Anda di halaman 1dari 2

Sorotan Kajian Lepas terhadap data empirikal.

(_5_/6)
Perbahasan yang pertama adalah berkenaan dengan kepelbagaian ilmu yang terdapat di
dalam topik kajian lepas. Sebagai permulaan, dibawakan mengenai pembelajaran ilmu hadis.
Ilmu hadis merupakan satu ilmu yang penting di dalam pendidikan bagi umat islam kerana
hadis ataupun sunnah ini adalah sumber rujukan utama yang terpenting bagi umat islam dan
kedudukan hadis ini sebagai sumber rujukan kedua adalah menjadikan ianya terus dipelajari
disebabkan hadis ini akan membantu untuk menjelaskan kekeliruan hukum (W. Azizi dan
Norhisham, 2021). Menurut Wahyu, Mohd Ikhwan dan Nurul Fathonah (2020), ilmu hadis
merupakan satu ilmu yang terpenting di dalam keilmuan islam dan kedudukan hadis sebagai
sumber kedua yang mana pengajian hadis ini terbentuk secara tidak langsung sebagai satu
keperluan berdasarkan hadis sebagai sumber dalil kepada pensyariatan agama. Bentuk
pengajian hadis ini telah dibahagikan kepada dua bentuk pengajian iaitu pengajian formal dan
tidak formal, pengajian formal adalah seperti institusi pendidikan seperti sekolah dan pusat
pengajian tinggi manakala pengajian tidak formal adalah seperti dijalankan di masjid,
madrasah, sekolah pondok dan sebagainya (Fadzil, Deraman dan Amir, 2014). Seterusnya,
perbahasan mengenai gaya pengajaran kolaboratif di dalam perbahasan kajian lepas. Menurut
Muhamad Azhar et al., (2017) (diambil kutipan dari Noor Muslieah et al., 2022), kolaborasi
dalam pembelajaran sudah lama diamalkan iaitu melalui interaksi, idea dapat dibincangkan
dan dikongsi untuk mencari kefahaman bersama. Tambahan lagi, kolaborasi adalah salah satu
kemahiran utama dalam Pendidikan Abad Ke-21 yang diamalkan di Malaysia (Noor
Muslieah et al., 2022). Selain itu, terdapat juga perbahasan mengenai kolaboratif ini di dalam
kajian lepas seperti Ibnu Khaldun (2002) (diambil kutipan dari Noor Muslieah et al., 2022)
menggalakkan kolaborasi sebagai kaedah pengajaran yang perlu dijalankan adalah salah satu
keperluan yang perlu ditonjolkan. Kolaboratif ini adalah pelajar bekerjasama ketika
pembelajaran berlangsung sama ada melalui aktiviti kumpulan atau berpasangan, ia adalah
untuk bertukar idea dan pandangan (Ng Lee et al., 2020). Oleh itu, perbahasan kepelbagaian
ilmu dalam kajian lepas mengenai maksud pembelajaran ilmu hadis, kepentingan ilmu
hadis, bentuk pengajian hadis dan perbahasan maklumat mengenai elemen kolaboratif ini
adalah relevan kerana membawa maklumat-maklumat penting yang boleh digunakan di
dalam tajuk kajian ini agar ia dapat memberi gambaran jelas mengenai pengajaran ilmu hadis
berpandukan pendekatan pengajaran kolaboratif.
Selain itu, perbahasan yang dibahaskan adalah berkenaan dengan kepelbagaian
kaedah penyelidikan yang terdapat di dalam kajian lepas. Mengikut kepada kajian-kajian
lepas terdapat perkaitan dengan tajuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan yang digunakan
adalah melalui kajian kualitatif berbentuk diskriptif yang menggunakan instrumen protokol
temubual (Mohamad Fuad et al., 2020). Kaedah penyelidikan seterusnya yang digunakan di
dalam tajuk kajian melalui kajian lepas adalah melalui kajian berbentuk tinjauan yang
menggunakan borang soal selidik (W. Azizi & Norhisham, 2021). Menurut Mohd Majid
(2004) (diambil kutipan dari W. Azizi & Norhisham, 2020), tujuan soal selidik ini dijalankan
adalah untuk mengumpul data tentang pembolehubah yang berkait dengan fenomena tanpa
menanyakan persoalan mengapa permasalahan ini ada. Kaedah yang lain adalah dengan
menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk analisis dokumen kandungan. Menurut
Ahmad Yunus dan Qutrennada (2017), metod yang digunakan untuk kajiannya adalah kaedah
kualitatif dan reka bentuk analisis dokumen kandungan seperti buku, artikel dan dokumen
sejarah. Kaedah penyelidikan berikutnya yang boleh digunakan dalam tajuk kajian adalah
melalui kajian kepustakaan iaitu dengan merujuk serta menganalisis kajian-kajian lepas (Nur
Adibah &Hafizhah, 2021). Kaedah penyelidikan yang digunakan dari kajian lepas adalah
kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan melibatkan soal selidik bagi mengumpul data (Ng
Lee et al., 2020). Akhir sekali, kaedah penyelidikan dari kajian lepas adalah dengan
menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan penelitian terhadap dokumen (Noor
Muslieah et al,. 2022). Oleh itu, daripada penelitian terhadap kaedah penyelidikan yang
dibawakan oleh kajian-kajian lepas, di dapati terdapat dua kaedah penyelidikan yang relevan
yang boleh dibawa di dalam tajuk kajian ini iaitu menggunakan kajian kuantitatif berbentuk
soal selidik oleh pengkaji Ng Lee et al., dan W. Azizi serta Norhisham, dan kajian berbentuk
kualitatif menggunakan instrumen protokol temu bual oleh pengkaji Mohamad Fuad et al., ia
mampu memberi kemudahan kepada pengkaji agar maklumat yang dicari dapat dikumpulkan
berdasarkan dua kaedah penyelidikan tersebut. Kesimpulannya, terdapat 6 kaedah
penyelidikan yang terdapat di dalam kajian-kajian lepas yang digunakan , antara kaedah
penyelidkan tersebut adalah seperti kajian kualitatif berbentuk diskriptif yang menggunakan
instrumen protokol temubual, kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal
selidik, kaedah kualitatif dan reka bentuk analisis dokumen kandungan, kajian kepustakaan,
kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan melibatkan soal selidik dan kaedah temu bual
separa berstruktur dan penelitian terhadap dokumen.
Akhir sekali, adalah perbahasan mengenai kepelbagaian peserta kajian di dalam
kajian lepas. Sebagai permulaan, dibawakan mengenai penglibatan guru Pendidikan Islam di
dalam kajian lepas ini. Metodologi kajian yang digunakannya adalah kualitatif yang
melibatkan 4 orang guru Pendidikan Islam melalui temu bual separa berstruktur yang
dilaksanakan (Noor Muslieah, 2022). Selain itu, terdapat juga kepelbagaian peserta melalui
kaedah kuantitatif di dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajiannya
iaitu melalui kerja lapangan, pendekatan temubual dan pemerhatian di kawasan Maahad
Darul Hadis Alor Setar, Kedah (Qutrennada dan Ahmad Yunus, 2015). Dengan kaedah
kuantitatif ini digunakan maka akan lebih mudah untuk mengetahui tentang kajian yang
dilakukan dengan mudah melalui pengumpulan data berpandukan kerja lapangan, pendekatan
temubual dan pemerhatian. Kepelbagaian peserta yang seterusnya di dalam kajian lepas
adalah melalui instrumen soal selidik bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tajuk
kajian yang dilaksanakan. Menurut Muhammad Ilyas dan Mohd Akil (2017), kajiannya
menggunakan kajian melalui soal selidik yang telah diberikan kepada guru-guru di sekolah
menengah kebangsaan agama (SMKA) di Sarawak. Kepelbagaian peserta yang terakhir
dalam kajian lepas adalah mengunakan kaedah kuantitatif berbentuk soal selidik yang
melibatkan guru dan murid. Menurut Ng Lee et al., (2020) kajiannya menggunakan kaedah
kuantitatif berbentuk soal selidik yang melibatkan seramai 50 orang guru dan 50 orang murid
tingkatan 4. Oleh itu, terdapat dua sampel peserta kajian yang relevan untuk digunakan dari
kajian lepas iaitu menggunakan 4 orang guru Pendidikan Islam dalam sesi temu bual oleh
pengkaji Noor Muslieah et al., dan menggunakan 50 orang guru serta 50 orang murid
tingkatan 4 oleh pengkaji Ng Lee et al., melalui soal selidik yang diberikan, ia mampu
memberikan kemudahan kepada pengkaji untuk menentukan jumlah responden yang boleh
digunakannya dalam menjayakan kajiannya. Kesimpulannya, antara

Anda mungkin juga menyukai