Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat, pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) atau pengotoran alam atau perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran alam sekitar
boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh
menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, isu pencemaran kian bertambah
bagaikan tiada kesudahan. Satu demi satu episod pencemaran berlaku di Malaysia ini. Salah
satu isu yang sering digembar gemburkan adalah isu pencemaran sungai. Sungai merupakan
salah satu sumber air utama kepada rakyat Malaysia di mana sebanyak 90% penduduk
menggunakan sumber air daripada sungai. Menurut Nadia (2015), air paip yang dibekalkan
terus ke rumah-rumah penduduk sememangnya daripada sistem perawatan air namun
hakikatnya, sumber air itu adalah berpunca dari sungai-sungai yang ada di negara kita.
Sekiranya air yang mengalir tersebut merupakan air yang tercemar, ia akan membahayakan
nyawa penduduk dan juga ekosistem di kawasan tersebut. Menurut Melati Mohd Arif (2019),
data bagi pencemaran air semakin meningkat setiap tahun di mana sebanyak 63 sungai
dikategorikan tercemar pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2017,
sekitar 52 sungai dan 38 sungai bagi tahun 2016. Hal ini jelas menunjukkan bahawa isu
pencemaran sungai-sungai Malaysia sekarang ini berada di tahap yang kritikal dan
membimbangkan.

Rajah 1: Gambar sungai yang tercemar

1
2.0 ISU PENCEMARAN SUNGAI LANGAT
Sungai merupakan antara anugerah ciptaan ilahi yang harus kita pelihara. Hal ini
kerana, sungai merupakan sumber air kepada semua makhluk di dunia ini. Tanpa air
semestinya semua makhluk akan mati. Sungguhpun terdapat bekalan air, namun
sekiranya air tersebut kotor dan tercemar, ia tetap akan mengancam nyawa kesemua
makhluk di dunia ini sama ada manusia mahupun binatang. Apa yang menyedihkan
adalah manusia sendiri yang mencemarkan sumber air yang mereka perlukan. Hal ini
dapat dilihat apabila terdapatnya anggota masyarakat yang mengabaikan tentang
kepentingan sungai dengan melakukan pencemaran terhadap sumber air ini. Sungai
dijadikan tong sampah sesuka hati kerana pemikiran manusia yang menganggap bahawa
air sungai akan membantu melupuskan sisa sampah dan bahan kimia (Kandau Sidi,
2019). Pencemaran sungai di negara kita semakin mencapai paras kritikal di mana
sampah sarap terutamanya plastik, botol, tin dan bahan cecair seperti minyak yang
dibuang ke dalam sungai menyebabkan air sungai menjadi teh tarik atau hitam dan
mengeluarkan bau busuk. Masyarat yang tidak bertanggungjawab ini masih tidak
mengambil iktibar daripada insiden pencemaran sungai yang telah berlaku pada tahun
2019 iaitu insiden Sungai Kim Kim yang mengakibatkan ramai pelajar sekolah pengsan
akibat terhidu gas toksin dari sungai ini. Terkini, isu Sungai Langat pula menjadi isu
pencemaran sungai yang mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar tidk selesa akibat
bau busuk dari sungai ini.

Rajah 2 : Sungai Langat yang sudah tercemar

2
Menurut laporan daripada Ridauddin Daud dalam Awani Online (2020), Lembaga Urus
Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal
seakan bau bangkai dikesan di Sungai Langat. Sungai Langat ini merupakan antara
sungai terbesar di negeri Selangor. Apabila sungai ini tercemar, maka banyak kawasan di
negeri Selangor mendapat akibatnya dan harus hidup dalam keadaan tidak senang.
Menurut siasatan yang dijalankan, punca pencemaran Sungai Langat ini adalah
disebabkan pembuangan sisa organik yang dibuang ke dalam sungai tersebut. Menurut
laporan daripada Rohaniza Idris dalam Berita Harian Online (2020), bahan buangan
haram serta bahan sebatian organik tersisa dikenal pasti punca kepada pencemaran yang
berlaku di Sungai Langat, dekat sini. KASA melalui kenyataan memaklumkan, sisa
buangan haram dijumpai itu disyaki diuruskan syarikat tidak berdaftar dan siasatan polis,
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan
merujuk penemuan di kawasan berkenaan sebagai sumber sekunder.

Rajah 3: Longgokan bahan buangan haram serta bahan sebatian organik tersisa
ditemui di belukar Kawasan Perindustrian Nilai dipercayai menjadi punca pencemaran
Sungai Langat dan Sungai Semenyih

Kesan pembuangan sisa organik ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah
menyusahkan ramai penduduk di kawasan sekitar sungai tersebut. Ia juga
membahayakan hidupan akuatik di sungai tersebut. Menurut sebuah poster online yang
bertajuk “Water made clearer”, Organic pollution occurs when an excess of organic matter,

3
such as manure or sewage, enters the water. When organic matter increases in a pond,
the number of decomposers will increase. These decomposers grow rapidly and use a
great deal of oxygen during their growth. This leads to a depletion of oxygen as the
decomposition process occurs. A lack of oxygen can kill aquatic organisms. As the aquatic
organisms die, they are broken down by decomposers which leads to further depletion of
the oxygen levels. Ini bermaksud sekiranya sisa organik disimpan atau digunakan dengan
betul ia seharusnya tidak menyebabkan pencemaran air. Leachate adalah cecair sisa
yang dihasilkan sebagai sisa organik terurai. Sekiranya leachate ini memasuki aliran,
ianya boleh jadi sangat mencemarkan. Bakteria yang terbentuk secara semula jadi di
aliran akan memecah sisa dengan cepat menggunakan oksigen di dalam air. Apabila
tahap oksigen jatuh,hidupan air di sungai akan mati. Pencemaran dari sisa organik juga
boleh memberi kesan dramatik kepada kita semua. Ia boleh memberikan kesan yang
buruk kepada air di sungai, takungan, dan telaga dan menjadikan ianya tidak sesuai untuk
kegunaan harian seperti minum manusia dan ternakan dan pengairan tanaman.

Selain bahan pembuangan haram dan bahan sebatian organik tersisa, didapati juga
punca pencemaran ini disebabkan oleh Stesesn Jana Kuasa yang berdekatan dengan
kawasan tersebut. Menurut laporan dari Norzamira Che Noh dalam Berita Harian Online
(2020), hasil siasatan secara menyeluruh yang dijalankannya bersama pihak Jabatan
Alam Sekitar (JAS), Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam mendapati pencemaran berpunca daripada
Stesen Jana Kuasa Kuala Langat. Menurut mereka lagi, siasatan di kawasan berkenaan
menemukan sisa tumpahan yang disyaki minyak diesel di premis itu dan dimaklumkan
oleh wakil premis bahawa insiden berlaku susulan tumpahan minyak dari peralatan
pemisah minyak ekoran kekerapan hujan lebat. Tumpahan minyak diesel ke dalam sungai
ini bukan sahaja membahayakan nyawa penduduk di sekitarnya, malahan,
membahayakan hidupan dan tumbuh-tumbuhan yang beradan di sekitar sungai tersebut.

4
Rajah 4: Tumpahan minyak diesel di kawasan Sungai Langat

Kesannya, banyak habitat yang hidup di sekeliling sungai akan mati. Menurut sebuah
buku yang berjudul Understanding Oil Spills and Oil Spill Response, river habitats may be
less severely affected by spills than standing water bodies because of water movement.
However, spills in these water bodies can affect plants, grasses, and mosses that grow in
the environment. When rivers are used as drinking water sources, oil spills on rivers can
pose direct threats to human health. Perkara ini bermaksud, sungguhpun sungai tidaklah
mengalami kerosakan sepertimana yang dihadapi oleh tasik atau kolam air, namun ia
tetap mengancam tumbuhan, rumput dan juga manusia yang menggunakan air sungai
sebagai sumber minuman.

Kemudian, pencemaran sungai ini juga berpuca pembuangan sisa buangan ke dalam
sungai tersebut. Menurut laporan daripada Free Malaysia Today (2020), pencemaran
sumber air mentah sering berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini akibat sikap tidak
bertanggungjawab segelintir pemilik premis yang bertindak menyalurkan sisa buangan ke
sungai. Tindakan itu menjadi punca insiden pencemaran sumber air yang menyebabkan
LRA di sekitar Selangor terpaksa dihenti tugas beberapa kali tahun ini bagi proses rawatan
air. Hal ini kerana, Sungai Langat merupakan sumber air kepada loji rawatan air (LRA)
Langat. Sekiranya LRA ini sering dihentikan, masyarakat setempat tidak akan mendapat
bekalan air yang mencukupi. Perkara ini dapat dilihat apabila sering tersebar di media
sosial bahawa negeri Selangor ini sentiasa mempunyai masalah ketiadaan air.

5
Rajah 5: Warganet berang tentang isu air di Selangor

Kesan tindakan membuang sisa buangan atau sampah ke dalam sungai bukan sahaja
mencemarkan sungai, malahan menimbulkan satu lagi masalah besar iaitu banjir kilat. Hal
ini kerana, di musim penghujan, penumpukan sampah akan menghambat aliran sungai dan
menyebabkan air sungai meluap dan akhirnya terjadi banjir. Oleh demikian, perkara ini akan
menyusahkan ramai penduduk dan juga memusnahkan banyak hidupan akuatik dan tumbuh-
tumbuhan. Selain itu, masyarakat sekeliling juga harus menahan bau yang busuk di kawasan
kediaman mereka dek kerana pembuangan sisa di dalam sungai ini. Menurut laporan dari
P.Aruna dalam MStrar (2014), kira-kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun dan aktiviti tidak
bertanggungjawab ini menyumbang kepada krisis air di negara ini. Selain beg plastik sampah,
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga mendapati pelbagai sisa buangan termasuk peti
sejuk lama, tilam dan peralatan dapur dibuang ke dalam sungai. Tindakan tidak wajar ini
membuatkan Sungai Langat yang terdahulunya bersih kini menjadi tercemar disebabkan sikap
ketidakpedulian sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Rajah 6: Sisa buangan di Sungai Langa

6
3.0 LANGKAH PENYELESAIAN

Terdapat pelbagai langkah penyelesaian isu pencemran sungai ini telah diketengakan.
Antaranya ialah usaha bersama pihak kerajaan dengan pakar forensik alam sekitar bagi
menangani isu pencemaran sungai ini. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan
Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak dalam Berita
Harian Online (2020), kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) perlu
mempertingkatkan kerjasama dengan pakar forensik alam sekitar di universiti dalam
menangani isu sungai yang terlibat dengan pencemaran industri. Sebagai contoh, Jabatan
Alam Sekitar di UPM telah mewujudkan Institut Forensik Alam Sekitar bagi tujuan
mempelopori kajian dan mengenal pasti kitaran bahan cemar. Menerusi kerjasama dan
perkongsian sumber yang dicadangkan ini, kepakaran di universiti boleh membantu
daripada segi menganalisis bahan cemar di lapangan menggunakan kaedah saintifik yang
diperakui mengikut piawaian antarabangsa serta menjalankan proses pemadanan sampel
bahan dengan senarai data dalam inventori pihak berkuasa agar penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar dapat dilaksanakan secara lebih efektif. Perkara ini secara
langsung dapat membantu mempercepatkan proses pendakwaan di mahkamah terhadap
pesalah dan seterusnya memberi mesej bahawa mereka yang terlibat tidak akan terlepas
daripada tindakan undang-undang. Melalui kepantasan proses pendakwaan ini,
masyarakat setempat dan hidupan di kawasan sungai tidak perlu menderita dengan lebih
lama akibat pencemaran sungai ini kerana masalah telah dapat diatasi dengan cepat dan
tangkas.

Rajah 7: Petikan Berita Harian Online tentang kerjasama pakar forensic alam sekitar

7
Selain itu, bagi mengelakkan tumpahan minyak di sungai dari terus mengalir, pihak
berwajib telah memasang ‘oil boom’ bagi menyedut baki sisa minyak yang telah tumpah
di sungai itu. Menurut Norzamira Che Noh (2020), aliran sisa minyak diesel sudah berjaya
dikawal dan tidak mengalir ke Sungai Langat yang mana kerja-kerja pembersihan dan
penyedutan baki sisa minyak turut dijalankan oleh premis itu. Oil boom merupakan salah
satu teknologi atau kaedah yang digunakan bagi mengisolasi dan mengurung tumpahan
minyak di laut dan sungai. Menurut Daksana Bumi Teknik (2019), Oil boom memiliki fungsi
untuk mencegah agar saat terjadi tumpahan minyak di laut tidak menyebar ke area yang
lebih luar. Menurut laporan dari Norzamira Che Noh lagi, pihak LUAS juga menjelaskan,
wakil premis turut memaklumkan pihaknya menggunakan 'oil pad' dan akan meletakkan
karbon aktif (AC) berhampiran premis untuk mengawal pencemaran. Tindakan kawalan
di tapak ini berjaya mengelakkan henti tugas LRA yang boleh menyebabkan gangguan
bekalan air kepada pengguna. Karbon aktif juga disebut "arang aktif", karbon aktif adalah
bentuk karbon yang telah diproses untuk memiliki luas permukaan yang sangat besar.
Pori-pori yang kecil memberikan permukaan untuk penjerapan atau tindak balas kimia.
Menurut laman CBTech (2018), Because of its high surface area and adsorption potential,
activated carbon serves a wide range of environmental uses. It is useful in groundwater
remediation and spill cleanup. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa karbon aktif ini
sangat membantu dalam proses penyerapan tumpahan minyak di permukaan sungai.

Rajah 8: Oil Boom

Penyelesaian lain yang boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar
khususnya pencemaran sungai terus berlaku adalah dengan memupuk kesedaran

8
individu mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui pendidikan sejak kecil.
Menurut Mohammad Zahir & Nordin Abdul Razak (2007), pendidikan telah diterima
sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari
sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Pendidikan Alam Sekitar dapat membantu
meningkatkan kesedaran individu sejak kecil mengenai kualiti alam sekitar supaya
generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan alam
sekitar. Pendidikan berkaitan alam sekitar sangat penting bagi meningkatkan kesedaran
generasi muda khususnya terhadap penjagaan dan pengekalan kualiti alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar merupakan instrumen yang berkesan dalam membantu generasi
masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan
(Perikleous, 2004). Kualiti pendidikan alam sekitar ini bergantung kepada guru di sekolah.
Justeru itu, pihak sekolah perlu menggalakkan guru untuk menggunakan Buku Panduan
Guru Pendidikan Alam Sekitar supaya dapat melaksanakan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang berkaitan alam sekitar dengan betul (Mohammad Zahir &
Nordin Abdul Razak, 2007).

Rajah 9: Model Kitar Semula

Seterusnya, pihak sekolah dan guru juga boleh menitikberatkan isu pencemaran ini
kepada murid-murid di sekolah mereka terutamanya pada waktu kokurikulum. Menurut
Mohamad Zahir dan Nordin (2007). Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah,

9
Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum
berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K (Keselamatan,
Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula, ceramah dan
lawatan. Melalui kelab ini, guru boleh merangka pelbagai aktiviti yang menarik supaya
dapat memberi kesedaran atau ‘educate’ murid tentang alam sekitar sambil menjaga alam
sekitar di sekeliling mereka. Sebagai contoh, guru boleh melakukan aktiviti gotong-royong
bersama anak-anak murid supaya tidak mencemarkan kawasan sekitar dan tidak
membuangnya di sungai berdekatan. Guru juga boleh membuat aktiviti kitar semula atau
projek “Cintai Sungai Kita” dengan meminta murid mereka bentuk alat bagi membantu
mengelakkan pencemaran. Guru boleh berkolaborasi dengan Kelab Sains di sekolah
tersebut bagi menjalankan projek ini. Selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara 2002
pula, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia telah menganjurkan pelbagai
program pendidikan dan kesedaran alam sekitar demi menyemai nilai murni alam sekitar
pada masyarakat umum. Warga sekolah telah dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran
utama bagi tujuan ini memandangkan golongan ini adalah generasi muda yang bakal
memimpin pada masa hadapan. Menyedari hakikat ini, Jabatan Alam Sekitar telah
memperkenalkan program khusus untuk pelajar sekolah yang lebih bersifat tidak formal
seperti Kem Kesedaran Alam Sekitar, Projek Wira Alam dan Projek Riadah Alam Sekitar
(Aznizah 2007). Melalui aktiviti-aktiviti ini, secara tidak langsung dapat menarik minat
murid-murid untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan menjadikan manusia yang
bertanggungjawab pada masa hadapan.

Rajah 10: Kem Kesedaran Alam Sekitar yang dijalankan oleh Pengakap

10
Selepas itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mewujudkan subjek
Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah dan universiti. Menurut laporan dari Mohd
Azrone Sarabatin dan Farhana Syed Nokman dalam Berita Harian Online (2018), subjek
alam sekitar dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah akan
diperkenalkan bermula tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk
Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, pengenalan silibus itu diluluskan Kabinet
pada mesyuarat terakhir 6 April lalu, sebelum pembubaran Parlimen. Katanya, subjek itu
dilaksanakan secara menyeluruh mencakupi pemuliharaan hutan, sungai, darat, laut,
udara, keselamatan alam sekitar dan perubahan iklim. Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) subjek itu juga bertepatan Transformasi Nasional 2050 (2050)
yang mengutamakan kepentingan penjagaan alam sekitar. Sungguhpun pengenalan
subjek ini masih tertanguh sehinga kini, namun usaha ini merupakan satu usaha yang
baik yang mampu mewujudkan perasaan cintai alam sekitar. Bukan sahaja guru perlu
mengajar tentang kebersihan sungai namun pencemaran udara, bunyi dan lain-lain juga
perlu diperkenalkan kepada murid supaya mereka tidak menjadi punca pencemaran dan
mampu mencari jalan penyelesaian kepada isu pencemaran pada masa akan datang.
Subjek tersebut diharap akan membantu menangani isu-isu seperti pencemaran alam
sekitar dan kepentingan pembangunan mampan kerana sehingga kini di peringkat
sekolah, mata pelajaran Alam Sekitar masih tidak dapat berdiri sebagai satu mata
pelajaran tunggal. Kesannya, pengetahuan pelajar tentang alam sekitar amat terhad,
kemahiran dan sikap mereka terhadap alam sekitar juga sangat rendah bahkan ada
kalangan pelajar yang tidak terdedah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
alam sekitar serta tidak mempedulikan tentang permasalahan alam sekitar.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sungai merupakan antara sumber air yang utama buat manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa air, bukan sahaja tumbuhan akan mati, malahan
manusia dan haiwan juga akan mati. Oleh itu, setiap individu di muka bumi ini wajib
memelihara sumber air agar dapat meneruskan hisup. Sikap tidak bertanggungjawab
yang mencemarkan sungai ini telah menyebabkan ramai masyarakat, binatang dan juga
tumbuh-tumbuhan menerima akibatnya. Isu pencemaran sungai sama ada pencemaran
sisa toksik atau sampah sarap sepatutnya dipandang serius oleh seluruh rakyat Malaysia
kerana sungai membekalkan keperluan asas manusia yang diperlukan dalam kehidupan
seharian. Pencemaran sungai di Malaysia dilihat semakin kritikal dari tahun ke tahun
dibimbangi akhirnya menjejaskan keperluan asas manusia pada masa hadapan. Oleh itu,
setiap individu di Malaysia baik yang muda mahupun yang tua haruslah

11
bertanggungjawab menlestarikan alam sekitar yang ada di sekelilinh kita. Sekiranya
manusia mengabaikan perkara ini, maka bumi akan rosak dan mula hancur satu demi
satu. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar
sperti sungai supaya tidak tercemar dan menjadikan bumi kita lebih sihat dan aman tanpa
sebarang kerosakan.

12
RUJUKAN

(t.p & t.p). Water Made Clearer. Diakses pada 28 Februari 2021 daripada
https://www.gov.je/SiteCollectionDocuments/Environment%20and%20greener%20livi
ng/ID%20WaterPollutionOrganicLeaflet.pdf

(t.p). (1999). Understanding Oil Spills and Oil Spill Response. United States: Environmental
Protection Agency.

Aznizah Mahyudin. (2007). Sektor pertanian mengancam kesihatan ekosistem Di Malaysia.


Diakses pada 2 Mac 2021 daripada http://amsran.blogdrive.com/archive/15.html.

Azrone Sarabatin dan Farhana Syed Nokman. (2018). BH Online: Subjek alam sekitar di
sekolah mulai 2019. Diases pada 1 Mac 2021 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/411127/subjek-alam-sekitar-di-
sekolah-mulai-2019

CBTech. (2018). The Science Behind Activated Carbon Water Filters. Diakses pada 2 Mac
2021 daripada https://www.carbonblocktech.com/the-science-behind-activated-
carbon-water-filters/

Daksana Bumi Teknik. (2019). Oil Boom Adalah Sebuah Langkah Awal Mengatasi Tumpahan
Minyak. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada
https://daksanabumiteknik.com/2019/11/08/oil-boom-adalah/

Free Malaysia Today. (2020). Diakses pada 1 Mac 2021 daripada


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/kediaman
-tak-terurus-disyaki-punca-pencemaran-sungai-langat/

13
Kandau Sidi. (2019). BH Online: Sungai bukan tong sampah. Diakses pada 2 Mac 2021
daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/12/634316/sungai-bukan-
tong-sampah

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4, tahun 2010

Melati Mohd Ariff. (Mac 20, 2019). Bernama : Tragedi Sungai Kim Kim: Isu Perundangan dan
Kesedaran Awam. Diakses pada 2 Mac 2021 daripada
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1707155

Mohammad Zahir dan Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah:
Komitmen Guru. Jurnal Pendidikan Lestari 7(2), 74-81

Muhammad Basir Roslan. BH Online: Pertingkat kerjasama pakar forensik alam sekitar.
Diakses pada 2 Mac 2021 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/10/745191/krisis-air-pertingkat-
kerjasama-pakar-forensik-alam-sekitar

Nadia. (April 7,2015). Infografik: Hidup terjejas tanpa air. BH Online. Diakses pada 2 Mac
20201 daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2015/04/46069/infografikhidup-terjejas-tanpa-air

Norzamira Che Noh. (2020). BH Online: Stesen jana kuasa dikesan punca pencemaran
Sungai Langat. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/684968/stesen-jana-kuasa-
dikesan-punca-pencemaran-sungai-langat

P. Aruna. (2014). MStar: Sampah Di Sungai Salah Satu Punca Krisis Air. Diakses pada 2 Mac
2021 daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/04/07/sungai-dipenuhi-
sampah

14
Perikleous, E. (2004). The status of environmental education in Cyprus today. Dlm. MIO-
ECSDE. The status of environmental education in the Mediterranean countries within
the formal & non-formal educational systems. Dec, Issue No. 34.

Ridauddin Daud. (2020). Awani Online: Ada bau seakan bangkai di Sungai Semenyih, Sungai
Langat. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ada-bau-seakan-bangkai-di-sungai-semenyih-sungai-langat-luas-262152

Rohaniza Idris. (2020). BH Online: Bahan buangan haram, sebatian organik tersisa punca
pencemaran. Diakses pada 1 Mac 2021 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/738668/punca-pencemaran-
sungai-semenyih-sungai-langat-dikenal-pasti

15

Anda mungkin juga menyukai