Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan terhadap topik.

(_3_/3)
Aspek yang pertama adalah aspek pensejarahan yang membahasakan mengenai sejarah
berkaitan pengajaran ilmu hadis, pembelajaran abad ke 21 dan elemen pengajaran
kolaboratif. Sejarah permulaan pengajaran topik hadis di dalam silibus ataupun kurikulum di
peringkat Sekolah Menengah adalah apabila wujudnya mata pelajaran Pendidikan Islam.
Seperti yang diketahui, di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam terdapat 6 kandungan pembelajaran yang akan dipelajari oleh
para pelajar. Antara kandungan-kandungan topik yang terdapat di dalam Pendidikan Islam
adalah pertama, bidang al-quran. kedua, bidang hadis, ketiga, bidang akidah, keempat, bidang
fiqah, kelima, bidang sirah dan tamadun islam dan keenam, bidang akhlak islamiyyah. Jadi
dapat dikenalpasti juga bahawa di dalam silibus Pendidikan Islam itu sendiri juga terdapat
cakupan topik yang menyeluruh berkaitan islam termasuklah pengajaran hadis. Kurikulum
Pendidikan Islam Menengah bagi bidang hadis menumpukan beberapa perkara seperti bacaan
hadis pilihan dan kefahaman hadis pilihan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Pelajar
boleh memahami, menguasai kemahiran membaca teks al-hadis, menghafal teks al-hadis
serta mengambil pengajaran dari al-hadis adalah matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) (Kementerian Pendidikan Islam, 2017). Menurut W. Azizi dan Norhisham (2021),
pendidikan ataupun pengajaran ilmu hadis adalah penting untuk dipelajari kerana hadis
merupakan sumber perundangan islam, penerangan kepada al-quran, mengelakkan
pendustaan dan hadis diperlukan dalam semua cabang ilmu. Oleh itu, pembelajaran ilmu
hadis di peringkat sekolah menengah amat penting dan merupakan salah satu aspek
pembelajaran yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembelajaran abad ke 21 ini mula dilaksanakan dan diamalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) pada tahun 2014. Menurut Shabibah (2019) Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dengan mula mengetengahkan pendidikan abad ke-21
(PAK21) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Elemen yang terdapat di
dalam Pembelajaran Abad ke 21 ini adalah seperti elemen komunikasi, kolaboratif,
kemahiran kritis dan kreativiti. Jadi elemen yang akan ditumpukan di dalam kajian ini adalah
berfokuskan kepada elemen pengajaran secara kolaboratif di dalam pengajaran ilmu hadis.
Seperti yang diketahui, elemen kolaboratif ini telah diperkenalkan di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mewujudkan Pembelajaran
Abad Ke 21 di dalam kelas. Menurut Ried (1989) (diambil kutipan dari Sukreni dan Mohd
Isha, 2018), pengajaran secara kolaboratif ini terdapat lima fasa di dalamnya iaitu fasa
pertama yang melibatkan fasa guru menyediakan kelas dengan aktiviti kolaboratif pada fasa
penglibatan, contohnya menyuruh pelajar membaca dan meneliti serta mengenal pasti jenis
bahasa pujukan yang terdapat dalam karya seperti iklan, brosur dan papan tanda, fasa yang
kedua adalah pelajar boleh melaksanakan penerokaan bagi mencari idea dan maklumat, fasa
yang ketiga adalah dengan mengubah maklumat pengetahuan, fasa yang keempat adalah
dengan pelajar diberikan peluang untuk membentangkan hasil perbincangan mereka kepada
rakan-rakan yang dari ahli kumpulan lain dan fasa yang kelima adalah dengan pelajar
menganalisis sesuatu yang telah dipelajari dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
dalam proses pembelajaran yang mereka lalui dan mencari cara untuk memperbaiki
pembelajaran mereka. Oleh itu, ini adalah merupakan aspek perbahasan yang menjelaskan
mengenai aspek pensejarahan dari sudut sejarah ilmu hadis di dalam silibus Pendidikan
Islam, pembelajaran abad ke 21 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 2014 dan elemen pengajaran kolaboratif yang terdapat di dalam pembelajaran
abad ke 21.
Aspek perbahasan yang kedua adalah dari aspek perbahasan konsep yang terdapat di
dalam topik kajian ini. Perbahasan mengenai topik kajian ini juga adalah berkaitan dengan
konsep pengajaran di dalam ilmu hadis ini. Subjek Pendidikan Islam ini di dalamnya terdapat
dua komponen besar yang terdiri daripada al-quran dan hadis. Pendidikan Islam ini juga telah
diwajibkan dipelajari oleh semua pelajar Sekolah Menengah yang terdiri daripada tingkatan 1
hingga tingkatan 5. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pendidikan Islam
adalah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Kurikulum
Pendidikan Islam Sekolah Menengah ini digubal adalah bagi memenuhi keperluan membina
dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati islam
secara menyeluruh. Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah ini memberi penekanan
kepada beberapa aspek seperti ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Antara objektif pembelajaran bagi bidang hadis
adalah pertama, membaca hadis pilihan dengan betul dan kedua, merumuskan kefahaman
hadis pilihan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Sehubungan dengan itu, di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam terdapat standard prestasi
yang dinilai di dalam pembelajaran bagi bidang hadis serta bidang-bidang lain. Terdapat 6
standard prestasi yang dinilai di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) ini bagi mengetahui tahap kefahaman dan penguasaan para pelajar Sekolah
Menengah bagi sesuatu bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Konsep yang kedua adalah berkaitan dengan Pembelajaran Abad ke 21 yang telah diterapkan
oleh sekolah-sekolah di Malaysia ini adalah pada tahun 2014. Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan amalan
pendekatan pembelajaran abad ke 21 (PAK21) sebagai satu langkah tranformasi pendidikan
masa kini (Mohamad Fuad et al., 2020). Pembelajaran Abad ke 21 ini terdapat empat elemen
yang merangkumi dari sudut komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis (Nur
Adibah & Hafizhah, 2021). Pembelajaran abad ke 21 ini diterapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 ini bertujuan untuk memastikan pembelajaran di dalam kelas ini lebih menarik
serta dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Elemen yang difokuskan di dalam kajian ini adalah elemen kolaboratif. Elemen kolaboratif
ini adalah satu elemen pengajaran yang menekankan pengajaran berpusatkan pelajar di mana
pelajar akan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain di dalam satu kumpulan bagi
menyumbangkan idea, maklumat dan pengetahuan yang mereka ada bagi melaksanakan
aktiviti kumpulan yang diberikan oleh guru. Menurut Laal, Laal dan Kermanshahi (2012)
(diambil kutipan dari Wan Mariana & Kamarul, 2020), untuk memupuk kemahiran
kolaboratif dalam pembelajaran, lima elemen asas yang terlibat iaitu ketergantungan positif
antara satu sama lain, akauntabiliti individu dan kumpulan, kemahiran interpersonal dan
kumpulan kecil, interaksi bersemuka sama ada secara langsung atau dalam talian, dan
pemprosesan maklumat secara berkumpulan. Elemen kolaboratif ini secara umumnya dapat
memberikan didikan yang positif kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan rakannya
melalui penjanaan idea, berkongsi pendapat dan saling bantu-membantu dalam bertukar
pendapat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa aspek kedua yang dibahaskan adalah konsep
pengajaran yang terdapat di dalam pengajaran ilmu hadis, pembelajaran abad ke 21 (PAK 21)
dan elemen kolaboratif dalam pengajaran.
Aspek yang terakhir adalah aspek perbahasan perkembangan semasa mengenai topik
kajian ini. Seperti yang diketahui pembelajaran abad ke 21 ini sudah mula menapak di dalam
pendidikan di Malaysia mulai tahun 2014 lagi. Ia mula dipraktikkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM). Antara pendekatan yang terdapat di dalam PAK 21 ini adalah seperti
elemen komunikasi, elemen kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika (Mohamad Fuad et al., 2020).Di samping itu, elemen kolaboratif ini
merupakan elemen pengajaran yang terdapat di dalam Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21)
ini. Elemen kolaboratif ini telah pun berkembang di dalam metod pengajaran terkini yang
mana ianya telah diperkenalkan di dalam PAK21 bagi memberi variasi dan inovasi kepada
guru untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka sendiri di dalam
kelas. Ia bertujuan bagi memberikan keaktifan penglibatan murid di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Menurut Ahmad Yunus dan Qutrennada (2017), perbincangan dapat
merangsang kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan ktitis untuk membina pengetahuan
yang baru dan pelajar diberi kebebasan untuk mengaitkan pengetahuan yang baru dengan
pengetahuan yang sedia ada, dan mengembangkan potensi dengan bantuan guru. Sebagai
contoh, guru memberikan tugasan kepada pelajar dalam aktiviti kumpulan mengenai topik
hadis yang dipelajari dan mereka berbincang mengenai isi kandungan hadis yang dipelajari
bersama-sama serta saling bertukar idea dan seterusnya mereka membentangkan hasil
perbincangan mereka tadi. Ilmu hadis yang terdapat di dalam silibus Pendidikan Islam ini
telah pun lama diajarkan kepada pelajar sekolah menengah apabila adanya Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Wujudnya pengajaran ilmu hadis ini dalam
Pendidikan Islam maka perlulah satu metod pengajaran yang bersesuaian untuk diterapkan
kepada pelajar, ini kerana selama ini guru hanya mengajar ilmu hadis hanya menggunakan
buku teks sahaja, namun mengikut kepada peredaran semasa, penggunaan buku teks tidak
lagi relevan dan perlu kepada inovasi di dalam pengajaran hadis. Menurut W. Azizi dan
Norhisham (2021), dari segi bahan pengajaran, ini adalah cabaran dalam pelaksanaan
kurikulum hadis di sekolah menengah harian, pengajaran dan pembelajaran hadis ialah
kekurangan sistem pembelajaran yang hanya bergantung pada buku teks sebagai rujukan.
Menurut Zakaria (2011) (diambil kutipan dari W. Azizi & Norhisham, 2021), ia mendapati
bahawa guru Pendidikan Islam menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar semasa
pengajaran namun masih ditahap yang rendah, ini kerana kurangnya latihan berkaitan
pedagogi terkini.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perbahasan yang terdapat di dalam
perkembangan semasa topik kajian ini adalah berkaitan dengan perkembangan semasa
mengenai Pembelajaran Abad ke 21, elemen kolaboratif dalam pengajaran dan
perkembangan semasa tentang gaya pengajaran ilmu hadis.

Anda mungkin juga menyukai