di luan dan buritan adalah pembantu perlu memastikan mangsa duduk yang
mana lengan mangsa perlulah berada pada dada mangsa. Pembantu pertaman perlu
cangkung di belakang mangsa serta letakkan tangan di bawah ketiak sambil paut
pergelangan tangannya dengan erat. Kemudian, pembantu kedua pula perlu
cangkung di sebelah mangsa. Pembantu kedua pula perlu meletakkan tangan pada

6 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2019122340064 PKES3053

peha dan paut peha mangsa. Akhir sekali, kedua-dua pembantu perlu bangun secara
perlahan dan serentak untuk mengusung mangsa.

KERTAS SOALAN TAMAT

7 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai