Anda di halaman 1dari 1

Mengapakah kesilapan manusia perlu diminimumkan?

Berikan contoh
Komitmen dapat ditakrifkan sebagai kesanggupan serta prestasi yang ditunjukkan oleh
individu dalam menjalankan sesuatu tugasan dengan baik. Jika kesilapan manusia dapat
diminimumkan, komitmen yang diberikan adalah lebih baik. Misalnya, sebelum sesebuah
perjanjian dimeterai antara sesebuah syarikat dengan syarikat yang lain, kedua-dua belah pihak
akan terlebih dahulu meninjau prestasi kerja yang telah dicapai oleh syarikat yang akan
bekerjasama dengan syarikat mereka. Antara aspek yang selalu ditinjau adalah kekerapan
syarikat tersebut mempunyai kesilapan manusia dalam proses kerja yang dilakukan. Sekiranya
didapati bahawa Syarikat A mempunyai kekerapan yang tinggi dalam kesilapan manusia, maka
Syarikat B boleh memutuskan untuk tidak memeterai perjanjian dengan Syarikat A. Hal ini
kerana Syarikat B merasakan bahawa Syarikat A tidak akan dapat memberikan komitmen yang
baik dalam kerjasama antara mereka pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai