Anda di halaman 1dari 1

PERKEMBANGAN GERAKAN POPULISME DALAM MENGGUGAT

PEMERINTAHAN KERAJAAN DI BEBERAPA BUAH NEGARA


PENGENALAN
Fenomena kemunculan populisme menimbulkan pro dan kontra bagi setiap ahli politik serta
dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi bagi negara yang mengamalkan pemerintahan
secara demokrasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap negara mempunyai
permasalahan sosialnya yang sendiri sejalan dengan tumbuhnya demokrasi dalam
membentuk dinamik kenegaraan. Oleh hal yang demikian, bagi melaksanakan penyampaian
kepimpinan sesebuah negara, banyak cara yang unik malah dramatis dan ekstrem dilakukan,
antaranya menggunakan cara gerakan populisme.
Pada 1969, Ghita Ionesco dan Ernest Geliner telah mengemukakan jangkaan, bahawa
politik dunia sedang dibayangi oleh Populisme. Maka sejak itu, pemikir-pemikir barat
mencari definasi dan konsep Populisme yang bakal diterap dalam politik demokrasi. Definisi
populisme saat ini menjadi bahan kontroversi di kalangan ilmuwan social dan sasterawan.
Sesetengan sarjana berkeras untuk mentakrifkan gerakan populis dari segi asas sokongan
social dan ekonomi mereka, sementera yang lain menekankan kandungan “ideologi” atau
“strategi diskursif”. Label populis telah digunakan untuk pelbagai pemimpin dan pergerakan
yang sangat pelbagai, malah beberapa sarjana telah mempersoalkan sama ada populisme
adalah benar-benar fenomena tersendiri atau integral sama sekali.
“Populisme” dalam Encyclopedia of Democracy menyatakan bahawa populisme ialah
gerakan politik yang menekankan kepentingan,sifat budaya dan perasaan spontan rakyat
boiasa, berbanding golongan elit yang mempunyai keistimewaan. Untuk legitimasi, gerakan
populis sering menarik majoriti secara langsung atau melalui perhimpunan besar-besaran,
referendum, atau bentuk demokrasi popular yang lain tanpa mengambil kira semak dan
imbang atau hak minority (Torcuato,1995).
Jelaslah bahawa populisme mewujudkan visi demokrasi yang tidak terikat pada
liberisme atau konstitusionalisme atau lebih ringkas untuk diungkap ialah tidak terikat
dengan ideologi yang jelas dan bertujuan asalkan boleh memanfaatkan sokongan rakyat.
Banyak negara yang boleh diambilkan contoh untuk mengukuhkan lagi bukti
perkembangan fenomena populisme di dunia lebih-lebih lagi negara yang mengamalkan
demokrasi. Contohnya di Indonesia kemunculan gerakan populis mendapat momentum
penting pada tahun 2016. Hal ini dapat dilihat semasa Pemilihan Umum Ketua Wilayah pada
tahun 2016 hingga Pilihan Raya Umum Presiden 2016 (Azra, 2021). Berdasarkan kajian,
menurut Prayogi (2019), dinyatakan bahawa semasa Pemilihan Umum Ketua Wilayah 2017
kemunculan gerakan populisme Islam mula terbentuk dengan munculnya isu politik identity,
tindakan gerakan pertahanan Islam oleh GNF MUI dan FPI yang memberikan gambaran
tentang fenomena korelasi antara gerakan social dan gerakan populisme Islam
(Riadi,2019;Pratama 2021)

Anda mungkin juga menyukai