Anda di halaman 1dari 5

Bab 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN MASA HADAPAN

6.1 Pendahuluan

6.2 Kesimpulan:

Modul Pendidikan Alam Sekitar yang dibina telah terbukti boleh digunakan bagi
menyelesaikan permasalahan pengembaraan semasa aktiviti perkhemahan empat hari tiga
malam unit kokurikulum melibatkan Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri
Kadet di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Toh Wah Seng (2011) menyatakan bahawa
Program kokurikulum di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah sebahagian daripada
program pendidikan guru untuk mendidik dan melatih guru pelatih supaya membolehkan
mereka menjadi guru yang terlatih dan dapat melaksanakan tugas-tugas keguruan di sekolah.

Setelah digunakan semasa aktiviti pengembaraan hutan tersebut, bagi guru pelatih yang
menggunakan Modul Pendidikan Alam Sekitar telah terbukti bahawa tahap pengetahuan
mereka adalah lebih tinggi dari sebelum mereka menggunakan Modul Pendidikan Alam Sekitar
tersebut. Berbanding dengan guru pelatih yang tidak mengguankan Modul Pendidikan Alam
Sekitar semasa aktiviti pengembaraan dijalankan yang mana pengetahuan mereka
adalahsetara dan tiada perbezaan samada sebelum dan selepas mengikuti aktiviti
pengembaraan hutan unit beruniform.
Penggunaan Modul Pendidikan Alam Sekitar semasa aktiviti perkhemahan empat hari
tiga malam unit kokurikulum melibatkan Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu
Puteri Kadet oleh guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, bila diukur dari
sikapnya pula, terbukti bahawa ada perubahan sikap yang ketara terhadap mereka. Ianya dapat
diperhatikan semasa mereka menjalankan aktiviti pengembaraan tersebut dan selepas mereka
memberi maklum balas terhadap aktiviti yang telah dijalankan semasa pengembaraan di hutan.

Berbanding dengan guru pelatih yang tidak menggunakan Modul Pendidikan Alam
Sekitar, yang tidak nampak akan perubahan sikap berkaitan menyayangi alam sekitar. Modul
Pendidikan Alam Sekitar ini akan terus digunakan kepada guru pelatih lain yang akan
mengadakan aktiviti yang sama iaitu semasa perkhemahan empat hari tiga malam unit
kokurikulum melibatkan Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri Kadet.

Modul Pendidikan Alam Sekitar ini menyenangkan para pensyarah sebagai fasilitator
yang mengendalikan perkhemahan tersebut kerana telah membantu mereka mencapai suatu
objektif dan mempunyai aktiviti yang teratur dan berfaedah. Sesuai dengan seruan Kementerian
Pendidikan Malaysia sekarang ini yang menitikberatkan berkaitan kelestarian penjagaan alam
sekitar. Ianya memerlukan pengetahuan serta sikap yang positif terhadap alam sekitar melalui
pendidikan yang merangkumi aktiviti-aktiviti kesedaran dan pengajaran dan pembelajaran yang
yang betul mengenai alam sekitar. Telah ada satu Modul Pendidikan Alam Sekitar untuk para
pensyarah sebagai fasilitator untuk mengendalikan aktivit pengembaraan hutan semasa
perkhemahan unit beruniform.

Guru pelatih didedahkan dengan pengetahuan yang berbagai perkaitan ekosistem hutan
iaitu merangkumi sumber air, tanah, flora dan fauna serta ikthiar hidup di hutan. Bagi
pengetahuan berkaitan air, guru pelatih telah mengetahui di mana terdapatnya sumber air di
dalam hutan, sumber-sumber air yang boleh digunakan di hutan, ianya termasuk juga air yang
boleh didapati daripada tumbuhan-tumbuhan untuk ikhtiar hidup. Air juga berperanan untuk
tunjuk arah semasa di hutan. Untuk memupuk sikap yang positif guru pelatih berkaitan air,
mereka telah mengetahui betapa pentingnya sumber air di hutan supaya tidak tercemar, kerana
sumber air di hutan adalah tempat yang perlu dilindungi untuk kegunaan generasi akan datang.

Guru pelatih telah mempunyai pengetahuan berkaitan tanah yang mana semasa
pengembaraan di hutan guru pelatih dapat mengetahui keadaan tapak muka bumi kawasan
hutan. Kajian juga telah dibuat oleh guru pelatih berkaitan tanah agar mengetahui jenis-jenis
tanah yang terdapat semasa aktiviti kembara hutan dijalankan. Tanah juga dikaji dengan
melihat warnanya. Struktur tanah semasa pengembaraan hutan, guru pelatih yang terlibat
secara langsung menggunakan Modul Pendidikan Alam Sekitar telah boleh mengenal pasti
keadaan struktur tanah yang mana boleh dibuat lalaun dan yang merbahaya seperti kawasan
tebing dan cerun yang curang.

Guru pelatih telah mengetahui hakisan tanah di dalam hutan dan telah memberi
pandangan yang bernas bagaimana untuk menghindari daripada berlakunya hakisan tanah.
Semasa aktiviti menanam anak pokok, guru pelatih telah boleh mengetahui objektif adalah
untuk membanyakkan pokok tumbuh bagi menghasilkan oksigen dan menutup bumi dari
kepanasan yang melampau.

Bagi ikthiar hidup dalam Modul Pendidikan Alam Sekitar semasa aktiviti memasak, guru
pelatih telah berjaya membuat satu ketetapan bahawa kawasan memasak mestilah dibersihkan
supaya tidak kekotoran sampah-sarap dan mendatangkan penyakit datangnya dari haiwan liar
seperti tikus, nyamuk dan sebagainya. Guru pelatih telah mendapat pengetahuan yang amat
berguna iaitu selepas aktiviti memasak, api atau bara yang tertinggal mestilah dipadamkan
dengan segera supaya tidak menyebabkan kebakaran hutan.

Guru pelatih juga mengetahui sumber hutan yang boleh digunakan semasa sesat di
hutan seperti penggunaan struktur tumbuh-tumbuhan dana haiwan. Mereka juga telah berjaya
mendapat pengetahuan berkaitan cara untuk menyelamatkan diri semasa sesat di hutan. Hutan
juga diselamatkan supaya tidak mengalami kepupusan flora dan faunanya. Usaha untuk
menyelamatkan hutan berjaya dilaksanakan kerana guru pelatih ini telah mendapat
pengetahuan yang berbagai bagaimana untuk menyelamatka hutan daripada musnah.
Bagi menyelamatkan tumbuh-tumbuhan di hutan semasa aktiviti pengembaraan
dijalankan telah mengetahui bahawa pokok-pokok tidak boleh dimusnahkan sama sekali seperti
menebang sesuka hati dan mematahkan batang pokok. Pokok-pokok yang telah dimusnahkan
atau digunakan perlulah diganti dengan tanaman anak pokok supaya ianya terpelihara serta
mengekalkan supaya 50 peratus kawasan hutan berbanding yang telah diterokai berjaya
diselamatkan.

Guru pelatih juga telah mengetahui betapa pentingnya menjaga pokok-pokok daripada
kemusnahan dan kepupusan. Mereka dapat merasa keseronokan dan pengetahuan akan rupa
kanopi hutan yang menarik coraknya, mengenali tumbuhan tutup bumi, mengetahui cara
menyukat pokok yang paling benar ditemui semasa pengembaraan hutan serta mendapat
pengetahuan bagaimana menyukat ketinggian pokok menggunakan formula Matematik.

Begitu juga dengan haiwan dan ungags yang sepatutnya dipelihara supaya tidak akan
pupus spesisnya. Guru pelatih telah mengetahui akan terdapatnya berbagai haiwan dan ungags
di dalam hutan melalui pemerhatian dan catatan akan kewujudan haiwan di kawasan tempat
diadakan aktiviti pengembaraan tersebut. Mereka dapat memerhatikan akan keindahan rupa
bentuk haiwan, warna-warna yang menarik, serta corak badan haiwan yang berbagai. Mereka
juga dapat pengetahuan berkaitan haiwan-haiwan yang merbahaya kepada manusia.

Habitat-habitat haiwan juga dipelajari oleh guru pelatih di dalam Modul Pendidikan Alam
Sekitar supaya mereka tidak memusnahkannya selepas mendapat pengetahuan tersebut.
Sikap guru pelatih telah bertambah untuk menyayangi haiwan kerana mereka telah terlibat
secara langsung dengan keadaan alam sekitar yang mempunyai haiwan dan ungags yang liar.

Bila terdapatnya pengetahuan dan sikap seperti mana yang dikehendaki oleh objektif
kajian, guru pelatih yang telah didedahkan dengan Modul Pendidikan Alam Sekitar ini telah
boleh memberikan pengetahuan alam sekitar mereka kepada anak didik mereka bila dihantar
mengajar ke seluruh negara. Guru pelatih ini juga boleh memupukkan sikap anak didik mereka
supaya cintakan alam sekitar serta boleh menjaga alam sekitar dengan mengetahui cara-cara
yang betul semasa berada di kawasan hutan. Guru pelatih yang lain juga akan didedahkan
dengan Modul Pendidikan Alam Sekitar ini supaya mereka juga dapat menambahkan
pengetahuan serta memupuk sikap positif menyayangi alam sekitar.

Modul ini telah diluaskan lagi bagi kegunaan kursus-kursus yang lain yang melibatkan
pengembaraan hutan contohnya Bina Insan Guru, pelajar-pelajar sekolah, jabatan-jabatan
kerajaan lain dan NGO, yang menggunakan pusat perkhemahan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Hasil daripada ulasan dan pendapat keseluruhan yang telah menggunakan
Modul Pendidikan Alam Sekitar ini telah memberikan pandangan yang memuaskan serta positif
daripada penambahan pengetahuan dan sikap.

Akhirnya bagi guru pelatih yang telah didedahkan dengan Modul Pendidikan Alam
Sekitar ini diharapkan dapat membuat kajian mereka sendiri di masa akan datang berkaitan
ekosistem hutan di tempat yang lain di mana flora dan faunanya mungkin berbeza daripada
kawasan yang telah dikaji.

Anda mungkin juga menyukai