Anda di halaman 1dari 7

Penerangan Bilik Sains Sekolah Kebangsaan Jimah Baru, PD, Negeri Sembilan.

Lokasi dan Ruang


Lokasi kedudukan bilik Sains sekolah adalah di tingkat 3. Di mana, kedudukannya adalah diantara tandas murid perempuan dengan Bilik Pemulihan. Bilik Sains ini terletak di bangunan baru. Untuk itu, segala peralatan kerusi, meja, kipas dan lampu serta kabinet boleh dikatakan hampir semuanya baru dan masih cantik. Ruangnya adalah luas dan dianggarkan mencukupi untuk memuatkan murid sejumlah 45 orang dalam satu masa. Angaran luasnya adalah 60mx55m, manakala tinggi dinding siling bilik ini adalah dalam anggaran 6m. Kesesuaian: Lokasinya yang berada ditingkat 3 adalah amat tidak sesuai. Bilik Sains sepatutnya berada ditingkat paling bawah. Ini kerana, jika berlaku sebarang kecemasan, maka usaha untuk menyelamatkan murid lebih mudah. Dari aspek ruang pula, dari segi keluasannya dengan jumlah murid adalah sangat bersesuaian. Murid masih boleh bergerak bebas dalam bilik tersebut. Dan guru juga turut sama boleh bergerak bebas dengan tujuan untuk memantau murid. Malah, bilik ini juga sesuai untuk dilakukan aktiviti murid secara berkumpulan.

Kerusi dan Meja


Bilik sains ini dilengkapi dengan kemudahan meja dan kerusi. Kemudahan 1. Meja 2. Kerusi Bilangan 8 45

Jadual 2: Menunjukkan bilangan meja dan kerusi dalam Bilik Sains

Meja dalam bilik Sains terdiri meja segi empat tepat yang berukuran 185cmx75cm keluasannya. tingginya pula adalah 80cm. Untuk setiap meja, bilangan kerusi yang terdapat padanya adalah sejumlah 7 ke 8 buah kerusi. Ianya diperbuat daripada kayu pada permukaan, dan struktur yang lain adalah diperbuat daripada aloi besi. Di setiap meja tersebut juga terdapat 6 ruang yang berfungsi sebagai tempat meletakkan buku. Binaannya tampak moden dan kukuh. Dengan tapak (kaki meja) yang lebar dan besar menjadikan binaannya tampak kukuh. 4 bucu meja tersebut juga tidak membahayakan. Ini kerana bucunya tidak tajam, di mana ia dibentukkan bulat sedikit. Ini tentunya menjamin keselamatan murid ketika berada di bilik Sains. Selain daripada 6 meja segi empat tepat tersebut, terdapat lagi sebuah meja bulat yang berdiameter 165cm yang diletakkan di belakang bilik Sains. Tujuannya adalah sebagai kemudahan guru untuk menjalankan aktiviti demonstrasi atau dengan tujuan perbincangan. Seterusnya adalah meja panjang segi empat tempat. Ukuran bagi meja tersebut adalah

500cmx60cmx80cm dan dilengkapi dengan 2 sinki. Kedudukannya adalah di sepanjang tepi bilik Sains. Fungsinya adalah sebagai tempat murid menyusun semula radas dan bahan yang telah digunakan setelah menjalankan eksperimen atau penyiasatan. Di samping, ia juga turut digunakan guru sebagai ruang untuk meletakkan model-model yang berkaitan dengan Sains. Contohnya, adalah seperti model rangka manusia, model bumi, model bumi, bulan dan matahari dan sebagainya. Untuk kerusi pula, bilangannya adalah sejumlah 45 buah. Menurut guru Sains yang telah lama berada di sini, dahulunya semasa bilik ini baru mula beroperasi, kerusi asalnya adalah terdiri daripada kerusi kayu yang bentuk permukaan atasnya adalah bulat. Namun, setelah tahun berganti tahun, hari berganti hari, lama-kelamaan bilangan kerusi ini semakin sedikit kerana telah hilang. Untuk menggantikan kerusi yang telah hilang itu, guru telah menggantikan ia dengan kerusi plastik. Kesesuaian: Meja dan kerusi disusun dengan susunan yang sangat sesuai. Susunan meja dan kerusi menampakkan ruang dalam bilik tersebut tampak lebih luas dan besar. Di tambah pula, jarak antara susunan 2 meja adalah jauh dan ini memudahkan pergerakan murid dan guru dalam Bilik Sains.

Pengudaraan dan Pencahayaan


Pengudaraan dan pencahayaan adalah antara faktor yang penting dalam bilik Sains. Dalam bilik ini, kemudahan seperti kipas angin, lampu disediakan dengan mencukupi. Kemudahan 1. Kipas 2. Lampu Bilangan 4 8

Jadual 2: Menunjukkan bilangan kipas dan lampu dalam Bilik Sains Berdasarkan dari Jadual 2, bilangan kipas dalam Bilik Sains adalah sebanyak 4 buah. Manakala, bilangan lampu dalam Bilik Sains adalah sebanyak 8 buah. Dari aspek pengudaraan, keadaan dalam Bilik Sains adalah sedikit panas. Ini kerana dari segi keluasan bilik tersebut dengan jumlah kipas yang disediakan adalah tidak mencukupi untuk mendinginkan bilik berkenaan. Kedudukan kipas adalah di tengah-tengah siling. Maka, keberangkalian adalah tinggi untuk murid yang duduk di tepi kelas tidak dapat merasa kedinginan angin kipas tersebut. Menyentuh mengenai, kemudahan tingkap dan pintu pula, terdapat 11 panel tingkap dan 2 pintu di Bilik Sains. Setiap panel tingkap turut diletakkan pagar besi. Ini tentunya dapat menjamin keselamatan Bilik Sains ini daripada berlakunya sebarang kecurian. 2 pintu yang terletak di bahagian tepi (depan dan belakang) kelas turut membantu dalam melancarkan pengudaraan di Bilik Sains ini. Dengan kehadiran tingkap dan pintu ini tentunya membolehkan angin segar dari luar untuk masuk dan keluar dari Bilik Sains. Dari aspek pencahayaan pula, terdapat 8 buah lampu yang dipasang di siling Bilik Sains ini. Kehadiran 8 buah lampu ini sudah cukup untuk menerangi bilik ini. Namun, ia jarang digunakan, kerana dengan terdapatnya tingkap dan pintu yang dibuka, maka cahaya dari luar sudah cukup untuk menerangi bilik tersebut.

Radas atau Bahan


Radas atau bahan yang terdapat dalam bilik Sains ini adalah sangat banyak dan boleh dikatakan lengkap jika sebarang eksperimen atau penyiasatan hendak dilaksanakan. Selain daripada jenis bahan atau tersebut yang banyak, bilangan untuk setiap jenis radas atau bahan tersebut juga adalah kuantiti yang cukup banyak. Di bawah merupakan senarai semak bilangan radas dan bahan yang terdapat dalam Bilik Sains: Radas atau Bahan 1. Tungku Kaki Tiga 2. Bikar 3. Silinder Penyukat 4. Flask Konikal 5. Tabung Uji 6. Pemegang Tabung Uji 7. Lampu suluh 8. Jam randik 9. Pemanas Bunsen 10. Kertas Litmus 11. Set elektrik 12. Bola Pendulum 13. Radio 14. Set Binaan (KSSR) 15. Mikroskop 16. Prisma 17. Kanta Pembesar 18. Stetoskop 19. Pemegang Tabung Uji 20. Cermin 21. Marble 22. Kaki retot Bilangan 10 15 15 5 22 7 15 5 10 15 15 7 2 34 5 10 10 15 5 15 15 11

Radas atau Bahan 1.Neraca spring 2.Magnet 3.Pisau 4. Termometer 5.Penutup Getah 6.Kanta Pembesar 7. Bateri 8.Bongkah Plastik yang pelbagai bentuk 9. Glob 10. Guli

Bilangan 10 20 5 14 19 12 5 20 4 100

Bahan atau radas ini disimpan dan disusun pada almari yang terletak di belakang bilik. Radas dan bahan yang disimpan dan disusun tersebut ada yang dilabel tempatnya dan ada yang tidak dilabel tempatnya. Mungkin, kerana faktor kenakalan murid-murid yang telah mencabut sesetengah daripada label tersebut. Terdapat juga, bahan dan radas ini disimpan dalam bilik persediaan. Kesesuaian: Bahan atau radas yang terdapat dalam Bilik Sains tersebut kesemuanya bersesuaian dan menepati dengan ekperimen yang murid dapat jalankan.

Sudut Pembelajaran
Terdapat 4 ruang didinding yang dijadikan sebagai sudut pembelajaran. Keempat-empat ruang itu telah digunakan dengan sepenuhnya. Ianya telah dihias dengan cantik dan penuh dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Kebersihan, Kekemasan, Keceriaan dan Keselamatan


Kebersihan Secara kasarnya, kebersihan dalam Bilik Sains ini adalah memuaskan. Terdapat 2 bakul sampah yang disediakan. Ianya telah diletakkan di hadapan dan di belakang bilik. Dengan peraturan bilik Sains yang tidak membenarkan murid membuang sampah merata-rata telah menjadikan Bilik Sains ini bersih. Pada setiap hari Jumaat, petugas yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah ditugaskan untuk menyapu dan mengemop lantai dalam bilik.

Kekemasan Secara kasarnya, kekemasan dalam Bilik Sains ini berada dalam tahap yang kurang memuaskan. Diorama yang telah guru dan murid laksanakan pada tahun lepas tidak dijaga dan disusun dengan baik. Ianya telah diletakkan di atas meja bulat. Selain itu, di meja sudut tepi pula, banyak radas atau bahan yang telah diguna dan dibersihkan tidak disusun semula ke tempat asalnya. Tambahan pula, kepelbagaian jenis kerusi menjadikan keadaan pemandangan dalam Bilik Sains tidak kemas dan teratur.

Keselamatan Dalam Bilik Sains ini aspek keselamatan sangat dititikberatkan. Amaran-amaran dalam bentuk bergambar telah ditampal pada pintu depan. Di samping, terdapat juga peraturan dan keselamatan yang perlu murid patuhi sebelum masuk ke dalam Bilik Sains. Dalam Bilik Sains juga terdapatnya pelan laluan kecemasan yang ditampal pada sudut informasi yang terletak di hadapan bilik.

Kesesuaian: Dari aspek keselamatan, amaran bergambar serta peraturan Bilik Sains yang ditampal pada pintu hadapan adalah idea yang sangat bernas. Ini adalah kerana bahagian tersebut adalah bahagian yang selalu dilalui oleh murid dan bahagian tersebut mudah dilihat oleh murid. Untuk itu, peratus keberangkalian murid melihat dan membaca peraturan Bilik Sains adalah tinggi. Manakala dari aspek kebersihan pula, penyediaan 2 bakul sampah yang diletakkan di hadapan dan belakang Bilik Sains adalah langkah yang sesuai. Ini kerana dengan keadaan bilik tersebut yang luas, maka sememangnya 2 bakul sampah diperlukan. Dengan kedudukan 2 bakul tersebut, telah meminimakan pergerakan murid.

Bilik Persediaan
Bilik persediaan terletak dihadapan Bilik Sains. Fungsinya adalah sebagai tempat persediaan bagi guru untuk menyiapkan radas dan bahan sebelum melaksanakan eksperimen atau penyiasatan. Bahan atau radas yang baru atau berharga disimpan dalam bilik ini.

Anda mungkin juga menyukai