Anda di halaman 1dari 6

BAHASA SOPAN VS BAHASA TAK SOPAN DALAM

KONTEKS SILANG BUDAYA

Mohammed Azlan Mis


Mohammad Fadzeli Jaafar

Abstrak

Bahasa mempunyai perkaitan yang erat dengan budaya. Bahasa dapat mempengaruhi budaya, dan budaya
juga dapat mempengaruhi bahasa. ‘Tahu bahasa’ tidak semestinya dianggap ‘tahu budaya’. Dalam
perkataan lain, ‘tahu bahasa’ harus juga ‘tahu budaya’. Konsep ‘tahu bahasa’ merujuk kepada kecekapan
berbahasa (linguistic competence), sementara ‘tahu budaya’ merujuk kepada pengetahuan tentang budaya
sesuatu bangsa. Makalah ini mencuba untuk menelusuri hubungan di antara ‘tahu bahasa’ dengan ‘tahu
budaya’. Perbincangan akan tertumpu pada beberapa bentuk bahasa sopan dan bahasa tak sopan yang
merentasi budaya dalam konteks di Malaysia. Misalnya, etimologi perkataan ‘sakai’ bermaksud salah satu
kaum asli di Malaysia. Bagaimanapun, perkataan ‘sakai’ ini dapat berfungsi sebagai penanda bahasa tak
sopan dan bahasa sopan. Dalam masyarakat Melayu, ‘sakai’ digunakan untuk mempersendakan orang lain,
misalnya ketinggalan zaman/tidak bertamadun. Bagi masyarakat Melanau di Sarawak pula, ‘sakai’
bermaksud ‘kawan/sahabat’, sementara dalam masyarakat Murut, ‘sakai’ bermaksud ‘orang/manusia’. Hal
ini menunjukkan bahawa perkataan ‘sakai’ berfungsi sebagai bahasa tak sopan dalam masyarakat Melayu,
manakala dalam masyarakat Melanau dan Murut perkataan itu dianggap sopan. Ringkasnya terdapat
beberapa penanda bahasa sopan dan tak sopan dalam sesuatu masyarakat. Perbincangan lanjut tentang
aspek ini besar kemungkinannya akan dapat menonjolkan perbezaan silang budaya dan hubungannya
dengan kesopanan berbahasa.

Pendahuluan

Bahasa sopan berbeza dengan bahasa tak sopan. Bahasa sopan menunjukkan ketinggian akhlak, akal budi
dan kejernihan fikiran seseorang. Bahasa tak sopan pula memperlihatkan kerendahan akhlak, tatatertib dan
tercemarnya fikiran. Dalam masyarakat atau agama, bahasa sopan yang banyak ditekankan. Al-Quran ada
menyebut “…dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang
baik” (al-Isra’:53) dan “Katakanlah kepada mereka perkataan yang baik” (al-Niza:8). Kedua-dua contoh
ayat ini jelas sekali menyarankan penggunaan perkataan (bahasa) yang baik dalam sesuatu pertuturan.
Sebenarnya, penggunaan bahasa sopan berkait dengan konsep ‘tahu bahasa’ – tahu bagaimana untuk
memilih perkataan yang sesuai apabila berbicara dengan orang lain. Menurut Jeniri Amir (2005),
penggunaan bahasa yang halus dan sopan akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa kita. Pendengar
akan berasa sejuk hati, tenteram dan gembira dengan kata-kata yang disampaikan. Bagaimanapun, ‘tahu
bahasa’ harus juga ‘tahu budaya’. Ini kerana kesopanan adalah pengetahuan, pemahaman serta penguasaan
amalan-amalan bahasa yang penting yang terdapat dalam budaya sesuatu masyarakat. Dalam erti kata lain,
pengetahuan berbahasa ada hubungannya dengan pengetahuan tentang budaya. Antara amalan-amalan
bahasa yang berkaitan dengan kesopanan dan budaya dalam sesuatu masyarakat ialah tabu bahasa,
penggunaan ganti nama dan leksikal yang betul, larangan bahasa, kepercayaan, bahasa tidak berterus terang
dan bahasa bukan verbal (Mohammed Azlan Mis 2002). Kertas kerja ini akan membincangkan bahasa
sopan dan tidak sopan dari segi penggunaan leksikal bagi mendukung sesuatu makna yang dirujuk. Makna
leksikal ini akan dilihat dari segi rujukan, nahuan dan sosial dalam konteks silang budaya (cross cultural)
dan; hubungannya dengan bahasa sopan dan tak sopan.
Perbezaan Makna Leksikal dalam Silang Budaya

Menurut Asmah Haji Omar (1988:180), “Sesuatu perkataan itu boleh menimbulkan perasaan-perasaan
tertentu bergantung kepada suasana perkataan itu digunakan atau juga bergantung kepada latar belakang
masyarakat yang berkenaan”. Banyak perkataan yang hanya boleh digunakan untuk masyarakat sahaja
tetapi tidak sesuai untuk digunakan dalam masyarakat lain. Jika hal ini dilanggar, ia akan menimbulkan
kemarahan, perasaan tidak senang, sakit hati, tersinggung, kecil hati dan sebagainya. Misalnya, perkataan
‘Sakai’ secara amnya merujuk kepada salah satu kaum Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Perkataan ini
tiada bezanya dengan ‘Melayu’ atau ‘Cina’ kerana rujukannya ialah kaum atau bangsa. Bagaimanapun,
perkataan ‘Sakai’ mempunyai konotasi yang negatif jika digunakan dalam suasana/konteks yang berbeza.
Dalam kalangan masyarakat Melayu, perkataan ‘Sakai’ digunakan untuk mempersendakan orang lain, bagi
maksud seseorang yang ketinggalan zaman/tidak bertamadun. Dengan ini, perkataan ‘Sakai’ mempunyai
makna emotif yang berbeza sama sekali dengan makna asalnya. Justeru penggunaan perkataan ini
dianggap sebagai tidak sopan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melanau dan Murut di
Sarawak pula, perkataan ‘Sakai’ dianggap sopan kerana rujukannya ialah ‘kawan/sahabat’ (Melanau) dan
‘orang/manusia’ (Murut). Begitu juga dengan perkataan ’Jakun’ yang digunakan untuk mengejek dan
mempersendakan seseorang, walaupun makna sebenarnya dirujuk juga kepada salah satu kaum asli di
Malaysia selain ’sakai’. Dalam masyarakat Indonesia pula, perkataan ’Jakun’ bermaksud ’halkum’
(saluran makanan yang bermula dari mulut ke perut atau kerongkong). Dengan itu, perkataan ’jakun’ tidak
mempunyai makna emotif dalam bahasa Indonesia.

Contoh perkataan lain yang sangat sensitif dan boleh menimbulkan masalah besar dan perkauman
jika digunakan ialah ‘keling’. Perkataan ini merujuk kepada masyarakat India yang berasal dari selatan
India dan telah berhijrah ke Malaysia. Perkataan ini mendapat makna yang berbeza dalam masyarakat
Melayu yang menggunakan ‘keling’ untuk menghina atau menjatuhkan maruah seseorang. Sebaliknya,
dalam masyarakat Iban, perkataan ‘keling’ merujuk kepada ‘pahlawan/wira atau lelaki’. Hal ini bermakna
makna leksikal ’keling’ berbeza mengikut budaya. Jika dalam budaya Melayu ’keling’ ada konotasi
negatif, dalam budaya Iban pula perkataan ini mendapat makna yang positif.

Berdasarkan penjelasan di atas, sekurang-kurangnya terdapat tiga jenis makna yang dikandung
oleh sesuatu perkataan: makna rujukan (referential meaning), makna nahuan (grammatical meaning) dan
makna sosiolinguistik (sociolinguistic meaning). Makna rujukan ialah makna yang mengaitkan sesuatu
kata dengan rujukan (konkrit atau abstrak) dan ada ciri emotif. Misalnya, perkataan ‘sakai’ dan ‘keling’
yang merujuk kepada sesuatu kaum atau tempat asalnya. Ciri emotifnya ialah dalam masyakarat Melayu
penggunaan kedua-dua perkataan ’sakai’ dan ’keling’ bertujuan untuk mempersendakan orang lain. Makna
nahuan pula merujuk kepada kelas kata perkataan tersebut, misalnya, perkataan ‘sakai’ dan ‘keling’ masih
berfungsi sebagai kata nama walalupun rujukannya berbeza mengikut masyakarat yang menggunakannya.
Manakala makna sosiolinguistik merujuk kepada makna perkataan berdasarkan konteks luar bahasa, iaitu
konteks sosial yang melatari sesuatu peristiwa bahasa (Asmah Haji Omar 1988: 185). Misalnya,
penggunaan ’sakai’ dan ’keling’ dianggap tak sopan dalam konteks budaya Melayu.

Kesopanan dan Tabu Bahasa

Kesopanan dapat juga dibicarakan dalam konteks kesopanan bahasa. Misalnya, perkataan ‘butuh’ yang
merujuk kepada alat kemaluan lelaki dianggap tabu dalam kalangan masyarakat Melayu. Tetapi dalam
budaya Indonesia, perkataan ini berfungsi sebagai kata kerja, iaitu perlu atau ingin. Selain itu, penutur
dialek Melayu Sarawak menggunakan perkataan ’burit’ untuk merujuk kepada ’punggung’ tetapi dalam
dialek Melayu Kelantan perkataan ini merujuk kepada kemaluan perempuan. Oleh itu perkataan yang sama
jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.
Malahan perkataan ’butuh’ dan ’burit’ ini membawa makna emotif kepada pendengar, iaitu melibatkan
perasaan yang sensitif dan dianggap sebagai bentuk bahasa yang tak sopan dan tabu, terutamanya apabila
digunakan di hadapan orang yang lebih tua.

Perkataan ’pantat’ yang digunakan di Semenanjung Malaysia merujuk kepada bahagian


’tengah/bawah kuali’ dan ’kemaluan perempuan’. Tetapi di negeri Sarawak perkataan ’pantat’ merujuk

296
kepada salah satu bentuk/aksi/proses semasa melakukan seks. Oleh yang demikian, perkataan ini sangat
tabu sifatnya dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, khususnya di Sarawak.

Selain itu ada juga perkataan lain yang berbeza dari segi makna rujukan dan sosiolinguistik.
Misalnya, ’gerek’ yang merujuk kepada makna ’basikal’ dalam dialek Melayu Kedah. Bagaimanapun,
dalam dialek Melayu Sarawak ’gerek’ bermaksud ’teman istimewa’. Tegasnya, perkataan ’gerek’ masih
kekal dari segi makna nahuan, iaitu kata nama. Dari segi rujukan dan sosial, maknanya berbeza sama
sekali, khususnya dalam dialek Sarawak.

Perkataan ’lawa’ dalam Dialek Melayu Sarawak juga bersifat tabu dan tidak sopan. ’Lawa’ dalam
dialek Melayu Sarawak pula bermakna ’sombong’ sedangkan dalam bahasa Melayu, perkataan ini
berbermakna ’cantik’ atau ’anggun’.

Dalam dialek Melayu Kelantan perkataan ’kopek’ bermaksud buah dada perempuan sedangkan
dalam bahasa Melayu bermaksud ’mengupas’ atau ’mengopak’. Oleh yang demikian, perkataan ’kopek’ di
negeri Kelantan sangat tabu untuk digunakan kerana ia berkaitan dengan anggota tubuh badan perempuan
yang sulit (Teo Kok Seong 1995).

Kesopanan dan Kata Panggilan

Perbezaan budaya turut mempengaruhi makna sesuatu kata panggilan. Misalnya, kata ganti nama ’aku’ di
Sarawak digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada golongan tua, muda dan kanak-kanak. Sebaliknya dalam
konteks Semenanjung, ganti nama ’aku’ hanya digunakan oleh rakan sebaya yang akrab dan tidak
digunakan kepada orang yang lebih tua. Ini menunjukkan ganti nama ’aku’ ada makna emotif dan sosial.
Jika ’aku’ digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, maka si penutur akan dianggap sebagai
biadap dan tidak sopan. Selain itu, di dalam situasi rasmi atau formal, ’aku’ juga tidak boleh digunakan dan
digantikan dengan ’saya’.

Perkataan lain yang dapat dihubungkan dengan makna rujukan dan sosial ialah ’bapak’. Dalam
bahasa Melayu ’bapak; merujuk kepada seseorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak,
manakala dalam bahasa Indonesia ’bapak’ berfungsi untuk memanggil/menyapa seseorang di dalam situasi
rasmi atau formal yang membawa makna ’encik’. Begitu juga dengan perkataan ’ibu’ yang merujuk kepada
’puan’ dalam bahasa Melayu. Dalam masyarakat Melayu, kata panggilan ’ibu’ dirujuk kepada seseorang
perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Malah perkataan ’bapak’ dan ’ibu’ tidak akan
digunakan di Malaysia apabila berada di dalam situasi rasmi atau formal. Sebaliknya perkataan tersebut
akan digantikan dengan kata panggilan ’Encik/Puan/Cik’. Panggilan bapak dan ibu hanya digunakan
apabila mereka mempunyai pertalian saudara atau darah.

Dalam dialek Melayu Kelantan pula, kata panggilan ’ibu’ tidak sesuai digunakan kepada ibu
mereka. Perkara ini disebabkan kata panggilan ’ibu’ hanya digunakan untuk jantina binatang, seperti ibu
lembu, ibu kambing, ibu ayam, ibu harimau dan sebagainya. Kebiasaannya masyakarat Kelantan akan
menggunakan panggilan ’mek’, satu panggilan yang dikatakan ’manja’ yang ditujukan khas kepada
perempuan. Selain itu, kata panggilan ’lelaki’ di Kelantan biasanya merujuk kepada ’jantan’ dan
’perempuan’ pula ’betina’. Kata panggilan ini telah diterima di negeri tersebut walaupun di negeri lain
perkataan ini dirujuk kepada jantina binatang.

Kesopanan dan Silang Budaya

Makna sesuatu perkataan turut berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi sesebuah negara.
Misalnya, bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia, malah di Indonesia juga.
Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama, yang disebut
sebagai Kepulauan Melayu. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah negara tersebut saling
memahami. Bagaimanapun, kini terdapat sejumlah perkataan yang berbeza dari segi makna rujukan,
nahuan dan sosiolinguistik. Misalnya, perkataan ‘seronok’ dalam bahasa Melayu bermaksud suka atau

297
gembira tentang sesuatu aktiviti. Bagaimanapun, dalam budaya Indonesia, perkataan ‘seronok’ bermaksud
seseorang yang baru sahaja selesai melakukan hubungan seks. Hal ini bermakna perkataan ‘seronok’ telah
mengalami perubahan makna rujukan dan sosiolinguistik, walaupun masih kekal maknanya dari segi
nahuan.

Perkataan lain yang merentas budaya dan negara ialah ’bohong’ yang dalam bahasa Melayu
bermaksud menipu dan memutarbelitkan sesuatu fakta atau perkara. Berbohong sangat dilarang dalam
budaya timur dan dilarang dari segi agama. Seseorang yang berbohong akan mendapat dosa besar.
Bagaimanapun, dalam bahasa Indonesia ’bohong’ bermakna ’berbual-bual’. Perkataan ’cerewet’ dalam
bahasa Indonesia bermakna ’comel’ sementara dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang agak negatif,
iaitu merujuk kepada seseorang yang banyak bercakap, suka berleter atau bersungut.

Selanjutnya terdapat perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia, iaitu ’percuma’
yang bermaksud hadiah atau sesuatu yang tidak memerlukan pembayaran. Sebaliknya dalam bahasa
Indonesia ’percuma’ bermaksud ’tidak ada guna’. Dalam perkataan lain, perkataan ’percuma’ ini tidak
berbeza dari segi makna nahuan tetapi maknanya berbeza dari segi rujukan dan sosial, khususnya dalam
budaya Indonesia. Seseorang yang mendapat sesuatu secara ’percuma’ akan dianggap tidak berguna dan
sia-sia sahaja.

Akhirnya ada perkataan dari jenis kata nama dalam bahasa Melayu, misalnya ‘kapan’ yang
merujuk kepada kain putih yang digunakan untuk membalut mayat. Tetapi dalam bahasa Indonesia, ‘kapan’
berfungsi sebagai kata adverba, iaitu bila. Hal ini bermakna, perkataan ’kapan’ telah berubah maknanya
dari segi kenahuan. Dari segi rujukan pula, ’kapan’ ada makna emotif, iaitu perasaan sedih dan hanya
digunakan dalam peristiwa yang melibatkan kematian.

Rumusan

Berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa sesuatu perkataan yang sama mempunyai makna yang
berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya. Yang berikut dipaparkan jadual tentang makna
perkataan tertentu dan hubungannya dari segi rujukan, nahuan dan sosiolinguistik. Kemudiannya,
perkataan tersebut akan dikaitkan dengan konsep bahasa sopan dan tak sopan.

Jadual 1: Perkataan Mengikut Jenis Makna

Jenis Makna
Perkataan/Istilah
Makna Rujukan Makna Nahuan Makna Sosiolinguistik
Sakai ü - ü
Jakun ü - ü
Keling ü - ü
Seronok ü ü ü
Butuh ü ü ü
Lawa ü - ü
Pantat ü ü ü
Gerek ü - ü
Bapa/bapak ü - ü
Ibu ü - ü
Bohong ü - ü
Cerewet ü ü ü
Percuma ü ü ü
Kapan ü ü ü
Jantan ü - ü
Betina ü - ü
Aku ü - ü

298
Jadual 2: Perkataan Mengikut Makna Sopan dan Tidak Sopan

Perkataan/Istilah Sopan Makna Tak Sopan Makna


C Merujuk kepada etnik D Merujuk kepada mereka
Sakai atau masyarakat. yang ketinggalan zaman
Kawan (Melanau)
C Merujuk kepada etnik D Merujuk kepada mereka
Jakun
atau masyarakat yang ketinggalan zaman
C Tempat asal di India D Merujuk kepada
Keling
Selatan dan lelaki (Murut) masyarakat
C Gembira (Malaysia) D Selepas melakukan seks
Seronok
(Indonesia)
C Perlu (Indonesia) D Kemaluan lelaki
Butuh
(Malaysia)
Lawa C Cantik (Semenanjung) D Sombong (Sarawak)
C Bawah Kuali D Aksi/proses melakukan
Pantat
(Semenanjung) seks (Sarawak)
C Basikal (Dialek Melayu D Teman Istimewa (Dialek
Gerek
Kedah) Melayu Sarawak)
C Kata panggilan rasmi di D Kata panggilan untuk
Bapa/bapak Indonesia (lelaki) bapa/ayah di Malaysia
(lelaki)
C Kata panggilan rasmi di D Kata panggilan untuk
Ibu Indonesia (perempuan) emak/ibu di Malaysia
(perempuan)
Bohong C Berbual (Indonesia) D Menipu (Malaysia)
Cerewet C Comel (Indonesia) D Berleter (Malaysia)
C Hadiah (Malaysia) D Kerja yang sia-sia
Percuma
(Indonesia)
C Bila (Indonesia) D Kain untuk membalut
Kapan
mayat (Malaysia)
C Kupas (Bahasa Melayu) D Buah dada (Dialek
Kopek
Melayu Kelantan)
C Lelaki (Dialek Melayu D Binatang
Jantan
Kelantan)
C Perempuan (Dialek D Binatang
Betina
Melayu Kelantan)
C Saya (Dialek Melayu D Saya (Bahasa Melayu)
Aku
Sarawak)

Melalui jadual 1 di atas, jelas bahawa terdapat perkataan atau istilah yang mempunyai makna yang berbeza
jika dilihat dari aspek makna rujukan, makna nahuan dan makna sosiolinguistik. Didapati bahawa
kesemua perkataan yang dibincangkan akan berubah dari segi makna rujukan dan sosiolinguistik.
Sebaliknya, tidak semua perkataan akan berubah kelas kata (makna nahuan), walaupun digunakan dalam
konteks dan budaya yang berbeza. Misalnya, perkataan ‘sakai’ tidak berubah makna nahuanya, manakala
‘kapan’ berubah makna nahuannya [ü] jika digunakan dalam masyarakat Indonesia.

Jadual 2 pula memperlihatkan sesuatu perkataan sopan dan tak sopan yang berbeza makna dan
penggunaannya mengikut budaya dan masyarakat tertentu. Bahasa sopan ditunjukkan oleh lambang C,
sementara bahasa tak sopan D. Perkataan yang dibincangkan ini dapat dihubungkan dengan pelbagai
amalan bahasa, iaitu tabu bahasa, kata panggilan dan silang budaya.

299
Kesimpulan

Pengetahuan dan penguasaan berbahasa belum dapat menjamin komunikasi yang berkesan. Dalam erti
kata lain, pengetahuan berbahasa harus ditampung dengan pengetahuan budaya. Kedua-dua aspek ’tahu
bahasa’ dan ’tahu budaya’ ini dapat salah faham, khususnya dalam konteks silang budaya.

Tegasnya, dengan mengetahui dan menguasai hukum sesuatu bahasa sahaja, seseorang itu tidak
akan dapat menggunakan bahasa dengan baik terutamanya apabila berinteraksi dengan masyarakat lain.
Persoalan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada pengguna yang lain (Ab. Rahman Ab. Rashid &
Yap Kim Fatt, 1999: 7). Dalam hal ini, kesopanan berbahasa amat ditekankan dan menjadi tanggungjawab
semua orang untuk mengetahui mengenai bahasa dan budaya masyarakat lain agar mereka tidak menjadi
biadap, kasar dan disalah anggap oleh masyarakat yang lain.

Rujukan

Abdula Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fat. 1999. Bahasa Kebangsaan (Siri Pendidikan Tinggi). Serdang
Raya. Longman.

Asmah Haji Omar. 1988: Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jeniri Amir. 2005: Tinggi Bangsa kerana Bahasa, Dewan Bahasa, Julai: 44-47.

Mohammed Azlan Mis 2002. Kecekapan Sosiolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kesan Ke Atas
Pengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua. Tesis Sarjana Falsafah. Bangi, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Norsimah Mat Awal, Mohammed Azlan Mis, Nor Zakiah Abdul Hamid & Hafriza Burhanudeen 2005
Glosari Bahasa Melayu Bahasa Indonesia. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah UKM

Teo Kok Seong 1995 Tahu Bahasa/Tak Tahu Bahasa: Persoalan Bahasa Budaya dan Komunikasi.
Kebudayaan Melayu Di Ambang Abad Baru: Satu Himpunan Makalah. Hanapi Dollah dan
Lokman Mat Zen (pnyt). Bangi: Penerbit UKM.

300

Anda mungkin juga menyukai