Anda di halaman 1dari 2

Amalan-amalan unik pada kaum Cina

 Lawatan dan Kunjungan

o Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di
sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.
o Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh.
o Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah
dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali.
o Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka
makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat
penting.

 Kelahiran

o Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.


o Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku
dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
o Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda –
benda yang tidak baik.
o Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
o Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”.
o Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan.
o Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi.
Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.
 Perkahwinan

o Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib
masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting.
o Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.
o Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
o Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan
mengadakan jamuan.
o Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana
majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang
cantik dan berwarna merah.
o Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna
hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan
peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
o Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka.
o Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih
seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua
pengantin itu.
o Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh
kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas
berwarna merah.

 Kematian

o Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni


sewaktu pergi ke rumah orang mati.
o Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau
kelabu dan sebagainya.
o Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang
lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada
keluarga si mati yang kurang berada.
o Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga
kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan
menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.
o Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang
merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
o Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan
yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.

Anda mungkin juga menyukai