Permainan Manipulatif (Manipulative)
Teks: Ashikin Hashim
Anakanda Wajdi sedang asyik menyusun mengikut warna sambil mengira
Tahukah anda apakah itu permainan manipulative?
Manipulative adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau
membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Permainan ini
membantu anak untuk membina kemahiran moto halusnya terutama kordinasi tangan. Permainan ini
juga melibatkan kordinasi otak dan mata anak.
Contoh permainan manipulative
Apakah kebaikan bermain manipulative?
1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran
moto halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai
menulis.
2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan
anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya.
3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling
baik untuk menyambung dan membentuk.
4. Permainan ini baik untuk kordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan
berwarna.
5. Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun
kelebarannya.
6. Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik)
7. Kemahiran sosialnya juga akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu
atau meminta bantuan daripada orang lain.