TUGASAN 2
1
1. Pengenalan
1.1 Facebook
Facebook dibangunkan oleh Mark Zuckerberg pada Februari 2004 di dalam bilik
asramanya di Universiti Harvard (Wilson, Gosling, & Graham, 2012). Pada
mulanya, Facebook dibangunkan sebagai rangkaian sosial atas talian untuk
Universiti Harvard tetapi ianya dibuka kepada umum pada tahun 2006 (Hew,
2011). Sejak pembukaannya, pengguna Facebook telah meningkat dan rangkaian
tersebut telah mencapai sebanyak 874 billion pengguna sejak September 2013
(Facebook, 2013). Pada asasnya, Facebook merupakan tempat untuk bersosial
atas talian di mana pengguna boleh menambah kawan, menghantar mesej,
dan mengemaskini profil peribadi untuk kawan-kawan mereka mendapatkan
maklumat ringkas mengenai diri mereka (Quan-Haase & Young, 2010). Di dalam
Facebook, pengguna juga boleh menyertai kumpulan alam maya yang dibuat
berdasarkan minat yang sama dengan tujuan untuk berkenalan antara satu
sama lain, berkongsi minat, dan hobi.
Facebook merupakan laman yang paling kerap dilayari dan menyumbangkan satu
per tiga daripada trafik laman web di Malaysia (Alexa, 2014). Rakyat Malaysia
terutamanya golongan anak muda banyak menghabiskan masa di dalam Facebook
dan ianya telah menjadi rutin harian mereka. Pelajar merupakan antara pengguna
Facebook yang aktif menggunakan laman sosial tersebut untuk tujuan bersosial.
Kajian yang dilakukan oleh Mustaffa et. al. (2011) menunjukkan majoriti pelajar
menghabiskan masa selama 1-3 jam sehari melayari laman sosial Facebook.
Penglibatan aktif para pelajar di dalam laman sosial Facebook telah mendorong
kepada banyak kajian dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji penggunaan
Facebook dikalangan pelajar khususnya para pelajar di peringkat pengajian
tinggi. Terdapat beberapa motif penggunaan Facebook dikalangan pelajar.
Penglibatan pelajar di dalam Facebook banyak dipengaruhi oleh keinginan
mereka untuk terlibat dalam interaksi sosial (Wilson et. al., 2012). Tujuan utama
para pelajar menggunakan Facebook adalah untuk berkomunikasi dengan rakan-
rakan mereka terutamanya rakan-rakan yang tinggal jauh daripada mereka
(Cheung, Chiu, & Lee, 2011; Wilson et. al., 2012). Kebiasaanya para pelajar
menggunakan Facebook untuk sentiasa berhubung dengan rakan lama dan dengan
tujuan untuk mencari kawan baru di dalam laman sosial Facebook (Mustaffa et.
al., 2011; Pempek et. al., 2009; Hussain, 2012; Lampe, Ellison, & Steinfield,
2006; Sarsar & Harmon, 2011). Ini menyebabkan Facebook secara tidak
langsung telah menjadi salah satu alat bagi mereka untuk berkomunikasi dan
mendapatkan maklumat terkini daripada rakan-rakan mereka melalui interaksi di
dalam Wall Facebook (Mustaffa et. al., 2011)
2
1.3 Kajian Lepas berkaitan dengan Penggunaan Facebook di Institusi
Pengajian Tinggi awam (IPTA)
Kajian lepas telah menunjukkan penglibatan ramai pelajar dalam laman rangkaian
sosial, terutamanya Facebook. Dalam konteks pendidikan di IPTA, Facebook
dilihat mempunyai potensi tinggi untuk aspek-aspek seperti interaksi dan
kerjasama pelajar; dan perkongsian maklumat dan sumber oleh pelajar (Said,
Forret & Eames, 2013). Penggunaan Facebook sebagai persekitaran pembelajaran
terbukti memberi manfaat kepada pelajar yang mana ianya dilihat mempunyai
keupayaan untuk menggalakkan interaksi di luar sempadan bilik darjah. Bosch
(2009) mendapati pensyarah boleh menghubungi pelajar dengan lebih cepat dan
lebih mudah melalui Facebook berbanding dengan menghubungi pelajar semasa di
dalam kelas biasa, dan pelajar berasa lebih selesa bertanya soalan melalui
Facebook. Selain itu, pelajar juga berpendapat bahawa pensyarah mereka lebih
mudah untuk didekati di dalam bilik darjah selepas mengikuti mereka dalam
talian melalui Facebook (Bosch, 2009; Duffy, 2011). Kajian menunjukkan
bahawa Facebook boleh menyokong interaksi pelajar dengan rakan sebaya; dan
peningkatan komunikasi yang lebih tentang kandungan kursus, dan penilaian.
Sebagai contoh, Selwyn (2009) menunjukkan bahawa pelajar menggunakan
Facebook dalam aktiviti perbincangan pengalaman pembelajaran dan perkongsian
maklumat untuk keperluan penilaian. Interaksi rakan sebaya melalui Facebook
boleh menjadi satu kaedah pembelajaran yang bernilai, kerana hakikat
bahawa pelajar mendapatkan maklumat lebih lanjut melalui interaksi dan
komunikasi mereka dengan pelajar-pelajar lain (Said, Mohd Tahir & Ali, 2014).
Satu kajian oleh Mazman dan Usluel (2010) yang menilai tiga dimensi
Facebook: komunikasi, kerjasama, dan sumber atau bahan perkongsian. Mereka
mendapati penggunaan Facebook sebagai alat pembelajaran mempunyai
hubungan positif yang signifikan dengan kegunaan ( usefulness), kemudahan
penggunaan (ease of use), pengaruh sosial (social influence), pengantaraan
keadaan (facilitating condition) dan identiti masyarakat (community identity).
Kajian ini juga menunjukkan bahawa aspek kegunaan (usefulness) ditentukan
sebagai faktor yang penting dalam penggunaan Facebook sebagai alat
pembelajaran. Towner dan Muñoz (2010) melaporkan pelajar-pelajar kolej yang
menggunakan Facebook bagi pembelajaran formal dan tidak formal. Mereka
mendapati 56% daripada pelajar meninggalkan mesej pada dinding pelajar yang
lain mengenai kelas, 43% bercakap tentang kelas melalui Facebook chat, dan 38%
bercakap tentang kuliah. Selain itu, kajian mereka juga menunjukkan 47%
daripada pelajar membantu pelajar lain dengan bahan-bahan yang diperlukan
untuk kerja kursus mereka melalui Facebook, dan merumuskan Facebook
adalah media yang sesuai untuk Keboleh-mampuan Facebook dalam
pembelajaran: Ekplorasi Terhadap Penggunaan dan Interaksi 26 pembelajaran,
menyokong interaksi antara rakan-rakan dan perbualan mengenai bahan kursus.
3
2. Cadangan Kaedah Penyelidikan
4
2.1 Justifikasi penggunaan kaedah kualitatif
Kaedah kualitatif adalah data yang berbentuk deskriptif. Data kajian kualitatif
adalah berbentuk deskriptif. Data yang diperoleh dari analisis dokumen peribadi
instrumen, hasil nota kerja lapangan, gambar pengamatan, hasil wawancara serta
pendapat perseorangan, hasil analisis dokumen rasmi, dan bahan-bahan artifak
disusun dengan teliti oleh penyelidik di lokasi penelitian. Hasil dapatan kajian tidak
ditafsirkan dalam angka-angka, kiraan dan ukuran. Penyelidik segera melakukan
analisis data dengan mencari hubungan, menambahkan informasi, membandingkan,
menemukan pola atas dasar data. Oleh yang demikian, hasil analisis data adalah
seperti pemaparan mengenai situasi yang telah diteliti. Seterusnya, ianya
dibentangkan dalam bentuk uraian naratif.
Selain itu, kaedah kualitatif juga adalah penyelidik menjadi instrumen kajian.
Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis
data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan
data dijalankan secara berterusan. Sebagai contoh, penyelidik hendaklah berinteraksi
bersama-sama responden kerana penyelidik ingin mengkaji interaksi sosial merujuk
kepada latar belakang responden pelajar dan persoalan tentang apakah kepentingan
penggunaan Facebook dalam meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan
responden. Kebolehpercayaan kaedah kualitatif adalah bergantuang kepada
subjektiviti seseorang individu. Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif
iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan,
dinyatakan dan dijelaskan. Tambahan lagi, sampel dalam kaedah ini adalah berskala
kecil. Ini kerana penekanan pemilihan sampel adalah berdasarkan pada
kualiti ,bukan pada jumlahnya. Ketepatan dalam memilih sampel merupakan salah
satu kunci keberhasilan utama dalam menghasil penelitian dan keputusan yang baik.
Sampel pendekatan kualitatif juga dipandang sebagai sampel teoritis dan tidak
representatif.
Disamping itu, Kaedah kajian kualitatif adalah bersifat umum dan berubah-
ubah. Ianya akan berkembang sesuai dengan situasi penyelidikan. Reka bentuk kajin
kualitatif mestilah bersifat fleksibel dan terbuka agar mudah disesuaikan dengan
keadaan penyelidikan. Tidak seperti reka bentuk kaedah kuantitatif yang mana ianya
berstruktur, formal dan dirancang dengan sangat teliti. Ianya bersifat spesifik dan
rapi kerana ianya merupakan suatu perancangan penelitian yang akan dilaksanakan
sebenarnya. Contohnya, soalan dalam temuduga kajian kualitatif adalah bersifat
fleksible di mana ianya akan berubah apabila jawapan yang diperoleh pada soalan
temuduga menemui sesuatu yang baru dan ianya lebih menjurus kepada persoalan
kajian penyelidik.
5
Akhir sekali, kaedah kualitatif menggunakan pelbagai teknik yang pastinya
memudahkan dan memberi ruang kepada penyelidik untuk mengumpul dan
memperolehi data yang sah dan tepat. Contohnya, penyelidik boleh menggunakan
teknik seperti subjektif, lisan, pemerhatian, temuduga berstruktur dan tidak
berstruktur, foto-foto, artifak yang ada dan lain-lain. Sebagai contoh dalam teknik
pemerhatian pemgumpulan data dalam kajian kualitatif penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah
dikenal pasti. Setalah mendapatkan data proses penganalisis data menjadi mudah.
Manakala kaedah kuantitatif pula menggunakan teknik objektif, nombor(numerik),
temuduga berstruktur, soal selidik, survey, eksperimen dan lain-lain.
6
3. Instrumentasi
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi mejawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Instrumen kajian diperlukan untuk mendalami
konsep berkaitan konsep berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan
segala sumber yang berbentuk primer ataupun sekunder. Manakala, instrumentasi
ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Dalam kajian deskriptif The
Usefulness of Facebook in Improving Social Skills among Degree Students at the
Faculty of Education UiTM , instrumen yang digunakan adalah kaji soal selidik
sebagai instrumen penyelidikan. Instrumentasi lain yang sesuai untuk digunakan
dalam kajian ini ialah Temubual. Di mana Temu bual biasanya digunakan oleh
penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada seseorang. Ianya melibatkan satu
perbualan antara dua orang atau lebih iaitu penemu bual dan orang yang ditemu
bual. Kaedah temu bual ini merupakan soal selidik yang digunakan oleh penyelidik
untuk mendapatkan maklumat secara lisan daripada perbualan bersemuka dengan
seseorang atau beberapa orang individu. Temubual merupakan teknik pengutipan
data yang melibatkan interaksibersemuka (face-to face) antara penyelidik
denganorang yang ditemubual (responden).Tujuan temubual adalah untuk
mendapatkan maklumat.
7
Soalan yang dikemukakan Antara jawapan responden
Apakah latar belakang responden? Lelaki dan perempuan,
Kursus Akademik Sains dan TESL
Kekerapan penggunaan facebook dalam Setiap hari, sekali dalam seminggu,
harian seminggu keatas
8
9
Analisis Temubual dilakukan untuk melihat keseluruhan maklumat yang telah
dibuat setelah sesi tembual berakhir diantara penemuramah dengan responden.
Melalui analisis temubual tersebut,mendapati responden sebanyak 74 peratus
adalah perempuan dan 26 peratus adalah lelaki. Dimana sebanyak 75 peratus adalah
pelajar yang mengambil kursus TESL manakala 25 peratus adalah kursus sains.
Melalui soalan tentang kekerapan dan tujuan penggunaan facebook dalam harian,
menunjukkan penggunaan facebook pada setiap hari adalah terpaling tinggi
berbanding dengan penggunaan facebook dibawah tempoh seminggu. Selain itu,
penggunaan facebook banyak dilakukan untuk tujuan social network untuk pelajar
sains dan juga sebagai Business and Marketing bagi pelajar TESL. Manakala, bagi
tujuan penggunaan facebook yang rendah ialah Business and Marketing bagi pelajar
sains dan sosial network bagi pelajar TESL. Disamping itu, tempoh masa
penggunaan facebook dalam harian yang tertinggi ialah selama 1 ke 5 jam yang
mendapat sebanyak 38.8 peratus manakala tempoh masa yang rendah ialah 6 ke 10
jam sebanyak 17.6 peratus bagi keseluruhan responden dalam kalangan pelajar.
Akhir sekali, sebanyak 43 peratus menunjukkan bahwa rakan responden adalah
diantara 100 ke 500 orang rakan di facebook. Manakala, peratusan yang rendah
sebanyak 4 peratus adalah daripada rakan facebook 100 kebawah.
Instrumen temu bual mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya dari segi keanjalan
penemubual menyelidik dan menentukan isu yang perlu diteroka dengan mendalam.
Selain daripada itu penemubual bebas mengemuka soalan baharu yang tidak
dirancang semasa penyediaan instrumen temu bual. Menerusi instrumen ini,
membenarkan responden yang ditemu bual mengguna cara tersendiri bagi
mengemukakan pandangan dan menjawab pertanyaan dimana ia membenar
responden yang ditemu bual untuk mengemukakan isu penting yang terdapat dalam
rancangan. Temu bual kualitatif mempunyai kelebihan dari segi memperoleh dan
menerokai pengalaman orang lain dan dapat menghasil data yang unik Temu bual
dalam kajian kualitatif diakui mempunyai kelebihan dari segi kedalaman kajian.
Dalam temu bual mendalam, responden adalah bebas untuk bercakap apa sahaja
bagi topik temu bual yang luas, dengan sedikit pertanyaan dari pengkaji.
Selain daripada sifat anjal, teknik temu bual seperti ini mampu meneroka isu
disebalik polisi maklumat tentang kepentingan penggunaan facebook dalam
meningkatkan kemahiran sosial dengan mendalam. Justeru, beberapa siri temu bual
dengan responden Temu bual dalam kajian ini bukan bertujuan untuk mengesah
penemuan dari dokumen sekunder tetapi, untuk menjawab persoalan tentang
kepentingan penggunaan Facebook dalam meningkatkan kemahiran sosial dalam
kalangan pelajar menjurus kepada persoalan tentang latar belakang subjek
responden, tahap pengguasaan facebook dalam kalangan responden, kekerapan dan
tujuan penggunaan facebook dalam harian, Tahap tempoh masa penggunaan
facebook dalam harian serta bilangan rakan di dalam facebook. Ini akan seterusnya
membantu dalam menilai dan memberi gambaran dengan perspektif yang
menyeluruh berkaitan kepentingan penggunaan facebook dalam meningkatkan
kemahiran sosial dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan Universiti Teknologi
Mara.
10
11
4. Implikasi kajian
Kajian mendapati pandangan pelajar fakulti pendidikan bagi kursus Akademik Sains
dan TESL terhadap aplikasi facebook dalam meningkatkan kemahiran sosial dapat
dilihat memalui dua tema utama yang terdiri daripada kepentingan penggunaan
facebook dan Tujuan untuk Meningkatkan Kemahiran Sosial Pelajar dalam
penggunaan facebook dalam kalangan pelajar. Melalui dapatan kajian, menunjukkan
enam laman web berbeza yang dilawati oleh responden. Latar belakang informan
dapat dikelaskan melalui seramai 85 orang responden terlibat dalam kajian ini.
Berdasarkan carta pai dalam Rajah 2, didapati 74% (63 pelajar) daripada mereka
adalah perempuan dan hanya 26% (22 pelajar) adalah lelaki. Manakala, Rajah 3 pula
menunjukkan 75% (64 pelajar) daripada jumlah tersebut responden adalah pelajar
TESL dan baki 25% (21 pelajar) adalah pelajar Sains.
12
Rajah 3 Tempoh kekerapan Mengakses internet
13
Carta pai dalam Rajah 5 menunjukkan kekerapan log masuk Facebook
olehresponden dalam tempoh seminggu. Keputusan menunjukkan bahawa 68%
daripada responden log masuk ke Facebook setiap hari, 24% log masuk sekurang-
kurangnya sekali seminggu dan sekurang-kurangnya 8% dinyatakan bahawa mereka
log masuk ke Facebook kurang daripada sekali seminggu. Keputusan ini
menunjukkan bahawa banyakresponden adalah pelawat tetap dan pengguna
Facebook.
Graf bar dalam Rajah 6 menunjukkan masa yang digunakan oleh responden
untuk Facebooking secara mingguan. Keputusan menunjukkan bahawa hanya 22.4%
responden menghabiskan masa kurang daripada 1 jam ke Facebook setiap minggu.
Sebanyak 38.8% menghabiskan 1 hingga 5 jam dan sejumlah 38.8% responden
menghabiskan lebih daripada 6 jam di Facebook setiap minggu. Keputusan
menunjukkan bahawa respondenmenghabiskan banyak masa untuk berfacebook
setiap minggu. Secara ringkasnya, semua keputusan yang dibentangkan di atas
menunjukkan bahawa penggunaan Facebook penting kepada majoriti responden. Ini
terbukti kerana mereka lebih suka melawat laman web rangkaian sosial apabila
mengakses internet, selain frekuensi tinggi dansejumlah besar jam yang mereka
nyatakan telah dihabiskan untuk menggunakan atau log masuk ke Facebook setiap
minggu.
14
Dalam konteks Tujuan menggunakan Facebook dalam kalangan pelajar
menunjukkan keputusan bahawa bilangan yang paling tinggi daripada responden
menggunakan Facebook untuk bersosial. Seramai 77 orang responden daripada 82
bersetuju bahawa mereka menggunakan Facebook untuk bersosial. Sebaliknya,
penemuan juga menunjukkan hanya 6 daripada 82 responden telah memilih untuk
menggunakan Facebook untuk dating. sebab mengapa bilangan pelajar yang paling
sedikit memilih dating mungkin kerana keselamatan dan sebab keselamatan. Selain
itu, seramai 51 responden menyatakan mereka menggunakan Facebook untuk
tujuan kerja sekolah. Selain itu, 43 responden mengatakan bahawa bertemu rakan
baru adalah salah satu sebab mereka menggunakan Facebook. Untuk meringkaskan,
para penyelidik mendapati bahawa kebanyakan responden telah memaparkan
bahawa sebab utamamereka menggunakan Facebook adalah untuk bersosial.
15
Rajah 8 ciri-ciri facebook yang digunakan
16
4.2 Teori kegunaan dan kepuasaan terhadap rangkaian sosial facebook
(pelajar)
Tema utama yang terdiri daripada dapatan kajian ini ialah pertama kepentingan
penggunaan facebook dan Tujuan untuk meningkatkan Kemahiran Sosial Pelajar
dalam penggunaan facebook dalam kalangan pelajar. Melalui hasil dapatan melalui
kedua-dua tema utama tersebut, daripada kepentingan dan tujuan penggunaan
facebook dalam kalangan pelajar mendapati majoriti pelajar lebih cenderung
menggunakan facebook sebagai tempat rangkaian sosial maya mereka. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa Sebanyak 89.4% responden menyatakan dan
bersetuju bahawa rangkaian sosial adalah yang paling kerap mereka lakukan laman
web yang dilawati. Manakala, Tujuan utama penggunaan facebook ialah sosial.
Tujuan menggunakan Facebook dalam kalangan pelajar menunjukkan keputusan
bahawa bilangan yang paling tinggi daripada responden menggunakan Facebook
untuk bersosial. Seramai 77 orang responden daripada 82 bersetuju bahawa mereka
menggunakan Facebook untuk bersosial.
Menurut Teori kegunaan dn kepuasaan Blumber & Katz (1974), teori ini
mengandaikan khalayak bersifat aktif dalam mencari dan menggunakan media.
Selain itu juga, ia juga turut menambah bahawa khalayak yang mencari media,
mempunyai tanggapan bahawa media yang dicari bakal memberikan kepuasan
kepada mereka. Justeru, perspektif teori ini adalah mengenai khalayak yang bersifat
aktif dalam mencari serta menggunakan media dengan bermatlamatkan media yang
dicari dapat memenuhi keperluan kepuasan mereka. Teori kegunaan dan kepuasaan
ini memainkan peranan aktif dalam kegunaan media.Penguna media adalah
seseorang yang aktif dalam komunikasi. Hal ini kerana penguna media selalu
mencari media yang lebih baik demi sesuatu tujuan yang penting. Ini menunjukkan
teori kegunaan dan kepuasan menjadi sesuatu yang harus bagi penguna media
untuk memuaskan keperluannya. Selain itu, melalui teori kegunaan dan kepuasan
menjelaskan pemilihan serta pengunaan media baru seperti internet dan aplikasi
(facebook) yang dilakukan oleh pengguna. Teori ini telah digunakan untuk meneliti
pengunaan media baru diantaranya adalah pengunaan telefon bimbit, pengunaan
internet, pengunaan mediasosial, penggunaan jejaring sosial, penggunaan
microblogging , pengunaan berita beranimasi, serta pengunaan laman hiburan.
Interaksi media dengan penguna ke dalam suatu model guna mengelaskan empat
kepuasan media yang penting iaitu Pengalihan (diversion),Hubungan peribadi
(personal relationship),identiti peribadi atau psikologi individual (personal identity or
individual psychology), pengawaan (surveillance). Diversion adalah lari dari
rutinharian atau masalah yang dihadapi setiap hari, personal relationship
adalahmengunakan media untuk menjalinkan persahabatan. Personal identity or
individual psychology pula adalah mencari media untuk menguatkan nilai seseorang.
Surveillance adalah mencari maklumat untuk membantu seseorang mencapai
keperluannya. Sesuai dengankenyataan dari pada teori, hal yang sama juga didapati
dari pada kajian yang telah dilakukan,iaitu khalayak yang aktif dan mempunyai
tujuan penggunaan media yang cukup jelas. Pada kajian ini, tujuan dari penggunaan
facebook yang cukup jelas yang dikaji ialah tujuan sebagai rangkaian sosial menerusi
media sosial Facebook. Hal ini dapat dilihat melalui hasil dapatan yangmenyatakan
bahawa purata pelajar menggunakan Facebook dalam satu hari adalah 1 hingga 5
jam dalam sehari dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dilakukan dalam
Collins (2014) yang juga menambahkan bahawa sememangnya belia lebih banyak
menghabiskan masa di rangkaian sosial dalam kesehariaannya.
17
Melalui rangkaian sosial dalam media sosial facebook, pelajar dapat
meningkat kemahiran sosial dengan berinteraksi secara maya. Facebook
membolehkan para pelajar untuk berhubung dengan kenalan dan juga mendapat
kenalan baru. Laman sosial seperti Facebook telah memberikan satu dimensi baru
dalam bersosial antara manusia di mana pelajar boleh berkawan dengan rakan kita
dan boleh berkongsi apa yang pelajar merasakan sesuai contoh seperti perbincangan
ilmiah dengan rakan. Panggilan video melalui aplikasi seperti facebook messenger
juga telah membolehkan kita berinteraksi secara bersemuka dengan kenalan kita
tidak kira di mana kita berada selagi kita mempunyai sambungan jalur lebar. Oleh
itu, facebook telah memudahkan cara komunikasi antara kita tidak kira ahli keluarga,
rakan-rakan sekolah atau rakan sekerja kita.
Selain itu, laman sosial amat berfaedah kepada kita kerana ia mampu
menambah pengetahuan kita dari segi pelbagai perkara. Pengguna dapat bertukar
pandangan, cadangan dan berkongsi ilmu baru melalui rangkaian alam maya ini.
Agensi wartawan atau berita juga telah menggunakan laman sosial di mana berita-
berita terkini atau isu terkini dapat disampaikan secara terus tanpa menunggu siaran
berita di televisyen. Tambahan pula, perkongsian ilmu di laman sosial tidak terhad
kepada penulisan sahaja, pendekatan seperti video telah menjadikan laman sosial
lebih interaktif dan bermanfaat kepada kita. Pelajar menggunakan Facebook sebagai
medium untuk melakukan aktiviti-aktiviti akademik seperti berbincang mengenai
perkembangan tugasan mereka serta membuat ulangkaji sesama rakan sekelas
mereka.Terdapat beberapa ciri-ciri di dalam Facebook yang boleh diguna bagi
tujuan pembelajaran seperti dinding Facebook. Dinding di dalam kumpulan
Facebook membolehkan pelajar dan pengajar berkongsi gambar, video, dan juga
untuk membuat pengumuman berkaitan pembelajaran dan secara automatik pos-
pos tersebut akan muncul di dalam Dinding kumpulan Facebook yang mana ianya
memudahkan para pelajar dan pengajar untuk mengikuti perkembangan aktiviti di
dalam kumpulan tersebut Oleh itu, penggunaan laman media sosial facebook
dengan bijak mampu memberikan faedah yang berganda kepada kehidupan pelajar.
Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi-
aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan laman media
sosial.
18
19
4.3 Facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (Guru)
Melalui dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa rangkaian sosial Facebook
boleh bertindak sebagai medium kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru
dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah,
guru boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. Perhubungan dan
komunikasi berkembang dengan pesat sejak Internet diperkenalkan di seluruh dunia.
Perkembangan ini juga menyebabkan peningkatan populariti Social Network Services
(SNS) atau yang lebih dikenal dengan jaringan sosial. Jaringan sosial yang sangat
popular pada masa ini ialah Facebook. Facebook pada saat ini telah menarik minat
berbagai kalangan tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena ini menarik, kerana
pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan sebagai
tempat saling berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain kemudian
dilihat oleh sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran online.
Guru mestilah mempunyai pelbagai cara dan kreativiti untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan Facebook .
Melalui laman sosial ini, pelajar akan lebih berminat untuk mencubanya. Tetapi guru
hendaklah menetapkan syarat terlebih dahulu dengan mewajibkan semua pelajar
mempunyai akaun Facebook terlebih dahulu. Kemudian, guru mewajibkan semua
pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuatnaikkan dalam aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Facebook tersebut.
20
5. Kesimpulan
Daripada data yang telah dikumpul dan dianalisis, dapat disimpulkan bahawa pelajar
meletakkan Facebook di tempat yang tinggi kerana ia ternyata membantu mereka
untuk bersosial dengan lebih mudah. Ini dicapai melalui beberapa aktiviti yang
terdapat pada aplikasi Facebook seperti pendedahan siaran dinding, menyertai
kumpulan yang mempunyai minat yang sama dan bertemu rakan baharu tanpa
sempadan. Semua aktiviti ini hampir mustahil untuk diwujudkan dalam dunia
kehidupan sebenar berbeza dengan persekitaran siber yang ditawarkan oleh
Facebook. Manakala bagi Facebook pula berguna setakat meningkatkan kemahiran
sosial pelajar, majoriti mereka memilih untuk kekal berkecuali dan percaya bahawa
kemahiran sosial mereka tidak berubah walaupun dengan kehadiran keahlian
Facebook dan aktiviti yang kerap dilakukan yang paling terkenal Social Network
Services . Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Social
Network Services ini ternyata membantu membuat kehidupan sosial pelajar lebih
mudah. Ini kerana dengan adanya Facebook, para pelajar boleh berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka melalui catatan dinding, aplikasi kumpulan dan mengenali muka
baharu dengan hanya klik mudah. Bagaimanapun, penemuan itu menolak
kemungkinan Facebook telah membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran
sosial mereka. Sebaliknya, walaupun dengan akaun maya ini, yang personaliti pelajar
dan lingkungan sosial kehidupan mereka tidak diubah secara mutlak. Oleh itu,ini
menolak pelabelan bagaimana Facebook menjadikan mereka ahli yang lebih baik
kepada masyarakat sambil bergaul dengan orang ramai. Diharapkan kajian lanjutan
boleh menyiasat potensi faedah penting Facebook lain kepada aspek lain dalam
kehidupan pelajar.
21
Rujukan
Ali salman & Siti Minanda Pulungan. (2017). Pendedahan Diri, Motivasi dan Kepuasan
Penggunaan Facebook dalam Menjalin Persahabatan. Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication Jilid 33(1) 2017: 438-459.
Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/10557/1/17001-49406-3-PB.pdf
Alexa (2014). Actionable Analytics for the Web
Retrieved from
http://www.alexa.com/
Blumler, J. G. & Katz, E. (1974). The use The uses of mass communications: Current
perspectives on gratifications research. Journal of Broadcasting & electronic
Media. 53 (3), 460-476.
Diambil daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/16388534.pdf
Cheung, C. M, et al., (2011). Online social networks: Why
do students use Facebook? Computers in Human Behavior, 27, 1337-1343.
Duffy, P. (2011). Facebook or Faceblok: Cautionary tales exploring the rise of
social networking within tertiary eduction. In M. J. W. Lee & C.
McLoughlin (Eds). Web 2.0-base e-learning: Appling social informatics
for tertiary teaching (pp. 284-300). Hershey, PA:IGI Global.
Facebook. (2013). Key Facts. Retrieved December, 2013, from
http://newsroom.fb.com/content/default.aspx?NewsAreaId=22
Harley Azizee. (2018). Penggunaan Facebook dan Jalinan Hubungan dengan
Pembentukan Identiti.
Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/327904625_PENGGUNAAN_FACEB
OOK_DAN_JALINAN_HUBUNGAN_DENGAN_PEMBENTUKAN_IDENTITI
Hew, K. F. (2011). Students’ and teachers’ use of Facebook. Computers in
Human Behavior, 27(2), 662-676.
Junaidah, Y, et al., (2015). Keboleh-mampuan Facebook dalam Pembelajaran:
Eksplorasi Terhadap Penggunaan dan Interaksi.
Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/288832427_Keboleh-
mampuan_Facebook_dalam_Pembelajaran_Eksplorasi_Terhadap_Penggunaa
n_dan_Interaksi
Mohd Zaidi Mahmud. (2013). Motif dan Kekerapan Penggunaan Facebook dalam
Kalangan Pelajar Universiti.Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid 29(1) 2013: 35-54.
Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said. (2015). Keboleh-mampuan Facebook dalam
Pembelajaran: Eksplorasi Terhadap Penggunaan dan Interaksi. Kajian
Penerimaan dan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(pp.23-47).
Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/288832427_Keboleh-
mampuan_Facebook_dalam_Pembelajaran_Eksplorasi_Terhadap_Penggunaa
n_dan_Interaksi
Mustaffa, N., et al., (2011). Diffusion of Innovations: The Adoption of Facebook
among Youth in Malaysia. The Innovation Journal: The Public Sector
Innovation Journal, 16(3).
22
Nurulrabihah, N, et al., (2014). Reka Bentuk Garis Panduan Pedagogi Facebook
sebagai medium Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Menengah
Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/352244944_2MR_REKABENT
UK_GARIS_PANDUAN_PEDAGOGI_FACEBOOK_SEBAGAI_MEDIUM_PEN
GAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_SEKOLAH_MENENGAH
Quan-Haase, A., & Young, A. L. (2010). Uses and Gratifications of Social Media: A
Comparison of Facebook and Instant Messaging. Bulletin of
Science, Technology & Society, 30(5), 350-361.
Regina Simba Vendricki & Zamri Mahamod. (2020). Facebook sebagai Medium
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis ayat gramatis dalam
kalangan murid lemah Bahasa Melayu
Diambil daripada
http://eprints.usm.my/46550/1/ART%2035.pdf
Said, M. N. H. M., Forret, M., & Eames, C. (2013). Online Collaborative
Learning in Tertiary ICT Education: Constraints and Suggestions for
Improvement. Informatics and Creative Multimedia (ICICM’13), pp.153-
158. DOI: 10.1109/ICICM.2013.33
Said, M. N. H. M., Tahir, L. M., & Ali, M. F. (2014). Facebook as a Tool:
Exploring the Use of Facebook in Teaching and Learning. Teaching and
Learning in Computing and Engineering (LaTiCE) 2014 International
Conference, pp. 120-124. DOI: 10.1109/LaTiCE.2014.29.
Selwyn, N. (2009). Faceworking: exploring students' education related use of
Facebook. Learning, Media and Technology, 34(2), 157-174.
DOI:10.1080/17439880902923622
Towner, T. L., & Muñoz, C. L. (2010). Let’s ‘Face’ It: Facebook as an
Educational Tool for College Students. World Conference on E-Learning
in Corporate, Government, Healthcare, and Higher Education 2010 (pp.
1953-1958). Chesapeake, VA: AACE.
Wilson, R. E., Gosling, S. D., & Graham, L. T. (2012). A Review of Facebook
Research in the Social Sciences. Perspectives on Psychological Science,
7(3), 203-220.
Zulaikha Ahmad & SuhaimiRidzuan Hussin. (2018). Inovasi Penggunaan
FacebookSebagai Satu Media Pengajaran dan Pembelajaran Murid Sekolah
dalam Pendidikan Seni Visual. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640/eISSN 0127-9688 / Vol. 6 (2018) / (30-46).
Diambil daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2279/1600
23