Anda di halaman 1dari 3

SUMBER AKHLAK

slam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam
menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber
akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu
yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

RASULULLAH

Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara lain:

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Qur’an dalam firman Allah:

“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”

(Al-Qalam: 4)

AL -QURAN

Adab dan akhlak Islam bersifat al-Ilzam yang bermaksud ia diciptakan dan ditentukan oleh Allah
s.w.t. Ketentuan-ketentuan itu pula diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W menerusi al-Quran
dan Hadis. Oleh sebab adab dan akhlak Islam dicipta oleh Allah s.w.t, maka ia bersifat sempurna dan
sesuai dengan fitrah manusia. Allah s.w.t yang menciptakan manusia, maka sudah tentu adab dan
akhlak yang perlu dipatuhi dan diikuti juga tidak ada kecacatan dan kekurangannya
(Asmawati Suhid, 2009: 59).

Adab dan akhlak tidak boleh diubah kerana ianya bersifat tetap. Ketetapan akhlak Islam bermula
sejak penurunan al-Quran sehinggalah ke akhir zaman. Umat Islam tidak boleh mengubahnya sesuka
hati mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri. Islam telah menetapkan prinsip adab dan
akhlak yang tidak boleh berubah. Contohnya, adab menutup aurat, adab pemakanan, adab berpolitik
dan sebagainya. Walaupun bersifat tetap adab dan akhlak Islam, namun ia boleh berubah apabila
berlakunya keadaan darurat.

Firman Allah swt. :


Orang –orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang
mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.

(Al Hajj, 22 : 41)

Firman Allah swt. lagi:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-
kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak–anak yatim,
orang-orang miskin, (yang memerlukan pertolongngan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan
(memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang
menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan,
peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang
bertakwa.

(Al-Baqarah, 2: 177)

Sumber asas utama bagi akhlak dalam Islam ialah wahyu Allah iaitu Al-Quran dan hadis. Kedua-
duanya menyediakan manhaj atau kaedah yang jelas dan mantap dalam membentuk serta
memelihara akhlak manusia. Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa akhlak Islam
bukan sesuatu yang bersifat subjektif malah ia ditentukan dan di tetapkan oleh wahyu. Sumber
rujukan umat Islam selepas al-Quran dan hadis pula ialah ijtihad. Oleh sebab itulah al-Quran, hadis
dan ijtihad merupakan sumber utama akhlak islam, maka disini akan dihuraikan secara ringkas
mengenai sumber-sumber ini.

1. Al-QuranAl-Quran ialah kitab yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah s.w.t untuk
menjadi panduan dan hidayah dalam kehidupan manusia. Kitab al-Quran membawa kebenaran
kepada manusia dan menjelaskan erti kehidupan yang sebenarnya. Firman Allah s.w.t dalam surah
az-Zummar ayat 1-2, bermaksud: “Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad)
Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan
mengikhlaskan Segala Ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (Surah Az-Zummar,39: 1-2).

Berdasarkan ayat al-Quran diatas , kalam atau kata-kata allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara beransur-ansur dan berterusan mengambil masa selama dua puluh tiga
tahun dengan melalui perantaraan malaikat Jibril. Jika diteliti dari segi kandungan al-Quran, terdapat
lebih kurang 1504 ayat yang berkaitan dengan bidang akhlak. Keadaan ini menunjukkan hampir 1/5
daripada ayat-ayat al-Quran menyentuh secara langsung tentang etika atau akhlak. Al-Quran
mengajarkan manusia bagaimana sepatutnya bertingkah laku dan bertindak dengan betul dan
berakhlak. Al-Quran juga menentukan perbuatan dan perlakuan yang halal dan haram. Justeru itu,
al-Quran merupakan sumber utama dalam menentukan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam
kehidupan. Penentuan akhlak mulia dalam al-Quran bukan bersifat teoritikal semata-mata.
Bahkan bersifat praktikal yang berdasarkan realiti atau hakikat kehidupan umat manusia.

2. Hadis Hadis merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran dalam pengambilam ilmu akhlak
Islam. Definisi hadis ialah segala perkara yang disandarkan kepada perkataan,perbuatan dan
pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun perkara ini timbul daripada baginda, namun ia sekali-
kalitidak terdorong oleh hawa nafsu, bahkan ia merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
Firman Allah dalam surah an-najm ayat 3-4 yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu
Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan
kepadaNya.” (Surah An-Najm, 53: 3-4).

Nabi Muhammad s.a.w merupakan model atau contoh terbaik sebagai ikutan umat islam khususnya
dan manusia umumnya. Akhlak yang diamal dan dipamerkan oleh baginda yang berteraskan akidah
Islam jelas sekali amat luhur dan murni. Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah S.W.T
dilengkapi dengan sifat dan akhlak terpuji serta mulia. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat
21, bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”(Surah
Al-Ahzab, 33: 21).

Antara matlamat hadis ialah memberi penekanan terhadap soal-soal kehidupan berakhlak serta
mengatur kehidupan manusia sejajar dengan akhlak Islam. Oleh yang demikian, sekiranya diteliti
hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w sangat menitikberatkan persoalan yang menyentuh hal-hal
akhlak, kehidupan bermasyarakat, pendidikan akhlak dan cara perhubungan antara manusia
dengan penciptanya. Kesemuanya ini bermatlamatkan membersih jiwa, mendidik akhlak,
zuhud di dunia, bersedia menghadapi kehidupan di akhirat, beribadat dan membentuk peribadi
manusia.

3. Ijtihad Islam menggalakkan umatnya menggunakan akal fikiran bagi perkara-perkara yang
tidak disebutkan nasnya dalam Al-Quran atau hadis. Inilah yang disebut sebagai ijtihad. Namun
ijtihad hanya boleh dilakukan oleh para mujahid yang telah cukup syarat-syarat tertentu. Walaupun
ijtihad merupakan proses penggunaan akal fikiran, ia tidak terlepas daripada bersandarkan
prinsip-prinsip yang digariskan dalam Al-Quran. Dengan kata lain, hasil ijtihad yang telah
diputuskan oleh para mujtahid sebenarnya setelah diteliti prinsip-prinsip yang ditentukan dalam Al-
Quran.

Anda mungkin juga menyukai