Teori Humanis Teori Psikoanalitik Teori Perkembangan Teori Kognitif Teori Gestalt Teori Behaviourism Teori Konstruktivisme
Teori Humanis
Teori yang berasaskan konsep kepuasan dan keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow. Mengandungi 7 kategori keperluan yang boleh dijelaskan dalam konteks murid-murid iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan diri, keperluan mengetahui dan memahami, keperluan estetikan serta kerperluan kesempurnaan diri.
a. Keperluan fisiologi
Keperluan asas yang perlu dipenuh oleh orang dewasa kepada kanak-kanak seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya supaya mereka berasa selesa untuk menghadapi pembelajaran dan pembesaran.
b. Keperluan keselamatan
Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatn dan perlindungan. Pada tahap ini kesejahteraan diri mereka seperti tempat belajar yang selesa, guru yang baik dan persekitaran yang tidak membahayakan perlu diberi perhatian.
f. Keperluan estetika
Kanak-kanak ingin menghayati dan menikmati keindahan alam hanya selepas keperluan lain dalam hierarki itu dipenuhi.
Keperluan fisiologi
Teori Psikoanalitik
Dikemukakan oleh Sigmund Freud Pengasas dalam aliran psikologi atau psikologi dalaman (depth psychology) Diiktiraf sebagai kaedah merawat individu yang mengalami masalah tekanan emosi. Freud manusia dilahirkan dengan naluri semulajadi (inborn drives). Berdasarkan pandangan ini maka lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak geri manusia (tdk rasional, tidak sosial yang penuh dengan desakan yang blh merosakkan diri senidiri dan individu yang lain). Desakan paling utama lebih menjurus untuk mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.
Id dorongan dan tenaga naluri yang mendorong manusia bagi bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. Id didorong oleh tenaga kehidupan yang memotivasikan tingkah manusia yang dkenali sebagai libido. Id terdapat semua desakan asas dan keinginan manusia. Mengandungi dua bahagian iaitu:
- naluri kehidupan
- kematian
Ego personaliti yang terbentuk melalui pengalaman iaitu proses psikologi seperti mengingati mengamati, merasai dan sebagainya. Ego berfungsi mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Ego berpegang kepada prinsip realiti hidup. Super ego ialah bahagian personaliti bermoral dan boleh berkembang beransur-ansur melalui pengaruh persekitaran.
Super ego - personaliti bermoral dan boleh berkembang beransur-ansur melalui pengaruh persekitaran. Cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. Berfungsi mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat dan penawaran ganjaran bg tingkah laku baik dan hukuman bagi tingkah laku buruk.
Alam sedar berada di bawah alam kesedaran kita. Blh dikawal dengan ingatan peristiwa lama yang pernah berlaku. Alam bawah sedar adalah fenomena yang bukan dalam kawalan kita berlaku tanpa kawalan berlaku tanpa kawalan, kecuali dalam keadaan yang istemewa atau anugerah Tuhan. Lazimnya berlaku dalam mimpi atau ketika hilang ingatan.
Menurut Freud 2 andaian kreatif iaitu - penulis menghasilkan karya mereka melalui dua jalan iaitu fantasi atau mimpi. - Antara hubungan seks neurosis (fantasi) dan nasisme. Kedua-dua andaian ini saling berkaitan dan lazimnya terjadi di dalam mimpi. Freud menyamakan penulisan kreatif dan kreativiti kanak-kanak untuk menjelaskan konsep fantasi. Fantasi sama dengan konsep imaginatif kanakkanak.
Keperluan guru memahami dan mengaplikasikan Teori psikoanalisis Kefahaman tentang teori ini akan memudahkan guru untuk menangani masalah ketegangan perasaan muridmurid. Guru harus memahami tiga teknik asas merawat pesakitnya iaitu:
a. Perkaitan bebas
Murid-murid yang mengalami tekanan emosi akan meluahkan setiap perkara yang terlintas difikirannya. Guru boleh membuat interpertasi menerusi bentuk dan imej yang dihasilkan oleh pelajar.
b. Pemindahan
Murid mengarah emosinya pada guru seni seolah-olah guru seni yang menyebabkan perasaan itu. Guru seni perlu sabar dengan telatah anak muridnya.
c. Interpertasi mimpi
Interpetasi dibuat secara spontan. Keadaan tidak sedar bagi seseorang murid di lahirkan melalui mimpi atau imaginatif. Guru perlu faham dan membuat interpetasi tehadap masalah murid secara mendalam.
Aktiviti seni merupakan terapi yang paling sesuai digunakan kepada murid-murid. Kanak-kanak meluahkan perasaan dalaman melalui penghasilkan karya seni. Guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid melalui penghasilkan karya seni. Guru harus bertindak sebagai kaunselor kepada pelajar. Melalui karya seni dapat membuat penilaian pada diri pelajar
Penggunaan garisan, warna, bentuk dan objek menggambar perasaan sebenar kanak-kanak. Guru perlu peka pada emosi pelajar. Mengawal emosi pelajar dengan aktiviti seni.
Teori Perkembangan
Perkembangan adalah perubahan dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu proses yang berterusan dari masa lahir hingga ke akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap, merangkak, duduk, berjalan dan berlari. Perubahan perkembangan blh dilihat dari segi kemahiran interaksi kanak-kanak. Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan persekitaran. Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Terdapat proses perkembangan yang yang berbeza daripada aspek-aspek seperti mental, jasmani, emosi dan sosial. Mok Song Sang(2001), Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu adalah genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal, mental dan emosi. Perkembangan merangkumi tiga aspek penting iaitu: a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa b. afektif - emosi, sosial, estetika dan kreatif c. psikomotor - perkembangan dan kemahiran.
Piaget terdapat perbezaan individu dalam mencapai tahap perkembangan Guru harus sedia aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pemikiran dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Dlm PSV teori kognitif Piaget yang proses asimilasi boleh berlaku apabila murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghasilkan seni.
Sambung
Pembelajaran sebenar berpunca dari murid itu sendiri dan ia boleh berlaku dalam pendidikan seni melalui penglibatan dan penerokaan secara aktif murid dengan benda maujud semasa proses p&p.
sambung
Aspek penting dalam teori Jerome Bruner yang dikaitkan dengan pendidikan seni adalah penekanan Bruner pada pembelajaran secara induktif, pembelajaran melalui penemuan bebas ataupun pembelajaran secara terbimbing.
Prinsip-prinsip dalam teori ini melibatkan bebrapa peringkat iaitu: - Fasa penemuan - Fasa penerimaan - Fasa pengeluaran - Fasa motivasi Menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru bagi membentuk tingkah laku yang baru kepada murid-murid. Cth: etika berpakaian, ketepatan masa dan tingkah laku yang positif
Nilai-nilai dan norma masyarakat Budaya masayarakat Faktor biologi - baka dan kematangan Faktor sosial - kawan, keluarga dan masyarakat Faktor psikologi - keperluan untuk kasih sayang dan memiliki konsep kendiri yang positif
Teori Gestalt
Berasal dari perkataan German bermaksud organisasi atau konfogurasi. Dipelopori oleh tiga orang ahli psikologi German iaitu: Max Wertheimer (1880-1943) Kurt Koffka (1886-1941) Wolfgang Kohler (1887-1967)
Kajian tertumpu kepada domain kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada deria penglihatan. Cth: bagaimana otak mentafsir imej wajah seseorang yang dikenali dan pernah dilihat sebelum ini.
Hukum Pragnaz
Pragnaz - prinsip-prinsip pengamatan Empat prinsip pengamatan a. Prinsip dekatan - Penanggapan seseorang cenderung mencorakkan ransangan dengan mengumpulkan ransangan yang berhampiran dengan satu kumpulan. b. Prinsip persamaan Mudah difahami. Individu akan cenderung untuk mengklasifikasi ransangan yang mempunyai persamaan dalam kump. yang sama.
c. Prinsip kesempurnaan seseorang cenderung melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap d. Prinsip persambungan cenderung menganggap persambungan garisan yang menunjukkan suatu bentuk yang berterusan
Kanak-kanak lazimnya sering membuat pengubahsuaian/ pada imej yang dilihat Keadaan ini berlaku disebabkan 4 faktor: - modifikasi kesan penukaran ransangan optif kepada saraf cerebal otak - Modifikasi tanggapan dalam proses mencari imej yang sesuai - Modifikasi imej kesan penggunaan media dan proses artistik - Keupayaan otak koordinasi psikomotor kanak-kanak.
Sebagai guru kita harus menerima intipati/imej yang dihasilkan oleh kanakkanak. Pengamatan guru seni amat memainkan peranan penting dalam menterjemahkan setiap imej.
Teori Konstruktivisme
Diasaskan oleh Jerome Bruner. Tentang proses belajar yang memerlukan penglibatan akti pelajar dalam membina ideaidea baru yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Pelajar memilih dan menterjemah maklumat, membuat andaian, membuat keputusan dan bergantung kepada kebolehan kognitif . Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti penemuan melalui interaksi dengan persekitaran.
Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Kaedah ini mengaplikasi 4 cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. - Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. - Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami. - Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran. - Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu. Pendekatan konstruktivisme menyarankan agar pendidika membimbing terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar agar pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuai dengan tahap pelajar.
Teori Behaviourisme
Behaviourisme Kefahamn tingkah laku. Tokoh-tokoh Edward L. Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut Teori Berhaviourisme, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pegalaman. Peri laku dan gerak sebagai unsur penting dalam sesuatu pembelajaran. Gerak laku seseorang dapat menunjukkan proses pembelajaran berlaku atau tidak.