Anda di halaman 1dari 3

Terangkan perbezaan penyertaan pekerja secara langsung dan penyertaan tidak

langsung
Pengenalan

Definisi Penglibatan pekerja

Hyman dan Mason (1995) mendefinisikan perlibatan pekerja sebagai praktis dan polisi baru
PSM. Cotton (1989) menerangkan penglibatan pekerja sebagai satu proses penglibatan yang
menggabungkan keseluruhan kecekapan pekerja dan seterusnya komited terhadap visi dan misi
organisasi.

Definisi Penyertaan pekerja

Komal dan Tahir (2007) penyertaan pekerja adalah sebagai suatu proses di mana pengaruh
antara individu-individu dari hierarki yang berbeza amalan pengurusan yang melibatkan
pengurus dan pekerja bawahan dalam memproses maklumat, membuat keputusan dan usaha
penyelesaian masalah. Usaha kerajaan dan KS untuk memperkenalkan hak pekerja untuk
berbincang dan mewakili organisasi dalam pembuatan keputusan.

Dua Jenis penyertaan pekerjaan

Penyertaan langsung : memboleh kan kumpulan kerja untuk melibatkan diri dalam proses
membuat keputusan / melibatkan pekerja sendiri

Contoh: Kumpulan meningkat mutu kerja (KMK), pengurusan kualiti menyeluruh (TQM),
ISO, 5S

Penyertaan tidak langsung : berlaku melalui perantara atau wakil2 pekerja dalam
membincangkan beberapa perkara dan mampu memberi kesan yg besar ketika melakukan
perjanjian kolektif dengan pihak pengurusan

Contoh: Jawatan kuasa perundingan bersama (JCC), Majlis kerja, Perkongsian, Jawatan Kuasa
pengurusan buruh NER

Perbezaan Penyertaan Secara Langsung dan Tidak Langsung

1. Hierarki

2. Keterlibatan

 Secara Langsung : Wujudnya penglibatan pekerja namun tiada penyertaan pekerja


kerana segala polisi dan peraturan yang ada termaktub dalam organisasi berkenaan
 Tidak Langsung : kadar terlibatan tidak seberapa memandangkan para pekerja bebas
untuk terlibat dalam sebarang pembuatan keputusan atau tidak

3. Kebebasan

 Secara Langsung: para pekerja tertakluk terma dan kondisi pekerjaan, setiap tindak
tanduk pekerja dipantau dan dikawal selia oleh majikan, tidak boleh bergerak bebas
sebab wujud polisi pentadbiran yang lebih berpusat
 Secara Tidak Langsung: pekerja bebas menyuarakan sebarang pandangan dan cadangan
untuk membela nasib mereka, Alternatid kepada kewujudan sedia ada, pekerja bebas
mengetahui tentang produktiviti, halatuju serta pergerakan organisasi berkenaan

4 Kesan produktiviti

 Secara Langsung: Kurang perlibatan akan menyebabkan potongan gaji dan penurunan
pangkat berdasarkan terma dan kondisi pekerjaan yang sedia ada, wujud mekanisme
tatatertib dalam pengurusan pekerjaan
 Secara tidak langsung: kurang penyertaan ataupun keterlibatan tidak memberi kesan
kepada produktiviti pekerja berkenaan, namun tertakluk dengan peraturan representasi
organisasi tersebut yang lebih bersifat menjaga keadilan dan kebajikan pekerja

Contoh penyertaan langsung

1. Quality Control Circle : Diperkenalkan Dr W.A Shewhrat (1930), memperkenalkan


carta kawalan sebagai satu mekanisme untuk mengawal mutu dalam sebuah organisasi.
Kawalan mutu pekerjaan salah satu cara menyelesaikan atau membincangkan kerja, isu
berkaitan dengan pekerjaan serta memberi cadangan
2. TQM : Pengurusan kualiti menyeluruh asas kepada kejayaan berterusan bagi
organisasi. Bermatlamat memastikan setiap aktiviti dalam organisasi menyumbang
kepada pencapaian objektif organisasi. Keterlibatan diantara pekerja dan majikan perlu
diperhatikan bai mencapai matlamat

Contoh Penyertaan Tidak Langsung

Majlis Pekerja: Satu mekanisme integratif untuk pengurusan membuat perundingan dengn
wakil pekerja @ majlis pekerja dlm pelbagai isu seperti pengeluaran, situasi kerja dan
perhubungan pekerja, wujud di bawah konsep penyertaan pekerja dan demokrasi industri
sebuah badan yang mempunyai hak dalam proses membuat keputusan

Joint Consultative Committe (JCC): Marchington (1992) menganggap JCC adalah


penglibatan pihak pengurus dan pekerja dalam membuat perbincangan dan pertukaran
pendapat bagi mengatasi perkara2 yang tidak tertakluk pada perjanjian kolektif

Kesimpulan

 Penglibatan dan penyertaan pekerja dalam sebuah organisasi adalah sangat penting
kerana ianya dapat menjamin masa depan organisasi sama ada mampu bertahan
terhadap persaingan atau sebaliknya
 Salah satu jalan tengah boleh diambil organisasi perlu ada satu mekanisme iaitu konsep
partnership
 Konsep ini keterlibatan diantara aktor yang ada mampu untuk mencorakkan dan
mengharmonikan lagi sistem hubungan industri pada negara

Anda mungkin juga menyukai