Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “kerohanian” berasal daripada perkataan
rohani atau roh yang membawa maksud bahagian dalaman manusia yang mempunyai daya
berfikir, berperasaan dan berkemahuan atau jiwa iaitu nyawa yang ada dalam tubuh manusia.
Pendek kata, kerohanian adalah perihal-perihal rohani, sifat-sifat rohani dan nilai-nilai hidup.

Secara umumnya, sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh diajar dan
dipelajari. Hal ini bermaksud, nilai kerohanian boleh diterapkan kepada individu melalui
medium-medium atau saluran-saluran tertentu (Pengenalan kepada kerohanian, n.d.).
Sebagai bukti, bidang pembelajaran Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
bukan sahaja telah dirancang masuk dalam Kurikulum Permata Negara, tetapi juga dijadikan
sebagai fokus utama dalam kerangka kurikulumnya (Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PERMATA), 2013). Hal ini sama seperti dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Pendidikan Prasekolah (DSKP KSPK), salah satu tunjang kurikulumnya ialah
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016).

Sebenarnya, pendidikan kerohanian, ataupun rohani, amat penting dalam kehidupan


kita, terutamanya kanak-kanak. Pendidikan kerohanian sejak peringkat awal adalah amat
penting. Hal ini disebabkan, dalam konteks kanak-kanak, pendidikan dilihat sebagai satu
proses yang berterusan serta berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang
kanak-kanak di mana mereka mempelajari apa-apa sahaja di persekitaran dan dengan ‘ilmu’
atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi dalam
kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan masa kelak (Department of
Education and Science,1990 dalam Badzis, n.d.). Menurut pakar psikologi lagi, personaliti
kanak-kanak sudah terbentuk sebelum mereka mencapai lima tahun (Bahagian Pendidikan
Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013, p. 22).

Namun, pendidikan kerohanian telah dipinggirkan dan kian dilupai oleh masyarakat
kini, terutamanya pada era transformasi nasional yang ghairah mengejar kemajuan dalam
kehidupan bagi mencapai hasrat 2050 (TN 50). Hal ini dapat jelas diperlihatkan apabila gejala
sosial di Malaysia semakin merebak, meningkatkan kadarnya dan menular bagai cendawan
yang tumbuh sepelas hujan sejak akhir-akhir ini (Baharom Mohamad, 2008).

Oleh itu, pendidikan kerohanian ini adalah mustahak untuk dititikberatkan dalam
kurikulum pendidikan bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang kian serius sekarang.
Dengan ini, pembelajaran abad ke-21 merupakan suatu wacana yang sesuai dan baik untuk
pendidikan kerohanian dalam sekolah.

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 1


2.0 Analisis Isu Dan Trend Pendidikan Kerohanian

2.1 Pembelajaran Abad Ke-21

Sejajar dengan perkembangan dan pembangunan yang pesat dalam bidang ekonomi, politik
dan sosial di seluruh dunia, negara kita juga mengalami anjakan paradigma dalam semua
aspek, terutamanya bidang pendidik. Dengan ini, lahirnya konsep pembelajaran atau
pendidikan abad ke-21 yang lebih mencabar dan berhaluan baru berbanding dengan akad
ke-20 dan yang sebelumnya.

Pemebalajaran Abad Ke-21 (PAK-21) ialah satu usaha yang penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Mykssr, 2016). Biasanya, pendidikan abad ke-
21 dimaksudkan sebagai kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid di
pusat-pusat pengajian tinggi yang bakal menyertai tenaga kerja pada abad ke-21 ini.
(Pasukan Pemikiran Pendidikan Abad Ke-21, 2017, p. 3). Walau bagaimanapun, PAK-21 ini
telah diterapkan dalam semua tahap dan bidang pendidikan, tidak mengira dari seawal
pendidikan awal kanak-kanak ataupun sehinggalah universiti atau institut-institut pengajian
tinggi. Menurut Tuan Naufal Tuan Khaled (2017), PAK-21 ini bukan sahaja berkesan pada
kemudahan insfrastuktur dan susun atur kelas, tetapi juga merupakan penentu utama
kejayaan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang berorintasikan
berpusatkan pelajar.

Dalam kontek ini, PAK-21 adalah amat penting untuk diterapkan dalam pendidikan
kerohanian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini disebabkan ciri murid yang kelima
dalam PPPM ialah memiliki etika dan kerohanian tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), 2013). Dalam hal ini, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang merupakan disiplin
ilmu utama pendidikan kerohanian (DSKP KSPK, 2016) dalam coraknya yang transformatif
mampu membangun nilai etika dan kerohanian supaya ia menjadi benteng kekuatan
menghadapi cabaran alaf 21 (Baba, 2013).

2.2 Penerapan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Pendidikan Kerohanian


2.2.1 Kemahiran Abad Ke-21

Kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar
untuk berdaya saing pada milenium baru ini (Syamila, n.d.). Ia melibatkan pelbagai bidang
dan berhasrat untuk menyediakan pelajar yang berkebolehan dan berkaliber. Kemahiran-
kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ialah kemahiran

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 2


maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta kemahiran
interpersonal dan arah kendiri (Hailmi, 2017).

Dalam hal ini, juga dapat diperhatikan bahawa salah satu hasrat KSPK adalah untuk
melahirkan murid yang memiliki kemahiran abad ke-21 dengan berfokus kepada kemahiran
berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berberaskan nilai murni (Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016, p. 5). Dalam Sinar Harian bertarikh 31 Oktober 2013,
telah dicatatkan bahawa pemupukan nilai etika dan kerohanian dalam diri setiap murid adalah
sebagai persiapan mendepani cabaran yang akanditempuh dalam kehidupan dewasa, agar
mereka boleh menyelesaikan kon􀂢ik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan,
berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal dan berani melakukan
sesuatu yang betul. Hal ini telah selaras dalam KSPK yang bertujuan untuk melahirkan kanak-
kanak yang berprinsip, berdaya tahan, mahir berkomunikasi, beriman dan sebagainya di
bawah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (KPM, 2016).\

Kemahiran interpersonal dan arah kendiri berdasarkan Cikgu Hailmi, amatlah


menepati objektif pendidikan kerohanian. Dengan ini, enam bidang yang terdapat dalam
bidang Pendidikan Islam KSPK serta 14 nilai murni dalam Pendidikan Moral dapatlah
membantu memupuk kemahiran abad ke-21 ini (KPM, 2016). Sebagai contoh, PM 6.0 iaitu
nilai Hormat yang membawa standard pembelajaran PM6.1.3 Menunjukkan sikap hormat
kepada orang lain merupakan salah satu cara untuk membina dan memupuk kemahiran
interpersonal kanak-kanak bagi menjalin hubungan yang erat antara satu sama lain (KPM,
2016, p.74).

2.2.2 Susun atur kelas Abad Ke-21

Dalam pembelajaran abad ke-21, susun atur kelas atau bilik darjah juga merupakan
satu faktor yang penting untuk mempengaruhi kesan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan Cikgu Hailmi (2015), terdapat tiga ciri yang penting dalam konteks susun atur
bilik darjah bagi kelas abad ke-21 kini. Antaranya ialah meja dan kerusi yang disusun mestilah
membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berlangsung, suatu ruang atau kawasan yang cukup keluasan bagi murid-murid
menjalankan pembelajaran secara bebas (autonomi), serta persekitaran kelas adalah riang,
ceria dan selesa selamat dari segi fizikal dan mental (Hailmi, 2015).

Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Prasekolah


(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016), penaakulan moral merupakan salah
satu domain utama yang difokuskan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Dalam hal ini, susun
atur kelaslah yang menjadi pembangun atau faktor penting untuk menjayakan tujuan

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 3


pengajaran kerohanian moral ini terhadap kanak-kanak. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
susun atur abad ke-21 yang duduk dalam orientasi meja berkumpulan dapat membantu
kanak-kanak dalam perbincangan tentang hal-hal yang berkaitan tentang rohani dan moral.
Menurur DSKP Pendiidkan Prasekolah (KPM, April 2016, p. 71), penaakulan moral ialah
keupayaan kanak-kanak untuk mengenal pasti perlakuan yang baik atau benar dan perlakuan
yang jahat atau salah. Dengan ini, kanak-kanak dapat bersama-sama berbincang dan
membezakan tingkah laku atau sikap yang baik dan buruk dalam kumpulan masing-masing.
Berdasarkan kajian Khoo Yin Yin (April, 2008), teknik perbincangan secara kolaboratif dapat
memenuhi kriteria antara pembelajaran secara mendalam (deep learning) dengan
pembelajaran kritis. Sehubungan ini, kanak-kanak yang menggunakan pembelajaran secara
mendalam iaitu perbincangan kolaboratif ini dapat lebih memahami konsep kerohanian dan
moral dengan lebih terperinci (Marton dan Saljo, 1976 dalam Yin, 2008). Sebagai contoh,
kanak-kanak dapat mencapat standard pembelajaran pendidikan moral dalam Tunjng
Kerohanian, Sikap dan Nilai, iaitu PM 13.1.2 Membincangkan faedah berjimat-cermat
menggunakan alatan dan sumber sedia ada (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April
2016, p. 76)

Selain itu, dalam Kurikulum Permata Negara (Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PERMATA), 2013), terdapat juga aspek Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan
Kerohanian dalam enam bidang pembelajaran kanak-kanak berumur dari lahir hingga empat
tahun. Dalam bidang perkembangan kerohanian dan sahsiah ini, telah memfokuskan kepada
kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, kerohanian kanak-kanak dan sebagainya
(Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013, p. 55). Dalam hal ini, susun atur
kelas abad ke-21 yang berkonsepkan Campfire, Watering Hole, dan Cave dapat memenuhi
permintaan ini (Hailmi, 2015). Menurut Cikgu Hailmi, Campfire merupakan satu ruang
pembelajaran untuk melatih kanak-kanak menjadi pembimbing atau pencerita. Manakala
konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan
kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu
untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian (Hailmi, 2015). Dalam hal ini,
objektif pembelajaran pendidikan kerohanian dalam kanak-kanak berumur kosong hingga
empat tahun dapat direalisasikan, iaitu membina kanak-kanak tingkah laku yang bersopan,
berkeyakinan tinggi dan memiliki self-esteem yang kukuh dan sebagainya (Bahagian
Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013, p. 55).

2.2.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Abad Ke-21

Selaras dengan penekanan pembelajaran abad ke-21, rancangan pengajaran harian (RPH)
kini juga berlaku perubahan. RPH bagi subjek yang tidak sama akan mempunya format atau

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 4


penulisan yang berbeza. Walau bagaimanapun, antara komponen yang perlu ada dalam RPH
Abad 21 ialah:

 Mata Pelajaran
 Tarikh/Hari
 Bidang Pembelajaran
 Objektif/Kriteria Kejayaan
 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 ABM/BBM
 Elemen Merentas Kurikulum
 Tahap Pemikiran
 Peta Pemikiran i-Think
 Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
 Tahap Penguasaan
 Penilaian
 Refleksi

(Contoh rph abad 21, 2017)

Elemen P&P Ciri-Ciri / Prinsip-Prinsip Teknik / Kaedah


Set Induksi  Menarik perhatian / Lontaran soalan KBAT
timbul perasaan ingin - cungkil idea, situasi
tahu berdasarkan tajuk dalam
 Sesuai dengan umur, kehidupan, rangsangan
kebolehan dan visual berdasarkan tajuk,
pengalaman murid cuba teka, nyanyian/didik
 Berkaitan dengan hibur, bercerita, lawatan,
pengetahuan sedia ada berkongsi maklumat carian,
murid celik IT
 Berkaitan dengan
objektif pembelajaran
 Jangka masa terhad
Pengembangan komunikasi, kreatif, kritis, Koperatif, main peranan,
- Pembelajaran kolaboratif, KBAT, kerja lapangan,
Berasaskan Aktiviti kontekstual, didik simulasi/lakonan,
hibur,unsur kecindan

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 5


eksperimen, inkuari
penemuan, stesen, i-ThinK
Pengukuhan dan Mengembangkan
Pengayaan pengetahuan yang
dipelajari, menerapkan
dalam situasi
sebenar/kehidupan seharian
dan mencungkil idea baru.
-KBAT
-i-Think
Penilaian (a) Informal / Formatif
- Pemerhatian - Lisan - Kuiz
- Soal jawab - Perbincangan
- Penilaian kendiri

(b) Formal / Sumatif


-ujian -laporan
pembentangan murid -
tugasan/ hasil kerja murid -
folio

Kesimpulan / Penutup - Mencari maklumbalas


objektif pengajaran
- Merumuskan isi
pengajaran dan
pembelajaran.
- Penambahbaikan
- Membincang
pencapaian/impak
- - traffic light, smiley face,
mimik muka, kad maklum
balas.

(Rahman, 2015)

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 6


Dengan berpandukan ciri-ciri rancangan pengajaran harian abad ke-21 di atas,
pendidikan kerohanian, contohnya Pendidikan Islam atau Moral juga dapat diajarkan dengan
lebih kreatif dan berkesan. Misalnya, pengajaran moral dan amalan-amalan Islam tidak hanya
secara kuliah dan latihan kerja rumah, aktiviti kolaborasi secara kumpulan atau permainan
dan simulasi dapat dilakukan dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan kerohanian dan
penerapan nilai-nilai baik dalam diri kanak-kanak. Dengan ini, Standard Kandungan PI 5.1
Mengaplikasikan adab dalam kehidupan serta Standard Pembelajaran seperti PI 5.1.2
Menunjukkan adab makan dan minum dapat dicapai (DSKP KSPK, 2016, p. 69). Hal ini
disebabkan penggunaan alat-alat seperti Traffic light, parking lots dan sebagainya dapat
membantu dalam pembelajaran kanak-kanak dari semua aspek, termasuklah kesediaan
emosi untuk belajar. Pendek kata, bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21
masih berpusatkan guru, tetapi peranan guru sudah ditukar menjadi pemudah cara bagi
kanak-kanak dan lebih penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran (Mahamod, 2012).

2.2.4 Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam pembelajaran abad ke-21, 4C yang dimaksudkan ialah Kritikal (Critical),


Komunikasi (Communication), Kolaborasi (Colaboration) dan Kreativiti (Creativity) (Pasukan
Pemikiran Pendidikan Abad Ke-21, 2017, p. 5).

Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susun atur meja serta
penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar
daripada itu. PAK-21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting
proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar. (Hailmi, Konsep 4C dalam
pembelajaran abad 21, 2016)

Pemikiran kritial ini telah merangkumi kebolehan untuk menganalisis maklumat dan
menawarkan penyelesaian untuk masalah. Berdasarkan National Education Association
(NEA)(2010), pelaajr yang memiliki kebolehan untuk berfikir secara kritikal ini akan
berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk penaakulan bersesuaian dengan situasi
(dalam Pasukan Pemikiran Pendidikan Abad Ke-21, 2017). Hal ini selaras dengan fokus
Pendidikan Moral dalam Tunjang Kerohanian DSKP Pendidikan Prasekolah di negara kita,
iaitu menekankan penerapakan kemahiran penaakulan moral dalam diri kanak-kanak.

Dalam aspek kreativiti, guru diminta untuk menerapkan unsur-unsur kreatif bukan
sahaja dalam aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah, tetapi juga terhadap bahan-bahan
yang disediakan (BBM), teknik-teknik yang ditujukan kepada kanak-kanak serta berupaya
untuk membimbing kanak-kanak id untuk menjanakan pemikiran yang kreatif (Hailmi, 2016).

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 7


Sebagai contoh, dalam pengajaran pendidikan kerohanian seperti Pendidikan Islam atau
Moral serta pembentukan sahsiah, guru tidak perlulah mengikut cara pengajaran yang lama
iaitu “ chalk and talk”, dan pengajaran yang berpusatkan guru. Guru bolehlah lebih kreatif
dalam menjalankan P&P beliau dengan membuat pengubahsuaian ke atas bahan atau alat
bantu mengajarnya (ABM/BBM) dan cara penyampaiannya. Misalnya, menggunakan alat
teknologi seperti tayangan video dengan projektor, amali dengan projek, permainan, nyanyian,
lakonan, main peranan dan sebagainya.

Bagi aspek kolaborasi, cara pengajaran seperti ini adalah lebih berpusatkan pelajar.
Hal ini membawa maksud, pelajar belajar secara langsung dengan cara kolaborasi atau
kerjasama antara satu sama lain, bukanlah seperti P&P masa dahulu duduk dan dengar cikgu
bercakap atau mengajar sahaja. Dalam konteks ini, aktiviti kumpulan atau berpasangan
adalah sangat popular dalam kelas. Contohnya, untuk mengajar Pendidikan Islam dalam
prasekolah, guru boleh menjalankan aktiviti Think-Pair-Share untuk menjayakan pengajaran
Al-Quran. Usaha ini dipercayai dapat lebih berkesan untuk memenuhi kehendak standard
kandungan dan pembelajaran dalam DSKP KSPK yang berkenaaan dengan mengenal huruf-
huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari Bahasa Arab mudah
(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016, hlm. 63). Hal ini disebabkan kanak-
kanak dapat saling berkongsi idea dan kefahaman sendiri dan ini akan mempercepatkan daya
kognitif mereka untuk mendalami ilmu tersebut, daripada hanya mengaji bersendirian.

Kemahiran insaniah, atau dikenali sebagai soft skill, adalah salah satu aspek yang amat
ditekankan dalam pendidikan abad ke-21 ini, terutamanya digalakkan untuk memupuk
kemahiran ini dari awal umur kanak-kanak lagi, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Dalam konteks ini, kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain
merupakan suatu kebolehan yang tidak kurang penting dalam setiap individu dalam menjalani
kehidupan harian, termasuklah kanak-kanak. Oleh itu, pelajar-pelajar terutamanya kanak-
kanak digalalkkan untuk banyak berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang difahami mereka dari pembelajaran mereka dalam
konsep 4C abad ke-21 ini (Hailmi, 2016).

2.2.5 Contoh Strategi atau Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran Ke-21

Pada era transformasi nasional ini, Pendidikan Kerohanian telah mengahadapi cabaran
yang sengit terutamanya dalam abad ke-21 yang masyarakat hanya mementingkan
kemewahan dan kebendaan dan perihal-perihal moral dan nilai-nilai semakin dipinggirkan.

Dengan ini, pelbagai aktiviti pembelajaran yang dapat dijalankan dalam abad ke-21 ini
dalam mengatasi masalah ini dan mengelakkan pendidikan kerohanian semakin lupus dalam

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 8


kehidupan masyarakat. Antara contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-21 ialah Round
Table, Think-Pair-Share, Hot Seat, Deklamasi Sajak atau Nyanyian, Pembentangan Hasil,
Role Play, Simulasi, Eksperimen dan sebagainya (Hailmi, 2016).

Dalam Kurikulum Permata Negara, telah dinyatakan bahawa aspek perkembangan


sahsiah, sosioemosi, dan kerahanian telah diletakkan sebagai aspek bidang pembelajaran
yang utama dalam pendidikan kanak-kanak di TASKA (Bahagian Pendidikan Awal Kanak-
kanak (PERMATA), 2013, hlm. 55). Dengan ini juga diberikan garis panduan bahawa, untuk
menjayakan kekuatan rohani dan iman dalam diri kanak-kanak, pendidik atau pengasuh
dalam pusat PERMATA hendaklah hormati idea dan perasaan kanak-kanak, memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan fikiran, perasaan, idea mereka dan
membimbing mereka untuk memilih dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini, aktiviti
seperti Round Table boleh dijalankan. Sebagai contoh, kanak-kanak duduk dalam satu
kumpulan dan pendidik atau pengasuh mengemukakan satu topik atau isu berkaitan moral,
rohani atau agama. Seterusnya, kanak-kanak secara bergiliran mengeluarkan pandangan
sendiri dan mencatakan idea orang lain. Sebagai bukti, guru mengajar kanak-kanak tentang
cara bagaimana untuk memahami reaksi orang lain, seperti yang tersenarai dalam hasil
pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur satu hingga dua tahun dalam Kurikulum
PERMATA Negara (Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013, hlm. 56).
Walau bagaimanapun, guru perlulan menyesuaikan keadaan atau cara perjalanan aktiviti
Round Table ini supaya sesuai dengan tahap kanak-kanak masing-masing dan tidaklah
mengadakannya secara statik dan formal sahaja tanpa memahami tujuan sebenarnya. Hal ini
kerana kanak-kanak yang guru menghadapi adalah kanak-kanak yang masih kecil dan belum
matang fikirannya.

Dalam DSKP Pendidikan Prasekolah pula, cikgu boleh mengadakan aktiviti Role Play atau
simulasi semasa hendak mengajar tentang nilai moral berterima kasih, hormat, jujur dan nilai-
nilai yang lain. Contohnya, guru prasekolah boleh menyuruh kanak-kanak berlakon tentang
situasi-situasi yang menunjukkan teladan personaliti yang baik dan tidak baik di depan kelas.
Secara tidak langsung, pendidkan kerohanian dapat dijayakan dengan aktiviti-aktiviti
pembelajaran abad ke-21 ini.

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 9


3.0 Rumusan

Pendidikan rohani merupakan salah satu aspek penting yang diberi penekanan di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain aspek jasmani, intelektual dan emosi (Mohd
Fuad Othman, 2017). Tanpa rohani, kita tidak akan mempunyai hala tuju dan kehidupan kita
tidak akan bermakna. Dalam erti lain, unsur rohani adalah unsur yang paling penting dalam
pendidikan insan. Pengabaian kepada rohani menyebabkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mustahil untuk dicapai. Meskipun keadaan pengajaran dan pembelajaran di
universiti lebih menekankan aspek intelektual yang tinggi, namun aspek kerohanian juga
harus seiring. Penerapan pendidikan kerohanian ini tidak terbatas kepada bidang ilmu
pengajian Islam semata-mata (Ahmad Fakhrurrazi & Mahfuzoh, 2014).

Dalam hal ini, kita sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, adalah amat
penting untuk sentiasa memajukan diri sendiri dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 agar
dapat menerapkan rohani dalam diri kanak-kanak menerusi pengajaran dan pendidikan serta
pembelajaran dengan berkesan dan efektif. Hal ini selaras dengan catatan dalam Sinar Harian
bertarikh 31 Oktober 2013, “Justeru, amat penting para pendidik memiliki kemahiran dan cara
bagaimana pendidikan etika dan kerohanian,tidak hanya bersifat pernyataan tetapi harus
diolah dengan bijaksana supaya ia memberi kesan penghayatankepada murid dan pelajar.”
(Baba, 2013).

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 10


4.0 Rujukan

Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi & Mahfuzoh Mohammed Zabidi. (2014). Pedoman Al-
Quran dan Al-Sunnah Terhadap Pedagogi Kerohanian dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Universiti: Suatu Cadangan Awal. Proceeding 4th International
Conference and Exhibition on Islamic Education 2014. Selangor: Association of
Malaysian Muslim Intellectuals (PIMM): 503-511

Baba, S. (2013, Oktober 31). PPPM: etika dan kerohanian. Sinar Harian.

Badzis, M. M. (n.d.). Kurikulum pendidikan Islam prasekolah. PRA 3108 Perkembangan


Kerohanian dan Moral, 14.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). (2013). Kurikulum permata negara.


Selangor Darul Ehsan: Jabatan Perdana Menteri.

Baharom Mohamad, A. S. (2008). Peranan pendidikan Islam dan pendidikan moral dalam
membina sahsiah pelajar berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan , 2.

Contoh rph abad 21. (2017, Mei 1). Retrieved from Pendidik2u:
https://www.pendidik2u.my/contoh-rph-abad-21/

Dewan, K. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Hailmi. (2015, Januari 12). Contoh susun atur kelas abad ke-21. Retrieved from Blogpost:
http://www.cikguhailmi.com/2015/01/contoh-susun-atur-kelas-abad-ke-21.html

Hailmi. (2016, Februari 8). 10 contoh aktiviti pembelajaran abad ke-21. Retrieved from
Blogpost: http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-aktiviti-pembelajaran-abad-
21.html

Hailmi. (2016, Mac 16). Konsep 4C dalam pembelajaran abad 21. Retrieved from Blogpost:
http://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaran-abad-21.html

Hailmi. (2017, Januari 10). Panduan lengkap pembelajaran abad ke-21. Retrieved from
Blogpost: http://www.cikguhailmi.com/2017/01/pembelajaran-abad-21.html?m=1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan pembangunan pendidikan malaysia


2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (April 2016). Dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran pendidikan prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 11


Keow, C. L. (n.d.). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khaled, T. N. (2017, Mac). Apakah pendidikan abad ke-21. Retrieved from Sistem Guru
Online: https://www.sistemguruonline.my/2017/03/pendidikan-abad-ke-21.html

Mahamod, Z. (2012). Inovasi p&p dalam Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Fuad Othman, M. A. (2017). Pendidikan rohani berasaskan sains Al-Quran. ASEAN
Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 64-77.

Mykssr. (2016, Mac). Pembelajaran abad ke-21: 9 contoh aktiviti dalam kelas. Retrieved
from Info Guru, PAK-21: www.mykssr.com/2016/03/prmbelajaran-abad-ke-21-9-
contoh.html?m=1

Pasukan Pemikiran Pendidikan Abad Ke-21. (2017). Buku panduan pelaksanaan pendidikan
abad ke-21. Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pengenalan kepada kerohanian. (n.d.). PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral, 8.

Rahman, A. b. (2015, Oktober 18). Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Retrieved
from Slideshare: https://www.slideshare.net/carrothy21/pengajaran-dan-
pembelajaran-abad-ke-21

Syamila, N. (n.d.). Kemahiran abad ke-21. Weebly, 1-12.

Yin, K. Y. (2008). Keberkesanan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam


kalangan pelajar ekonomi tingkatan enam. Jurnal Pendidikan, 7.

Yunos, M. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 22-30.

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 12


5.0 Lampiran

Kelas Abad Ke-21

Contoh Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke-21

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 13


Konsep Susun atur Kelas Abad Ke-21

Keadaan / Suasana KelasAbad Ke-21

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 14


RPH

Pembalajaran Abad Ke-21

Taksonomi Bloom

PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 15


PAKK 3313 KEROHAIAN DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PAKK 16

Anda mungkin juga menyukai