Anda di halaman 1dari 8

TEORI KOMUNIKASI

“ANALISIS ARTIKEL DALAM JURNAL”

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ALI SALMAN

NAMA : SYARIFAH FATIN ANISA BINTI TUAN SAID


SHAKH

NO. MATRIK: A160831


KRITIKAN ARTIKEL DALAM JURNAL

“MOTIF DAN KEKERAPAN PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM KALANGAN


PELAJAR UNIVERSITI”

A. RINGKASAN ARTIKEL

1.0 Latar Belakang Kajian

Facebook mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survei mengenai laman
jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan Digital Malaysia
(MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial yang
terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online,
21 November 2010). Jumlah ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa
Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti
Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman
sosial ini.

1.1 Kajian-kajian Lepas

Terdapat banyak kajian terdahulu yang melihat kepada motif penggunaan


sesuatu media. Urista et. al, (2009) mengkaji tentang motif penggunaan
facebook dan mendapati belia menggunakan facebook untuk mendapatkan
maklumat tentang orang yang mereka minati tanpa pengetahuan orang
tersebut, menghubungi kenalan lama dan membentuk imej peribadi mereka.
Selain itu, Lewis dan West (2009) turut mengkaji motif penggunaan Facebook
melalui temubual dan mendapati belia menggunakan aplikasi ini kerana tidak
mahu ketinggalan dan dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif penggunaan Facebook dalam kalangan
pelajar universiti dalam konteks negara Malaysia dan perhubungan antara motif dengan
kekerapan penggunaan Facebook.
3.0 Teori Kajian

Teori Kegunaan dan Kepuasan menjadi asas kepada kerangka penyelidikan ini.

4.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik
yang diberikan kepada 400 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di mana
200 adalah pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki. Teknik
pensampelan strata digunakan bagi mendapatkan responden kajian ini.

5.0 Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga motif iaitu merasa
hebat berteman, menghiburkan dan mencari maklumat didapati mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kekerapan penggunaan Facebook manakala motif
menghiburkan adalah faktor penyumbang dominan yang signifikan kepada model
regresi penggunaan Facebook dalam kajian ini.

6.0 Implikasi Kajian

Kesan kajian adalah pembaca dapat mendapat ilmu pengetahuan yang lebih
mendalam tentang motif penggunaan Facebook dalam kalangan peajar universiti dan
hubungannya dengan kekerapan penggunaan laman jaringan sosial ini.

B. ISU-ISU UTAMA DAN BAGAIMANA ISU-ISU TERSEBUT


DIBINCANGKAN.

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti


Facebook terserlah terutama dalam kalangan remaja. Turut menerima tempias
keghairahan menggunakan Facebook adalah golongan pelajar universiti. Pada awal
pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya adalah untuk menghubungkan seseorang
dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial ini kemudiannya telah
dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan ruang
sembang, membolehkan pengguna mengemaskini status, menghantar mesej dan
menghasilkan avatar atau gambar animasi.
Kajian ini telah mengadaptasikan motif daripada kajian Sheldon (2008) dan
Ishii (2008). Ia dilakukan bagi mencari titik persamaan dan perbezaan kajian antara
dua negara barat dan timur iaitu Amerika Syarikat dan Jepun.

Kajian ini membincangkan tentang motif penggunaan Facebook dan


perhubungan antara motif dengan kekerapan penggunaan laman sosial ini. Hasil
kajian menggariskan beberapa motif yang diperoleh daripada kajian terdahulu iaitu
daripada kajian Sheldon (2008) dan Ishii (2008). Ia diambil sebagai pembolehubah
kajian bagi mengukur motif penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar universiti
di Malaysia. Menurut Lewis dan West (2009), penggunaan bilangan kenalan sebagai
pembolehubah bagi mengukur kekerapan penggunaan Facebook adalah kerana ia
menggambarkan semakin ramai kenalan di Facebook, semakin kerap belia
menggunakan Facebook.

Bagi membincangkan isu ini, pengkaji telah menggunakan teori kegunaan dan
kepuasan. Teori ini digunakan bagi mengetahui motif penggunaan Facebook dalam
kalangan pelajar. Terdapat beberapa motif yang diperolehi daripada kajian Sheldon
(2008) dan Ishii (2008) termasuklah:

(i) Mengekalkan hubungan


(ii) Mencari maklumat
(iii) Menyertai komuniti maya
(iv) Menghiburkan
(v) Merasa hebat berteman

Hasil kajian mendapati semakin tinggi perasaan hebat mempunyai ramai kenalan di
Facebook, semakin lama masa digunakan untuk melayari Facebook dan semakin bertambah
juga jumlah kenalan dalam akaun Facebook mereka. Namun begitu, kajian ini mendapati
motif mengekalkan hubungan dan menyertai komuniti maya tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kekerapan penggunaan Facebook. Perkara yang boleh ditafsirkan
daripada penemuan ini ialah responden hanya berkomunikasi secara ringkas dan singkat
untuk bertanya khabar dan berita daripada kenalan dalam akaun Facebook mereka. Hal ini
dapat menjelaskan hubungan yang tidak signifikan di antara motif mengekalkan hubungan
dengan kekerapan penggunaan facebook sekaligus menolak pendapat Sheldon (2008) yang
mendapati motif mengekalkan hubungan dan menyertai komuniti maya mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan Facebook.

Motif yang paling dominan ialah motif menghiburkan. Facebook bukan sahaja
memberikan hiburan kepada golongan muda atau pelajar university sahaja. Malah, ia
menghilangkan kebosanan golongan dewasa dan ramai lagi. Fungsinya yang pelbagai
menjadikan ia sebagai sebuah laman jaringan sosial yang sangat dengan pelbagai lapisan
umur.

Motif adalah tujuan penggunaan seseorang. Motif dilakukan bagi mencapai sesuatu
keputusan yang muktamad seterusnya dapat memuaskan hati seseorang pengguna.

C. TEORI YANG DIGUNAKAN

1.0 Pengenalan Teori

Teori yang digunakan dalam kajian adalah dikenali sebagai teori kegunaan dan
kepuasan (uses & gratification). Teori ini menggunakan pendekatan yang dekat
dengan pengguna, audiens berbanding mesej tersebut. Pendekatan ini bermula dengan
seseorang yang merupakan pengguna yang aktif dalam memilih media yang ingin
digunakan berbeza dengan pengguna yang pasif. 1 Oleh itu, pendekatan ini
mempunyai turutan yang tersendiri iaitu manusia – mesej yang dipilih – kegunaan –
kesan. Persoalan yang timbul apabila pendekatan ini digunakan adalah bagaimanakah
khalayak menggunakan media dan bukannya apakah kesan media kepada khalayak.

Antara individu yang biasanya dikaitkan dengan pendekatan ini ialah Jay
Blumler dan Elihu Katz. Penulis-penulis ini telah mengetengahkan beberapa andaian
yang wujud daripada teori ini. Berikut merupakan andaian-andaian tersebut.

i) Khalayak media massa adalah aktif dan mempunyai matlamat yang


tertentu.

1
Stephen W.Littlejohn, 1989, Theories Of Human Communication, California, Wadsworth Publishing Company.
Teori kegunaan dan kepuasan mengandaikan bahawa khalayak adalah tidak
pasif dan mengambil peranan yang proaktif dalam menentukan jenis media
dan cara menggunakannya dalam hidup mereka.

ii) Khalayak kebanyakannya bertanggungjawab dalam pemilihan media


bagi memenuhi keperluan.

Mereka mengetahui keperluan mereka dan mencari cara bagi memenuhi


keperluan tersebut.

iii) Media bersaing dengan sumber lain yang berfungsi sebagai “pelunas”
kehendak.

Walaupun media mempunyai banyak keistimewaan, ia masih harus bersaing


dengan perkara lain kerana pada akhirnya, khalayak yang akan memilih cara
bagi memenuhi keperluan mereka.

D. KEKUATAN ARTIKEL

Antara kekuatan artikel ialah masa. Artikel ini diterbitkan pada tahun 2013.
Disebabkan ia masih baharu, kajian ini masih lagi relevan dan mampu dikaitkan
dengan isu yang dibincangkan.

Seterusnya, penggunaan teori dalam artikel ini. Teori yang digunakan ialah
teori kegunaan dan kepuasan. Teori ini amat bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan. Hal ini demikian kerana, teori ini digunakan bagi mengkaji motif
penggunaan sesuatu media.

E. LIMITASI ARTIKEL

Antara kelemahannya adalah kesukaran untuk memahami artikel oleh sebab


terdapat istilah yang sukar difahami dan tidak diterangkan secara lebih terperinci
seperti eigenvalue.

Selain itu, pengkaji hanya mengehadkan responden kepada pelajar-pelajar di


Universiti Sains Malaysia (USM) sedangkan tajuk kajian adalah secara menyeluruh.
Pengkaji haruslah meluaskan skop kajian jika ingin menggunakan tajuk kajian yang
sama. Hal ini demikian kerana, pelajar USM tidak mewakili semua pelajar di
Malaysia.

Pengkaji juga menggunakan kembali dapatan kajian yang diperoleh daripada


hasil kajian pengkaji lain dan memperbaharuinya (improvise) kembali. Disebabkan
kajian yang dilakukan pengkaji lepas adalah pada tahun 2008, maka hasil kajian pad
ketika itu mungkin sudah tidak relevan lagi.

F. CADANGAN UNTUK MENGATASI LIMITASI KAJIAN

Antara cadangan yang boleh diketengahkan ialah pemilihan sampel boleh


dipertingkatkan dengan mengambil kira populasi pelajar universiti di seluruh
Malaysia dan tidak terbatas kepada satu university sahaja seperti yang berlaku dalam
kajian ini.

Selain itu, dapatan kajian haruslah dipelbagaikan. Pengkaji haruslah memberi


nafas baru dalam kajian-kajian yang dilakukan dan bukan hanya memperbaharui
kajian lama.

Akhir sekali, pengkaji boleh menggunakan bahasa yang mudah difahami


supaya dapat memberikan pemahaman kepada pembaca artikel ini.

G. KESIMPULAN

Kajian ini menggariskan lima motif penggunaan Facebook dan hubungan dengan
kekerapan penggunaannya. Kajian seharusnya diberikan peluang untuk diperbaiki pada masa
akan datang kerana ia bukan sahaja memberi pengetahuan yang cukup banyak kepada
pembaca. Malah, jika ia diberi peluang untuk lebih berkembang pada masa hadapan, ia dapat
memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa dan negara. Ia juga boleh menjadi bahan
rujukan kepada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai