Anda di halaman 1dari 10

CADANGAN KERTAS

KERJA

PERKHEMAHAN PENGAKAP
SEKOLAH RENDAH DAERAH JEMPOL
2017

29 hingga 30 September 2017

Padang Sekolah Kebangsaan Palong 14(f)

0
1. PENDAHULUAN.

1.1. Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk membangunkan modal insan dengan
memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri
pelajar. Aktiviti kokurikulum yang menjadi pelengkap kepada pencapaian akademik
murid akan dapat memastikan bahawa sistem pendidikan yang proaktif akan dapat
melahirkan modal insan yang berdisiplin, berilmu pengetahuan, berterampilan,
penyayang serta kaya dengan nilai-nilai murni.

1.2. Untuk itu, generasi muda yang bakal menjadi pemimpin dan pewaris perlu dibentuk dan
dibimbing,diajar dan dibekalkan dengan peluang dan ruang yang ada bagi memainkan
peranan positif dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.

1.3. Perkhemahan sama ada diperingkat daerah dan negeri, segala aktiviti yang dijalankan
akan memberi tumpuan secara khusus kepada kurikulum Unit Beruniform. Walau
bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan serta
ketahanan fizikal dan mental terhadap diri anggota ketika mengaplikasikan segala
aktiviti yang dirancang dan dijalankan.

1.4. Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, penilian akan dijalankan secara
menyeluruh berkenaan kemajuan dan keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan
dalam melaksanakan aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan badan
beruniform di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan.

2. MATLAMAT

2.1. Perkhemahan Pengakap Sekolah Rendah bertujuan memberi pendedahan mengenai aktiviti
perkhemahan yang melibatkan kumpulan Pengakap yang ada di sekolah rendah. Adalah
diharapkan perkhemahan ini dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan,
berdaya saing, bersemangat patriotik, berdikari, setiakawan, bekerjasama dan cintakan negara,
sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang melibatkan berbagai kaum secara adil dan saksama.

1
3. OBJEKTIF

3.1. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli ahli Pengakap tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.

3.2. Untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli Pengakap tentang tanggungjawab


terhadap diri dan negara.

3.3. Bagi memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
jati diri setiap peserta.

3.4. Menggalakkan intergrasi nasional antara kaum melalui aktiviti perkhemahan Pengakap
disamping dapat menghormati budaya pelbagai kaum.

3.5. Meningkatkan disiplin diri serta mematuhi peraturan dan undang-undang agar
melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang mantap.

4. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH


DAERAH JEMPOL 2017

Penasihat : Yg.Bhg. Tuan Haji Sazali Bin Haji Sam


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu

Pengerusi : En.Abdullah Anastas Zorin B. Yacob


Pen.PPD. Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Timbalan Pengerusi : En Noor Azmee Bin Arshad


Guru Besar
SK Palong 14(F)

Setiausaha : En. Mustatafa Bin Mohd Yusof


Penyelia Kokurikulum PPDJJ

Penolong Setiausaha I : Pn Azizah


GPK Kokurikulum SK Palong 14(F)

Ahli-Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Besar Daerah Jempol

2
5. JAWATANKUASA PENGELOLA PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH
RENDAH DAERAH JEMPOL 2017

Pengerusi

Guru Besar SK Palong 14(F)

Timbalan Pengerusi

GPK Pentadbiran SK Palong 14(F)

Naib Pengerusi 1

GPK Kokurikulum SK Palong 14(F)

Naib Pengerusi 2

GPK HEM SK Palong 14(F)

Penyelaras
En.Mustatafa Bin Yusuf
Penyelia Kokurikulum PPDJJ

Teknikal
En. Sulaiman Bin Malik
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol

Ahli Jawatankuasa
Semua Guru Besar Daerah Jempol

Setiausaha
En. Muhamad Khalil Husyairi Bin Ghazali
Penyelaras Unit Beruniform SK Palong 14(F)
Penolong Setiausaha 1
En. Rosahdan Bin Md Aziz
Pemimpin Pengakap SK Palong 14(F)
Bendahari
En Robi Roston Bin Zakaria
Bendahari PIBG SK Palong 14(F)

3
6. AHLI JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH
RENDAH DAERAH JEMPOL 2016

EX-OFFICIO Tn. Haji Sazali Bin Hj Sam


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu

URUSETIA Pen.PPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPDJJ


Penyelia Kokurikulum Daerah Jempol dan Jelebu
Pengerusi Teknikal Pengakap Daerah Jempol

a) Komandan Kem : SK Palong 14(F)

b) Penolong Komandan : 1. SK (F) Palong 12 (L)

2. SK (F) Palong 2 (P)

c) Sambutan / Protokol : SK (F) Bandar Baru Serting / Pengakap Daerah Jempol

d) Dokumentasi : SK Palong 14 (F)

e) Pendaftaran / buku program : SK (F) Bandar Baru Serting

f) Perasmian Penutup/ juruacara : SK Sungai Lui

g) Disiplin / Keselamatan : SK St. Aidant

h) Tapak Perkhemahan : SK (F) Bandar Baru Serting / Pengakap Daerah Jempol

i) Makanan Dan Sajian : SMK Batu Kikir Model Kahas

j) Logistik Dan Peralatan : SK (F) Bandar Baru Serting

k) P.A Sistem : SK Lui Timur

l) Kebersihan : SK Rompin

m) Hadiah / Cenderahati : SK (F) Bandar Baru Serting

n) Kerohanian / Moral : 1. SK (F) Serting 2. SJKT Ldg Jeram Padang

o) Senaman / aktiviti jasmani : SK Pulapah

p) Kesihatan / kecemasan : SK Lui Muda (F)

q)

r)

4
7. TARIKH PELAKSANAAN

7.1. 29 dan 30 September 2017 (Jumaat dan Sabtu)

8. TEMPAT
8.1. SK Palong 14(F)

9. PENGELOLA PERKHEMAHAN
9.1. SK Palong 14(F)

10. PENYERTAAN
10.1 Aggaran penyertaan adalah seramai 200 orang (4 peserta mewakili setiap sekolah).
Setiap peserta mestilah berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia.

11. Jumlah Keseluruhan Penyertaan

11.1. 37 buah sekolah x 4 org : 148


11.2. Guru Pemimpin : 37 x 1 : 37
11.3. Jurulatih pengakap : 10
11.4. Urus setia : 20
215 orang

12. SYARAT PENYERTAAN


12.1. Penyertaan terbuka kepada ahli pengakap Sekolah Rendah seperti dalam
jadual.Semua peserta mestilah terdiri daripada murid sekolah rendah lelaki dan
perempuan Tahap 2 ( Tahun 4 hingga 6 )
12.2. Semua peserta mestilah berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia.
12.3. Bilangan peserta seramai 4 orang bagi setiap sekolah mengikut pecahan 2:2
12.4. Semua penyertaan yang mewakili mestilah terdiri daripada murid yang sedang
menuntut di sekolah berkenaan.
12.5. Semua murid yang menyertai hendaklah sihat tubuh badan dan TIDAK mempunyai
penyakit kronik.
12.6. Semua murid hendaklah mendapat kebenaran ibubapa / penjaga masing-masing.

13. PENDAFTARAN PESERTA


13.1. Semua peserta dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran peserta yang
dilampirkan dan dihantar melalui e-mel atau fax kepada / 06-4581102 pada atau
sebelum 10 September 2017.

5
13.2. Bayaran untuk murid yang menyertai perkhemahan ini adalah sebanyak RM30.00
seorang peserta dan RM 20.00 bagi guru pengiring. Pembayaran boleh menggunakan
peruntukan BKK / SUWA / PIBG ditulis atas nama GURU BESAR SEK KEB
PALONG 14(F)

14. PENGINAPAN
14.1. Semua peserta akan menginap dalam khemah yang disediakan oleh sekolah masing-
masing.

14.2. Semua peserta dan guru pengiring akan ditempatkan di tapak perkhemahan yang
ditentukan oleh pihak penganjur di sepanjang tempoh perkhemahan.

15. PAKAIAN PESERTA DAN GURU PENGIRING


15.1. Semua peserta hendaklah berpakaian uniform lengkap / trek bottom berwarna gelap
dan baju T berlengan panjang atau pendek beserta skaf di sepanjang aktiviti dijalankan.

15.2. Uniform lengkap pengakap akan dipakai semasa upacara istiadat dan majlis perasmian
penutup dan acara lain sekiranya perlu

15.3. Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan singlet sepanjang tempoh
perkhemahan.

15.4. Pemakaian selipar semasa aktiviti TIDAK dibenarkan.

15.5. Semua guru pengiring akan diagihkan mengikut kumpulan peserta dan bergerak
mengikut aktiviti yang dijalankan. Guru pengiring juga bertindak sebagai fasilitator
bagi kumpulan yang diagihkan( Akan ditentukan dalam Mesyuarat Kem
Komandan )

15.6. Pakaian guru semasa aktiviti adalah dalam Uniform lengkap pengakap / trek bottom
dan baju T beserta skaf.

16. PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN


16.1. Makanan dan minuman peserta dan pegawai akan disediakan secara berpusat dan akan
diuruskan oleh Jawatankuasa berkenaan.

16.2. Air masak akan disediakan di tempat yang ditetapkan sepanjang tempoh perkhemahan.
Peserta digalakkan untuk membawa air minuman sendiri bagi keperluan peserta.

6
16.3. Agihan makanan akan dibuat mengikut seliaan guru pengiring masing-masing.

16.4. Semua peserta,guru pengiring dan pegawai dikehendaki membasuh pinggan dan cawan
masing-masing.

16.5. Semua peserta dan guru pengiring serta pegawai dikhendaki akur dengan jadual masa
makan yang ditetapkan.

17. PENGANGKUTAN
17.1. Kemudahan pengangkutan dari sekolah masing-masing ke tapak perkhemahan dan
balik diuruskan oleh sekolah masing-masing.

18. PETI BANTU MULA / FIRST AID


18.1. Setiap sekolah dikhendaki membawa peti Bantu Mula dan dikawal oleh guru pengiring
masing-masing.

19. KESELAMATAN / KECEMASAN


19.1. Semua jenis senjata adalah ditegah disimpan di dalam khemah. Guru pengiring
sekolah masing-masing harus menyimpan segala pisau/parang/alatan tajam bagi tujuan
aktiviti yang dibawa oleh peserta sekolah berkenaan.

19.2. Rokok, dadah minuman keras, pertaruhan dan salah laku adalah ditegah dan peserta
akan dihantar pulang ke sekolah masing-masing serta merta sekiranya didapati
bersalah melanggar peraturan ini.

19.3. Semua peserta / pegawai hendaklah MENGUTAMAKAN KESELAMATAN


sepenjang perkhemahan dijalankan.

19.4. SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUSETIA JIKA


BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN

20. PENYERTAAN AKTIVITI


20.1. Setiap peserta wajib mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur

20.2. Setiap peserta dan guru pengiring akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
kecil mengikut aktiviti.

20.3. Setiap kumpulan akan diwakili oleh peserta yang berlainan jantina dan kaum.

20.4. Peserta akan tidur di dalam khemah yang ditetapkan.

7
21. TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama

2.00 3.00 Pendaftaran /Taklimat Guru Pengiring


3.00 3.30 Istiadat Laung Agung dan taklimat kem komandan
3.30 5.30 Mendirikan khemah / minum petang/solat Asar
5.30 6.30 LDK 1
6.30 8.00 Persiapan diri/Makan Malam/Solat Magrib Berjemaah/Moral
8.00 9.00 LDK 2
9.00 10.00 LDK 3
10.00 10.30 Minum Malam / Tidur

Hari ke- 2

5.30 -7.00 Pengurusan diri / solat Subuh berjemaah


7.00 -7.30 Perhimpunan / Senaman pagi
7.30 - 8.00 Sarapan pagi
8.00 -8.30 Pemeriksaan pagi
8.30 9.00 Istiadat Laung Agung
9.00-10.00 LDK 4
10.00- 10.15 Rehat
10.15 -11.30 KHIDMAS
11.30 - 12.30 Runtuh khemah/Raptai Penutup
12.30 - 2.00 Pengurusan diri / makan tengahari / Solat
2.00 3.30 Majlis Penutup
3.30 Bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing

22. CADANGAN AKTIVITI

22.1. Ikatan dan gajet

22.2. Pertolongan cemas

22.3. Khidmat Masyarakat

22.4. Kembara

22.5. Skim Lencana Keris Perak

8
23. KEWANGAN

Rujuk Lampiran

24. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu yang disampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

............................................
(EN MUHAMAD KHALIL HUSYAIRI BIN GHAZALI)
Penyelaras Unit Beruniform
SK Palong 14(F)

Disahkan oleh,

............................................
(EN. NOOR AZMEE BIN ARSHAD)
Guru Besar
SK Palong 14(F)

Anda mungkin juga menyukai