perkembangan minda!
Ok topik hari ni agak kemak-makan sikit. Orang bujang mesti
boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca
sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;D
Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu
kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masingmasing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai
jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist
kan. Aku ingat aku sorang je. -___Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa
Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,
anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc.
Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.
Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke? Tak
semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae. Asik sakit
perut pon jumpa gynae. Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa
gynae.
So sama macam child psychiatrist. Bawak anak jumpa psychiatrist
tak semestinya anak kau gila. -_____Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas,
sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child
Psychiatrist. Untuk apa?? Supaya parents lebih mengenali behaviour
anak. Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviourbehaviour tertentu. Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak
takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat
camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak
buat camane.
Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak
masing-masing dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT.
Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang
dengan baik. Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak
dengan gajet semata. Amboi kasarrrr ayatnya. -___Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak jadi sempit
dan tak kreatif bila fikir soal anak.
Bila anak bosan, nah ipad. Bila anak nak perhatian, nah ipad. Nanti
esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut
kau. Ok kasar lagi. Maafkan saya. -..Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan
Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang
boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak.
So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut. Dan semua
aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak
dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat
bersama. Siapa kata aku mereka-reka cerita, korang siap. Aku jentik
tahi lalat tu kang.
;D
Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang
minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam
assessment mereka. Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja,
yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan
dengan anak masing-masing di rumah.
Ok jom kita tengok satu-satu.
1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.
Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus.
Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh
kenal saiz mengikut turutan yang betul.
Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane
nak buat tower yang seimbang.
Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat
rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat
tower.
b) Fur Balls
c) Batang Aiskrim
Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara
paling baik untuk merangsang minda anak.
Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok
sendiri dari perangai Haikal.
Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan
bersemangat.
Macam iolls.
*muntah*
;D
4) Shape Sorting
Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam
ni.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar.
-____Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna
sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.
Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang
lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma
RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:
Shape sorter.
Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine
motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur
sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak
korang jugak.
7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.
Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___-
Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis.
Kahkah!
Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands
bukan?
skills.
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)
8) Count the sea-shells.
Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan
bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.
Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut
nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..
Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama
untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.
9) Bolts & Nuts
Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa
assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang
murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-
Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna,
bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas,
picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga
akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang
berhubung.
10) Melukis
Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas
kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.
Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon
dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran
yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih
luas.
Hamboi.
Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI
melukis.
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin
harian.
Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis
dengan anak.
Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate.
Walau sekadar bulatan atau garisan.
Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap
huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.
Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak
untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking
tape sahaja,
korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih
susah dari minggu ke minggu.
Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya
korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-
Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena
awas lebih.
Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif
dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak
perlu keluar peluh pon.
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.