Anda di halaman 1dari 3

TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA EN.

FARIS (GURU BAHASA INGGERIS)

SAYA :Assalamualaikum dan selamat pagi En. Faris. Saya Aisyah dari IPG Pulau
Pinang ingin menemu bual encik berkaitan dengan sosiobudaya global dan
PdPc. Boleh saya menemubual encik?

EN. FARIS : Waalaikumussalam. Boleh, silakan.

SAYA : Boleh saya tahu berapa lamakah en telah berkhidmat sebagai guru dan apakah
subjek pengkhususah encik?

EN. FARIS : Saya telah mengajar selama 14 tahun dan subjek pengkhususan saya ialah
Bahasa Inggeris.

SAYA : Ohh lama juga encik telah menjadi guru. Adakah sekolah-sekolah yang pernah
encik ajar ini mempunyai murid-murid dari pelbagai bangsa?

EN. FARIS : Ya, saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan. Jadi, kebanyakan kelas yang
saya ajar terdiri dari pelbagai bangsa. Ada Cina, India, Melayu, Orang Asli dan
pernah juga terdapat murid berbangsa Iban dan Kadazandusun yang menetap
di semenanjung.

SAYA : Wah, begitu rupanya. Jadi, boleh encik jelaskan bagaimana encik menguruskan
kelas yang mempunyai pelbagai bangsa ini?

EN. FARIS : Saya menggunakan kaedah bilik darjah yang mesra budaya. Bermakna, setiap
murid yang berbilang kaum ini dapat belajar secara sama rata dan tanpa ada bias.
Kalau boleh, saya akan cuba mengelakkan dari membangkitkan isu-isu yang sensitif
bagi setiap kaum seperti mengucapkan kata-kata yang boleh mengguriskan hati
mereka dan menghormati mereka. Contohnya, elakkan bercerita tentang ‘babi’
kepada murid beragama islam kerana perkara itu adalah sensitive bagi umat Islam.
Kalau boleh, semasa mengajar, saya sering selitkan tentang budaya- budaya
sesuatu kaum agar murid-murid ini dapat saling mendalami budaya rakan-rakan
mereka yang berbangsa lain. Guru ini adalah role model kepada anak-anak murid
kita, jadi kita kenalah tunjuk contoh yang baik. Kita kena hormat dahulu setiap bangsa
dan budaya mereka, barulah murid boleh lakukan perkara yang sama.Dengan cara
ini,tidak akan berlaku pertelingkahan atau pergaduhan antara kaum dan murid-murid
ini dapat belajar dengan suasana yang tenang dan kondusif. Jadi beginilah cara saya
mengawal dan menguruskan kelas-kelas saya yang terdapat murid pelbagai kaum
ini.
SAYA : Oh begitu rupanya cara encik mengawal kelas. Adakah terdapat apa-apa kesan atau
implikasi kepelbagaian sosiobudaya global terhadap PdPc encik ini?

EN. FARIS : Banyak implikasi dia sebenarnya. Antaranya ialah guru dapat merancang PdPc
dengan lebih baik dan menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 yang menekankan
pembelajran secara koperatif dan kolaboratif. Melalui kepelbagaian sosiobudaya ini,
guru dapat membentukkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bentuk kumpulan
yang terdiri daripada semua kaum. Hal ini supaya murid-murid dapat faham akan
budaya mereka dan membentuk persekitaran kelas yang kondusif. Guru juga dapat
menyusun bilik darjah mengikut susunan meja abad ke-21 iaitu secara berkumpulan
bagi merapatkan perpaduan antara murid berbilang kaum ini. Selepas itu, terhadap
murid pula, ialah murid dapat memahami budaya kaum lain dengan lebih mendalam.
Melalui interaksi harian dengan rakan sekelas yang berlainan bangsa, mereka
secara tidak langsung akan dapat belajar tentang budaya kaum lain ini. selepas itu,
mereka akan dapat menguasai kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza.
Sesetengah murid berbangsa cina dan india kurang fasih berbahasa melayu dengan
baik. Melalui kepelbagaian sosiobudaya dan pergaulan dengan murid-murid yang
lebih fasih berbahasa melayu, mereka secara tidak langsung akan belajar bertutur
dalam bahasa melayu dengan lebih baik. Selepas itu, murid-murid juga boleh belajar
bahasa kaum-kaum lain selain dari bahasa ibunda seperti bahasa Tamil dan bahasa
Cina. Mereka boleh mempelajari perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang biasa
digunakan oleh kaum Cina dan India ini dengan lebih fasih. Jadi, jurang antara kaum-
kaum dalam kelas juga dapat dieratkan apabila mereka saling memahami bahasa
rakan-rakan yang berlainan kaum ini.

SAYA : Oh ini bermakna kesan kepelbagaian sosiobudaya ini…… Pada pendapat encik,
adakah penting bagi seorang guru mengambilkira kepelbagaian sosiobudaya global
dalam PdPc?

EN. FARIS : Semestinya penting untuk setiap guru mengambilkira kepelbagaian sosiobudaya
global dalam PdPc. Kalau tidak, pastinya akan menimbulkan pergaduhan demi
pergaduhan antar kaum di sekolah. Boleh jadi kes berat seperti buli jika guru
memandang enteng dan tidak mengambilkira tentang sosiobudaya dalam PdPc
guru.Selepas itu, kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum pula, jadi kita wajib
menitikberatkan aspek sosiobudaya semasa mengajar. Seperti yang saya cakap
tadi, kita sebagai guru itu sendiri perlu menghormati dan menjaga sensitivity setiap
kaum di dalam kelasnya. Dengan cara ini, kelas yang kondusif dapat dibina dan
melahirnya masyarakat yang saling mengasihi dan aman damai. Perkara ini sebab
murid-murid ini adalah masa hadapan negara, jadi sekiranya kita yang merupakan
ejen perpaduan tidak mengambilkiran sosiobudaya dalam kelas, bagaimana mereka
akan mengekalkan keamanan negara pada masa hadapan? Jadi, itulah sebabnya
kita sebagai guru ini wajib menitikberatkan hal ini dan tidak pandang enteng sahaja.

SAYA : Ya, saya juga bersetuju dengan encik kerana gurulah ejen perpaduan sesebuah
negara. Jadi, apakah aktiviti pembelajaran yang biasa encik lakukan yang
mengambilkira sosiobudaya ini?
EN. FARIS : Biasanya saya akan membuat aktiviti pembelajaran koperatif. Pembelajaran ini
dilakukan secara berkumpulan. Jadi setiap kumpulan saya akan campurkan semua
kaum supaya mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain dan tahu
bagaimana cara untuk berkomuniasi dengan rakan-rakan berlainan kaum dengan
betul. Dengan cara ini, tidak akan muncul isu ‘racism’ dalam kelas. kebanyakan
aktiviti yang saya buat semuanya dalam kumpulan. Susunan meja dalam kelas juga
saya akan susunkan mengikut susunan meja abad ke-21 iaitu secara berkumpulan
dan campurkan semua kaum dalam setiap kumpulan. Seperti saya yang mengajar
subjek Bahasa Inggeris ini, saya akan membuat aktiviti lakonan situasi tentang
kebudayaan kaum-kaum di Malaysia dalam bahasa inggeris dengan melibatkan
semua kaum dalam lakonan tersebut. Saya akan beri watak secara rawak contohnya
murid melayu akan memegang watak bangsa india. Perkara ini supaya mereka lebih
faham akan budaya kaum lain dan mereka akan cuba memahami budaya kaum yang
mereka dapat untuk mereka mendalami watak yang diberikan.
SAYA : Wah sungguh menarik dan seronok aktiviti yang dilakukan oleh encik Faris. Soalan
terakhir dari saya, apakah kekangan yang dihadapi semasa mengajar di kelas-kelas
seperti ini?

EN FARIS: Walaupun nampak mudah untuk mengajar dalam kelas seperti ini, tapi saya akui
memang banyak juga kekangan yang dihadapi. Antara kekangan yang biasa
dihadapi ialah bila murid-murid ini bergaduh. Bila mereka bergaduh, sangat sukar
untuk mengawal kelas dan mereka akan kurang memberi kerjasama dalam kelas.
selepas itu, terdapat juga jenis-jenis yang suka mengejek rakan-rakannya.
Contohnya, murid melayu sering mengejek warna kulit murid kaum india dan murd
india sering mengejek murid cina dengan pelbagai ejekan. Perkara ini kadang-
kadang berlaku luar dari kawalan guru dan mereka juga tidak tahu bahawa perkara
ini akan mengundang pergaduhan antara kaum. Mereka kurang arif tentang
sensitivity kaum lain. oleh itu, perkara-perkara seperti inilah yang menjadi kekangan
untuk membentuk sosiobudaya yang baik semasa saya mengajar.

SAYA : Murid- murid kini perlu didedahkan dengan isu-isu yang sensitive bagi setiap kaum
agar mereka tidak melakukan perkara ini. Tindakan tegas juga harus diambil.
Baiklah, terima kasih encik Faris kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual.

EN. FARIS : Ya, betul. Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai