Anda di halaman 1dari 11

Tugasan 1 : Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan

Sebagai seorang manusia di atas bumi ini, kita tidak dapat elakkan daripada
menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian kita. Bahasa merupakan suatu
anugerah istimewa atau kurniaan Tuhan yang ada pada setiap diri individu. Dalam
konteks ini, Gorys Keraf (1997:1, dalam Dwipayana, I. K. A., Sudiana, I. N., & Sutama,
I. M. (2014)), telah mendefinisikan bahasa sebagai suatu alat komunikasi sesama ahli
masyarakat dan ia juga dikatakan sebagai simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap
manusia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula telah mentakrifkan bahasa
sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan
individu yang lain. Secara amnya, kita boleh mendefinisikan bahasa itu adalah satu
sistem bunyi, perkataan dan bentuk atau struktur ayat yang digunakan oleh manusia
untuk berkomunikasi, bersosial, berinteraksi antara satu dengan yang lain serta
bekerjasama di samping membolehkan kita untuk meluahkan pengalaman dan
perasaan kita.

Dengan ini, jelaslah bahawa bahasa telah memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan kita, tidak mengira orang dewasa ataupun kanak-kanak yang
berumur kecil lagi. Oleh sebab itu, kemahiran berbahasa ini perlulah dan mestilah
dikembangkan sejak kecil lagi. Dengan kata lain, perkembangan bahasa adalah amat
mustahak dalam kalangan kanak-kanak semasa mereka kecil lagi. Dalam konteks ini,
perkataan berkembang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) telah diberi
makna iaitu menjadi makin sempurna, luas, maju dan sebagainya, ataupun bermaksud
menjadi makin tersebar, dan meluas. Manakala bagi perkataan perkembangan ialah
perihal atau proses berkembang. Secara ringkas, perkembangan bahasa adalah
sesuatu usaha atau proses untuk mengembangkan bahasa seseorang untuk menjadi
penguasaannya dalam bahasa lebih mantap, kukuh dan sempurna.

Dalam hal ini, antara kepentingan perkembangan bahasa kanak-kanak adalah


sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak (Halizah Hamzah & Joy N. Samuel,
2009, p.64). Kanak-kanak akan membina kefahaman dan idea tentang hal-hal
sekelilingi mereka semasa berinteraksi dengan orang orang lain. Selain itu,
perkembangan bahasa dijalankan juga memudahkan proses pengajaran orang
dewasa terutamanya guru terhadap kanak-kanak (Berk, 2001, dalam Halizah Hamzah
& Joy N. Samuel, 2009) kerana kanak-kanak dapat membina konsep-konsep abstrak
melalui kemahiran-kemahiran yang dikembangkan dalam konteks bahasa (Santrock,
2007) Seterusnya, perkembangan kendiri dan sosial kanak-kanak juga dapat
dirangsang menerusi perkembangan bahasanya.

Dengan ini, kita akan membincangkan dan menganalisiskan teori-teori yang


berkaitan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Sehubungan itu, Teori Perkembangan Bahasa yang ditegaskan
oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 serta aplikasinya dalam bilik darjah bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid
sekolah juga dihuraikan dalam penulisan ini.

2.0 Teori-teori Perkembangan Bahasa Dan Faktor Mempengaruhinya

Dalam usaha mengkaji tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, adalah amat


amat penting untuk kita, terutamanya sebagai seorang guru atau warga pendidik,
memahami teori-teori pemerolehan bahasa terlebih dahulu. Hal ini supaya kita
mengetahui ciri-ciri kanak-kanak belajar bahasa dan faktor mempengaruhinya agar
dapat mengembangkan kanak-kanak ke tahap yang maksimum.

. Secara amnya, terdapat tiga perspektif atau teori dalam konteks


perkembangan dan pemerolehan bahasa kanak-kanak, iaitu Teori Behavioris, Teori
Interaksionalis dan Teori Navitis (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al.,
2013, p.76).

Teori Behavioris merupakan teori belajar bahasa yang dipelopori oleh Skinner.
Bagi beliau, ganjaran (reward) dan pengukuhan (reinforcement) adalah elemen yang
paling utama dan penting dalam proses kanak-kanak mempelajari bahasa. Dengan ini,
terdapat juga beberapa tokoh yang bersetuju dengan perspektif behavioris ini,
antaranya termasuklah Thorndike, Watson, Clark Hull, dan Edwin Gurthrie. (Hariyanto,
S.Pd, 2010) Merujuk kepada buku Perkembangan Kanak-kanak Siri Pendidikan Guru
(Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al., 2013), tokoh-tokoh aliran behavioris
telah memberi takrifan bahawa pembelajaran adalah sebagai penukaran tingkah laku
yang muncul kesan atau hasil daripada amalan dan latihan yang dilakukan berulang-
ulang kali sehingga menjadi sesuatu tabiat atau sehingga seseorang itu biasa
dengannya. Pembentukan kebiasaan ini selalu dilazimkan dengan memberi pelbagai
rangsangan dan gerak balas kepada tindakan dan hal atau fenomena ini boleh
diperkukuhkan melalui peneguhan iaitu memberi kepastian dan pengesahan kepada
kanak-kanak. Pendek kata, peneguhan memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut mazhab behavioris.
Selanjutan ini, Skinner (1957) kemudian mengeluarkan ideanya bahawa ibu
bapa mempunyai peranan yang tidak kurang penting dalam memberi, mengajar dan
melengkapi perbendaharaan kata yang tepat dan betul kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa sentiasa dijadikan sebagai suri teldan atau Role Model kepada anak-anak
mereka. Hal ini juga bermaksud, persekitaran sekeliling kanak-kanak ialah faktor yang
mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. Dengan ini juga memberi makna
bahawa faktor persekitaran dianggap sebagai perangsang sama ada dorongan,
galakan ataupun penolakan seseorang kanak-kanak dan tindak balas kanak-kanak itu
pada rangsangan tersebut disebut sebagai gerak balas (Wong K.W., Khairuddin M.,
Maridah Hj. A., et al., 2013).

Jika diperhatikan secara terperinci dan dibuat banding beza, teori atau
perspektif behavioris ini mempunyai hubung kait dengan teori perkembangan bahasa
yang seterusnya, iaitu Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis. Hal ini disebabkan
teori ini memperlihatkan pembelajaran bahasa merupakan satu wadah untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain yang berada di sekeliling kita
seperti guru, rakan dan sebagainya. Seperti Teori Behavioris, teori ini menitikberatkan
faktor persekitaran sebagai salah satu pengaruh kepada pembelajaran dan
perkembangan bahasa kanak-kanak. (Faridah, N., Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S.,
2014, p.113)

Tokoh yang memperkenalkan Teori Interkasionalis ini ialah Halliday


berdasarkan kajian-kajian linguistik yang dilakukan oleh beliau bersama ahli-ahli yang
lain seperti Searle dan Dore. (Faridah, N., Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S., 2014, p.113)
Menurut teori beliau, tujuan kanak-kanak mempelajari bahasa adalah untuk memenuhi
kehendak dan keperluan ataupun tujuan mereka untuk berhubung dengan orang-
orang masyarakat. Berdasarkan teori ini, penguasaan bahasa melibatkan kemahiran
kognitif dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak haruslah banyak didedahkan kepada
interaksi yang melibatkan bahasa verbal agar mereka dapat cepat menguasai cara
untuk menerangkan maksud-maksud kognitif dalam bentuk percakapan betul.
Menurut buku Perkembangan Kanak-kanak (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj.
A., et al., 2013, p.79), pendekatan perspektif interaksionalis ini merangkumi tiga kajia
bidang utama iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget yang menekankan
proses pemodelan kanak-kanak daripada interaksi sosialnya, Model Komunikasi
Kompetens Dell Hymes serta Model Interaksi Sosial Lev Vygotsky berkonsepkan Zon
Perkembangan Proksimal atau ZPD (Zon Proximal Development) yang menekankan
kepentingan bimbingan dan interaksi sosial persekitaran dalam mengembangkan
bahasa kanak-kanak. Sehubungan ini, suatu hasil kajian telah membuktikan bahawa
orang dewasa berupaya mengubah suai gaya dan intonasi bahasa, mempermudah
struktur ayat serta memperlahankan kadar percakapan mereka semasa
berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil. (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A.,
et al., 2013, p.79) Oleh itu, faktor persekitaran merupakan faktor yang terpenting untuk
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Perspektif ini telah disokong oleh
termasuklah tokoh-tokoh seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga
Grommer (1976).

Jika dikaji dan diperhatikan balik, Teori Behavioris telah menekankan bahawa
kanak-kanak tidak membawa atau tidak ada sebarang stuktur linguistik sejak lahir.
Kanak-kanak yang baru lahir dianggap kosong dari segi bahasa. Sebagai bukti untuk
mengukuhkan hujah ini, Brown(1980) dalam Principles of Language Learning and
Teaching telah memberi pendapat bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini umpama
sehelai kain putih dan tidak ada sebarang corakan padanya. Teori Interaksionalis pula
menyatakan bahawa penguasaan sesuatu bahasa merupakan hasil daripada interaksi
individu dengan persekitarannya. (Wong K.W., Khairuddin M., Maridah Hj. A., et al.,
2013).

Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu teori atau pandangan dan perspektif


yang berbeza daripada kedua-dua idea di atas, terutamanya bertentangan dengan
perspektif behaviorisme, iaitu Teori Nativitis yang dipelopori oleh Naom Chomsky pada
tahun 1957.

Bagi Chomsky, bahasa itu sudah ada dalam diri kanak-kanak secara semula
jadi sejak lahir dengan sebabnya memiliki satu alat diwarisi bernama Language
Acquisition Device (LAD) atau Peranti Pemerolehan Bahasa dalam konteks Bahasa
Melayu yang menyebabkan kanak-kanak sudah mempunyai kemahiran dan keupyaan
untuk menguasai bahasa dan berbahasa. Oleh sebab ini, Chomsky (1957) telah
menyatakan bahawa pembelajaran dan pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak
hanya bergantung pada permodelan daripada orang dewasa di sekelilingnya sahaja
tetapi dipercayai sudah mempunyai kebolehan atau kemampuan dari segi genetik
untuk belajar dan menguasai bahasa sejak mereka dilahirkan.

Teori Nativist juga dikenali sebagai Teori Mentalis. Dengan ini bermaksud teori
ini juga menghubungkaitkan kognitif dengan proses perkembangan bahasa. Kognitif,
dari segi bidang psikologi, ialah cara kita berfikir dan mentafsirkan akal fikiran kita. (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2009:392) Manakala fungsi mental mengikut pandangan beliau
boleh dikatakan sebagai sesuatu yang berciri dalaman dalam diri seseorang manusia.
Idea ini amat selaras dengan hujah Chomsky bahawa proses perkembangan bahasa
seseorang manusia ialah proses dalaman dan dipengaruhi oleh diri sendiri seseorang
individu. Berdasarkan konsep nativisme yang berpendirian Biologisme, pendidikan
tidak membawa perubahan besar atau pengaruh mendalam dalam perkembangan
seseorang kanak-kanak. Oleh itu, dapatlah kita rumuskan bahawa perkembangan
bahasa kanak-kanak menurut Teori Nativis Chomsky dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti faktor baka (keturunan), faktor kemampuan (bakat) seseorang kanak-kanak
tersebut dan faktor pertumbuhan kanak-kanak itu. (Chaer & Abdul, 2009)

Untuk menyimpulkan semua, Teori Behavioris merupakan perspektif yang


menitikberatkan peneguhan dan ganjaran, Teori Interaksionalis pula menerangkan
lebih lanjutnya daripada Teori Behavioris. Teori ini telah mengemukakan bahawa
interaksi sosial juga tidak kurang penting dalam mengembangkan bahasa kanak-
kanak selain diberi latihan pengulangan. Sebaliknya, Chomsky yang memelopori Teori
Nativis berpendapat kemahiran berbahasa sebenarnya sudah ada dalam diri kanak-
kanak sejak lahir dengan alat perantinya yang dinamai Language Acquisition Device
(LAD).

3.0 Aplikasi Teori Perkembangan Bahasa Chomsky

Setelah mengkaji tentang kesemua-semua teori pembelajaran bahasa kanak-kanak di


atas, dapatlah kita menyimpul bahawa kanak-kanak bergantung besar kepada
kemampuan semula jadinya untuk mempelajari bahasa dan perlulah memiliki kognitif
serta Language Acquisition Device (LAD) sebelum dia terdedah kepada persekitaran
berdasarkan Teori Nativis Noam Chomsky. (Halizah Hamzah & Joy N. Samuel, 2009)

Oleh itu, kanak-kanak perlulah menguasai kemahiran berbahasa semaksimum


mungkin semasa dalam tempoh pembelajaran mereka di prasekolah sejak kecil.
Sebagai guru prasekolah, dapatlah kita merujuk kepada Teori Chomsky ini sering dan
mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran bahasa kepada kanak-kanak.

3.1 Alat Bantu Mengajar (ABM)

Bagi Chomsky, beliau juga bersetuju dengan pandangan Jean Piaget yang
membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada peringkat-peringkat berbeza
mengikut tahap umur, iaitu peringkat deia motor, praoperasi, oeprasi konkrit dan
operasi formal. Dengan ini, guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan
atau objek-objek yang berbentuk 3D ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan kemahiran bahasa. Benda-benda bersifat authentik ini
merupakan benda-benda yang boleh dirasai dan disentuhi kanak-kanak dan bukan
sekadar bahan imaginasi sahaja. Dengan maksud yang lain, alat bahan mengajar
(ABM) yang maujud adalah penting dalam proes pembelajaran bahasa kanak-kanak
terutamanya pada peringkat deria-motor shingga ke operasi konkrit. Hal ini
disebabkan fungsi mental kanak-kanak atau pelajar pada tahap umur ini lebih bersifat
konkrit dan tak dapat faham dengan baik jika menggunakan konsep abstrak sahaja.
Usaha ini dilakukan juga untuk memastikan kanak-kanak boleh melihat dan
memahami dengan jelas apa yang hendak guru cuba sampaikan kepada dan ajar
mereka.

3.2 Sistem Bahasa

Teori Chomsky ini amat menekankan kepada proses perkembangan pemikiran


kanak-kanak. Dengan ini, pembelajaran bahasa kanak-kanak akan diajar secara tahap
demi tahap dan berperingkat-peringkat berdasarkan kematangan murid berkenaan.
Hal ini dapat dilihat dalam pengaplikasian semasa mengajar murid-murid kemahiran
membaca. Katakan perkembangan bahasa, mestilah dikaitkan dengan proses
pemerolehan bahasa. Secara umunya, seseorang kanak-kanak akan melalui tiga
proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan kompenen fonologi (bunyi),
sintaksis (ayat) dan semantik (makna). Oleh itu, guru dalam kelas bacaan mengajar
murid-murid itu kemahiran membaca daripada yang mudah sehingga ke tahap sukar
sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, daripada mulanya belajar mengenal suku kata,
kemudian mengetahui perkataan, memahami makna perkataan, membaca ayat serta
menghayatinya dan akhirnya berupaya membaca seluruh buku atau penulisan itu
sehingga habis. Selain itu, guru juga boleh mengajar murid-murid mengenal fonem
satu demi satu sehingga dapat membina suatu suku kata. Misalnya, konsonanb dan
vokala jika digabungkan ba dibaca sebagai ba manakala fonem c dan a
dibaca sebagai ca dan tercantumlah menjadi perkataan baca, membaca dan
sebagainya. Berdasarkan kajian, kawasan Brocoa dan Kawasan Wernicke merupakan
kawasan yang terletak di sebelah hemisfera kiri otak yang berfungsi dalam mengawal
keupayaan seseorang berbahasa. Kawasan Brocoa ialah bahagian dalam yang
mengawal pergerakan otot untuk menghasilkan pertuturan manakala kawasan
Wernicke adalah terlibat dalam fungsi memproses kefahaman berbahasa. (Santrock,
2007) Oleh itu, perluln seseorang cikgu mengaplikasikan Teori Chomsky dengan baik
dengan merancang pengajarannya dengan sistematik untuk megembangkan saraf-
saraf dan bahagian berkenaan otak murid-murid dalam konteks menguasai bahasa.

3.3 Peluang Berbahasa


Selain itu, aplikasi yang seterusnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah adalah dengan menekankan kepada pembelajaran mengikut
kadar kendiri. Hal ini bermaksud, kanak-kanak diberi peluang untuk belajar sesuatu
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif
mereka sendiri. Kanak-kanak sering belajar cepat atas perkara yang diminati mereka.
Dengan ini, guru perlulah banyak memberikaln peluang kepada murid-murid untuk
menggunakan bahasa. Contohnya, kanak-kanak diberi peluang untuk berucap dan
meceritakan hasil kerja mereka masing-masing di dalam kelas. Hal ini disebabkan
kanak-kanak yang masih kecil selalunya cuba untuk menunjukkan keupayaan diri
sendiri mereka untuk menarik perhatian orang dewasa serta mempunyai inisaitif untuk
melakukan sesuatu dengan berdikari untuk membuktikan kemampuan sendri supaya
mereka ada kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain mahupun diri. Hal ini
telah dinyatakan oleh Erik Erikson dalam lapan peirngkat perkembangan kanak-kanak
Teori Perkembangan Psikososialnya iaitu dalam tahap keempat (enam hingga 11
tahun), Industri lawan dengan Rasa Rendah Diri. Dalam tahap ini, istilah industri
bermaksud membawa kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan
menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kanak-kanak dalam
lingkungan tahap umur ini selalunya cukba melakukan tugasan atau kerja yang
diamanahkannya denga penuh minat dan dedikasi. Harapan mereka adalah untuk
menyiapkannya dengan baik untuk menimbulkan keyakinan diri dan elakkan daripada
rasa merendah diri. Dengan mengetahui semua ini, guru perlulah banyak
menggalakkan pembentangan dalam kelas atau banyak memupuk kanak-kanak untuk
menceritakan peristiwa yang dilalui oleh mereka dalam kehidupan. Selain itu, guru
juga boleh banyak menggalakkan murid-murid bercakap dalam perbincangan
berkumpulan untuk mengembangkan dan menambaikkan penggunaan bahasa
mereka dengan alat semula jadi mereka, iaitu LAD. Banyak bercakap dapat membantu
mereka mengesan peraturan berbahasa dalam masyarakat dan kemudian menguasai
sesuatu bahasa.

3.4 Strategi Pelbagai

Seterusnya, dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Bahasa Chomsky,


guru boleh sentiasa berubah-ubah strategi pengajaran mereka dengan merancang
dan menyediakan rancangan pengajaran yang pelbagai. Misalnya, pasangkan kanak-
kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir berbahasa dalam pengajaran. Sebagai
contoh, aktiviti seperti bercerita, simulasi, sumbangsaran, dan pembelajaran koperatif
dapat menonjolkan dan mengembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak antara
satu sama lain Hal ini disebabkan kanak-kanak dapat menggunakan LAD mereka
untuk mempelajari ciri-ciri bahasa dan tatabahasa daripada rakan sebaya mereka.
Dengan ini, dapat diperlihatkan bahawa suatu kajian tentang Language Acquisition
juga telah mengatakan bahawa lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak. Strategi ini amat selaras dengan idea
yang diutarakan oleh Chomsky dalam teorinya yang menekankan kaedah
pengajajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah berpusatkan pelajar ialah pengajaran
yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Sebagai penerangan yang
lebih lanjut, pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti lakonan dalam kelas
adalah salah satu cara pengajaran berpusatkan pelajar kerana kanak-kanak
merupakan keutamaan dalam seluruh sesi proese pengajaran dan pembelajaran
berbanding kaedah lama yang hanya guru mengajar murid mendengar. Kaedah
berpusatkan pelajar ini adalah amat bermakna kepada pembelajaran dan
pemerolehan mahupun penguasaan bahasa kanak-kanak kerana dapat
mengembangkan bahasa kanak-kanak menerusi perangsangan terhadap fungsi
mental dan kognitifnya.

Dalam usaha mengaplikasikan Teori Perkembangan Bahasa Chomsky yang


menyatakan bahawa setiap murid berupaya untuk belajar bahasa dengan sempurna
dengan alat pemerolehan bahasa mereka yang dinamai LAD, guru haruslah mengajar
bahasa secara deduktif iaitu memberi pengajaran secara umum terlebih dahulu
sebelum membekalkan contoh-contoh yang khusus. Bagi peraturan yang digunakan
dalam tatabahasa , murid-murid lebih sesuai untuk belajarnya secara terus menerus
dan dengan cara yang berstruktur. Dalam hal ini, murid-murid juga perlu diajar dan
dilatih untuk merumuskan tatabahasa yang telah dipelajari dengan kreatif untuk
memastikan mereka telah menguasai peraturan dan ciri undang-undnag penggunana
tatabahasa sesuatu bahasa itu. Dengan kata lain, guru di dalam bilik darjah boleh
meminta para murid untuk menghasilkan atau mencipta ayat-ayat baharu sendiri
daripada pengetahuan yang baru didapati untuk mengukuhkan penguasaan mereka
menerusi LAD yang ada dalam diri mereka.

Teori Nativis yang dikemukakan oleh Chomsky telah banyak menekankan


pemikiran dan kognitif kanak-kanak dan ini disetujui oleh Bowen dalam Jurnal
Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak (Guat, T. M., 2006). Menurut beliau lagi, bayi-bayi
sebenarnya sudah berkebolehan untuk membezakan suara-suara di persekitarannya.
Kemudian, bahasa seseorang bayi itu akan terus berkembang dan akan lebih mantap,
kukuh dan menyempurnakan mengikut perkembangan usianya. Oleh itu, guru
digalakkan banyak menyediakan atau mencipta peluang kepada murid-murid di dalam
kelas untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini amat penting
dan bermakna kerana mereka diyakin bahawa dapat membentuk konsep, idea dan
tafsiran sendiri menerusi pertimbangan dan pemikiran yang banyak dengan
menggunakan otak mental mereka.

3.5 Aplikasi Keseluruhan Ikut Peringkat Umur

Sebagai kesimpulan, perkembangan kanak-kanak juga dapat dibahagikan


kepda peringkat awal dan peingkat pertengahan.

i. Pada peringkat awal kanak-kanak pula, guru memainkan peranan atau


tanggungjawab yang penting dalam membantu mereka mempelajari bahasa yang
banyak. Hal ini disebakan bahawa proses atau kemampuan kanak-kanak untuk
mempelajari dan memperolehi bahasa-bahasa atau paling aktif dan cepat dalam
lingkungan umur dua hingga 6 tahun mengikut pandangan Mangantar
Simanjuntak pada tahun 1982. Usaha ini dapat dibuat dengan guru-guru selalu
menggunakan perkataan-perkataan yang luas dan pelbagai jenis seberapa
mungkin yang boleh semasa pengajaran di dalam blik darjah. Pendedahan awal
ini adalah penting agar murid-murid biasa dengan vocabulari ini sejak awal-awal
kerana perkembangan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa adalah sangat
pesat ketika peringkat awal ini. Selain itu, teori Chomsky juga dapat diaplikasi
dengan usaha guru boleh menggunakan flash card untuk menunjukkan
perkataan-perkataan baharu kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, perkara
ini perlulah dilakukan secara kerap agar kanak-kanak mempunyai ingatan yang
mendalam ke atas perkataan-perkataan yang didedahkan kepada mereka. Untuk
memperkukuh dan memantapkan lagi pembelajaran bahasa kanak-kanak, guru
perlulah menyoal kembali perkataan-perkataan yang sudah diajar kepada mereka.
Hal ini bukan sahaja dapat memberangsang pemikiran mereka tetapi juga
membantu mereka menyimpan perkataan-perkataan yang sudah diketahui oleh
mereka ke dalam memori yang berjangka masa panjang.
ii. Peringkat pertengahan kanak-kanak pula, iaitu selepas kanak-kanak memasuki
sekolah rendah, peranan guru bertukar kepada penggalak dan pembimbing
kanak-kanak dalam penggunaan dan pengaplikasian bahasa yang pernah
dipelajari mereka. Contohnya, seseorang cikgu seharusnya bersikap proaktif
dalam membantu murid-murid memahami setiap perkataan dan ayat yang dituturi
mereka dan bukan sekadar bercakap sahaja tanpa kefahaman. Dengan adanya
kefahaman yang secukupnya, dapatlah kanak-kanak mengembangkan bahasa
mereka dengan cepat, cekap dan efektif. Dalam hal ini, para guru boleh cuba
mengajar dengan cara bercerita kepada kanak-kanak. Ketika proses
menceritakan, guru juga boleh melimpahi para murid soalan-soalan untuk
menggalakkan mereka banyak berfikir. Sementara itu, guru juga perlu mengambil
perhatian terhadap setiap jawapan mereka agar dapat mengesan kesilapan dan
dapat terus membetulkan mereka.

4.0 Rumusan

Gabungan daripada pendapat Ena Wasli (2016) dan Nurazmi Kuntum (1997:20),
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berjaya merupaka sesi
pertukaran atau penyampaian ilmu yang banyak dalam masa yang singkat. Dalam
konteks ini, proses P&P yang berkesan adalah kanak-kanak dapat menguasai
perkataan yang banyak dan dapat menguasai penggunaannya dengan tepat dalam
masa yang pendek.

Sebagai seorang guru prasekolah, adalah penting untuk mengetahui dan


mengaplikasikan teori Chomsky serta faktor-faktor pengaruh perkembangan bahasa
kanak-kanak seperti umur, kesihatan, jantina, kecerdasan, keadaan keluarga selain
faktor persekitaran, komunikasi, baka dan kemampuan bagi meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dalam usaha
mengembangkan kemahiran bahasa mereka. (Felicia, H., 2012) Dengan ini, guru
hendaklah mengajar kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran berbahasa
mereka peringkat demi peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar seperti
empat peringkat perkembangan yang diutarakan oleh Piaget. Dengan ini, bantuan
perancah iaitu scaffolding boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah yang efektif
untuk meningkatkan prestasi pemerolehan bahasa kanak-kanak sehingga tahap
optimum. Dell Hymes Speaking Model juga merupakan satu model atau kajian yang
boleh dirujuk oleh para guru semas mengaplikasikan teori-teori pembelajaran bahasa
dalam kelas untuk mempertimbangkan cara pengajaran mereka. (Hymes, Dell., 1974).
Dengan erti lain, guru perlulah sentiasa kreatif dan inovatif dalam mengajar dan
mengembangkan bahasa kanak-kanak dengan menggunakan strategi yang
bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak seperti mana prinsip Amalan
Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) yang sering ditegaskan guru prasekolah
ramai. Dengan ini, keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah dapat dicapai dan
ditingkatkan dalam konteks mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Sebenarnya, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memberikan implikasi


ke atas aspek perkembangan kognitif dan sosioemosi kanak-kanak. (Faridah, N.,
Norhiza, M. S. & Zairinah, M.S., 2014) Oleh itu, untuk memastikan kognitif seseorang
kanak-kanak itu berkembang dengan sihat dan pesat, bahasalah menjadi penentu
yang amat penting. Dengan mempunyai perkembangan dan penguasaan bahasa
yang secukup mantap dan kukuh, , kanak-kanak dapat dibesarkan dengan sihat dan
sejahtera serta seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek, rohani dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai