Anda di halaman 1dari 2

2. Faktor-faktor berlakunya pencemaran sungai.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 20 batang sungai di negara kita telah digelarkan sebagai sungai mati kerana tidak terdapat sebarang hidupan akuatik akibat pencemaran yang serius. Jika tindakan yang bersepadu tidak dilaksanakan dengan baik, kita akan kehilangan sumber air yang bersih. Sebelum luka menjadi barah, kita perlu menelusuri akar umbi masalah ini dan disusuli dengan tindak untuk memelihara dan memulihara sungai kita. Setelah dikaji secara terperinci, faktor perdana yang mencetuskan kemusykilan ini adalah sikap tamak haloba manusia. Pengusaha kilang sanggup melepaskan sisa toksik dan kotoran ke sungai atau longkang kerana hendak menjimatkan kos pengeluaran. Untuk meraih keuntungan yang banyak, mereka tidak mempedulikan kepentingan sungai kita dan terus mengalirkan kotoran ke dalam sungai sehingga sungai kita tercemar dan berbau busuk. Penduduk domestik yang tidak bertanggungjawab dan tidak memiliki kesedaran sivik turut menyumbang kepada kemelut tersebut. Banyak pendudk yang tinggl di tepi sungai sering membuang sampah ke sungai dengan sewenang-wenangnya. Lebih-lebih lagi penduduk setinggan yang bertempat di tebing sungai bukan sahaja membuang sampah sarap tetapi juga membuang najis ke dalam sungai . Sehubungan dengan itu, sungai telah menjadi tong sampah sehingga tersumbat dengan pelbagai buangan. Dalam pada itu, semakin banyak estet dan ladang ternakan telah didirikan di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Air hujan telah mengalirkan sisa racun serangga dan baja kimia ke dalam sungai . Ternyata pengusaha ladang ternakan sering mengalirkan najis ternakan

malah bangkai binatang ke dalam sungai yang berhampiran. Hal ini menyebabkan hidupan akuatik pupus sama sekali kerana sungai itu mengalami pencemaran yang terlalu kronik. Di samping itu, penerokaan hutan turun memangkin pencemaran sungai kita. Kita sedia maklum bahawa hutan merupakan kawasan tadahan air hujan yang terpenting. Setelah bukit bukau dan gunangganang menjadi gondol, hakisan tanah akan berlaku kerana tidak mempunyai akar pokok untuk mencenggam bumi kita. Tanah runtuh juga menjadi-jadi. Ekorannya, sungai kita akan semakin cetek dan keruh kerana berlakunya hakisan tanah. Sebagai impaknya, banjir lumpur dan banjir kilat sering berlaku. Walhasilnya, kita tidak dapat memiliki air sungai yang jernih dan hening lagi sebagai sumber minuman dan destinasi perkelahan. Bagiamanapun pertambahan pupulasi turut menjejaskan mutu kebersihan sungai kita. Hal ini terjadi demikian kerana kumbahan yang semakin banyak akan dialirkan ke dalam sungai kita. Misalnya air sabun, air mandi dan air yang digunakan untuk mencuci sesuatu nescaya semakin banyak kerana jumlah penduduk telah bertambah secara drastik. Secara anjakan, sungai kita akan semakin keruh. Intihanya, bak kata pepatah, di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. Setiap kemusykilan ada penawarnya. Selain mempergunakan teknologi yang canggih untuk memelihara dan memulihara sungai kita, kempen kesedaran harus diadakan untuk mecelikkan minda masyarakat kita supaya bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sungai kita. Ingatlah Moto WWF, Kita hanya memiliki satu bumi.

Anda mungkin juga menyukai