Anda di halaman 1dari 7

2.

0 Ruangan Pembelajaran

Setiap tadika memerlukan pelbagai jenis ruangan yang mempunyai tujuan masing-
masing. Hal ini disebabkan oleh ruang-ruang ini mempunyai fokus tertentu unuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Ruangan ini terbahagi kepada beberapa bahagian untuk
memudahkan kanak-kanak melihat bahawa setiap ruangan yang digunakan ini adalah untuk
menjalankan aktiviti tertentu. Setiap tadika juga perlu mempunyai kemudahan fizikal yang
mencukupi dan juga sesuai untuk meningkatkan perkembangan tadika. Hal ini perlu diambil
berat oleh pihak yang mengurus tadika lebih-lebih lagi guru untuk menyusun atur dan
merancang dengan rapi kemudahan fizikal ini mengikut ruangnya tersendiri.

Seterusnya, setiap ruang yang disediakan haruslah sentiasa bersih dan tidak terlalu
sempit. Hal ini disebabkan kerana pelbagai jenis perabot yang digunakan di dalam ruang
tersebut. Selain itu, ruang ini haruslah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang cukup
serta baik. Hal ini disebabkan kedua aspek ini sangat penting untuk menaikkan keberkesanan
kanak-kanak dan juga guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pada masa
yang sama, kanak-kanak juga memerlukan ruang yang berkualiti tinggi ini untuk mereka
bebas berinteraksi lebih-lebih lagi ketika mereka mengadakan aktivti secara berkumpulan.

Terdapat beberapa ruangan pembelajaran yang penting. Antara ialah ruang aktif
basah, ruang aktif kering, ruang senyap basah, dan ruang senyap kering. Ruang-ruang ini
berfungsi untuk menaikkan lagi perkembangan kemahiran kognitif dan kemahiran berfikir
kanak-kanak. Ruang aktif basah digunakan untuk melakukan aktiviti permainan pasir dan air.
Ruang aktif basah terdiri daripada ruang bermain, tandas, kebun bunga, dan ruang permainan
pasir. Ruang bermain ini terdapat banyak bahan permainan untuk kanak-kanak bermain.
Sebagai contoh, perabot seperti rak yang bertingkat untuk menyimpan mainan dengan kemas,
perabot bersaiz mini, khemah, dan banyak lagi. Hal ini akan menyenangkan guru menyimpan
mainan untuk menjimatkan ruang.

1
Rak kayu kecil dan plastik adalah yang paling sesuai untuk digunakan kerana rak
tersebut mudah dicapai dan kukuh. Perabot bersaiz mini dapat mengelakkan kejadian yang
berbahaya berlaku kepada kanak-kanak kerana perabot tersebut sesuai dengan saiz badan
mereka. Khemah yang dipilih pula adalah sebuah khemah plastik dengan rekaan seperti
istana. Seterusnya, tandas mempunyai kelengkapan seperti sinki dan mangkuk tandas. Sinki
perlu diletakkan di dalam tandas bagi menyenangkan kanak-kanak untuk menggunakannya.
Di samping itu, kebun bunga mempunyai banyak jenis bunga yang menarik, subur, dan cantik
untuk kanak-kanak pelajari dan terokai. Selain itu, ruang permainan pasir mempunyai sebuah
tempat kayu yang mengandungi pasir dan juga barang permainan seperti set permainan pasir.

Ruang aktif kering digunakan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan motor kasar.
Ruang aktif kering terdiri daripada dapur, pantri makanan, bilik rehat, ruang makan, bilik
guru, tapak perhimpunan, dan taman permainan. Dapur ini terdiri daripada pelbagai perabot
yang penting seperti kabinet, peti ais, dapur masak, dan sebagainya. Hal ini dapat
memudahkan guru untuk menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Seterusnya, pantri
makanan mempunyai banyak bekas plastik jernih, balang pukal yang telah dituliskan nisbah
pada penutupnya, susunan zon makanan, rak untuk menyusun makanan, laci tarik, dan
banyak lagi. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti jenis makanan dan dapat
menyimpan stok makanan dengan teratur. Selain itu, bilik rehat mempunyai katil di mana
kanak-kanak boleh berehat.

Di samping itu, ruang makan mempunyai perabot seperti meja dan kerusi di mana
kanak-kanak menggunakannya ketika makan. Seterusnya, bilik guru mempunyai meja dan
kerusi untuk setiap guru meletakkan barang dan melakukan kerja harian di tadika. Selain itu,
tapak perhimpunan yang bersaiz luas supaya dapat memuatkan sejumlah besar kanak-kanak.
Akhir sekali, taman permainan mempunyai banyak permainan seperti papan gelongsor,
buaian, jongkang jongket, dan besi gayut. Guru juga harus mengutamakan keselamatan ketika
kanak-kanak menggunakan ruang ini kerana takut berlakunya kecederaan kepada mereka
dengan memberikan pemantauan yang ketat.

2
Ruang senyap basah digunakan untuk melakukan aktiviti yang memerlukan air seperti
aktiviti lukisan, permainan tanah liat, dan sebagainya. Ruang senyap basah terdiri daripada
ruang fleksibel, ruang seni, dan stor. Ruang fleksibel mempunyai perabot seperti sofa dan
perhiasan yang bewarna-warni. Seterusnya, ruang seni mempunyai banyak bahan yang
berkaitan dengan seni seperti krayon, pensil warna, warna air, kertas lukisan, berus lukisan,
bekas pembancuh warna, dan kertas warna. Semua ini perlu disediakan untuk memudahkan
kanak-kanak. Selain itu, stor juga sangat penting di mana barangan seperti kerusi dan meja
kelas yang lebih disimpan di dalam ruangan tersebut. Barangan pembersihan untuk tadika
seperti mop, penyapu, dan vakum juga disimpan di dalam ruangan stor ini.

Ruang senyap kering digunakan untuk melakukan aktiviti seperti membaca,


mendengar, bercerita serta menulis. Ruang senyap kering terdiri daripada ruang estetika,
ruang komputer atau ICT, ruang Sains Matematik, ruang kelas iaitu Kelas Mawar dan Kelas
Dahlia serta ruang membaca. Ruang estetika mempunyai bahan kegunaan seperti gam,
marker, majalah, gunting, berus, dan banyak lagi. Seterusnya, ruang komputer atau ICT
mempunyai banyak komputer yang disediakan untuk kegunaan guru dan juga digunakan
untuk mengajar kanak-kanak ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ruang Sains
Matematik mempunyai banyak kemudahan seperti bikar, gelas kelalang, pipet, botol, skala
berat, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, ketika kanak-kanak menggunakan kemudahan
ini untuk melakukan aktivti seperti menjalankan eksperimen, guru harus mengetuai mereka
dan memberi pengawasan yang ketat untuk mengelakkan benda pecah atau berlakunya
sebarang kecederaan. Barangan seperti kalkulator, abakus, blok berbentuk tiga dimensi, dan
banyak lagi juga disediakan. Bahan ini digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti
yang melibatkan matematik. Di samping itu, ruang kelas mempunyai perabot seperti kerusi
dan meja yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak di dalam kelas tersebut. Pada masa yang
sama, perabot seperti rak buku, meja serta kerusi guru tambahan objek seperti papan putih
dan jam juga perlu disediakan. Semua ini sangat penting kerana merupakan keperluan harian
di dalam kelas. Akhir sekali, ruang membaca mempunyai perabot rak buku yang berisikan
banyak jenis buku daripada pelbagai subjek dan buku cerita kanak-kanak yang menarik.
Sebagai contoh, buku Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan banyak lagi. Pada masa yang
sama, banyak buku cerita kanak-kanak yang berwarna dan bergambar untuk menarik minat
mereka untuk lebih membaca dan kebanyakannya buku tersebut mengandungi unsur
pengajaran dan juga teladan.

3
Point Untuk Slide

Ruangan Pembelajaran

Ruang Aktif Basah

 Ruang Aktif Basah digunakan untuk melakukan aktiviti permainan pasir dan air.
 Terdiri daripada ruang bermain, tandas, kebun bunga, dan ruang permainan pasir.

 Ruang Bermain
- Mempunyai perabot seperti rak yang bertingkat untuk menyimpan mainan dengan
kemas, perabot bersaiz mini, khemah, dan banyak lagi.

 Tandas
- Mempunyai kelengkapan seperti sinki dan mangkuk tandas.

 Kebun Bunga
- Mempunyai banyak jenis bunga yang menarik, subur, dan cantik untuk diterokai.

 Ruang Permainan Pasir


- Mempunyai sebuah tempat kayu yang mengandungi pasir dan juga barang permainan
seperti set permainan pasir.

4
Ruang Aktif Kering

 Ruang Aktif Kering digunakan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan motor
kasar.
 Terdiri daripada dapur, pantri makanan, bilik rehat, ruang makan, bilik guru, tapak
perhimpunan, dan taman permainan.

 Dapur
- Terdiri daripada pelbagai perabot yang penting seperti kabinet, peti ais, dapur masak,
dan sebagainya.

 Pantri Makanan
- Mempunyai banyak bekas plastik jernih, balang pukal yang telah dituliskan nisbah
pada penutupnya, susunan zon makanan, rak untuk menyusun makanan, laci tarik, dan
banyak lagi.

 Bilik Rehat
- Mempunyai katil di mana kanak-kanak boleh berehat.

 Ruang Makan
- Mempunyai perabot seperti meja dan kerusi di mana kanak-kanak menggunakannya
ketika makan.

 Bilik Guru
- Mempunyai meja dan kerusi untuk setiap guru meletakkan barang dan melakukan
kerja harian di tadika.

 Tapak Perhimpunan
- Bersaiz luas supaya dapat memuatkan sejumlah besar kanak-kanak.

5
 Taman Permainan
- Mempunyai banyak permainan seperti papan gelongsor, buaian, jongkang jongket,
dan besi gayut.

Ruang Senyap Basah

 Ruang Senyap Basah digunakan untuk melakukan aktiviti yang memerlukan air
seperti aktiviti lukisan, permainan tanah liat, dan sebagainya.
 Terdiri daripada ruang fleksibel, ruang seni, dan stor.

 Ruang Fleksibel
- Mempunyai perabot seperti sofa dan perhiasan yang bewarna-warni.

 Ruang Seni
- Mempunyai banyak bahan yang berkaitan dengan seni seperti krayon, pensil warna,
warna air, kertas lukisan, berus lukisan, bekas pembancuh warna, dan kertas warna.

 Stor
- Barangan seperti kerusi dan meja kelas yang lebih disimpan di dalam ruangan
tersebut.
- Barangan pembersihan untuk tadika seperti mop, penyapu, dan vakum juga disimpan
di dalam ruangan stor ini.

Ruang Senyap Kering

 Ruang Senyap Kering digunakan untuk melakukan aktiviti seperti membaca,


mendengar, bercerita serta menulis.
 Terdiri daripada ruang estetika, ruang komputer atau ICT, ruang Sains Matematik,
ruang kelas iaitu Kelas Mawar dan Kelas Dahlia serta ruang membaca.

6
 Ruang Estetika
- Mempunyai bahan kegunaan seperti gam, marker, majalah, gunting, berus, dan
banyak lagi.

 Ruang Komputer atau ICT


- Mempunyai banyak komputer yang disediakan untuk kegunaan guru dan juga
digunakan untuk mengajar kanak-kanak ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

 Ruang Sains Matematik


- Mempunyai banyak kemudahan seperti bikar, gelas kelalang, pipet, botol, skala berat,
dan banyak lagi.
- Mempunyai barangan seperti kalkulator, abakus, blok berbentuk tiga dimensi, dan
banyak lagi juga disediakan.

 Ruang Kelas
- Mempunyai perabot seperti kerusi dan meja yang mencukupi untuk setiap kanak-
kanak di dalam kelas tersebut.
- Mempunyai perabot seperti rak buku, meja serta kerusi guru tambahan objek seperti
papan putih dan jam juga.

 Ruang Membaca
- Mempunyai perabot rak buku yang berisikan banyak jenis buku daripada pelbagai
subjek dan buku cerita kanak-kanak yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai