Anda di halaman 1dari 21

PROGRAM PECUTAN AKHIR

KMK 14/05/2013
TN.HJ.JUSTI @ SAINI B. AMBAN
PN. MARTINA MUNAI ANDING
JENIS SOALAN ESEI 1
1. SOALAN RESPONS TERHAD
Had pada jawapan yang diberikan oleh
calon.
Bentuk jawapan khusus
Ditunjukkan oleh kata tugas
senaraikan,takrifkan, berikan alasan


Contoh soalan respon terhad
1. Berikan alasan mengapa Sultan Mansur
Syah dianggap sebagai pembina
empayar Melaka.
2. Berikan alasan mengapa Encik
Muhammad bin Idris dianggap sebagai
seorang saudagar Melayu yang berjaya.
JENIS SOALAN ESEI 2
2. SOALAN RESPON LANJUTAN
- Kebebasan pada calon
- Cuma had dari segi masa / halaman (ikut
jumlah markah yang dibawa oleh soalan
tersebut)
Contoh soalan respon lanjutan
1. Novel SBDKL jelas memperlihatkan
pergerakan sosial/mobiliti sosial watak-
watak yang terlibat dalam cerita ini. Ada
watak-watak yang mengalami perubahan
dari segi kedudukan sosial mereka sama
ada secara menaik ataupun secara
menurun. Bincangkan.
Contoh soalan respon lanjutan
2. Keruntuhan sesebuah kerajaan seperti
yang terakam dalam teks Sulalatus Salatin
adalah berpunca daripada masalah
kepimpinan sultan yang memerintah.
Bincangkan.
4 Makna Kata Tugasan Soalan
Esei

Antara kata tugasan yang lazim digunakan dalam soalan esei
termasuklah yang berikut:

Takrifkan (istilah ...) ... memerlukan penyataan yang setara
(takrif)
Jawapan calon mesti mengandungi istilah-istilah yang khusus
dalam bidangnya tanpa terikat dengan sumber rujukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ... memerlukan takrif dengan
sedikit ulasan yang relevan tentang keertian atau konteks istilah
berkenaan.

Nyatakan ... memberikan isi/fakta tanpa sebarang huraian.
Makna kata tugasan dalam esei
Nyatakan ... memberikan isi/fakta tanpa sebarang huraian.
Senaraikan ... memerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian, dalam bentuk senarai.
Gariskan ... memberikan isi yang asas sahaja, jawapan ringkas.
Lakar ... memerlukan lukisan tangan yang ringkas; bagi gambar rajah, perkadaran dan
kejelasan perincian penting perlu diberi perhatian; bagi graf, bentuk dan/atau
kedudukan lengkung perlu betul secara kualitatif sahaja.
Lukis ... memerlukan gambar rajah, graf, peta, atau lukisan yang lebih jitu (mengikut
skala bagi graf, peta, dsb).
Galurkan ... memerlukan huraian mengikut kronologi/kejadian/ruang/proses tertentu.
Jelaskan/Terangkan/Huraikan ... memberikan isi dan huraian.
Bandingkan ... melihat yang sama dan yang berbeza tentang .dua atau lebih perkara
yang dikemukakan.
Bezakan ... melihat hal yang berbeza tentang perkara yang dikemukakan.
Bincangkan ... memberikan isi diikuti dengan huraian tentang isi tersebut dan
kemukakan hujah atau
pandangan untuk membuat isi kesimpulan.
Cadangkan ... memerlukan cadangan tentang perkara yang diminta (idea baru yang
belum pernah dilaksanakan atau idea yang telah dilaksanakan tetapi ditambah baik).
Kemukakan ... memberikan isi/fakta tanpa huraian.
Mengapakah ... memberikan sebab dan alas an bagi sesuatu yang ditanya.
Cari ... istilah umum yang boleh ditafsirkan sebagai hitung, tentukan
9
dapatkan, dll.
Hitung ... digunakan apabila jawapan berangka dikehendaki. Pada umumnya jalan
kerja hendaklah ditunjukkan, terutamanya apabila dua langkah atau lebih terlibat.
Tentukan ... biasanya digunakan apabila kuantiti berkenaan diperoleh secara
penghitungan, menggantikan nilai-nilai terukur atau diketahui bagi kuantiti-kuantiti lain
ke dalam satu rumus piawai.
Tunjukkan ... memberikan langkah/sebab yang membawa sesuatu
keputusan/fenomena yang diberikan, atau membuktikan sesuatu.
Ramalkan ... tidak memerlukan jawapan yang diperoleh secara ingatan tetapi dengan
membuat perkaitan yang logis antara maklumat-maklumat yang didapati. Maklumat
demikian mungkin keseluruhannya diberikan dalam soalan atau mungkin bergantung
pada jawapan yang diperoleh dalam bahagian awal soalan.
Deduksikan ... digunakan dengan cara yang sama seperti ramalkan kecuali sedikit
penyataan sokongan dikehendaki, misalnya rujukan kepada suatu hukum/prinsip, atau
taakulan yang perlu hendaklah dimasukkan dalam jawapan.
Setujukah anda ... memerlukan penyataan pendirian calon dengan hujah dan alasan
tentang sesuatu isu.
Sejauh manakah ... menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses
atau fenomena berbanding dengan faktor, perkara, atau hal yang lain.
Ulas ... membuat rumusan/kesimpulan dengan alasan daripada fakta/data, dan
sebagainya.
Nilaikan... membuat satu keputusan/ketetapan terhadap sesuatu yang dikemukakan.
Analisiskan/Cerakinkan ... memecahkan sesuatu komunikasi - petikan, perenggan,
carta, data, dsb- kepada bahagian-bahagiannya dan menghuraikan perkaitan antara
bahagian-bahagian itu.
Contoh soalan & cara menjawab
Soalan:
Keruntuhan sesebuah kerajaan seperti yang
terakam dalam teks Sulalatus Salatin
adalah berpunca daripada masalah
kepimpinan sultan yang memerintah.
(25 m)
Contoh cara menjawab
1. Soalan itu memerlukan fakta yang menyokong
(PRO) iaitu masalah kepimpinan
sultan/pemerintah sesebuah kerajaan.
2. Perlu juga fakta KONTRA bukan sahaja
masalah kepimpinan (cth: Sultan Mahmud)
tetapi ada masalah-masalah lain seperti
rasuah dalam kalangan pembesar, peranan
orang asing di Melaka (cth: Kitul & Raja
Mendeliar), kematian Bendahara Seri
Maharaja, masalah pemberontakan negeri-
negeri naungan Melaka dll
PRO
Cth: jati diri Encik Muhammad b. Idris

Nilai amanah ditonjolkan sikap dalam
menjalankan tugas sebagai pengurus
Syarikat Lombong Lembah Tualang


KONTRA
Sikap Encik Muhammad yang tidak menjaga
kebajikan orang Kampung Pulai; tanah
penduduk bakal dilombong tanpa
memikirkan kesannya (penyataan/hujah ini
KONTRA dengan sikap/jati diri amanah)

KESIMPULAN
Encik Muhammad mengutamakan wang
daripada nilai amanah yang harus ada
padanya sebagai orang/saudagar kaya di
Kampung Pulai/Tualang.
PRO + KONTRA + KESIMPULAN = dalam 1
perenggan yang sama
**** tidak semua soalan perlukan P+K+K
sila perhatikan soalan dengan baik.
KBKK
Cth:
Jika soalan bertanyakan tentang
kebijaksanaan Hang Tuahpelajar
tidak hanya memberikan contoh-contoh
kebijaksanaan sebagaimana dalam teks
SS tetapi harus menjelaskan mengapakah
Hang Tuah dianggap bijak..(ini tiada dlm
teks,kena fikir sendiri..
Lain-lain
1. Jangan panik apabila melihat/menerima
kertas soalan.
2. Uruskan masa anda untuk menjawab
soalan dengan baik.
3. Jaga kekemasan/kebersihan esei anda.
4. Jangan hanya menulis apa yang anda
tahu sahaja. Jawab soalan yang
diberikan.
Lain-lain
5. Jangan malas. Sentiasa berfikir bahawa
anda telah menulis dengan banyak &
kepenatan tetapi sebenarnya tidak.
6. Semoga beroleh kejayaan.

KBKK- MAHANI
Mahani seorang wanita yang taat pada
suruhan agama (ini ada dalam teks..)
Anda perlu menjelaskan kenapa Mahani
dikatakan seorang wanita yang taat pada
suruhan agama (ini anda kena fikir sendiri
berdasarkan peristiwa2 yang terdapat dalam
teks) cth: semasa majlis pertunangannya-
selesaikan solat terlebih dahulu sebelum
menyiapkan diri utk majlis pertunangannya.

Anda mungkin juga menyukai