Anda di halaman 1dari 1

Penyataan masalah.

(_3_/3)
Terdapat tiga permasalahan kajian yang dapat dikenalpasti di dalam tajuk kajian yang
ingin dilaksanakan ini Permasalahan kajian yang pertama adalah berkaitan dengan kekangan
masa bagi pembelajaran hadis yang dihadapi oleh guru. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kajian yang dijalankan oleh Suhaimi (2006) (diambil daripada Muhammad Ilyas & Mohd
Akil, 2017) di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak yang mendapati
bahawa 57% dalam kalangan guru yang mengajarkan bidang hadis di dalam bidang
Pendidikan Islam menyatakan bahawa mereka tidak cukup waktu dalam sesi pengajaran
mereka. Ini adalah berpunca daripada guru Pendidikan Islam terpaksa memberi laluan kepada
guru mata pelajaran akademik lain yang menyebabkan masa yang diberikan kepada mereka
tidak mencukupi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa permasalahan pertama yang dihadapi
adalah masa yang tidak mencukupi dalam sesi pengajaran terutama dalam pengajaran hadis di
dalam kelas.
Selain itu, permasalahan kajian kedua yang dapat dikenalpasti daripada kajian ini
adalah kekurangan di dalam sistem pengajaran bagi pengajaran hadis. Hal ini adalah kerana
kebanyakkan guru Pendidikan Islam yang menggunakan sepenuhnya buku teks sebagai bahan
rujukan utama mereka di dalam sesi pengajaran. Menurut Mohamad Fuad et al., (2020),
wujudnya kekurangan buku rujukan tambahan bagi buku khusus tentang ilmu hadith yang
menyebabkan berlaku kelemahan dalam sistem pengajaran hadis. Tambahan lagi. menurut
kajian Rorsuedee (2007) (diambil daripada Muhammad Ilyas & Mohd Akil, 2017),
mendapati sebahagian besar pelajar di Sekolah Menengah Islam al-Amin, Gombak, Selangor
mengatakan bahawa terdapat guru-guru semasa proses pembelajaran tidak menggunakan
buku klasik (Turath) sebagai panduan dalam pengajaran hadis. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa permasalahan kajian yang kedua ini adalah berkisarkan tentang kelemahan sistem
pengajaran yang digunakan di dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi topik bidang hadis.
Akhir sekali, permasalahan kajian ketiga yang dapat dikenalpasti daripada kajian ini
adalah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam bagi pengajaran
bidang hadis. Hal ini dapat dibuktikan dengan masih ada lagi guru Pendidikan Islam di
sekolah-sekolah masih menggunakan kaedah pengajaran yang tradisional iaitu kaedah
pengajaran yang berpusatkan kepada guru berbanding pengajaran berpusatkan murid
(Mohamad Fuad, 2020). Tambahan lagi, kajian yang dilakukan Ab. Halim et. al., (2004)
(diambil daripada W.Azizi & Norhisham, 2021) mendapati terdapat kaedah pengajaran yang
sering digunakan oleh Guru Pendidikan Islam iaitu kaedah kuliah dan penerangan. Ini
membuktikan bahawa kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru Pendidikan Islam
pada zaman kini tidak lagi relevan dan memerlukan pembaharuan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa permasalahan kajian yang ketiga adalah kaedah pengajaran tradisional
yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam.

Anda mungkin juga menyukai